06 Ogos 2009

Suee Lim minta Khir serahkan kunci banglonya

SHAH ALAM, 3 Ogos: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim meminta Datuk Seri Mohd Khir Toyo menyerahkan kunci banglo mewahnya bagi membolehkan para bakal pembelinya melihat hiasan dalamannya sebelum membuat keputusan membelinya.

Permohonan itu dibuat Suee Lim selepas Khir bersetuju melantik beliau sebagai agen hartanahnya dan bersetuju menyerahkan 50 peratus dari harga rumahnya itu jika beliau berjaya menjualnya dengan harga RM24 juta.
Hari ini, beliau membawa 50 penduduk Dun Sungai Panjang yang diwakili Khir dengan menggunakan bas persiaran kerana mereka hendak sangat melihat banglo mewah Khir itu.

Setiap peserta lawatan itu dikenakan bayaran RM50. Selain melawat banglo Khir dan bergambar di depannya, mereka juga dibawa melawat kawasan pusat tarikan pelancong yang lain.

Sehubungan dengan sambutan yang sangat menggalakkan itu, Suee Lim mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor menjadikan banglo itu sebagai salah satu kawasan tarikan pelancongan di negeri itu.

Sebelum ini, Suee Lim menimbulkan kekecohan besar apabila beliau membawa para wakil media melawat banglo di Jalan Suasa 7, Shah Alam itu dan memberitahu itu adalah milik Khir.

Dia juga mendakwa, banglo itu bernilai RM24 juta. Ia kemudiannya dinafikan oleh Khir dengan berkata, ia dibeli dengan harga RM3.5 juta melalui pinjaman bank HSBC.

SiasahDaily/-

5 ulasan:

masuksuku berkata...

kesian kat khir toyol tu sampai nak jual rumah..dah le dapat free nak jual sampai 24 juta dan ada juga orang tak cerdik sanggup bayar rm 50 untuk tengok..apa nak heran..orang umno banyak duit..sebetulnya toyol tu kena beri orang rm 50 jika datang tengok sebab rumah tu duit rakyat yang di curi olehnya

david ahmad muniandy berkata...

kalau aku ada duit pun aku tak akan melawat banglo tu nak habiskan RM50 buat per lebih baik aku derma kepada ibu tunggal anak yatim piatu ataupun derma tabung amal DUN Titi Serong puas hati lagi.

kalau aku adalah menteri besar Selangor aku roboh banglo tu membersihkan tanah tu lihat berapa luas kawasan tu biar kerajaan Selangor menjadi pemaju sendiri membina rumah kondominium bertaraf serdehana jual kepada pelanggan dan duit tu bolehlah buat dana untuk kerajaan Selangor jadi duit pun masuk.

Awanama berkata...

AI YA APA PASAI LUMAH OLANG LU MAU KACAU
OLANG TAK KACAU LU PUNYA LUMAHPUN KILA SUDAH UNTUNG.
WA INGAT LEBIH BAIK LU JAGA SEKINCAN PUNYA OLANG.

budak pencen berkata...

diseksyen 7 tu,tanah 2 lot dicantum sudah dekat
2 juta.tak kan rumah macam rumah michael jackson tu hanya bernilai 1.5 juta saja,orang
kelantan kata;ghoyat ko che po bolih.setidak2
15 juta tu.belum masuk perabot lagi tu.

Awanama berkata...

BIAR PI KAT DIA LAH.ITU DUNIA.BUKAN BOLEH BAWAPUN.KITA ORANG-ORANG PAS NI TUNGGU AKHIRAT SUDAHLAH.

AHLI PAS BALING