29 Disember 2021

Mangsa banjir di lima negeri terus catat penurunan

 Pekebun, Ahmad Irham Mohd Noor, 40, membersihkan kebun cili di Kampung Seri Tanjung, Dengkil yang musnah akibat banjir. - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM

Pekebun, Ahmad Irham Mohd Noor, 40, membersihkan kebun cili di Kampung Seri Tanjung, Dengkil yang musnah akibat banjir. - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di lima negeri terus menunjukkan penurunan apabila seramai 10,007 orang daripada 3,086 keluarga direkodkan setakat jam 5 petang tadi.

Cuaca sejuk melampau merentasi China

 Seorang lelaki berenang di sebuah tasik yang sudah separuh beku ketika suhu jatuh sehingga -24 darjah Celsius di Shenyang di Liaoning, China. - Foto AFP

Seorang lelaki berenang di sebuah tasik yang sudah separuh beku ketika suhu jatuh sehingga -24 darjah Celsius di Shenyang di Liaoning, China. - Foto AFP

HUNAN: Salji menyelubungi bahagian selatan China sejak Ahad lalu dengan suhu di beberapa bahagian di utara mencecah paras terendah -37 darjah Celsius kelmarin, susulan cuaca sejuk melanda seluruh negara.

MAHB ganti Aerotrain KLIA

 

MENURUT MAHB, sistem Aerotrain sering mengalami gangguan perkhidmatan, menyebabkan ketidakcekapan operasi.

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memulakan penggantian Penggerak Penumpang Automasi (APM) yang turut dikenali sebagai sistem Aerotrain yang telah beroperasi sejak 23 tahun lalu. Menurut syarikat pengurusan lapangan terbang itu, sistem Aerotrain itu sering mengalami gangguan perkhidmatan, menyebabkan ketidakcekapan operasi. Perkara tersebut katanya, menyebabkan ketidaksenangan kepada pelanggan yang akhirnya terpaksa menggunakan perkhidmatan bas alternatif. 

Hikmah bencana menyegarkan perpaduan

 

DALAM kesedihan menghadapi bencana banjir besar yang tidak diduga dan suatu yang berada di luar ramalan manusia, namun masih ada segelintir pihak yang menimbulkan keriuhan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan berlakunya bencana banjir yang besar, terdapat suatu hikmah yang besar maknanya, sekalipun terdengar keriuhan itu.

Wilayah tengah Jepun huru-hara dilanda salji tebal

 

TOKYO: Salji tebal menyebabkan keadaan huru-hara di tengah Jepun dengan kesesakan lalu lintas yang teruk, pembatalan penerbangan dan gangguan perkhidmatan keretapi.

Sekolah vernakular tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan

 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, hari ini memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

Pantai Timur dijangka alami banjir serentak mulai Jumaat ini

 


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan, banjir akan berlaku di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, bermula Jumaat dan Sabtu ini susulan amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

3,683 kes COVID-19 hari ini

 

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,683 kes jangkitan COVID-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini.