24 September 2021

Lebih 19 juta populasi dewasa lengkap divaksin

 

Sebanyak 93.3% atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

KUALA LUMPUR: Seramai 19,156,694 individu atau 81.8% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal CovidNow, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.3% atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, seramai 23,703 individu atau 0.8% daripada populasi remaja telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 326,612 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 132,562 dos pertama dan 194,050 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 41,573,883 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

fmt/-

Tiada ulasan: