10 Oktober 2009

Graf sokongan terhadap Najib terus merudum

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Lagi tiga hari menjelang pilihan raya Bagan Pinang yang amat penting untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, graf sokongan kepada beliau turun menjunang.

Menurut poll terbaru yang dibuat oleh Merdeka Centre yang diedarkan hari ini, tahap sokongan kepada Najib turun 9 peratus dalam masa empat bulan berbanding dengan bulan Jun lalu.

Jun lalu, tahap sokongan kepada Najib adalah 65 peratus manakala poll terbaru mendapati tahap sokongan kepada beliau turun kepada 56 peratus sahaja, lapor laman web The Malaysian Insider.

Poll yang dibuat sempena enam bulan Najib menjadi Perdana Menteri itu mendapati rakyat tidak berpuashati dengan pencapaian Najib tentang korupsi dan kejadian jenayah yang terus meningkat.

Namun mereka berpuashati dengan usaha Najib untuk memperbaiki sistem pendidikan, pengurusan ekonomi dan kecekapan kerajaan.

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati, jumlah orang yang tidak berpuashati dengan Najib juga meningkat dari 22 peratus Jun lalu kepada 23 peratus sekarang ini.

ImagePoll ini dibuat melalui perbualan telefon yang dibuat kepada 1027 respondan yang dipilih secara rawak. Ia dijalankan pada 4-14 September lalu.

60 peratus respondan adalah Melayu, 30 peratus Cina dan sembilan peratus India.

Dalam pada itu, untuk pilihan raya ini, Najib berkata, BN tidak kesah dengan berapa jumlah majoriti yang bakal dicapai oleh calonnya di Bagan Pinang.

Yang penting adalah kemenangan, kata beliau kepada para wartawan.

Berbanding dengan pilihan raya sebelum ini, Presiden Umno menyerahkan sepenuhnya operasi pilihan raya kepada timbalannya.

Namun, untuk pilihan raya Bagan Pinang, Najib didapati terlibat secara aktif termasuk hadir ke kawasan pilihan raya di hari calon BN diumumkan.

Beliau juga membuat ulasan dari masa ke semasa tentang pilihan raya kecil ini.

Menurut sumber, pemilihan Tan Sri Mohamad Isa juga dibuat oleh beliau secara pribadi kerana beberapa kenyataan yang dibuat timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini membayangkan beliau tidak bersetuju dengan Isa.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga tidak bersetuju dengan pemilihan Isa.

HarakahDaily.Net/-

10 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Bagaimana sokongan terhadap Najib akan meningkat. Prestasi yang ditunjukkan kepada rakyat tidak memuaskan.

Selain itu, Najib sendiri mempunyai imej yang buruk sebelum beliau menjadi PM.Perkara pertama yang masti dilakukan Najib ialah tunaikan permintaan rakyat dahulu demi memenangi hati rakyat.

atsixty berkata...

Rakyat sangat berharap agar PM Najib membersihkan namanya dalam kes Atantuya dan juga nama isterinya Rosmah Mansur dalam klip video "Perempuan Puaka" yang tersebar meluas di youtube.

Tok Pambu berkata...

Kalau PAS memang satu undi pun sudah kira menang besar.

DUN Bagan Pinang berhalangan besar bagi PAS kerana terdapat 4000 undi pos yang boleh 'dipermain' kan oleh UMNO.

Selain dari itu DUN Bagan Pinang juga kubu kuat UMNO selama ber kurun2.

Kita cuma berharaf agar rakyat tersedar supaya tidak mengundi calun "RAJA RASUAH" - Isa Samad.

Qaseh Bonda berkata...

Teori RAHMAN selesai...

Selamat tinggal Najib...

Lagipun Pemimpin UMNO banyak yang kitar semula...

Biarlah kita ke arah menukar pemimpin baru yang beretika..ada karisma...ada convincing power...yang takutkan hanya pada yang SATU..

Unknown berkata...

Najib hanya ingin memuaskan dirinya sahaja.

BUDAK PENCEN berkata...

Untok meningkat prestasi mudah,Dato Najib kena
jadi PM rakyat Malaysia.Jangan sekali2 jadi PM
UMNO/BN,PM Pekan.Bersihkan PDRM,MACC,Badan kehakiman dll
Dato Sri/ISTERI jangan ambil hak rakyat,gaji dan keistimewaan2 PM sudah bolih Dato Najib makan sampai anak cucu.Biarlah rakyat kongsi kekayaan Negara bertuah ini.Kalau berani Dato Sri merubah organisasi2 diatas,saya yakin bukan
rakyat Pekan saja yang sokong malah seluruh
rakyat Malaysia menyokong Dato Sri.Dan masa
silam dato sri akan terus dilupai rakyat,ubahkan lah demi Malaysia Tercinta.

masuksuku berkata...

salam yb dan pembaca
pada saya semua ini boleh berubah jika pendekatan islam diambil kira..kedudukan kehidupan islam yang diajar dan disuruh oleh Nabi Muhammad saw sudah cukup untuk memupuk dan mencapai kehidupan yang amat sempurna..
yang paling baik adalah Najib dan geng geng nya berhenti..turun tahta..ganti dengan orang orang yang benar benar berpengetahuan islam..
yang menuruti perintah Allah ...
bukan yang bertopengkan ugama islam ..

Awanama berkata...

sokongan dari perasuah meningkat agaknya???

Raziq Najab berkata...

ANJING KALAU DAH BIASA MAKAN NAJIS TETAP NAJIS JUGAK YANG DIA CARI..
TAPI MANUSIA YANG BERAKAL DAN ADA HIDAYAH ALLAH BERBEZA ...
TAPI JIKA MANUSIA MENOLAK HIDAYAH ALLAH, SESUNGGUHNYA IA LEBIH HINA DARI BINATANG!!!

WALLAHUA'LAM

Awanama berkata...

belajo2 ler dari sejarah dulukala,..betapa orang-orang yang menolak kebenaran, hidupnya tersiksa, menderita...ni masih ALLAH bagi peluang nak taubat, jom kita taubat selagi bernafas..kang malaikat maut dah sampai..apo nak di kato..tak takut ke berhutang dengan rakyat..aku hutang teh tarik dengan mamak belekang kolej pun sampai la ni menyesal tak jumpa2..mamak o mamak, mana ko...