22 Mac 2012

RM9.7 juta baikpulih pangsapuri kos rendah

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 22 Mac: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan sejumlah RM9.7 juta di bawah program bantuan baikpulih pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah yang dikenali sebagai Skim Ceria (Caring Government for Residence Improvements Aid).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata satu tabung amanah juga telah ditubuhkan pada tahun 2011 bagi tujuan pelaksanaan skim tersebut.

Perlaksanaan skim tersebut juga katanya adalah dengan konsep perkongsian kos antara kerajaan negeri dengan pemilik rumah.

"Bagi pangsapuri kos rendah yang mana kerajaan negeri menanggung sebanyak 80 peratus dan penduduk sebanyak 20 peratus, pangsapuri kos sederhana rendah pula kerajaan negeri 60 peratus manakalan penduduk 40 peratus," katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor.

Skim Ceria katanya dilaksanakan bagi tujuan membaikpulih kerosakan atau kecacatan harta bersama pangsapuri seperti yang ditafsirkan di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) seperti lif, tangki air, bumbung dan sebagainya.

Menurut beliau lagi, aspek keselamatan, kebersihan dan kecerian adalah kriteria utama yang akan dilihat dalam menilai kerosakan atau kecacatan harta bersama yang akan dibaikpulih.

"Perlaksanaan Skim Ceria dibahagikan kepada dua fasa yang mana fasa pertama perlaksanaannya telah melibatkan 17 buah pangsapuri kos rendah dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM2.2 juta.

"Manakala fasa kedua pula melibatkan 33 pangsapuri kos rendah dan 20 pangsapuri kos sederhana randah dengan implikasi wang hampir RM7.2 juta serta dimanfaatkan hampir 19,000 jumlah unit kediaman," sambung Adun Cempaka itu lagi.

Menurutnya, skim tersebut selaras dengan mendukung dasar Negeri Berkebajikan dan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), dalam memangkin pembangunan komuniti "miskin bandar" selain daripada meringankan beban ekonomi golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar.

harakahdaily/-

12 kesilapan Datuk Seri Najib

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

1) Merampas kuasa pemerintahan negeri Perak Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin secara haram dan bertentangan perlembagaan yang beliau sendiri merancang dan melaksanakan dua bulan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

2) Kegagalan beliau untuk mempertahankan dasar 1Malaysia yang bertujuan mencipta sebuah negara Maaysia di mana semua rakyat mengutamakan identiti sebagai rakyat Malaysia terdahulu dan kaum, agama, kawasan dan status sosio-ekonomi kemudian, apabila Timbalan Perdana Menterinya sendiri Tan Sri Muhyddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.

3) Politik hipokrisi di mana beliau berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa sementara mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh jubir UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk di dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, di mana retorik politik tentang kebencian kaum dan ketidak toleransi agama yang berlandaskan dusta dan bohong menjadi begitu serius di Malaysia, sehinggakan UMNO nampaknya telah “outsource”kan politik melampau kepada Perkasa.

4) Ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang berjanji 'walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”, demi mempertahankan UMNO di Putrajaya. Adakah Najib bersedia untuk meminta maaf dan menarik balik ugutan ini dengan mengumumkan bahawa selaras dengan tujuan beliau menjadikan Malaysia sebuah “demokrasi paling baik di dunia” , beliau dan para pemimpin UMNO akan secara aman dan tanpa syarat menerima keputusan pilihanraya dalam PRU yang akan datang, termasuk sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?

5) Bertambahnya kejadian-kejadian politik keganasan terhadap ahli-ahli parti pembangkang seperti Ahli parlimen kawasan Lembah Pantai, Nuruk Izzah serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli Perkasa serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang protestor anti-Lynas di Sudut Berpidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak politk berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka.

6) Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan kita di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.

7) Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pembunuhnya dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kamatian semasa dalam penahanan pihak berkuasa.

8) Muncul kembalinya politik Mahathirisma, sedangkan generasi Malaysia masa kini masih terpelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha “menyelamatkan” bekas pengerusi MAS, Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi out-of-court settlement dengan Danaharta dan beberapa GLC.

9) Politk rasuah, kronisma dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd selama 60 tahun konsesi.

10) Keengganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri.

11) Salah urus perhimpunan Bersih 709 yang bertujuan menuntukan pilinraya bersih, bebas dan adil, memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong Bersih, semhaentara kumpulan pelampau dan ekstrim tidak dikawal atau disekat tetapi dibiarkan mereka menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama.

12) Kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisam institusi-institusi utama negara, samada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya PilihanRaya dan sebagainya. Keengganan Perdana Menteri untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tinggi, termasuk bekas Pengarah CCID Datuk Ramli Yusof dan bekas Pengarah CID KL Datuk Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversif kedaulatan undang-undang dan penyelewengan perjalanan keadilan,

yang ditujukan terhadap Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, sampai kepada pemalsuan bukti dalam insiden “mata lebam” Anwar Ibrahim, perbicaraan Anwar dalam tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajudin Ramli dari MAS, serta maklumat terkini mengenai “kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai polis paling berkuasa di negara ini, peguam negara serta seorang ketua penjenayah”, mengaitkan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Datuk Johari Baharum, telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang.

Adalah Perdana Menteri akan terus mengelak dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi di negara ini, iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, merupakan penejenayah hanya baru-baru ini – dan Peguam Negara yang sama masih berada di penjawatannya?

harakahdaily/-

Nazatul Tumpang Van Tak Dikenali Ke Bangkok, K'jaan Selangor Sedia Biaya Tambang

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Bangkok - Siasatan awal Polis Imigresen Thai menunjukkan remaja perempuan Malaysia berusia 15 tahun, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, yang hilang bersama lima rakan Rohingyanya, menumpang kenderaan seorang lelaki yang tidak dikenali di Malaysia dekat sempadan Thai-Malaysia, sebelum memasuki negara jiran itu secara haram.

Timbalan Komander Pusat Siasatan Biro Imigresen Pol Col Chartchai Lamsaeng berkata, hari ini mereka menaiki sebuah van berdaftar di Malaysia yang ditawarkan oleh seorang lelaki Malaysia dekat sempadan pada 8 Mac.

Lima remaja Rohingya itu terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 16 tahun.

Keenam-enam mereka adalah rakan dan mengenali satu sama lain.

"Mereka diberi minum oleh lelaki itu dan sejurus kemudian mereka tertidur," Chartchai yang mengetuai siasatan kes itu memberitahu Bernama, di sini.

Beliau berkata, apa yang dapat mereka ingat semasa perjalanan itu mereka melalui Hat Yai, Petchaburi atau Nakhon Phatom dan berhenti di Hua Lamphong di ibu negara ini.

"Kami hairan bagaimana mereka dapat melepasi pusat pemeriksaan di sempadan tanpa sebarang dokumen perjalanan," kata beliau dipetik Bernama.

Chartchai berkata, adalah tidak jelas sama ada remaja itu berhasrat memasuki Thailand bila mereka menumpang van berkenaan.

"Lelaki itu malah membawa mereka ke sebuah masjid di Hua Lamphong," kata beliau. Namun, tidak jelas apa berlaku pada lelaki itu selepas itu kerana kesemua remaja itu terus menuju ke Stesen Kereta Api Hua Lamphong," katanya.

Beliau berkata, mereka berjaya mendapatkan bantuan daripada beberapa orang peniaga dekat stesen itu yang memberi mereka wang oleh kerana mereka hendak membeli tiket kereta api untuk pulang ke Malaysia.

Mereka ditangkap oleh polis di stesen itu kerana mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan dibawa ke pejabat Polis Imigresen di sini, kata beliau.

Polis Imigresen kemudian menghubungi Kedutaan Malaysia di sini.

