10 Oktober 2009

Ketua Putera Umno bukan samseng jalanan tetapi.......

Email : Zamri keciks
By : Roslan Sms


Pada 21 Jun lalu saya ada memuatkan dalam blog saya (http://n32.blogspot.com/) ulasan berkenaan temuramah Ketua Putera Umno Azeez Abdul Rahim dalam Agendadaily (http://www.agendadaily.com/). Dalam ulasan saya itu saya mengenengahkan maklumat yang diterima dari sumber yang boleh dipercayai berkenaan jawapan dan ulasan Azeez dalam temuramah itu.

Menurut sumber tadi kebanyakan maklumat yang diberikan Azeez dalam temuramah itu samada telah diselewengkan atau palsu ataupun pembohongan.

Saya terbitkan kembali ulasan saya itu:

Menurut seorang sumber yang menghubungi kami sebahagian besar dari jawapan Azeez terhadap wawancara ini adalah bohong dan palsu belaka. Menurut sumber tadi sesiapa yang tidak mempercayainya bolehlah melakukan siasatan sendiri samada melalui pendaftar syarikat ataupun mana-mana pihak yang berkaitan.

Satu lagi pembohongan yang lebih serius (dalam wawancara itu) adalah:Kemudian saya beli syarikat Almarhum Sultan Selangor iaitu syarikat Wilayah Arm, setelah maju dalam berniaga, saya mula memberi bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik, pada rumah anak yatim, badan kebajikan, sekolah agama, sekolah anak yatim, Belia 4B, Pandu Puteri.

Menurut sumber syarikat tersebut bukannya milik Almarhum Sultan Selangor, tidak masuk akal Almarhum Tuanku memiliki sebuah syarikat sedemikian rupa. Barangkali pemilik lesennya adalah kerabat di raja Selangor tetapi BUKAN Almarhum Sultan, mengapa Azeez menjual nama Almarhum dalam hal ini? Dan Azeez tidak pula memberitahu yang syarikat itu kemudiannya telah beliau jual dan kini pemiliknya bukan lagi beliau!

Dan lebih serius lagi Azeez mendakwa:sejak dulu lagi saya memberi sumbangan dan bantuan, kemudian saya sambung belajar, saya buat Masters di sebuah Universiti di AmerikaMenurut sumber Azeez tidak pernah memasuki mana-mana universiti di Amerika apalagi berjaya mendapatkan ijazah sarjana di sana.

Pihak Agendadaily telah membuat temuramah susulan dengan Azeez barangkali ekoran perkembangan ini (atau barangkali agendadaily pun menerima maklumat yang sama). Jelas kenyataan Azeez kali ini semakin mengeruhkan keadaan malah hampir mengesahkan maklumat yang diperolehi dari sumber itu dan banyak lagi yang masuk setelah berita Azeez ini dibawa kepengetahuan umum.

Azeez tidak menafikan yang beliau banyak terlibat dengan kes-kes di mahkamah yang ada diantaranya masih belum diputuskan apabila beliau berkata dalam temuramah kali ini:

Dalam bab ada orang dakwa saya ada kes mahkamah …memang betul.
Siapa saja yang berminat nak tahu sangat betul tak betul boleh pergi check kat mahkamah..memang dulu waktu zaman saya mula berniaga.. memang ada unsur-unsur dalam perniagaan… kata saya nak tembak orang dan sebagainya.

Selain itu dalam penjelasan beliau kepada Agendadaily Azeez tidak menyentuh langsung berkenaan syarikat Wilayah Arms yang didakwanya dibeli dari Almarhum Sultan Selangor (dalam temuramah pertama). Berdasarkan rekod Almarhum Tuanku memang TIDAK PERNAH memiliki mana-mana lessen mengedar ataupun menjual senjatapi!

Manakala berkenaan ijazah Masters yang didakwanya diperolehi beliau di Amerika Syarikat (yang dinafikan oleh kenalan-kenalan rapat beliau) Azeez berkata dalam temuramah baru ini:

Pasal ada orang bawa mulut kata saya tak ada kelulusan universiti luar negara kata saya temberang dan sebagainya.

Itu terpulanglah..kalau saya tak ada mana mungkin saya berani nak bubuh kelulusan itu dalam biodata saya.

