10 Oktober 2009

Pemuda diminta tingkat keselamatan, elak provokasi

TELOK KEMANG, 8 Okt: Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi meminta ahli-ahli Pemuda meningkat keselamatan di markas dan unit peti undi parti di kawasan Bagan Pinang, sebagai respons kepada peningkatan tindakan ganas di sini.

Nasrudin berkata demikian dalam ucapannya di perhimpunan Pemuda di Markas Induk PAS di Telok Kemang sebentar tadi.

Perhimpunan dihadiri sekitar 300 ahli Pemuda dari seluruh negara itu dikerah Dewan Pemuda siang tadi untuk meningkatkan keselamatan di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

"Tujuan Pemuda dikerahkan hadir ialah untuk meningkatkan keselamatan agar mengelakkan berlaku provokasi dan kekacauan di sini," kata Nasrudin ketika ditemui Harakahdaily.

Beliau menggesa semua Pemuda agar tidak bertindak balas terhadap provokasi dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terjadi sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Pemuda PAS juga berpesan kepada Pemuda supaya "jangan bertindak tanpa sebarang arahan," tegasnya.

Majlis bermula sekitar pukul 8.30 di sini dihadiri Nasrudin, Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani, exco Pemuda Kamaruzzaman Mohamad dan Ustaz Riduan Mohd Noor dan pemimpin pemuda seluruh negara.

HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Inilah jalan terbaik yang boleh kita ambil.Sekiranya kita menggunakan cara yang sama sebagaimana yang digunakan UMNO BN,makan kita akan termasuk ke dalam perangkap mereka.

Dengan cara ini rakyat di Bagan Pinang khususnya akan akan dapat melihat betapa tertekannya UMNO dalam menghadapi setiap PRK yang diadakan sehingga terpaksa mengupah samseng-samseng.