"Siasatan kami menunjukkan kesemua enam remaja itu selamat dan tidak diapa-apakan atau diganggu oleh lelaki berkenaan," kata beliau.

Chartchai berkata Polis Imigresen Thai akan menyiasat kes itu di bawah undang-undang pemerdagangan manusia yang membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun.

"Kami berjaya menghasilkan lakaran imej suspek berdasarkan maklumat diberikan oleh remaja itu. Polis Thai dan Malaysia sedang menyiasat kes ini," katanya.

Beliau berkata, Polis Imigresen Thai kini mengkaji kemungkinan yang sindiket jenayah antarabangsa terlibat dalam kes ini.

Chartchai hanya dapat mengenalpasti lima remaja itu sebagai orang Rohingya tetapi tidak pasti tentang kewarganegaraan mereka.

Laporan berita awal dari Malaysia menyatakan bahawa gadis itu memberitahu ibunya dalam percakapan telefon pada 12 Mac bahawa dia dan lima yang lain itu telah diculik dan dilarikan ke Thailand, dan kemudian diselamatkan oleh polis Thai di stesen keretapi berkenaan pada 11 Mac.

green box/-

Anwar mahu debat Najib & RPK sekali gus

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, pengasas Wikileaks - laman pembocor maklumat - Julian Assange bersetuju menganjurkannya dan beliau sudah pun memberikan jawapan "ya".

Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, Anwar berkata, Assange sebelum ini menghubunginya melalui pesanan di Twitter.

Raja Petra bagaimanapun mencelah dan akhirnya Assenge bersetuju dengan perdebatan tiga penjuru. Najib dan Raja Petra setakat ini belum mengesahkan menerima cadangan terbaru itu.

malaysiakini/-

Pemuda Maut Motosikal Rempuh Babi Hutan

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas merempuh sekumpulan babi hutan yang melintas di tengah jalan di Km 25 Jalan Damai Laut-Batu Hampar dekat Sitiawan malam Rabu.

Pemangku Ketua Polis Trafik Negeri, Deputi Superitendan Mohamad Roy Hashim berkata, Azlan Harun, 26, berasal dari Pantai Remis yang mengalami kecederaan di kepala dan badan, meninggal dunia ketika dirawat di sebuah kelinik di Pantai Remis.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya ketika di hubungi pada Khamis.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada 7.50 malam ketika Azlan dalam perjalanan dari Sitiawan ke rumahnya apabila dia merempuh sekumpulan babi hutan yang tiba-tiba melintas jalan menyebabkan mangsa terbabas dan tercampak di atas jalan.

Seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu kemudian membantu Azlan membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan tetapi dia meninggal dunia ketika dirawat, kata Mohamad Roy.

Dalam kejadian lain, seorang remaja berusia 19 tahun mati di tempat kejadian selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta pelbagai guna di Km 3 Jalan Kampung Koh-Simpang Dua, juga dekat Sitiawan malam Rabu.

Kejadian berlaku pada 8.30 malam, apabila Welfred Markus a/l Usan dari Taman Jati, Sitiawan, dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila dirempuh kenderaan berkenaan dari arah bertentangan. - BERNAMA

Kenapa sampai 240,000 pengundi pos SPR?

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli bahawa jumlah pengundi pos SPR seramai 240,000 orang.

Bagi DPPM, jumlah yang dilaporkan itu terlalu ramai dan cukup untuk memberi impak yang besar dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

Justeru, Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor mempersoalkan mengapa SPR mendaftarkan seramai 240,000 petugasnya sebagai pengundi pos.

“SPR sepatutnya menghadkan petugasnya sebagai pengundi pos agar tidak mengganggu sebarang keputusan di mana-mana peti undi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini, sudah acap kali undi pos menjadi faktor kemenangan calon dan ia mampu mengubah keputusan pilihanraya.

Baginya, jumlah yang dicatatkan itu belum ditambah dengan pengundi pos yang sedia ada dari kalangan tentera, polis serta pasangan mereka.

Dengan jumlah seramai itu, kata beliau ia akan menambah prejudis rakyat bahawa SPR berniat untuk memastikan kemenangan mudah sebelah pihak seperti mana yang berlaku dalam pilihan raya sebelum ini.

“Rakyat mengesyaki modus operandi yang sama akan digunakan pada PRU13 kali ini bagi mengelakkan kekalahan satu pihak yang sedang terdesak,” ujarnya lagi.

Oleh itu, tegasnya DPPM mendesak agar SPR segera mengurangkan jumlah petugas SPR sebagai pengundi pos bagi mengelakkan berlakunya pertikaian rakyat.

“DPPM mengingatkan SPR agar berlaku telus dan bersikap adil dalam mengendalikan PRU ke 13.

“Rakyat tidak bersedia untuk ditipu buat sekian kalinya dalam sistem pilihan raya di negara ini,” jelasnya.

harakahdaily/-

Minta susu dapat sirap

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BUKTI...Noor Hamidahwati menunjukkan gambar tiga anaknya yang dijaga rumah kebajikan di Kuantan.

PENYAKIT...tangan kanan Nur Fatin berkudis.
PENYAKIT...tangan kanan Nur Fatin berkudis.

JOHOR BAHRU: “Memang saya orang susah dan tak mampu jaga anak dengan baik, tapi saya tak sanggup lihat anak diperlakukan begitu. Jadi saya rayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya pulangkan semula tiga anak saya.

“Saya lebih rela beri anak makan nasi berlauk kicap setiap hari daripada melihat mereka membesar dalam keadaan serba kekurangan di rumah perlindungan JKM.”

Itu rayuan seorang ibu tunggal, Noor Hamidahwati Abdul Hamid, 31 yang mendakwa tiga anaknya tidak dijaga dengan baik sejak ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak kelolaan JKM di Kuantan, Pahang, setahun lalu.

Tiga anaknya yang mendapatkan perlindungan di situ ialah anak kedua, Muhammad Imran Hakim Abdullah, 9, Nur Fatin Nadiah, 7, dan Nur Hamzah Nadiah, 5, manakala anak sulungnya, Nur Aini Nadirah Abdullah, 11, tinggal bersamanya.

Noor Hamidahwati yang lebih mesra dengan panggilan Hamidah berkata, ketika mengunjungi tiga anaknya itu di rumah perlindungan berkenaan 10 Mac lalu, dia terkejut dan sedih apabila keadaan fizikal mereka berubah berbanding sebelumnya.

metro/-

Inilah Cinta

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Di Rumah Amalia, seorang Ibu bertutur, empat puluh tahun yang lalu disaat dirinya menikah dengan orang yang dicintai, "kami saling bertukar kata mutiara." Dilembar kertas itu ia mendapatkan sebuah kata mutiara yang indah dari sang suami. "aku mencintaimu karena aku mencintai Allah." Kata itu terpatri didalam hatinya sehingga mampu mengarungi bahtera rumah tangganya.

Sampai satu hari suaminya jatuh sakit, terbaring lemah di rumah sakit, suaminya tak sadarkan diri. Ia selalu berada disisinya, berdoa di dalam hati memohon kepada Allah untuk kesembuhan suaminya.

Beberapa kali suaminya tersadar dan senyum seolah mendengar semua doa-doanya. Ia bersyukur disaat suaminya lemah masih selalu ingat tiba waktu sholat, selalu ingat Allah. Ia merasakan kasih sayang Allah yang begitu besar. "Mas, terima kasih atas cintamu kepadaku, karena cintamu kepada Allah.

" Suaminya tersenyum lemah, menggenggam erat tangannya disaat ia mengucapkan kata-kata itu. Sang suami akhirnya menghembuskan napas terakhir. Air matanya mengalir tak tertahankan. Kepedihan begitu teramat mendalam. Sekalipun suaminya telah tiada, senyumnya masih tertinggal didalam lubuk hatinya. Ia merasakan cinta yang tumbuh dihatinya berasal dari limpahan cinta Allah untuk dirinya dan suaminya.

Sahabatku, Rasulullah bersabda "Apabila seorang suami memandang istrinya dengan kasih sayang & istrinyapun memandang dengan kasih sayang maka Allah memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Bila suami memegang telapak tangan istrinya maka dosa-dosa keduanya berguguran dari celah jari tangan keduanyanya." (HR. Rafi'i). Yuk, kita menjaga & merawat pernikahan kita dengan kesabaran agar Allah melimpahkan keberkahan untuk keluarga kita.

posted by :agussyafii

Fekah: Kenapa Noh saman kalau nak rampas Selangor

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 22 Mac: Kerajaan Negeri Selangor sedia berhadapan dang saman RM10 juta oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berhubung artikel dalam akhbar rasmi Selangor Kini yang didakwa memfitnah dirinya.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, dengan saman itu juga kerajaan negeri akan membuat pendedahan lanjut di mahkamah.

"Saya melihat ini tindakan yang tepat kerana ia dibawa ke mahkamah dan kita akan terus membuat pendedahan selebihnya di mahkamah nanti," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima notis saman itu di sini hari ini.

Dalam saman itu, Noh menamakan Mohd Ezli Mashut sebagai defenden pertama, Arfa'eza Abdul Aziz kedua, Najib Hashim ketiga, Risudah Salim keempat dan Faekah Husin sebagai defenden kelima.

Manakala Angkatan Edaran Enterprise dan Kerajaan Negeri Selangor masing-masing dinamakan sebagai defenden keenam dan ketujuh.

Saman tersebut dikeluarkan berhubung artikel akhbar Selangor Kini bertarikh 25 November hingga 2 Disember itu telah menyiarkan artikel bertajuk ‘Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan’, ‘Noh Omar khianat petani’ dan ‘Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani’ yang disifatkan beliau sebagai fitnah dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai Adun.

Saman tesebut telah difailkan melalui Tetuan Hafarizan Wan & Aisha Mubarak.

Mengulas lanjut, Faekah berkata, tindakan Noh menamakan Kerajaan Selangor sebagai salah satu defenden dalam saman itu, bercanggah dengan hasrat BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merampas negeri itu.

Ini kerana, jika Noh mahu menawan Selangor bermakna beliau sedang menyaman kerajaan negeri dia mahu kuasai nanti.

"Jika saya ingin merampas balik Selangor sudah pasti saya tidak akan menyaman kerajaan negeri, tetapi tidak kepada Noh kerana beliau meletakkan kerajaan negeri sebagai defenden ketujuh dalam saman tersebut.

"Saman ini akan kita telitikan dan dalam masa yang sama kita akan memutuskan siapa peguam yang bertindak mewakili kerajaan negeri nanti," katanya.

harakahdaily/-

Usul radiasi Bukit Merah dibahas petang ini

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Dewan Rakyat pagi ini meluluskan usul tergempar bagi membahaskan dakwaan masih terdapat radiasi berlebihan di sekeliling tapak bekas loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah dan tapak pelupusan sisa kekal di Bukit Kledang, di Ipoh.

Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menetapkan usul tersebut akan dibahaskan sejam bermula jam 4.30 petang ini.

Menurut Pandikar, usul berkenaan diluluskan berdasarkan Peraturan Mesyuarat di mana ia perlu disegerakan.

Usul tersebut dikemukakan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan semalam ekoran laporan bacaan daripada kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) yang didapati bercanggah dengan angka yang dibekalkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Dalam ususlnya semalam, Fong berkata, usulnya itu bersifat khusus, mempunyai kepentingan awam dan perlu digerakan kerana ia melibatkan kehidupan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk.

Sabtu lalu, SMSL iaitu aktivis anti-Lynas melawat ke tapak bekas loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.

Biarpun sudah ditutup pada tahun 1992, namun bacaan tahap radiasi yang diperolehi oleh pihak SMSL di kawasan tersebut didapati masih pada tahap berbahaya.

Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.

Menurut mereka, kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

harakahdaily/-

Kapsul angkasa Dragon ke ISS

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEBUAH roket SpaceX Falcon 9 yang membawa kapsul Dragon menjalani ujian di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida pada 1 Mac lalu.

WASHINGTON - Persediaan pelancaran kapsul kapal angkasa komersial, Dragon ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) berjalan dengan lancar, kata seorang pegawai kanan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.

Kapsul itu dijadualkan berlepas pada 30 April depan dari Cape Canaveral, Florida.

Kapal angkasa itu dimiliki oleh sebuah syarikat penerbangan angkasa lepas komersial AS, SpaceX.

"Persiapan turut melibatkan simulasi pelancaran kapal angkasa ini," kata Pengurus Stesen Angkasa NASA, Mike Suffredini pada satu sidang media.

Menurutnya, jika misi itu gagal atau berjaya, ia tidak boleh dianggap sebagai penentu masa depan penerbangan komersial angkasa lepas.

Jurucakap SpaceX, Kirstin Grantham pada satu kenyataan memberitahu, NASA belum memberikan kelulusan muktamad berhubung tarikh pelancaran tersebut.

Mengulas tentang halangan yang dihadapi pasukan pengendali SpaceX, Suffredini berkata, ia turut melibatkan proses berlabuh di ISS yang bergerak mengelilingi orbit.

Menurutnya, pelancaran kapal angkasa Dragon merupakan percubaan pertama daripada sebuah syarikat swasta untuk berlabuh di ISS.

Kapsul itu sepatutnya dilancarkan pada Februari lalu tetapi ia ditangguhkan kerana sebab-sebab teknikal.

Ia dimiliki usahawan Internet, Elon Musk.

Syarikat miliknya itu mencipta sejarah kerana membuat penerbangan sulung ke orbit dengan menggunakan Dragon pada 2010.

SpaceX dan beberapa syarikat lain kini bersaing untuk membina dan mengendalikan kapsul kapal angkasa swasta yang boleh membawa angkasawan dan kargo ke ISS yang mengelilingi orbit pada ketinggian 350 meter dari Bumi.

Syarikat-syarikat itu termasuk Boeing bersaing untuk dipilih bagi menggantikan kapal angkasa NASA yang telah menamatkan operasi penerbangan ke ISS pada tahun lalu. - AGENSI

Selangor perkenal premium RM1,000 milikan tanah

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 22 Mac: Kerajaan Negeri Selangor memperkenal inisiatif untuk melaksanakan program bayaran premium RM1000 bagi pemberimilikan tanah di negeri itu.

Meneurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, program itu bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan bagi sekaligus memberi peluang kepada rakyat Selangor menentukan sendiri kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing.

“Bagaimanapun mereka masih perlu membayar caruman berasingan seperti parit yang tidak termasuk dalam premium RM1,000 itu.

“Dan sekiranya mereka menjual tanah untuk diberi milikan kepada orang lain, premium penuh akan dikenakan kecuali jika dipindah milik kepada waris, maka premium tidak perlu dibayar,” jelas Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Adun Balakong, Yap Lum Chin di Sidang DUN semalam.

"Nilaian tanah yang akan digunakan adalah berdasarkan nilaian yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian dan Pekhidmatan Harta Negeri Selangor," sambungnya lagi.

Sementara itu jumlah pemohon yang telah menjelaskan bayaran premium RM1,000 jika dipecahkan mengikut kaum adalah seperti berikut; Melayu seramai 226 orang, Cina seramai 32 orang manakala India sebanyak 98 orang, meliputi lapan daripada sembilan daerah.

Daerah-daerah yang terlibat adalah Hulu Selangor seramai lima pemohon, Hulu Langat (136) pemohon, Kuala Selangor (89) Petaling (65), Sepang (3), Kuala Lamgat (4), Gombak (48), Klang (6)dan bagi Sabak Bernam tiada pemohonan diperolehi.

harakahdaily/-

Thai lulus beli 860,000 komputer tablet

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BANGKOK - Kabinet Thailand kelmarin meluluskan pembelian 860,000 komputer tablet dihasilkan sebuah syarikat di China untuk kegunaan murid tahun satu di negara itu.

Menteri Maklumat, Anudith Nakornthap berharap, kontrak perjanjian dengan Syarikat Pembangunan Data Saintifik Shenzhen dapat ditandatangani segera supaya komputer tablet tersebut dapat digunakan bermula penggal baru persekolahan pada Mei depan.

Harga ditawarkan untuk setiap unit komputer sesentuh selebar tujuh inci tersebut adalah AS$102 (RM314).

Membekalkan komputer tablet kepada murid sekolah adalah janji yang diutarakan oleh Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, semasa kempen pilihan raya pada tahun lalu.

SINAR HARIAN/-

Hutang negara: Nak bankrap masih kata 'tidak apa'!

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Kerajaan harus bertindak dari sekarang bagi mengurangkan hutang negara dan mengelakkan negara daripada bankrap.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakob berkata, adalah tidak wajar kerajaan mengambil sikap 'tidak apa' walaupun hutang negara hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Malaysia mencatatkan 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu dua peratus sebelum mencecah had 55 peratus daripada KDNK.

"Satu perkara yang tidak sihat apabila kerajaan menganggap kadar hutang negara belum berada pada tahap kritikal walaupun cuma kurang dua peratus daripada had yang ditetapkan.

"Sedangkan Malaysia mengalami sejak 10 tahun yang lepas. Kalau perbelanjaan terus defisit, hutang negara akan terus bearada pada tahap bahaya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin semalam bahawa Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Dr Rosli juga berkata, kerajaan harus menentukan piawaian yang selamat bagi hutang negara iaitu ia tidak harus melebihi 30 hingga 35 peratus dariapda KDNK.

"Negara-negara maju yang berhemah dalam perbelanjaan tidak akan membenarkan hutang negara melebihi 30 hingga 35 peratus.

"Contohnya negara Jerman, Norway, Sweeden, mereka mengamalkan urusan ekonomi yang bagus menyebabkan hutang negara tidak pernah melebihi paras ini," katanya yang juga bekas pegawai Bank Negara.

Justeru, untuk memastikan hutang negara tidak terus meningkat, kerajaan harus mula mengawal perbelanjaan negara dan mengelakkan pemborosan.

Ia katanya termasuk tidak meneruskan projek-projek mega dan projek gajah putih yang tidak memberi manfaat kepada negara.

"Kerajaan juga harus melaksanakan tender terbuka dalam setiap projek yang dibangunkan bagi langkah penjimatan dan apa yang lebih mustahak, elakkan terus membuat pinjaman luar negeri," katanya.

harakahdaily/-

Mexico bergegar seminit

SEBAHAGIAN mangsa gempa yang cedera dirawat di hospital Ometepec, Guerrero.

SEBUAH bas hancur dihempap jambatan yang runtuh selepas gempa melanda Mexico, kelmarin.

Gempa bumi 7.4 skala Richter rosakkan 800 kediaman

BANDARAYA MEXICO: Gempa bumi kuat berukuran 7.4 skala Richter menggegarkan selatan Mexico kelmarin, merosakkan lebih 800 rumah berhampiran pusat gegaran dan menyebabkan bangunan bergoyang serta menimbulkan kebimbangan serta panik di kalangan penduduk termasuk yang tinggal beratus-ratus kilometer dari ibu negara.

Pekerja dan penduduk dalam keadaan takut memenuhi jalan raya di ibu negara. Perkhidmatan telefon tergendala di bandar raya itu dan seluruh kawasan yang merasai gegaran sekurang-kurangnya satu minit.

Gempa bumi itu sangat kuat. - Campos Benitez, pengarah hospital
Beberapa kawasan penempatan mengalami gangguan bekalan elektrik, menurut Datuk Bandar Marcelo Ebrard, yang mewujudkan talian hotline untuk orang ramai membuat aduan.

Sebuah jambatan pejalan kaki turut runtuh menghempap sebuah bas transit yang kosong. Seramai 40 penumpang terkandas untuk seketika di dalam tren di lapangan terbang Bandaraya Mexico tetapi dikeluarkan tidak lama kemudian.

Lapangan terbang ditutup untuk sementara tetapi pegawai berkata, landasan tidak rosak dan operasi disambung semula.

Perunding alam sekitar, Samantha Rodriguez, 37, yang dipindahkan dari tingkat 11 bangunan pejabat Menara Angel, berkata dia menyangka keadaan akan berlaku sekejap tetapi tembok mula retak dan bergegas keluar bersama rakan sepejabat.
Gempa bumi terbaru adalah terkuat menggegarkan Mexico sejak gegaran maut pada 1985 yang membunuh beribu-ribu orang di Bandaraya Mexico.

Kawasan paling teruk ialah di negeri Oaxaca dan Guerrero, selatan Mexico. Di Guerrero, pegawai mengesahkan 800 rumah rosak, dengan 60 lagi runtuh.

Tiada laporan kematian diterima lama selepas gegaran itu berlaku tengah hari waktu tempatan, walaupun selepas gegaran susulan pada skala 5.1 dirasakan di bandar raya itu dan beberapa gegaran susulan lain berhampiran pusat gempa di kawasan pergunungan daerah pedalaman.

Setiausaha Dalam Negeri Mexico, Alejandro Poire, berkata sembilan penduduk cedera di Oaxaca dan dua lagi di Bandaraya Mexico tetapi tiada yang maut.

“Gempa bumi itu sangat kuat,” kata pengarah hospital, Campos Benitez, di Ometepec, yang terletak 25 kilometer dari pusat gegaran.

Gabenor Guerrero, Angel Aguirre, yang berasal dari Ometepec, bergegas ke tempat terjejas untuk meninjau kerosakan dan mengarahkan krew bantuan kecemasan dan perlindungan awam ke kawasan itu untuk membantu.

Negeri itu tidak menyatakan berapa ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Bandaraya Mexico musnah teruk pada 1985 apabila gempa bumi membunuh sekurang-kurangnya 10,000 orang. Ia pada awalnya diukur pada skala 8.1 tetapi kini diletakkan pada ukuran 8.0 pada skala Richter oleh Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

Sejak beberapa tahun lalu, Guerrero dilanda beberapa gempa bumi besar, termasuk berukuran 7.9 pada skala Richter pada 1957 yang membunuh anggaran 68 orang dan gegaran pada skala 7.4 pada 1995 yang meragut tiga nyawa. – AP/Agensi

Meraung tangan tersepit bawah tayar lori

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA PILAH – Seorang kelindan lori meraung kesakitan selepas lori yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan, menyebabkan tangan kirinya tertindih tayar lori di Kilometer 18.5, Jalan Seremban-Kuala Pilah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, mangsa, Ramburuj Kapar, 31, warga Myanmar cedera di tangan selepas tangannya tertindih tayar depan lori bermuatan bawang.

Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal mendapati, kereta Proton Perdana V6 yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 20-an hilang kawalan dan memasuki laluan

bertentangan, lalu bertembung lori dipandu Abd Sallam Omar, 33, yang menuju ke arah Banting, Selangor. - Bernama

Lagi protes naik harga minyak di Jakarta

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Pekerja Indonesia merempuh halangan yang dibina pasukan keselamatan Indonesia semasa satu tunjuk perasaan membantah kenaikan harga minyak di Jakarta, semalam. - REUTERS

JAKARTA 21 Mac - Polis Jakarta menempatkan 14,000 anggotanya termasuk di hadapan Istana Presiden di sini hari ini, untuk mengawal keadaan berikutan satu tunjuk perasaan oleh kesatuan buruh yang membantah kenaikan harga minyak.

