26 September 2012

Masalah Dong Zong masih belum selesai












KUALA LUMPUR: Biarpun pelbagai usaha dilakukan, lapan masalah Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) masih belum diselesaikan.

Pengerusinya, Dr. Yap Sin Tian, berkata sebelum ini pihak Dong Zong telah mengadakan perbincangan meja bulat bersama Kementerian Pelajaran.

Malah, kata beliau Dong Zong juga pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

"Namun, masalah yang dibangkitkan kami masih belum diselesaikan.  Justeru, hari ini kami ke sini bagi menyerahkan surat, suara hati rakyat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli parlimen," tegas beliau pada sidang media di parlimen, hari ini, selepas bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bagi menyerahkan surat tersebut.

Antara masalah yang dihadapi Dong Zong ialah kekurangan guru yang serius di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, penempatan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina ke sekolah itu di samping masalah peruntukan pembangunan yang terlalu sedikit dan pelaksanaan mekanisme normal penubuhan sekolah berkenaan.

Sebelum itu beliau turut menyerahkan surat tersebut kepada wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
PAS diwakili Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena, manakala DAP diwakili Penasihat parti yang juga ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, dan Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Fuziah Salleh.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: