25 November 2013

Hutang meningkat pada 53.6% berbanding KDNK

21 Muharram 1435H. [MOD] -

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengumumkan kadar hutang negara meningkat kepada 53.6 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir September tahun ini.

Menurutnya, hutang negara kini berjumlah RM529.6 bilion, satu angka yang disifatkannya sebagai masih lagi dalam keadaan terkawal.

Cuti mingguan: Kelantan ucap tahniah kepada Joho

21 Muharram 1435H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengucapkan tahniah kepada Johor kerana telah mengembalikan cuti mingguan kepada hari Jumaat.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika ditemui pada satu majlis turut merakamkan ucapan tahniah pada Kerajaan Johor yang bakal menguatkuasakan cuti mingguan bermula Januari tahun hadapan.

“Saya mengucapkan tahniah pada kerajaan Johor kerana akan menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti mingguan,” ujarnya.

Semuanya molek, tiada yang luah berbaik dengan Umno

21 Muharram 1435H. [MOD] -

KOTA BHARU: Ahli-ahli PAS perlu menerima keputusan pemilihan yang telah dibuat sewaktu Muktamar Tahunan ke-59 di Shah Alam yang berakhir semalam.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik, berkata ahli PAS perlu memberi peluang kepada saf kepimpinan yang baru itu menjalakan tugas mereka dalam tempoh dua tahun ini.

“Kewajiban ahli untuk menerima keputusan. Jangan sesekali apabila setelah keputusan dibuat, ada pihak mengada-adakan kumpulan-kumpulan dalam parti.

Tee Keat umum tanding presiden MCA

21 Muharram 1435H. [MOD] -
Bekas presiden MCA Ong Tee Keat sekali lagi mengintai jawatan tertinggi dalam parti itu dalam pemilihan bulan depan.
Beliau menjadi orang kedua mengumumkan hasrat itu selepas Timbalan Presiden Liow Tiong Lai.

"Saya mahu umumkan hari ini, Ong Tee Keat sedia tawarkan diri sebagai presiden," katanya dalam sidang media pagi ini.

Kalau dah' toman', pakaikan mahkota pun ia tetap 'toman'

21 Muharram 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Selalunya kehidupan orang yang baru mendapat nikmat ini hidup mereka kadang kala adalah 'fake' dan tidak natural, tulis Aspan Alias (gambar).

“Dalam waktu membuat ‘adjustments’ dengan keadaan dan situasi baru itu, ia menyakitkan mata dan hati banyak pihak yang bersangkutan dengan orag ramai,” tulis beliau di dalam blognya, kelmarin.

Kata-kata orang tua dahulu kala ada berbunyi, ‘seorang yang berdarah raja itu, jika menjadi buruh pun ia tetap raja, tetapi jika seorang 'toman' (singkek), jika diletakkan mahkota di kepala mereka sekali pun, ia tetap dengan sikap  'toman'nya.

Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Umno-Parti Komunis Cina eratkan hubungan

21 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Delegasi Parti Komunis China (CPC) mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
    
Delegasi itu, diketuai Sun Chulan, anggota Biro Politik, Jawatankuasa Pusat CPC, meluangkan masa kira-kira 30 minit dengan Najib, yang merupakan Presiden Umno.
    
Sun yang juga Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Tianjin CPC diiringi, antara lain, Naib Menteri Jabatan Antarabangsa, Jawatankuasa Pusat CPC Zhou Li, Naib Datuk Bandar Tianjin Ren Xuefeng dan Duta Besar China di Malaysia Chai Xi.

Tak perlulah guna lilin, tapi tunjuklah nak berjimat

21 Muharram 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Tidak ada sesiapa menafikan bahawa Seri Perdana adalah kediaman Perdana Menteri dan sesiapa yang menjadi Perdana Menteri berhak tinggal di situ.