Jurucakap polis Senior Komisioner Rikwanto berkata, selain memastikan tunjuk perasaan diadakan secara aman, anggota polis yang ditempatkan di situ turut bertanggungjawab menjaga keselamatan stesen-stesen minyak.

Menurut Gabungan Kesatuan Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI) semalam, mereka menjangkakan tunjuk perasaan yang menentang kenaikan bahan bakar itu bermula 1 April ini akan dihadiri antara 25,000 dan 30,000 orang.

berita harian/-

Seorang Maut, Dua Cedera Kereta Langgar Pokok Di Lebuh Raya

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera apabila kereta yang dipandu mangsa terbabas lalu melanggar pokok jati di KM66.2 Lebuhraya Utara-Selatan, arah ke selatan, dekat Pendang, Rabu.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad berkata kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi ini menyebabkan mangsa Mohd Aizat Jamal, 20, yang memandu kereta Perodua Kancil maut di tempat kejadian akibat terpelanting keluar dari kereta dan terhumban ke dalam parit berhampiran dengan tempat kejadian.

Sementara itu, dua rakan mangsa Nor Shuhada Mohamad, 22, dan Mohd Hazwan Hamzah, 19, mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

"Mayat mangsa yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dihantar ke HSB untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga," kata Abdul Aziz ketika dihubungi di sini, Rabu.

Abdul Aziz berkata dalam kejadian kemalangan berasingan kira-kira 12 tengah malam tadi, seorang anggota tentera maut setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan di Kampung Bukit Choras, Pendang.

Mohd Fikri Ahmad, 25, yang cedera parah maut di tempat kejadian, katanya. - BERNAMA

Macamana Najib nak hadapi ketua-ketua puak di Kedah?

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Panas politik PAS Kedah tiba-tiba diredakan dengan tindakan mengejut bekas pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri cabinet Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan keluar dari Umno. Meskipun tindakan Kadir itu tiada kena mengena dengan PAS atau Pakatan Rakyat tetapi ia tetap berita yang menggembirakan kerana ia menggambarkan kepincangan dalam UMNO.

Kadir bukan calang-calang orang dalam Umno, selama 56 tahun (sejak 1956) memegang jawatan dalam parti sehingga sebelum isytihar keluar parti. Mungkin hanya boleh dibilang dengan jari, pemimpin Umno yang mampu bertahan dengan jawatan dalam Umno selama itu. Beliau pernah menjadi exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk Penerangan dan Pelancongan.

Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) dan sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiadak kebebasan bersuara dalam parti itu. 17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir berkenaan dan akan bertindak ke atasnya.

Belum pun tindakan diambil dia terlebih dahulu keluar. Berbeza dengan Dato’ Dr. Hassan Ali yang keluar PAS kerana dipecat. Lazimnya orang yang dipecat lebih hilang maruah dan wibawanya berbanding orang yang tahu mencari pintu keluar sendiri. Itulah kelebihan Kadir.

Dalam PRU12 lalu beliau memilih untuk mengundur dari dari bertanding secara sukarela. Itupun tindakan berwibawa juga berbanding jika dia digugurkan sebagai calon. Hakikatnya apabila beliau sudah bersara secara sukarela dari politik Pusat dan kerajaan, maka kritikannya terhadap Umno, BN dan kerajaan bukan kerana tiada tempat lagi dalam politik atau kerana mahu menyebelahi pembangkang sebaliknya segala kritikan terhadap Umno dan BN lahir dari keikhlasan hatinya yang menyaksikan sendiri kepincangan dalam parti rasuah itu selama hampir 6 dekad.

Jika Dr. Hassan Ali ada JATI, maka Kadir ada AMANAH. Jika Kadir memilih untuk tidak duduk berehat di rumah di waktu bersaranya ini, maka segala maklumat dalaman Umno darinya tentulah dinanti-nantikan oleh rakyat untuk melihat dia beraksi di pentas ceramah. Ceramahnya pasti akan menghimpun ribuan manusia, lebih mendapat sambutan berbanding ceramah Hassan Ali, Ibrahim Ali dan Umi Hafilda Ali. Inilah yang sangat dirisaukan oleh Umno menjelang hampirnya pilihanraya.

Datuk Seri Najib Razak dan BN pasti tidak akan membiarkan hal ini terjadi. Mereka akan menggunakan apa saja cara supaya Kadir tidak bebas bersuara. Tawaran dan ugutan adalah strategi yang lumrah digunakan oleh BN, hatta ke peringkat menggunakan perkakas kerajaan sekalipun. Kadir anak Kedah. Elok juga dia mengkucarkacirkan Umno di Kedah di saat PAS belum kebah sepenuhnya dari demam.

Minggu lalu ada mesyuarat Perhubungan PAS Kedah. Kononnya ada desakan supaya Pesuruhjaya Ustaz Azizan Razak menukarkan Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2 yang disandang oleh Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh. Itu hanya andaian kerana tiada siapa tahu apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup melainkan mereka yang layak hadir.

Yang pentingnya ialah apabila Pesuruhjaya mengumumkan selepas mesyuarat tersebut bahawa tiada rombakan untuk kedua-dua jawatan timbalan pesuruhjaya. Pesuruhjaya tidak perlu mempunyai jiwa yang terlalu besar untuk membuat keputusan tersebut kerana itu kehendak PAS Pusat yang mahu semua pihak yang dianggap berkonflik berada dalam satu saf yang mantap menjelang pilihanraya.

Tindakan yang diambil oleh Ustaz Azizan dan kesediaan dua timbalannya untuk terus bersama memimpin PAS Kedah mempunyai impak positif yang sangat besar terhadap PAS di seluruh negara. Imej yang bukan sedikit tercalar tempohari kembali bersinar.

Tugas penting PAS Kedah sekarang ialah menggerakkan semula jentera pilihanraya dengan kekuatan berganda setelah tergendala hampir sebulan. Sepanjang tempoh PAS alami ribut dalam cawan, BN Kedah tidaklah sekuat mana mengumpul kekuatan. Tiada manfaat yang mereka dapati dari ‘konflik’ PAS kerana jika PAS berkonflik di pucuk dan dahan maka BN khususnya Umno berkonflik hingga ke akar umbi.

Tiga bulan menjelang pilihanraya yang dijangkakan adalah tempoh yang kritikal bagi Umno kerana sekaranglah masa kemuncak untuk melobi jadi calon. Selagi Pengerusi Perhubungan Umno tidak mengumumkan calon yang sahkan oleh Presiden parti maka selama itulah ruang dan peluang masih sama rata.

Sesiapa saja yang mahu menjadi calon Umno dalam sesuatu kawasan (DUN atau Parlimen) mestilah mempunyai kekuatan sokongan hingga ke akar umbi dalam parti. Sokongan tidak boleh diraih percuma melainkan mesti dibeli. Itu budaya baru dalam Umno kini.

Setiap bakal calon Umno mempunyai rangkaian penyokong Umno masing-masing. Hampir tidak ada kawasan di Kedah, dimana seorang calon payung terjun selesa untuk turun bertanding sekalipun dengan restu Presiden parti.

Contohnya Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang diura-urakan akan bertanding di kampung halamannya di kawasan parlimen Pokok Sena sudah siap disediakan pagar halangan oleh orang penting Umno Bahagian Pokok Sena. Ia bukan rahsia lagi. Datuk Latt Shariman (pegawai khas Perdana Menteri) yang sudah tiga tahun memugar kawasan Parlimen Kuala Kedah dan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) yang empat tahun memancing rakyat Jerai juga masih tidak selesa untuk menjadi calon BN. Masih ada tembok hadangan dari ‘orang asal’ bahagian. Itu cerita nama-nama besar Umno, pun sudah bermasalah. Nama-nama biasa dan kecil apatah lagi, lebih sukar untuk menempatkan diri dengan selesa sebagai calon yang mendapat sokongan padu dari semua pihak macam Umno/BN di zaman Dr. Mahathir dahulu.

Semua ketua-ketua puak yang tersenarai sebagai bakal calon ini tidak akan duduk diam jika tidak terpilih sebagai calon. Pilihan yang ada bagi Umno untuk menyelesaikan masalah puak ini ialah memenuhi tuntutan alternatif ketua puak mereka setelah tidak terpilih sebagai calon. Percayalah untuk PRU13 ini Umno terpaksa menggunakan berguni-guni duit bagi mendapat kerjasama dari ketua-ketua puak dalam Umno. Duit negara boleh habis untuk membela ketua puak dalam Umno tetapi sokongan terhadap BN belum tentu diperolehi. Itu masalah besar Umno.

Sekarang Najib sedang menjelajah ke seluruh negara untuk menabur duit membeli undi. Bermula dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia bernilai RM500 yang dihulurkan 54 tahun sekali, kini setiap pertemuan Najib dengan mana-mana komuniti umpannya ialah peruntukan yang bernilai berjuta-juta. Peruntukan itu duit rakyat, kempen politik BN pun semuanya dibiayai oleh duit rakyat. Apa yang disebutkan oleh Tan Sri Kadir perihal Umno yang membeli kuasa dengan wang adalah benar. Negara boleh bangkrap angkara pemimpin yang semakin hilang kewarasan menggunakan duit dari tabung khazanah negara untuk mengekalkan kekuasaan.

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
harakahdaily/-

Letupan di Kedutaan Indonesia di Paris

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

JAKARTA — Satu kejadian letupan berlaku berhampiran Kedutaan Besar Indonesia (KBRI) di Paris pada pagi semalam namun tidak ada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Indonesia, Michael Tene berkata, kejadian berlaku pada pukul 5.15 pagi waktu tempatan atau pukul 11.15 pagi waktu Indonesia Barat.

"Letupan mengakibatkan kaca di bangunan KBRI Paris pecah akibat ledakan tersebut. Kerosakan turut berlaku di sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tene berkata, kejadian itu sedang disiasat oleh pihak polis Paris bagaimanapun sehingga kini belum dapat dipastikan sasaran letupan itu.

Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa telah bercakap dengan Duta Besar Indonesia di Paris dan meminta semua petugas di kedutaan itu serta warganegara Indonesia yang lainnya untuk meningkatkan kewaspadaan.

KBRI Paris juga diminta untuk terus memantau keadaan warganegara Indonesia di Perancis, katanya. — BERNAMA

CAP gesa siasat projek arowana di Bukit Merah

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Perak dan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani menyiasat secara terperinci pelaksanaan projek ternakan ikan Arowana di Bukit Merah, daerah Kerian.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, sejak projek itu bermula 10 tahun lalu banyak perkara berkaitan undang-undang tidak dipatuhi terutama mengenai kesan ke atas alam sekitar dan masalah kehidupan penduduk tempatan.

Katanya, gesaan itu dibuat oleh CAP berikutan laporan akhbar tempatan kelmarin (BH: 21.3.2012) mengenai pemalsuan dokumen oleh seorang pengusaha projek tersebut yang juga Pengarah Urusan Bukit Merah Akuakultur yang melibatkan 36 lot tanah seluas 28.8 hektar kepunyaan 21 penduduk Kampung Selamat, Simpang Empat Semanggol.

CAP, jelasnya kesal dengan kejadian itu kerana sebelum ini CAPmendapati terdapat banyak peraturan yang tidak dipatuhi para pengusaha projek ternakan ikan Arowana di kawasan tersebut tetapi tidak diberi perhatian serius dan diambil tindakan tegas oleh pihak berkenaan.

”Kami telah mengemukakan banyak persoalan berkaitan projek ini melalui surat rasmi yang dihantar kepada kerajaan negeri Perak, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini namun projek tersebut terus dilaksanakan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Selain tidak melakukan Kajian Kesan Ke Atas Alam Sekeliling (EIA) sebelum pelaksanaannya, beliau berkata tanah-tanah sawah yang terlibat dengan projek itu juga tidak ditukar status dari tanah pertanian kepada tanah industri.

Malah, menrutunya lagi pada tahun lalu (2011) CAP telah menghantar surat kepada Menteri Besar Perak menggesa projek itu dihentikan segera kerana ia boleh menjejaskan sumber bekalan air di Tasik Bukit Merah dan mengancam kehidupan 9,000 petani serta 200,000 pengguna air.

Beliau menjelaskan, air yang digunakan oleh sebuah kolam ikan Arowana seluas 0.4 hektar boleh digunakan untuk mengairi 12 hektar sawah padi.

“Jika di kawasan ini terdapat 3,800 buah kolam, maka lebih banyak air yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha ikan hiasan itu.

“Akibatnya petani-petani di daerah ini akan terdedah kepada masalah kekurangan bekalan air untuk tanaman padi di kawasan sawah seluas 24,000 hektar termasuk juga tanah sawah di daerah Seberang Perai Selatan Pulau Pinang,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, ujarnya CAP menggesa siasatan menyeluruh dan berterusan dilakukan segera ke atas projek ini dan tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang terlibat dengan pelanggaran undang-undang yang ada.

Justeru, katanya CAP sekali lagi meminta pihak kerajaan menutup dan membatalkan projek tersebut kerana ia bakal mengundang berbagai masalah ke atas alam sekitar dan kehidupan rakyat.

“CAP percaya jika kerajaan tidak membatalkan projek ini daerah Kerian yang merupakan salah satu jelapang padi negara akan musnah dan ia boleh menggugat sektor pertanian dan sumber makanan untuk rakyat pada masa akan datang,” katanya lagi.

harakahdaily/-

Bayu Berusia 2 Minggu Ditemui Pintu Masuk Masjid Di Pekan Pahang

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PEKAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu ditinggalkan di pintu masuk ruang solat sebuah masjid di Kampung Lamir di sini, hari ini. Gambar oleh Mohd Rafi Mamat

Bayi yang dalam keadaan sihat dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Khasli Mohd Razali, 48, ketika mahu membuka pintu masjid untuk solat Subuh pada pukul 5.20 pagi.

Sebuah beg berisi lampin pakai buang, beberapa helai baju, tisu basah dan botol susu yang masih berisi susu turut ditinggalkan berhampiran bayi itu.

"Masa saya ingin membuka pintu, saya terdengar bayi menangis lalu mencarinya di sekitar perkarangan masjid. Saya kemudian terlihat seorang bayi diletakkan di perkarangan pintu ruang solat dan meminta pertolangan jiran yang tinggal di sebelah masjid untuk mengambilnya," kata Khasli.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Khasli berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan dan polis kini menjejaki ibu bayi itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Penyelewengan Umno/BN Perlu Di Nilai Rakyat

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Rakyat di negara ini boleh menilai sejauh mana pencapaian ekonomi dan pembangunan sesuatu negeri di bawah pentadbiran Umno-BN melalui penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dalam beberapa kes.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata demikian di dalam dewan rakyat hari ini.

Katanya, sebelum ini Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.71 billion kepada Umno Selangor untuk tujuan pembangunan tetapi dana rakyat itu sudah disalah gunakan untuk kepentingan politik.

“Banyak perkara atau kes yang boleh dilihat oleh rakyat antaranya Petronas diberi kepada kroninya, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir sehingga beliau (Mokhzani) disenaraikan antara yang terkaya di Malaysia.

