26 September 2012
Fahami Hak dan Tanggungjawab dalam membina rumah tangga
Ahmad Baei Jaafar
Masyarakat Melayu pada zaman ini sesetengahnya terpengaruh dengan kehidupan budaya Barat. Mungkin kerana banyak sangat menonton drama atau filem dari Barat. Malah drama dan filem tempatan juga memaparkan cerita persis drama kehidupan orang Barat. Lalu dengan sebab itu suami isteri melayari rumah tangga mengikut cita rasa yang dipaparkan itu.
Umat Islam pasca merdeka jauh daripada peraturan Islam kecuali masyarakat kampung yang tidak terdedah dengan kehidupan Barat. Rata-ratanya masyarakat bandar hidup seperti tiada peraturan tertentu kecuali apa yang dilihat pada kehidupan orang-orang terdahulu. Selebihnya mereka terpengaruh dengan filem atau drama. Ada yang lebih malang daripada itu, merek tidak mahu mendirikan solat secara istiqamah.
Mereka ini walaupun tahu, suami adalah pemimpin yang wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak yang dilahirkan, tahu juga sebagai isteri wajib taat kepada suami dan menyediakan keperluan suami secukupnya namun tidak mampu dipatuhinya. Pada mereka peraturan itu sudah tidak releven lagi pada masa ini.
Sering berlaku dalam masyarakat kita, isteri keluar rumah tanpa meminta izin suami. Ada juga suami yang tidak berusaha mencari keperluan hidup kerana isterinya sudah mempunyai pendapatan yang besar. Manakala anak-anak boleh keluar masuk rumah tanpa perlu memuliakan atau menghormati ibu bapanya. Semua ini bertitik tolak daripada kekurangan ilmu pengetahuan agama yang dimiliki oleh mereka.
Hak dan tanggungjawab
Hak dan tanggungjawab adalah dua hukum yang berlainan tetapi sebahagian umat Islam tidak memahaminya malah kadang-kadang bertukar antara keduanya. Hak ialah sesuatu yang menjadi keperluan, wajib dipenuhi. Maka suami ada hak atau keperluan yang wajib dipenuhi, begitu juga isteri ada hak yang wajib dipenuhi.
Hak suami dan hak isteri tidak sama, tetapi kedua-dua hak itu kalau dapat dipenuhi akan menjadi kehidupan mereka bahagia dan tenang. Maknanya hak suami dan hak isteri saling kait mengait. Firman Allah yang bermaksud:
“Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.” (Surah al-Baqarah : 228)
Begitu juga dengan suami jika difahami ayat itu secara terbalik iaitu, “para suami mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.” Ertinya hak yang dimiliki oleh seorang isteri atas suaminya sama seperti hak suami atas isterinya dari sudut masing-masing mesti mematuhi baik perintah mahupun larangan Allah. Oleh sebab itu Ibn Abbas pernah berkata:
“Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.”
Tanggungjawab suami bermaksud beban yang dipikulkan kepada suami dan begitu juga tanggungjawab isteri, maka isteri dipikulkan kepada isteri supaya memenuhi hak suami. Suami sebagai contoh dipikulkan beban melindungi isteri, memberi nafkah dan mendidiknya. Tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan kerana sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban)
Isteri juga dipikulkan tugasan bagi memenuhi keperluan atau hak suami. Contoh dalam hal ini ialah isteri dipertanggungjawabkan menjaga tempat tidur suami. Maka isteri tidak boleh meninggal tempat tidur suami selagi suami berada di rumah. Apabila isteri berjaya memikul beban ini dengan sempurna, akan bahagia dan tenanglah suami dan isteri tersebut.
Bina keluarga dengan ilmu yang betul
Suami isteri perlu mengambil pendekatan menghayati ilmu Islam sebelum dan semasa membina rumah tangga. Selain menghadiri kursus pra perkahwinan selama dua hari, mereka masih perlu membaca ilmu tentang rumah tangga Islam dalam buku-buku yang tersedia dijual di pasaran. Ilmu yang penting dalam rumah tangga ialah tentang hak dan tanggungjawab masing-masing.
Perhatikan carta berikut:
Hak Suami
|
Tanggungjawab Isteri
|
Dihormati
|
Tidak membawa masuk ke rumah orang yang dibenci suami, meminta izin ketika keluar rumah
|
Disayangi dan dihargai
|
Menerima seadanya pemberian suami
|
Ditaati
|
Taati perintah suami selagi tidak melanggar hukum
|
Dilayani
|
Tidak meninggalkan tempat tidur suami
|
Hak Isteri
|
Tanggungjawab Suami
|
Mendapat nafkah secukupnya
|
Menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal
|
Dilindungi maruah
|
Menjaga keselamatan isteri, sentiasa berada di dalam rumah
|
Disayangi
|
Tidak memukul muka isteri, tidak menghinanya dan membelai tubuh isteri dengan penuh kasih sayang
|
Diadili dan mendapat keadilan
|
Memberi secukupnya keperluan isteri terutama yang bermadu
|
Dengan memerhatikan hak dan tanggungjawab dua belah pihak, kita dapati antara satu sama lain ada kait mengait dan sokong menyokong. Maknanya apabila kedua-dua belah pihak menunaikan hak masing-masing akan terbina kasih sayang yang kukuh. Hal ini kerana hak masing-masing telah dipenuhi pasangan dengan sebaiknya.
Di sini suka saya contohkan satu hak dan tanggungjawab iaitu hak isteri untuk disayangi, selain dia tidak dihina suami, keperluan seksual isterinya diberi perhatian serius. Malah dalam Islam sekurang-kurangnya empat bulan sekali perlu dipenuhi jika keadaannya tidak mengizinkan. Maknanya kalau suami dengan sengaja meninggalkan atau mengabaikan seksual isteri dalam tempoh itu adalah satu kesalahan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya daripada isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah : 226)
Walau bagaimanapun dalam keadaan biasa seseorang isteri itu perlukan belaian suami sekurang-kurangnya sekali dalam setiap empat hari. Pada zaman Umar bin al-Khattab ketetapan semacam ini pernah dilakukan berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
“Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” (Surah an-Nisa’ : 3)
Difahami daripada maksud ayat di atas, jika seorang suami itu mempunyai empat orang isteri (maksimum) maka jarak giliran antara setiap orang isteri adalah empat hari. Oleh sebab itu, empat hari adalah had maksimum bagi suami melayani isteri. Maknanya, walaupun isterinya hanya seorang, panduan ini masih boleh dipakai.
Bayangkan kalau hak isteri ini dipenuhi suami dengan penuh kasih sayang, apa mungkin akan berlaku keretakan rumah tangga. Hakikatnya hak dan tanggungjawab inilah yang menjadi asas kebahagian rumah tangga. Sebaliknya kalau hak ini diabaikan atau dinafikan, pasti berlaku kemurungan yang akhirnya membawa pergaduhan besar.
Menyentuh soal seks, suka dijelaskan di sini Islam menetapkannya sebagai keperluan kedua-dua pihak. Seks bukan nafkah seperti yang difahami orang kebanyakan sebagai nafkah batin. Tetapi satu keperluan yang ada pada kedua-dua belah pihak. Apabila dikatakan keperluan, maka samalah kedudukannya dengan keperluan untuk makan dan minum. Maka jika suami perlukan seks, isteri wajib memenuhinya, dan jika isteri perlukan seks, suami perlu mempertimbangkannya.
Begitulah seterusnya hak dan tanggungjawab lain seperti yang dicatatkan dalam carta di atas. Percayalah kalau suami dan isteri dapat memahaminya dan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna tiada siapa yang akan berkecil hati dan bermasam muka.
Elak Nusyuz
Nusyuz ialah pelanggaran isteri terhadap perintah dan larangan suami secara mutlak. Namun nusyuz ini hanya boleh berlaku apabila isteri melanggar hak suami dan mengabaikan tanggungjawabnya semasa suami berada di dalam rumah sahaja. Antara hak suami yang boleh dicontohkan di sini ialah hak ditaati. Memanglah pada dasarnya isteri tidak ditugaskan untuk mengurus rumah tangga, membancuh teh, memasak nasi dan membasuh pakaian. Bahkan suami yang sayang isteri boleh menggajikan petugas untuk melakukan kerja-kerja itu.
Walau bagaimanapun jika suami menyuruh isterinya membancuh teh, membasuh pakaian, memasak makanan, maka isteri wajib melaksanakan pemintaan itu. Isteri wajib mentaati permintaan suami kerana perintah itu tidak melanggar syariat. Apabila permintaan itu diabaikan apatah lagi dengan penolakan yang kasar maka isteri tersebut telah melakukan nusyuz terhadap suaminya.
Hukuman terhadap isteri yang nusyuz telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang kalian khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membekas), jika mereka mentaati kalian, janganlah kalian mencari-cari alasan untuk menghukum mereka” (Surah an-Nisa’: 34)
Jelas di sini terdapat tiga bentuk hukuman yang boleh diambil oleh suami bagi memulihkan keadaan iaitu:
1. Menasihatinya dan memberi peringatan kepadanya.
2. Mengasingkan tempat tidur.
3. Memukulnya dengan pukulan yang tidak membekas.
Jika dengan salah satu tindakan itu isteri tersebut boleh sedar dan kembali taat kepada suaminya, maafkan dia dan lupakan sengketa lama dan mulakan kehidupan baru. Semua itu bergantung kepada kebijaksanaan suami mengurus rumah tangga. Percayalah jika suami dapat memberikan kasih sayang kepada isterinya, sudah tentu akan berakhir dengan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarganya, dan akulah orang yang terbaik antara kamu terhadap keluargaku.” (Riwayat Muslim)
7 teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita.
"Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun.
"Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional" jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen.
Tambahnya lagi, melalui belanjawan kali ini juga Pakatan Rakyat turut mewujudkan bina dayasaing demi pertumbuhan dengan mengubal undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana dan merombak herotan ekonomi.
Hasil minyak untuk negeri turut diutamakan dengan menubuhkan syarikat-syarikat minyak PetroSabah, PetroSarawak, PetroTerengganu untuk menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) yang kini diboloti oleh syarikat kroni.
"Skim khusus diwujudkan agar Petronas menaungi syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun.
"Mengenai perumahan rakyat, penubuhan Perbadanan Perumahan Negara untuk menjalankan amanah menyediakan perumahan mampu milik secara besar-besaran," kata beliau.
Tambahnya lagi, melalui perumahan rakyat ini program pemilikan bersama (50:50) di antara kerajaan dan rakyat bagi perumahan terpilih.
Selain penurunan harga kereta menjadi teras utama, reformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diberi perhatian dengan mengalihkan sumber manusia dan kewangan kepada kegiatan membanteras jenayah.
Malah kenaikan gaji sebanyak 5 peratus kepada anggota juga turut akan diumumkan, tidak ketinggalan juga pengumuman kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.
Belanjawan yang meletakkan jumlah perbelanjaan RM233 bilion iaitu jumlah lebih kecil dari jumlah yang dijangka diumumkan oleh kerajaan iaitu melepasi RN250 bilion tetapi terus meningkat sebanyak RM13 bilion berbanding Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.
Selain itu juga pertumbuhan ekonomi pengikut penganalisis dan ramalan ekonomi kekal optimistik pada kadar 5.2 peratus berbanding kerajaan yang menggunakan unjuran 5 hingga 6 peratus.
Dalam pada itu sasaran yang lebih drastik pada defisit belanjawan apabila Pakatan Rakyat mensasarkan 3.5 peratus jika dibandingkan pada belanjawan yang dibuat pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang meletakkan 4.4 peratus.
Walaubagaimana pun, kerajaan dijangkakan mengumumkan defisit sekitar 4 peratus kerana angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak kembali menggunakan asas harga tahun 2005.
Harakahdaily/-
'Sampai bila pakcik mahu hidup begini'
10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KEPONG – Masalah longkang tersekat lebih 10 tahun masih membelenggu
penduduk kampung terutamanya warga emas yang tinggal di kawasan laluan
air.
Ngah Omar atau lebih dikenali Hamid, 80 berkata, dalam setahun, tiga hingga empat kali rumahnya digenangi air longkang sehingga paras lutut yang turut menyebabkan perabot rumahnya rosak.
“Kejadian ini sering berlaku terutamanya ketika hujan lebat kerana air tidak dapat keluar dengan sempurna ke parit berhampiran.
“Tambahan pula, rumah pakcik ini berada di kawasan laluan air menyebabkan air lebih cepat bertakung dan sekelip mata sahaja memasuki ruang tamu rumah.
“Malah, kami terpaksa membiarkan sahaja perabot seperti kerusi serta almari digenangi sekiranya air masuk ke dalam rumah pada waktu malam,” katanya kepada Sinar Harian.
Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini turut terkilan kerana pihak berkenaan tidak mengambil tindakan walaupun sudah beberapa kali mengemukakan masalah itu kepada pihak tersebut.
“Pakcik sebagai penduduk tetap, mahukan yang terbaik tetapi tidak menyangka masalah seperti ini tidak dapat diselesaikan biarpun ia terjadi di hadapan mata pihak berwajib.
“Sekiranya benar ada masalah yang menghalang pembinaan longkang dibuat, pihak berkenaan perlu menjelaskan perkara ini sewajarnya supaya dapat diatasi dengan cara baik, tidaklah perlu pakcik memanjangkan masalah ini kepada pihak luar,” katanya.
Banyak perabot rumah rosak
Hamid berkata, dia hanya memohon pembinaan longkang secara sistematik kerana sudah tidak tahan menanggung kepayahan kerana saban tahun dia terpaksa membersihkan rumah yang dimasuki air hujan yang bertakung.
“Sampai bila pakcik mahu hidup seperti ini. Sudah banyak perabot yang rosak dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengelak daripada air bertakung memasuki ruang tamu rumah, namun belum berhasil,” katanya.
"Lebih menghairankan pak cik, sudah ramai pihak-pihak tertentu tampil mendengar masalah itu, tetapi sekadar bertanya khabar dan masih belum dilaksanakan sebarang tindakan bagi menyelesaikan isu longkang.
“Sekiranya datang bertanya khabar dan balik tanpa melakukan apa-apa, tiada maknanya,” luah Hamid.
Mahu masalah segera diselesaikan
Menurut Hamid, longkang yang dibina 10 tahun lepas adalah hasil muafakat penduduk kampung mengumpul dana dan kini apabila ianya ditutupi tanah dan semak samun, penduduk tidak lagi mampu melaksanakannya untuk kali kedua.
“Lagipun setahu pakcik, peruntukan daripada pihak berwajib ada disediakan dan demi kepentingan ramai, masalah ini perlu diselesaikan jabatan atau pemimpin tertentu malah tidak sepatutnya mengharapkan dana yang dikumpulkan penduduk lagi,” katanya.
Oleh itu, Hamid berharap mana-mana pihak tampil menyelesaikannya segera kerana baginya sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Keperluan longkang ini juga bukannya kepentingan individu tetapi adalah kebaikan kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan ini yang terjejas setiap tahun terutama musim tengkujuh. Masalah ini perlu diselesaikan segera sebelum tiba musim tengkujuh sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.
Ngah Omar atau lebih dikenali Hamid, 80 berkata, dalam setahun, tiga hingga empat kali rumahnya digenangi air longkang sehingga paras lutut yang turut menyebabkan perabot rumahnya rosak.
“Kejadian ini sering berlaku terutamanya ketika hujan lebat kerana air tidak dapat keluar dengan sempurna ke parit berhampiran.
“Tambahan pula, rumah pakcik ini berada di kawasan laluan air menyebabkan air lebih cepat bertakung dan sekelip mata sahaja memasuki ruang tamu rumah.
“Malah, kami terpaksa membiarkan sahaja perabot seperti kerusi serta almari digenangi sekiranya air masuk ke dalam rumah pada waktu malam,” katanya kepada Sinar Harian.
Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini turut terkilan kerana pihak berkenaan tidak mengambil tindakan walaupun sudah beberapa kali mengemukakan masalah itu kepada pihak tersebut.
“Pakcik sebagai penduduk tetap, mahukan yang terbaik tetapi tidak menyangka masalah seperti ini tidak dapat diselesaikan biarpun ia terjadi di hadapan mata pihak berwajib.
“Sekiranya benar ada masalah yang menghalang pembinaan longkang dibuat, pihak berkenaan perlu menjelaskan perkara ini sewajarnya supaya dapat diatasi dengan cara baik, tidaklah perlu pakcik memanjangkan masalah ini kepada pihak luar,” katanya.
Banyak perabot rumah rosak
Hamid berkata, dia hanya memohon pembinaan longkang secara sistematik kerana sudah tidak tahan menanggung kepayahan kerana saban tahun dia terpaksa membersihkan rumah yang dimasuki air hujan yang bertakung.
“Sampai bila pakcik mahu hidup seperti ini. Sudah banyak perabot yang rosak dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengelak daripada air bertakung memasuki ruang tamu rumah, namun belum berhasil,” katanya.
"Lebih menghairankan pak cik, sudah ramai pihak-pihak tertentu tampil mendengar masalah itu, tetapi sekadar bertanya khabar dan masih belum dilaksanakan sebarang tindakan bagi menyelesaikan isu longkang.
“Sekiranya datang bertanya khabar dan balik tanpa melakukan apa-apa, tiada maknanya,” luah Hamid.
Mahu masalah segera diselesaikan
Menurut Hamid, longkang yang dibina 10 tahun lepas adalah hasil muafakat penduduk kampung mengumpul dana dan kini apabila ianya ditutupi tanah dan semak samun, penduduk tidak lagi mampu melaksanakannya untuk kali kedua.
“Lagipun setahu pakcik, peruntukan daripada pihak berwajib ada disediakan dan demi kepentingan ramai, masalah ini perlu diselesaikan jabatan atau pemimpin tertentu malah tidak sepatutnya mengharapkan dana yang dikumpulkan penduduk lagi,” katanya.
Oleh itu, Hamid berharap mana-mana pihak tampil menyelesaikannya segera kerana baginya sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Keperluan longkang ini juga bukannya kepentingan individu tetapi adalah kebaikan kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan ini yang terjejas setiap tahun terutama musim tengkujuh. Masalah ini perlu diselesaikan segera sebelum tiba musim tengkujuh sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.
sinar harian/-
Konvoi Ke Putrajaya Tuntut Royalti Minyak
10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Konvoi ke Putrajaya tuntut royalti minyak
KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) merancang untuk mengadakan konvoi Himpunan Aman ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 2 hingga 4 Oktober depan bagi mendesak supaya hak hasil bumi mereka dikembalikan.
Presiden R, Nazri Deraman berkata, konvoi itu akan diadakan sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi di Putrajaya.
Katanya, tindakan itu akan diambil sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyatakan pendirian tegas untuk mengembalikan royalti minyak dan gas yang tertunggak sejak tahun 2004 kepada Kelantan yang dianggarkan berjumlah RM7 bilion dalam pembentangan Bajet 2013 nanti.
Katanya, konvoi itu meliputi ceramah, tazkirah dan solat hajat, penyerahan 150,000 tandatangan dan memorandum kepada Najib, termasuk konvoi ke Menara Petronas dan piket aman ke KLCC.
“Kami mengajak seramai mungkin rakyat Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama berjuang menuntut hasil kekayaan negeri yang selama ini dirompak.
“R telah menyedia pentas pidato pada 2 Oktober depan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam kepada semua pemimpin parti politik termasuk daripada Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Kami juga ingin menjemput secara terbuka Perdana Menteri atau wakilnya untuk hadir menyatakan pendirian sama termasuk isu tuntutan royalti di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
5 peratus Selain itu, Nazri berkata pihaknya turut mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan Najib pada 4 Ogos lalu melibatkan Kelantan, Terengganu, dan Pahang dibatalkan.
Sebaliknya, beliau mahu bayaran segera wang royalti lima peratus dibayar segera kepada kerajaan negeri Kelantan.
“Kami menolak jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang dimeterai antara kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975.
“Sedangkan penyelesaian isu bayaran wang royalti kepda kerajaan negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya juga akan memfailkan permohonan Perintah Deklarasi Pembatalan Perjanjian 9 Mei 1975 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu ini.
R merupakan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan yang bertujuan untuk menuntut royalti dan hak pendaratan minyak, serta membina hubungan nasional dengan negeri lain bagi menyatakan solidariti menuntut hak hasil bumi dikembalikan.
kelab grennboc/-
Isu Vanida-Rashidi: Peguam syarie tawar nasihat filem
10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menawarkan diri sebagai penasihat kepada syarikat dan pihak berkuasa filem supaya kontroversi sekitar dakwaan 'lafaz cerai' pasangan pelakon Rashidi Ishak-Vanidah Imran tidak berulang.
"Ia bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap hukum hakam dan perjalanan proses perundangan di negara ini, terutama tentang perundangan Syariah," kata presidennya Musa Awang (kanan).
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Isnin lalu dilaporkan menggesa Vanidah dan Rashidi memaklumkan kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang didakwa diungkapkan dalam filem Untuk Tiga Hari.
Vanidah bagaimanapun menolak saranan itu kerana yakin tidak berlaku penceraian dan beliau tidak faham bahagian mana yang memuatkan lafaz 'cerai' itu, lapor Mstar.
Pasangan bintang itu sudah berkahwin selama 12 tahun.
Dalam kenyataannya hari ini, Musa berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PPFM), Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) serta penerbit filem bagi merealisasikan perkara itu.
Katanya, walaupun karya di layar perak boleh menjadi mekanisme dan medium berkesan untuk mendidik, gambaran yang salah tentang hukum hakam perundangan syariah boleh menjejaskan Islam dan institusi Islam, termasuk Mahkamah Syariah dan jabatan agama.
Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki itu mula ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia bermula 20 September lalu.
malaysiakini/-
Masalah Dong Zong masih belum selesai
KUALA LUMPUR: Biarpun pelbagai usaha dilakukan,
lapan masalah Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia
(Dong Zong) masih belum diselesaikan.
Pengerusinya, Dr. Yap Sin Tian, berkata sebelum ini pihak Dong Zong
telah mengadakan perbincangan meja bulat bersama Kementerian Pelajaran.
Malah, kata beliau Dong Zong juga pernah mengadakan pertemuan dan
perbincangan dengan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.
"Namun, masalah yang dibangkitkan kami masih belum diselesaikan.
Justeru, hari ini kami ke sini bagi menyerahkan surat, suara hati rakyat
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli
parlimen," tegas beliau pada sidang media di parlimen, hari ini, selepas
bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bagi
menyerahkan surat tersebut.
Antara masalah yang dihadapi Dong Zong ialah kekurangan guru yang
serius di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, penempatan guru-guru
yang tidak berkelayakan bahasa Cina ke sekolah itu di samping masalah
peruntukan pembangunan yang terlalu sedikit dan pelaksanaan mekanisme
normal penubuhan sekolah berkenaan.
Sebelum itu beliau turut menyerahkan surat tersebut kepada wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
PAS diwakili Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli
parlimen Pokok Sena, manakala DAP diwakili Penasihat parti yang juga
ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, dan Naib Presiden PKR, Tian
Chua dan Fuziah Salleh.
harakahdaily/-
Pakatan Rakyat bentang Bajet alternatif
Kuala Lumpur: Pakatan Rakyat membentangkan bajet alternatif di bangunan Parlimen, sebentar tadi.
Bajet itu dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Bomoh nikah batin didakwa merogol
10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
SEREMBAN - Selepas diberkas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan (JHEAINS) kerana didakwa mengamalkan nikah batin dan memperdaya
wanita untuk tujuan seks, seorang bomoh dihadapkan pula ke Mahkamah
Sesyen di sini semalam atas tuduhan jenayah merogol seorang wanita pada
Ogos lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Sombhah Abdullah, 48, mengaku tidak
bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M.