“Persoalan yang dibangkitkan ialah kenapa bil elektriknya terlalu tinggi sedangkan di ketika yang sama hutang negara makin tinggi dan rakyat diminta berjimat cermat? Tidak bolehkah berjimat sedikit?” tanya penulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Ini, katanya kerana ramai yang tahu bahawa bil elektrik di Seri Perdana tidaklah terlalu tinggi ketika Mahathir dan Pak Lah tinggal di sana. 

Mengapa Malindo Air Hentikan Penerbangannya Ke Miri?

21 Muharram 1435H. [MOD] -

Malindo Air yang mengantung sementara penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri sehingga kini masih belum lagi menyambung semula penerbangannya ke Miri. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy dalam akhbar tempatan beberapa bulan yang lalu berkata "Kami hanya melakukan penjadualan sementara dan penstrukturan semula perkhidmatan kami. Kami tidak menggantung laluan selama-lamanya tetapi hanya (sementara) mulai 1 – 15 Nov. Mudah-mudahan menjelang 15 Nov, kita boleh meneruskan perkhidmatan kami ke Miri.” katanya.

Chong Wei menang gelaran hatrik pada Terbuka Hong Kong

21 Muharram 1435H. [MOD] -

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei (gambar) merangkul kejuaraan ketiga Terbuka Hong Kong selepas mengalahkan Sony Dwi Kuncoro, pada final di Hong Kong Colliseum, Kowloon semalam.

Pemain nombor satu dunia itu tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain Indonesia dalam masa 34 minit dengan keputusan 21-13, 21-9, sekali gus mencatatkan kejuaraan keenam siri super tahun ini.

Budak Lelaki Enam Tahun Berjaya Lepaskan Diri Dari Cengkaman Penculik

21 Muharram 1435H. [MOD] -

Budak lelaki yang nyaris menjadi mangsa culik ketika disoal siasat di balai polis, Ahad.
KUALA LUMPUR: Kepantasan seorang budak lelaki berusia enam tahun berfikir membolehkan dia berjaya melarikan diri daripada cengkaman penculik atas kehendaknya sendiri apabila dia bertindak berlari meluru keluar dari LRT yang dinaiki.

Tukang Gunting Cedera Ditetak Dengan Kapak

21 Muharram 1435H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Seorang tukang gunting rambut warga India cedera ditetak dengan sebilah kapak oleh pelanggannya, seorang lelaki tempatan dalam sebuah premis di Desa Mutiara Indah, Batu Maung, dekat sini, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata dalam kejadian pukul 5.30 petang itu mangsa menggunting rambut suspek dan selepas selesai dia mendakwa rakannya akan datang membayar wang upah kepada mangsa.

Hubungan Mesir-Turki semakin tegang

21 Muharram 1435H. [MOD] -

KAHERAH 24 Nov. - Mesir mengusir Duta Turki ke negara ini semalam, manakala Ankara mengurangkan hubungan diplomatik dengan Kaherah, sekali gus memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara selepas penggulingan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai lalu.

Hubungan tegang antara kedua-dua negara itu bertambah buruk selepas Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengkritik rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi dan situasi tidak stabil di Mesir pada Khamis lalu.

Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun di Bangkok

21 Muharram 1435H. [MOD] -

BANGKOK 24 Nov. - Beratus-ratus ribu penunjuk perasaan anti dan prokerajaan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di sini hari ini, sebagai membantah dan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Pihak berkuasa menganggarkan sekurang-kurangnya 440,000 penunjuk perasaan antikerajaan dan 30,000 yang prokerajaan atau Baju Merah berhimpun dalam demonstrasi tersebut.

Dua pengawal peribadi terbunuh serangan bom di Pakistan.

21 Muharram 1435H. [MOD] -

MIRANSHAH, Pakistan 25 Nov. - Sekurang-kurangnya dua orang pengawal peribadi terbunuh manakala lima orang lagi cedera hari ini, selepas satu konvoi kenderaan diserang dengan menggunakan bom di barat laut Pakistan.

Serangan tersebut berlaku di kawasan Mir Ali, bandar Miranshah, utara kawasan suku kaum Waziristan yang mempunyai hubungan dengan pergerakan Al-Qaeda dan Taliban.