“Saya yakin rakyat juga tidak akan lupa atau menerima kes seperti skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta yang diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri NFC, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail.

“Begitu juga dengan penyelewengan wang zakat guaman oleh Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Penyenaraian saham Felda Global Venture Holding (FGVH) yang boleh mengugat tanah hak milik peneroka felda dan Skim Perumahan 1Malaysia yang dianggap hanya membebankan rakyat berpendapatan rendah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman juga rasuah yang diamalkan oleh Menteri Besar terdahulu,” katanya.

Tambahnya, saham bumiputera juga merosot kepada RM2 billion berbanding RM54 billion.

“Kedudukan indeks rasuah negara yang juga menurun kepada tangga 60 berbanding tangga 47 semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Jelasnya, penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah pentadbiran itu menunjukkan pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

Ini kerana simpanan Kerajaan Negeri Selangor meningkat RM1.9 billion berbanding RM500 juta yang ditinggalkan oleh Umno-Bn pada tahun 2007.

selangorku/-

‘Jumpa penduduk Kuantan dulu sebelum jumpa saya’

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, adalah lebih penting berjumpa dengan penduduk Kuantan sebelum bertemu dengan beliau.

Ini, kerana katanya para penduduk di Kuantan yang akan terjejas dan oleh itu menjadi pihak yang mempunyai kepentingan langsung yang perlu pihak Lynas berjumpa dengan mereka.

“Saya tidak tahu bagaimana perjumpaan dengan Ketua Menteir Pulau Pinang dan bukan penduduk-penduduk yang terjejas boleh menjadi relevan atau penting dalam kontroversi ini,” ujarnya di dalam surat terbuka kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Nick Cutris yang beralamat Level 7, 56 Pitt Street Sydney, NSW 2000, hari ini.

Berikut adalah kandungan surat tersebut yang bertajuk ‘Perjumpaan Dengan Ketua Menteri Pulau Pinang’.

Terima kasih atas jemputan anda untuk bertemu dan membincangkan Loji Bahan-Bahan Maju Lynas di Gebeng, Pahang, yang telah dilanjutkan bagi pihak anda oleh Cik Jacey Lee daripada Ogilvy Public Relationship Worldwide melalui emel pada 5 Mac 2012.

Saya telah memberi maklumbalas melalui media pada 6 Mac 2012, di mana saya telah menyatakan keputusan untuk tidak menerima jemputan anda demi kepentingan penduduk-penduduk Kuantan yang terjejas serta kebimbangan kesihatan dan keselamatan mereka akibat operasi syarikat anda dalam pemprosesan nadir bumi. Kebimbangan penduduk-penduduk mengenai sisa radioaktif atau kesan-kesan daripada loji pemprosesan belum lagi ditangani.

Sebelum bertemu dengan saya, adalah lebih penting jika pihak anda melibatkan penduduk-penduduk Kuantan, kerana merekalah yang akan terjejas dan oleh itu menjadi pihak yang mempunyai kepentingan langsung. Saya tidak tahu bagaimana perjumpaan dengan Ketua Menteir Pulau Pinang dan bukan penduduk-penduduk yang terjejas boleh menjadi relevan atau penting dalam kontroversi ini.

Kedua, penduduk-penduduk Kuantan tidak dapat memahami bagaimana, walaupun pelbagai kebimbangan alam sekitar telah diutarakan, Kerajaan Malaysia boleh memberi pengecualian cukai kepada syarikat anda selama 12 tahun. Tambahan pula isu-isu mengenai tempat simpanan bahan-bahan sisa radioaktif belum lagi diselesaikan.

Sampai hari ini, kita belum lagi diberi kata putus sama ada sisa itu akan disimpan di kawasan tempatan atau dikembalikan kepada Australia. Sepatutnya, daripada mendapat pengecualian cukai atas keuntungan yang diperolehi, Lynas seharusnya membayar cukai yang lebih tinggi atas kepentingan alam sekitar.

Sungguhpun begitu, ia harus ditegaskan bahawa tiada jumlah wang yang boleh menggantikan kesihatan kita dan anak-anak kita. Untuk sebab itu, kegagalan untuk berunding dengan pihak awam sebelum pembinaan loji dan langkah-langkah terdesak Kerajaan Malaysia untuk menutup kebimbangan awam tentang isu-isu keselamatan dan kesihatan adalah amat menyedihkan.

Tidak ada seorang pun yang percaya bahawa Lynas akan menghentikan pemprosesan nadir bumi apabila mereka sudah belanja sebanyak RM700 juta untuk pembinaan loji.

Saya percaya bahawa soalan-soalan di atas harus dijawab terdahulu sebelum apa-apa perbincangan boleh diadakan. Lebih penting sekali, anda harus menjawab secara langsung kepada penduduk-penduduk yang terjejas.

Sebagai seorang warga Australia, sudah tentu anda akan menghargai bahawa proses rundingan umum itu adalah sebahagian daripada demokrasi. Dalam semangat itu, Lynas harus mengumumkan bahawa mereka tidak akan meneruskan loji itu sekiranya mereka tidak dapat memuaskan kebimbangan teknikal dan juga keraguan penduduk-penduduk yang terjejas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Lim Guan Eng,

Ketua Menteri Pulau Pinang.

QPR tumbangkan Liverpool 3-2

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

LONDON: Queen's Park Rangers mengulangi sejarah 20 tahun apabila berjaya menewaskan Liverpool 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris dl Stadium Loftus Road, awal pagi tadi.

Liverpool terlebih dahulu menyumbat dua gol menerusi jaringan Sebastian Coates pada minit ke-54 dan Dirk Kuyt (72).
Namun semangat kental pamain tuan rumah harus dipuji yang terus mengasak pintu gol Liverpool.

Hasilnya QPR berjaya menyumbat tiga gol dalam masa 13 minit menerusi Shaun Derry (77), Djibril Cisse (86) dan Jamie Mackie (90+1).

Dengan keputusan itu Liverpool tercicir di tangga ketujuh liga manakala QPR terkeluar daripada kelompok tiga kelab tercorot.

Bayern berjaya melangkah ke akhir Piala Jerman


29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - PENJAGA gol Bayern Munich, Manuel Neuer (tengah) dikerumuni pemain pasukannya apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti pasukan Borussia Moenchengladbach dalam peringkat separuh akhir saingan Piala Jerman (DFB-Pokal), pagi ini. Keputusan Bayern berjaya melangkah ke akhir apabila menang melalui sepakan penalti 4-2 setelah terikat 0-0 di perlawanan sebenar. - Foto AP

Harga minyak cecah AS$107 setong, dijangka terus naik

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SINGAPURA 22 Mac - Harga minyak meningkat kepada AS$107 (RM329.3) setong semalam selepas laporan menunjukkan simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh diluar jangkaan, satu tanda permintaan bahan tersebut akan terus meningkat di negara ekonomi terbesar dunia itu.

Setakat awal petang, di Eropah, penanda aras minyak bagi penghantaran Mei meningkat sebanyak AS0.49 (RM1.5) kepada AS$106.56 (RM328) satu tong dalam pasaran elektronik New York Mercantile Exchange.

Kontrak itu jatuh AS$2.49 (RM7.6) untuk berada pada AS$106.07 (RM326.4) setong di New York kelmarin selepas Arab Saudi berkata ia boleh mengepam lebih banyak minyak untuk menampung mana-mana kekurangan bekalan bahan mentah itu. - AGENSI

Bodek Najib, Rafidah idamkan jawatan ketua wanita semula?

29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
Bodek Najib, Rafidah idamkan jawatan ketua wanita semula?

Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan yang bergelumang rasuah berkata adalah sesuatu yang benar dan betul bila beliau menyeru rakyat memilih kerajaan yang mempunyai rekod yang terbukti.Tapi yang sedihnya, beliau memerangkap dirinya dan ketidakyakinan nya bila beliau menggunakan contoh yang salah untuk menerangkan maksud kata-katanya.