Kunasundary.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Sombhah didakwa merogol seorang wanita
berusia 50 tahun di sebuah rumah di Kampung LBJ dekat sini pada pukul 3
petang hingga pukul 3.30 petang 28 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin
Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan dan Haris
Salleh.
Dalam prosiding tersebut, pihak pendakwaan memohon mahkamah
mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin terhadap
tertuduh.
Namun Hanif merayu supaya wang ikat jamin itu dikurangkan kerana anak
guamnya hanya bekerja sendiri dengan pendapatan RM1,000 sebulan selain
perlu menyara keluarga.
Kunasundary kemudian menetapkan tertuduh dibebaskan dengan wang ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin.
Beliau menetapkan 30 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Kunasundary juga mengarahkan tertuduh melaporkan diri di Ibu Pejabat
Polis Daerah Nilai pada setiap bulan selain dilarang berjumpa atau
berkomunikasi dengan mangsa serta keluarga mangsa.
Tertuduh tidak membayar wang ikat jamin dan dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Kosmo! pada 18 September lalu melaporkan seorang bomoh yang didakwa
memperdaya pesakitnya untuk melakukan hubungan seks dengan alasan
perubatan telah terperangkap apabila dia ditahan oleh JHEAINS di sebuah
rumah di Kampung LBJ, Labu.
Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki itu didakwa
turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.
Sehari selepas ditangkap, lelaki itu dilepas tanpa dibebaskan dengan
bon jaminan sebanyak RM15,000 bagi empat kes berasingan di Mahkamah
Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Bon jaminan tersebut dikenakan terhadap Muhammad Sombhah sebelum dia
bakal didakwa pada 9 Oktober depan atas empat tuduhan mengikut Enakmen
Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan.
Tiga tuduhan berkenaan iaitu mengikut Seksyen 49, 50 dan 52 bagi
kesalahan mencela agama Islam, mempermain ayat suci al-Quran dan hadis
serta melakukan perbuatan ajaran salah.
Satu lagi kesalahan disiasat mengikut Seksyen 77 Enakmen Jenayah
Syariah 1992 Negeri Sembilan iaitu memperdaya serta melarikan wanita
untuk tujuan seks.
kosmo/-
Israel serah sebahagian besar Tebing Barat?
10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
JERUSALEM:
Menteri Pertahanan Israel mengemukakan idea untuk meninggalkan
sebahagian besar Tebing Barat jika usaha perdamaian dengan Palestin
masih tidak menunjukkan progres.
Ehud Barak berkata Israel akan menumbangkan berpuluh-puluh penempatan
tetapi akan menyimpan blok penempatan utama, yang kebanyakannya
berhampiran sempadan Israel, dan mengekalkan kehadiran tentera di
kawasan sepanjang sempadan dengan Jordan.
Komen beliau datang dalam satu temu bual yang disiarkan Isnin lalu dalam akhbar Israel, Hayom.
Beliau berkata adalah lebih baik untuk mencapai perjanjian damai
dengan Palestin selepas empat tahun menemui jalan buntu, beliau berkata
Israel mesti mengambil "langkah-langkah yang praktikal."
Palestin menolak cadangan Israel tersebut. Mereka menyatakan dalam
rundingan berikutnya bahawa mereka mahukan kesemua Tebing Barat.
Cadangan Barak berkemungkinan besar menghadapi tentangan hebat dari pihak konservatif Israel.
harakahdaily/-
Banjir di India, 1.7j penduduk dipindah
10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
GUWAHATI - Banjir yang semakin buruk memaksa hampir 1.7 juta penduduk di
timur laut India meninggalkan rumah mereka selepas pihak berkuasa
mengeluarkan amaran bahaya terhadap kesihatan, kelmarin.
Agensi Pengurusan Bencana memaklumkan 19 dari 27 daerah di Assam kini telah ditenggelami banjir dan 13 mangsa dilaporkan mati lemas dalam beberapa insiden berasingan sejak minggu lalu.
Menteri Kesihatan Assam, Himanta Biswa Sarmah berkata, amaran bahaya itu dikeluarkan untuk menghindari wabak cirit-birit atau demam kepialu di zon bencana.
Pada masa ini, sekurang-kurangnya 2,200 kampung tenggelam berikutan air sungai Brahmaputra melimpah susulan hujan berterusan sejak minggu lalu.
Difahamkan, ia adalah banjir gelombang kedua yang melanda kawasan penduduk miskin tersebut dalam tempoh dua bulan.-AFP
Agensi Pengurusan Bencana memaklumkan 19 dari 27 daerah di Assam kini telah ditenggelami banjir dan 13 mangsa dilaporkan mati lemas dalam beberapa insiden berasingan sejak minggu lalu.
Menteri Kesihatan Assam, Himanta Biswa Sarmah berkata, amaran bahaya itu dikeluarkan untuk menghindari wabak cirit-birit atau demam kepialu di zon bencana.
Pada masa ini, sekurang-kurangnya 2,200 kampung tenggelam berikutan air sungai Brahmaputra melimpah susulan hujan berterusan sejak minggu lalu.
Difahamkan, ia adalah banjir gelombang kedua yang melanda kawasan penduduk miskin tersebut dalam tempoh dua bulan.-AFP
Terkabulnya Sebuah Doa
10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Beberapa waktu yang lalu di Rumah Amalia saya kedatangan seorang bapak.
Beliau bercerita tentang sakitnya penyakit radang empedu, penyakitnya
sangat parah sehingga harapan hidupnya sangat menipis. Beliau menitipkan
shodaqohnya untuk anak-anak Amalia dan memohon doa agar operasi yang
dijalaninya berjalan dengan lancar sehingga masih ada harapan untuk
berbuat baik untuk sesama. 'Saya yakin Mas Agus, hidup dan mati kita
hanya ditangan Allah Subhanahu Wa Ta'ala,
kita hanya memohon dan berdoa
semoga Allah memberkahi hidup dan mati kita sebagai hambaNya yang selalu
bersyukur atas karuniaNya,' begitu tuturnya, kacamatanya nampak basah
tak mampu untuk ditutupinya. berkali-kali beliau mengeluarkan kain
pengelap untuk membersihkan kacamatanya. Usianya yang senja namun
badannya masih terlihat tegap dan gagah tak terlihat bahwa didalam
dirinya ada sesuatu penyakit yang menggerogoti tubuhnya.
Perjalanan waktu begitu cepat. Operasi itu berjalan dengan lancar.
Beliau kembali pulih dan bugar. Beliau bercerita bahwa proses menuju
kematian kita sungguh menakjubkan, dari rasa dingin naik ke kaki, betis
sampai di kepala. Rasa dingin itu berjalan perlahan. 'Terbayang malaikat
maut segera mencabut nyawa saya, Mas Agus..'tuturnya, wajahnya penuh
ekspressi yang jernih. 'Tak lupa saya selalu mengucapkan syahadat,
jangan sampai saya mati dalam keadaan sebagai orang yang ingkar,'
ucapnya dengan suara pelan. Dalam keadaan antara sadar dan tidak, beliau
mendengar suara anak-anak yang sedang melantunkan ayat suci al-Qur'an
dan bayangan dirinya pada masa lalu semua berjalan dengan cepat dan
nampak jelas semua yang telah dilakukannya, dosa-dosa yang membuat takut
dirinya sendiri . Disaat itu juga beliau memohon ampun kehadirat Allah
agar diberikan kesempatan untuk bertaubat.
Ketika beliau
berjanji untuk bertaubat, tiba-tiba sadarkan diri. Semua operasinya
dinyatakan berjalan dengan baik dan lancar. Tubuhnya kembali pulih
seperti sediakala. Dari pengalaman itu beliau menjadi yakin bahwa doa
yang dipanjatkan secara sungguh-sungguh dengan keikhlasan adalah sebuah
keajaiban. Allah senantiasa peduli dengan apa yang kita pikirkan, kita
rasakan dan apa yang kita perbuat. Allah Subhanahu Wa Ta'ala senantiasa
mengabulkan doa-doa kita. "Obatilah orang-orang yang sakit dengan
shodaqoh, bentengilah harta kalian dengan zakat dan tolaklah bencana
dengan doa (HR. Baihaqi).
Sahabatku, aminkan doa agar
permohonan kita dikabulkan oleh Allah. “Allaahumma innii a’udzubika min
‘ilmin laa yanfa’u wa qolbin laa yakhsya’u du’aain laa yusma’u wanafsin
laa tasyba’u” Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau dari ilmu yang tak
berguna,dari hati yang tak pernah tenang, dari do’a yang tak didengar ,
dan dari nafsu yang tak pernah kenyang.”
Wassalam,
Muhamad Agus Syafii
Bagi Bob, banya PAS harapan rakyat untuk berlindung
10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
(Bob Lokman bercakap dengan penduduk Jelawat baru-baru ini)
KOTA BHARU: Rakyat di negara ini memilih perjuangan PAS memandangkan hanya parti itu harapan untuk rakyat di negara ini berlindung.
Artis terkenal, Bob Lokman berkata sama ada golongan artis, para cendikiawan termasuk dirinya memilih parti itu kerana hanya PAS sebuah parti yang berlandaskan Islam.
“Malah ianya (PAS) kemuncak pada perjuangan Islam di negara kita. Hanya parti ini yang boleh diharapkan untuk kita berlindung serta membawa kita ke jalan yang benar,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, di Dataran Ilmu, Cabang Empat Gunong, di sini, baru-baru ini.
