24 September 2021

Rumah Ikram Keluarga Malaysia ditambah kepada 2,000 unit

 

Foto daripada Facebook Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia, hari ini.

Beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada agenda perumahan yang menjadi fokus utama kerajaan.

“Alhamdulillah, sukacita saya maklumkan, Rumah Ikram Keluarga Malaysia akan ditambah kepada 2,000 unit,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, malam ini.

Menruutnya, semua penerima Rumah Ikram Keluarga Malaysia juga akan diberikan pengecualian bayaran sehingga enam bulan bermula dari tarikh menerima kunci.

Katanya lagi kerajaan juga tidak akan meminggirkan kebajikan penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR).

Program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan diteruskan sehingga akhir tahun 2022.

“Inisiatif dan ikhtiar kerajaan ini adalah untuk memastikan Keluarga Malaysia yang memerlukan sentiasa diberi bantuan,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 24/9/2021

Universiti Itali tawar pengajian sarjana kopi

 

Pelajar kursus ini akan mempelajari semua aspek mengenai kopi termasuk asal usul, pembuatan, perniagaan dan ekonomi. - Google

FLORENCE, Itali – Sebuah universiti di Itali menawarkan pengajian di peringkat sarjana dalam kursus khas untuk mempelajari apa yang perlu diketahui mengenai kopi, lapor laman Wionews, semalam.

Lebih 19 juta populasi dewasa lengkap divaksin

 

Sebanyak 93.3% atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

KUALA LUMPUR: Seramai 19,156,694 individu atau 81.8% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Dos ketiga bukan untuk semua rakyat

 Kerajaan hanya akan memberikan dos ketiga kepada kumpulan tertentu dan bukan semua populasi yang layak menerima vaksin COVID-19. - Foto hiasan NSTP

Kerajaan hanya akan memberikan dos ketiga kepada kumpulan tertentu dan bukan semua populasi yang layak menerima vaksin COVID-19. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan memberikan dos ketiga vaksin COVID-19 kepada kumpulan berisiko tinggi, tidak bercanggah dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang meminta pemberian suntikan tambahan itu ditangguhkan hingga akhir tahun.

'Rentas negeri dalam beberapa minggu lagi' - Ismail Sabri

 Rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat KKM. - Foto BERNAMA

Rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat KKM. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan 'dalam beberapa minggu lagi'.

Beliau berkata, ini kerana sehingga Rabu lalu, sebanyak 81 peratus populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan dalam tempoh beberapa minggu saja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.