Universiti saya belajar bukan universiti yang kolot..itu antara universiti tertua di Amerika iaitu Preston University di Wyoming,Amerika Syarikat.

Tak kan saya masuk universiti balik kosong, mustahi, lainlah kalau universiti negara-negara kita tak percaya kesahihhannya, ini semua ada rekod.

Tak mungkin saya nak bohong, apa tujuan saya nak bohong.

Akan tetapi penjelasan ini sahaja sudah merupakan satu pembohongan baru!

Jeff Ooi pemilik blog SCREENSHOTS (http://www.jeffooi.com/) telah membuat kajian berkenaan Preston University ini sebagaimana yang didakwa Azeez dan Jeff mendapati:

Preston University of Wyoming - which was established in 1994, and held its first graduation ceremony in 1997 - is ONE OF THE OLDEST UNIVERSITIES IN THE US?

Bagaimana Universiti yang ditubuhkan pada tahun 1994 (baru 11 tahun) itu boleh dikatakan oleh Azeez sebagai ANTARA UNIVERSITI TERTUA DI AMERIKA SYARIKAT!

Apa pun penjelasan Azeez ini makin menimbulkan pelbagai lagi kecelaruan dan kesangsian terhadap kewibawaan dan status beliau sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya memimpin golongan muda, genarasi pelapis dalam Umno. Kemungkinan Azeez bukan lah samseng jalanan (sebagaimana tajuk temuramah susulan beliau dalam agendadaily), kerana hanya seorang samseng profesional sahaja sebenarnya yang mampu melakukan semua yang diatas! Selamatkanlah anak-anak anda dari terjebak di dalam Putera Umno ini.

16 ulasan:

IBAN MUSLIM berkata...

MOHON SUMBANGAN UNTUK SAUDARA BARU MELANJUTKAN PELAJARAN DI YAMAN...KETERANGAN LANJUT, KLIK LINK DI BAWAH,

http://ibanmuslim.blogspot.com/2009/10/mohon-sumbangan-untuk-saudara-baru.html

Awanama berkata...

Preston University - universiti "tipu"
Lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Preston_University

Awanama berkata...

biasalah orang umON memg mcm tu....

pelaholic berkata...

hello bro...ape citer??aku tak nampak plak gambo budak bodoh berbaju merah tu dlm blog ko...knp tak letak gambo dia kene serang tu???petuiii...pengecut,bodoh...kalu ko berani,letak la gambo dia dlm blog ko...cakap org UMNO yg buat,n ckp lelaki islamik bodoh tu nak mati kene serang...ada berani ke??

sah2 ko tak berani kan...sebab ko ada otak,ko leh nampak tu tipu kan...knp bro??kalu benda tu ko pandai guna otak,ko kata gambar tu tipu,benda2 lain yg ko tulis pasal UMNO tu ko takleh guna otak jgk ke??ke otak ko mmg utk mengutuk n memfitnah jer??
pengecut la ko bro...petuihhh...malu la skit kat org sebelum ko malu kat diri sendiri...or ko patut malu pd diri sendiri sebelum ko malu kat haiwan...

pasal PAS tu islamik sgt,n ko ni islamik sgt,aku nak tanya,ape ko buat utk islam yg ko leh banggakan??bukan nak banggakan or meninggi diri,tapi just senaraikan 3 kerja yg ko buat utk naikkan syiar islam..kalu ko rase ko sorg jer bleh masuk syurga...pikir la bro...guna akal...guna fikiran yg diberi tuhan,bukan hanya utk memfitnah jer...

kalu berani,jawab la comment aku tu...kalu ko berani la..(yg pnbtg,jwb nape tak letak gambo lelaki berbaju merah yg bodoh bangang tu)....

kalu ko diam jer,tak jawab,or ko delete comment aku tu,sah la ko pengecut...baik ko delete jer blog ko ni...sampah jer...

sedangkan dlm harakah(yg letak gambar llaki baju merah tanpa selidik,pakai muat jer)pun berani,ni kan plak ko yg gagah perkasa ni kan...jawab bro...

Awanama berkata...