Turut berucap pada majlis itu, Adun Jelawat Abdul Aziz Kader.
Bob Lokman adalah antara artis yang awal menyertai PAS. Ketika itu, para artis menganggap PAS akan menyekat segala kegiatan artis.
Namun Bob Lokman buktikan, terdapat tempat yang baik di dalam PAS iaitu melalui pendekatan yang dibenarkan Islam.
Selepas itu, berbondong-bondong golongan itu menyertai PAS.
Menurut Bob lagi, setiap hari ada bisikan menyusuk ke telinganya supaya kembali pada zaman kegemilangannya sebagai seorang artis sama ada sebagai penulis lirik atau seumpamanya.
Menurutnya, namun seboleh mungkin beliau menolak kerana tidak mahu lagi terpalit dengan dunia berkenaan.
“Siapa tidak mahu sebuah lirik lagu sampai berbelas ribu, ada peminat, tetapi demi Islam saya akan tetap bersama PAS," tegas beliau di majlis itu.
harajahdaily/-
Dua penyamun ‘tukar’ jadi jaga
10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
BERLUBANG...pagar pusat pameran yang dipercayai dipotong penjenayah.
KAJANG: Dua daripada 15 lelaki yang memecah masuk sebuah pusat
pameran kereta di Sungai Long, di sini, awal pagi semalam, berlakon
sebagai pengawal keselamatan selepas menawan dua pengawal di situ
sebelum melarikan lima kenderaan Honda bernilai lebih RM700,000.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, kumpulan penjenayah terbabit yang
merancang rapi kegiatan mereka berpecah kepada tiga kumpulan sebelum
masuk dalam premis berkenaan yang baru dibuka awal tahun ini.
Sumber polis berkata, selepas masuk dalam premis itu melalui pintu
belakang mereka mengikat dua pengawal keselamatan dan memaksa mereka
menanggalkan baju seragam.
“Dua daripada penjenayah terbabit memakai seragam itu dan terus ke pondok pengawal keselamatan untuk berpura-pura mengawal pos itu.
“Dua daripada penjenayah terbabit memakai seragam itu dan terus ke pondok pengawal keselamatan untuk berpura-pura mengawal pos itu.
“Pada masa sama rakan mereka yang lain menyelongkar pejabat dan peti simpanan pusat pameran itu,” katanya, semalam.
metro/-
wanita cedera parah 'disembelih' perompak
Seorang
wanita cedera parah akibat dikelar di leher oleh lelaki yang disyaki
cuba merompak mangsa di rumahnya di kampung Teroi, di Yan semalam.
Selain kecederaan sepanjang lapan sentimeter di leher, Jamaliah Ali, 55, yang ketika itu berseorangan di rumah, turut mengalami kecederaan di kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu berkata Jamaliah adalah ibu tunggal dan tinggal di rumah itu bersama adiknya.
"Ketika kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, adiknya keluar menghantar anak-anak saudaranya ke sekolah. Terdapat kesan geledah dalam rumah itu dan mangsa dipercayai dicederakan ketika berada di ruang tamu tingkat bawah.
"Mangsa yang berlumuran darah pergi ke rumah jiran untuk meminta bantuan dan dihantar ke Hospital Yan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (Sungai Petani) kerana kecederaan yang parah," katanya kepada pemberita semalam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada barang berharga yang hilang dan polis percaya suspek melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan senjata tajam.
"Mengikut jiran, mangsa ada menyebut satu nama namun kurang jelas akibat kecederaan di lehernya agak parah seperti disembelih sepanjang lapan sentimeter. Jadi kami percaya mangsa mengenali penyerangnya," katanya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
- Bernama
Selain kecederaan sepanjang lapan sentimeter di leher, Jamaliah Ali, 55, yang ketika itu berseorangan di rumah, turut mengalami kecederaan di kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu berkata Jamaliah adalah ibu tunggal dan tinggal di rumah itu bersama adiknya.
"Ketika kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, adiknya keluar menghantar anak-anak saudaranya ke sekolah. Terdapat kesan geledah dalam rumah itu dan mangsa dipercayai dicederakan ketika berada di ruang tamu tingkat bawah.
"Mangsa yang berlumuran darah pergi ke rumah jiran untuk meminta bantuan dan dihantar ke Hospital Yan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (Sungai Petani) kerana kecederaan yang parah," katanya kepada pemberita semalam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada barang berharga yang hilang dan polis percaya suspek melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan senjata tajam.
"Mengikut jiran, mangsa ada menyebut satu nama namun kurang jelas akibat kecederaan di lehernya agak parah seperti disembelih sepanjang lapan sentimeter. Jadi kami percaya mangsa mengenali penyerangnya," katanya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
- Bernama
Langgan:
Catatan (Atom)