10 Oktober 2009

Polis buat tak tahu ketika samseng Umno mengganas...

TELOK KEMANG, 9 Okt : Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng tidak berhati perut ini.

Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan 'biji mata' dan 'batang hidung' Balai Polis Telok Kemang namun tidak diendahkan pasukan polis.

Demikian rentetan peristiwa yang menyaksikan seolah-olah wujud kerjasama dan modus operandi ini dibantu oleh pihak polis, kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.

"Saya hairan bagaimana ada kejadian yang berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang tidak diendahkan pihak berkuasa polis.

"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.

Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupkan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.

Beliau mendakwa, ada kemungkinan tindakan ini 'sengaja' dirancang hanya untuk memberi tekanan kepada petugas Pakatan Rakyat.

"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.

"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.

Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.

"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.

Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.

Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini.

HarakahDaily.Net/-

10 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Kalau dah jadi zon perang kita minta pimpinan tertinggi minta semua penyokong PR agar turin beramai-ramai ke Bagan Pinang dan kita berperang dengan samseng UMNO ni.

Awanama berkata...

UMNO + PEKIDA = KLU KLUX KLAN (KKK)

Awanama berkata...

mohon pimpinan tertinggi PAS/PR memberi amaran secara terbuka kepada pimpinan UMNO/BN agar menasihati orang2 umno jangan bertindak keterlaluan kerana kesabaran umat Islam ada had dan batasnya.

masuksuku berkata...

Salam
dalam khutbah jumaat hari in ..9 10 09..iman ada membacakan sesuatu untuk kita fikirkan...dalam piagam madinah semasa zaman Nabi kta saw.tentang hidup berbilang kaum dan ugama..sala satunya..jangan kacau orang jika dia tak kacau kita..biar masing masing hidup aman dan tenang..tetapi jika kita di kacau maka wajib lah kita menentang...
dalam kes ini..kita tak boleh salah kan polis sebab piagam polis adalah membantu orang orang yang berduit saja..
sejarah polis di zamandahulu..kat barat..kisah benar ya..adalah ibarat pegawal keselamatan yang dibayar gaji oleh orang orang bangsawan setiap bulan..mereka ini menjaga orang yang berkenaan kerana mereka mengeluarkan duit untuk tujuan tersebut..lama kelamaan ianya difikirkan baik jika ditubuhkan untuk keselamatan semua orang..
jadilah atau tertubuhlah pasukan polis yang dibayar gaji oleh kerajaan yang memerintah..
ayat kerajaan yang memerintah ya..tak kira dari parti mana..asal memerintah itulah kerajaan..semua faham...ada pertanyaan ..
jadi mereka ini adalah orang orang yang mengikut perintah..jika di perintahkan makan taik contohnya..mereka akan makan..macam jawaban oleh sirul azahar la..saya di perintahkan..
mereka di perintahkan untuk berdiam diri..jangan campur sebab orang besar suruh jangan campur..ada antara polis sendiri yang tidak tahan dengan keadaan ini sebenarnya..tapi apanak buat dah makan gaji..
kes yang bermaksud lebih takutkan orang daripada takutkan ALLAH..DALAM ERTIKATA SEBENAR MEMBESARKAN MAHLUK DARIPADA ALLAH...hukumnya ..
jadi pendekatan kita yang paling baik mungkin melawan..depa pakai parang kita pakai parang..lastik ke..macam kat palestine..
jangan di diamkan..nanti depan kita anak isteri kita di rosakkan..jika kita masih berdiam..
yang malu dan jijiknya ..semua pelaku yang buruk itu tentu lah bangsa melayu...yang melanyak sesama bangsa dan ugama demi parti yang tak boleh di bawa ke kubur..sebab dalam kubur tiada soalan parti mana kamu ikut..pemimpin umno mana imam kamu..berapa orang dari pembangkang yang kamu dah katok dan bunuh...tak percaya..cuba masuk kebawah tu kejap....

Awanama berkata...

polis = lembu....
sape yg memerintah, org tu gak yg dia ikut...
salah or betul no 2...
yg penting hanya turut arahan...
kalo org bn suruh polis makan tahi, polis tentu akan makan...
hidup tak der pendirian...
diaorg tak tau ke betapa makbul nya doa org yg di zalimi?

zdan berkata...

betul2 terjadi ke ni....ada video x? xkan sorang xdak henset nk rakam...

Awanama berkata...

salam,
inilah tindakan2 bodoh yg akan mengundang campurtangan asing dalam negara kita...
cuba tengok iraq semasa saddam hussein...
lama kelamaan huru hara berlaku, org tidak percaya lagi pd pihak keselamatan dan akhirnya...
campurtangan asing dan kita dijajah lagi...
kerana apa..
apabila negara diperintah oleh diktator, disokong oleh sebahagian kecil org2 berkepentingan, ramai rakyat menderita dan susah..Dan samseng2 upahan menahan org dan melakukan tindakan sendiri..undang2 di tangan mereka..
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau hancurkan golongan yang menjadi talibarut asing dan Dajjal..

Awanama berkata...

sekarang ni agensi seperti SPR dan SPRM juga sedang tidur

Raziq Najab berkata...

HANCUR UMNO HANCUR BARISAN!
PERGI JAHANAM DENGAN KEBANGSAAN!

ALLAH TUHAN KAMI
RASUL PEMIMPIN KAMI
AL QURAN IKUTAN KAMI
SYAHID CITA2 KAMI

ALLAHUAKBAR!!!

Awanama berkata...

Ya ALLAH berilah kemenangan untuk ISLAM hancurkan BN serta sekutu sekutunya.....turun lah bala keatas mereka....amimm....