Tengok kalor le YB,malaon ni kaki putaq,sama macam yg lain2 tu juga, cakap lidah berbelit2,
Tak yah dok caya, yg kolor cam ni ingat sikit hitam sampai kehati......

Awanama berkata...

kalau tak samseng bukan UMNO, mereka mnggunakan semua jentera kerajaan untuk menunjukkan betapa samsengnya mereka..

Awanama berkata...

kalau dikatakan UMNO tak mengamlkan rasuah sampai mati rakyat termasuk ahli UMNO tak percaya.

Raziq Najab berkata...

SEKALI TENGOK MUKA DIA DENGAN KADIAQ MB PUAKA TU LEBIH KURANG SAMA JA... 2X5 KAKI TEMBERANG!!!
PUNGKOK KUALI BELAKA...

Unknown berkata...

he,he banyak lagi dia punya temberang...

Allah dah mila nak tunjuk, nantilah balasan..

aryman berkata...

dah perangai umno sejak azali lagi....merapu,menipu,mengampu...

Awanama berkata...

azeez, ada isteri cantik

Zanie berkata...

Dia kata dia melayu tapi fasih berbahsa tamil. Memanglah fasih sebab mak bapak dia berbangsa India! kalau dah mak bapak orang India kenapa mengaku melayu?

Malu sangatkah nak mengaku orang India? nampak gayanya pendokong muda UMNO didokong oleh satu golongan berbangsa Inda yang nenetap di Malaysia iaitu golongan mamak!

Tukar sajalah nama kepada ketua pemuda mamak!

Putra IJ80 berkata...

quote"Zanie berkata...

Dia kata dia melayu tapi fasih berbahsa tamil. Memanglah fasih sebab mak bapak dia berbangsa India! kalau dah mak bapak orang India kenapa mengaku melayu?

Malu sangatkah nak mengaku orang India? nampak gayanya pendokong muda UMNO didokong oleh satu golongan berbangsa Inda yang nenetap di Malaysia iaitu golongan mamak!

Tukar sajalah nama kepada ketua pemuda mamak!"unquote

Gua sokong tulisan lur.,

Tapi salah kita tak mau dengar pesanan Tok Nenek kita dolu., i.e"Klo jumpe Ular dgn keling,kita biarkan ular itu hidup".

Sekarang Bangsat bangsat nie dan menular di kalangan kita.,sahingga hampir mengenepikan keturunan kita.,Bangsa Melayu yg.di tarifkan,sebagai bangsa yang berkulit sawo matang,lemah lembut budi bahasanya,beragama Islam.

Sekarang kita lihat banyak pertubuhan yang terang terang menamakan MELAYU umpama nya GPMS,even UMNO itu sendiri.,tapi lihat siapa yang menjadi pemimpinnya ? atau Ahli ? adakan Melayu atau yang mengaku jadi Melayu.

Gua cukup malu melihat mereka ini pula yang berdegar degar hendak memperjuangkan membela nasib Bangsa Melayu ,walhal amat jelas dan ketara dari segi fizikal,rupa perangai tak lebe dari Mamak Tongkang yang hidup tersadai merempat di tepi pelabohan Tanjong (PP)satu ketika dulu.

Bangsat bagsat nie lah yang kini hampir meruntuhkan struktur kita orang Melayu.

Kesian Tok Nenek kita yang tak di hargai pesanan nya.

Awanama berkata...

haranp jgn di layan pelaholic tu ... dah memangggg taik UMNO gitu le caranya..

pelaholic berkata...

tanpa nama:sape yg taik eh...hahaha...bodoh bin sombong...dah tahu sah2 benda yg aku ckp tu kerja bodoh puak2 PAS,taknak ngaku...pahtu ckp org UMNO yg buat...hahaha....bengap,bodoh...sombong....bodoh sombong...layak la utk ko...

Awanama berkata...

askum saudara seagama.aku tk nak ckap bnyak.tapi aku nk bg tau aku join umno aku dapat mmatangkn,mmajukn diri aku,kwn2 dan kmpung aku dgn program umno.aku happy dan aku ucap syabas umno.hampa pembakang renung renungkanlah..fitnah tu lbih besar dari bunuh sribu umat tk bdosa.Islam tk ajar umatnya mcm tu..ali pantoi batu 3,parit kasa parit buntar