“PM (Najib) boleh mentadbir, dan telah membuktikan kebolehan nya,” beliau dilapurkan berkata demikian kepada media kerajaan..

Jika ada seseorang yang boleh membuktikan dirinya ialah pemimpin yang tidak peka dan tanpa sebarang idea bagaimana hendak mentadbir negara,pemimpin tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah PM Najib Razak.

Membodek

Bukan satu yang memeranjatkan bila dengan segera Rafidah menjadi sasaran kritikan beliau cuba membodek Najib. Sokongan nya mengimbas kembali kenangan tentang rekod buruk beliau sendiri, bagaimana kukuhnya akar rasuah yang membuatkan Badawai mengambil masa bertahun tahun sebelum berjaya mengenepikan beliau.

Sekarang beliau cuba menumpang tuah Najib-mungkinn risaukan nasib kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dipegangnya.Adakah Najib akan memberi ruang kepada beliau yang berusia hampir 70 tahun untuk mempertahankan kubu kuatnya di KK atau menjadi ketua Wanita sekali lagi? Hakikatnya Rafidah ialah ‘lanun’ Umno sebenar-terma yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk merujuk pemimpin parti yang oportunis yang sentiasa dalam mengikis antara satu sama lain.

Apapun yang beliau katakan, Rafidah sendiri digugurkan dari kabinet oleh mantan Perdana Menteri Abdulah Badawi kerana desakan rakyat berkenaan cara beliau memilih menantu lelakinya untuk mendapat permit impot kenderaan motor dan juga berkenaan beberapa saham di firma tertentu.

Serahkan ke tangan yang salah

Mari kita kaji apa yang Najib buat setakat ini bagi mengiyakan komen yang dibuat oleh beliau? Adakah Rafidah hanya beri komen sewenangnya tanpa berfikri dan mengambil kira semua fakta? Adakah beliau telah menjadi terlalu naif atau tidak berpijak di bumi nyata?

Sesuatu yang perlu kita pertimbangkan kerana bila seseorang pemimpin sewenangnya berpandangan sedemikian, ini menunjukkan pemimpin tersebut tiada hak atau keupayaan untuk dipilih atau dilantik ke jawatan tinggi/penting. Beliau mungkin hanya akan jadi pak turut ,dan sudah tentu tidak berguna kepada rakyat Malaysia.

Terbukti Najib sudah berkali kali membuat helah dan putar belit. Terbaru ialah isu-isu penting termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Bill Perhimpunan Aman, skim saraan baru kakitangan kerajaan dan pertukaran saham MAS-AirAsia, juga kegagalan Skim Rumah Pertama.

Tahap ekonomi tiada peningkatan dan situasi sangat buruk sehingga Najib tiada ilham bila kan beliau patut mengumumkan pilihanraya umum kke 13 walaupun hanya tinggal 1 tahun sebelum tempoh penggal pemerintahan kerajaan BN tamat.

“Jangan serahkan negara ke tangan yang salah kerana anda akan susah,” kata Rafidah, sambil menambah bahawa jawatan PM tidak seharusnya diberikan kepada seseorang yang”hanya ingin menjadi PM,”.

Mulut yang celupar

Rafidah sendiri ialah tangan yang ‘salah’, sebagaimana yang beliau sendiri gembar gemburkan. Dan Najib sendiri sanggup bersusah payah untuk menjadi PM.Sehingga hari ni, kata-kata jelas isteri Rzak Baginda ketika kes bunuh Altantuya menjadi peringatan tentang usaha Najib dan isterinya Rosmah sanggup lakukan bagi menjamin jawatan PM. “Bukan suami saya yang ingin jadi Perdana Menteri,” kata isteri Razak.

Jelas,Najib ialah tangan yang ‘salah’ Begitu juga kuasa besar UMNO seperti Mahathir Mohamad,Abdullah Badawi,Isa Samad ,Shahrizat Jalil.Semua pemilik tangan yang salah ini ada dalam kapal lanun UMNO.

Tidakkah Rafidah baca apa komen terbaru Shahrizat.”Beritahu saya siapa dalam UMNO yang tiada masalah..?” apabila beliau ditanya tentang peranannya dalam kes salahguna RM250juta NFC. Sepatutnya Rafidah menutup mulutnya dan [ulangkan semuala semua harta kekayaan yang di ambil secara salah dan tidak bermoral dari orangramai.

Bahan jenaka

Beliau bukan hanya menjadi bahan jenaka , malahan beliau juga menunjukkan kejahilan dalam arena antarabangsa –satu yang memeranjatkan bagi seorang yang luas pemandangan seperti beliau.” Kita perlu sebuah pentadbiran yang terbukti boleh berurusan dengan isu serantau,dalam negeri dan global,” tambah Rafidah lagi.

Sudah la Rafidah.Takkan lah kamu tidak baca akhbar atau menonton BBC,yang dipaksa memohon maaf kepada penonton global mereka kerana usaha memalukan Najib menonjolkan publisiti media yang baik untuk dirinya. Kita kena akui Najib gagal membentuk imej baik bagi dirinya walaupun setelaah berbelanja jutaan duit rakyat untuk perunding dari UK,FBC Media.

Sehingga kan Ratu England sendiri mempersendakan Najib bila Queen memakai pakain warna kuning ketika Najib melawat nya, beberapa hari selepas arahan membenteras penunjuk perasaan dalam Bersih 2.0 yang menganjur untuk pilihanraya adil dan bebas.

Terlalu dangkal fikiran nya sehingga melarang pemakaian warna kuning di Malaysia untuk menakutkan rakyat dari menyokong pilihanraya adil dan bebas.Bagaimana ini boleh membuktikan Najib ialah pemimpin yang baik? Bagaiman nak buktikan Rafidah tidak berbohong bila beliau memuji Najib? Bagaimana nak buktikan beliau tiada motif disebalik komen bodeknya ini?

Ucap selamat dan selamat tinggal untuk Rafidah!

Masih samar bila Rafidah berani berkata –“Malaysia ialah destinasi pilihan untuk berbagai operasi dan perniagaan terkini,jadi jika keadaan berubah-maka selamat lahkepada kamu!”

Haha! Beliau tidak membaca komen sahabatnya Ng Yen Yen,menteri pelanconagn dalam akhbar bahawa sebab orang luar tidak berminat menjadikan Malaysia rumah kedua mereka ialah kerana mereka tidak melihat Malaysia sebagai aman atau stabil.Ini berlaku selepas 5 dekad pemeritahan berterusan UMNO-BN.

Pada masa sekarang pelaburan terus secara langsung di Malaysia kebanyakan nya ke negeri2 Pakatan Rakyat, dan ini bukti pemerintahan yang baik. Jika Rafidah, berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya. Tidak cukup professional untuk mengetahui hal tersebut ,dan memilih untuk berbohong kepada rakyat,maka beliau tidak sepatutnya diberi peluang kedua oleh rakyat.

Rasuah dalam apa bentuk telah berakar dalam jiwanya, dan beliau akan jadi ancaman sebaik saja beliau berkuasa semula. Lebih baik beliau ditempatkan di muzium dan baik untuk Umno membina muzium berhampiran padang dimana Tunku Abd Rahman mengisytiharkan kemerdekaan. Dan lain-lain pemimpin UMNO yang patut menyertai beliau termasuklah Mahathir,daim,Shahrizat,Najib dan lain-lain lagi.

UMNO –BN, dengan semua skandal dan salah urus termasuk lebih RM1 trillion yang mengalir keluar negara secara haram, peningkatan hutang negara RM450 billion,tidak layak untuk menjadi sebuah kerajaan.

Malaysia Chronicle