10 April 2011

TV Interaktif dilancar, pasti jadi media kempen BN PRN Sarawak

06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUCHING: TV Interaktif (TVi), saluran televisyen 24 jam khas untuk Sarawak dan Sabah, memulakan siarannya melalui saluran Astro 180 hari ini, dengan sasaran tidak kurang 45 peratus kandungannya adalah dari kedua-dua negeri berkenaan. Perlancaran itu dalam keadaan PRN Sarawak sedang berlangsung dan saya melihat media ini akan menjadi bahan tungangan Bn untuk berkempen.

Semasa merasmikan pelancaran TVi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perkhidmatan itu diwujudkan hasil kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro.

Katanya, isu, berita dan rancangan terkini membabitkan remaja juga akan dijadikan keutamaan.

"Kebanyakan isiannya mengenai Sabah dan Sarawak. Hanya sesegmen kecil daripada punca lain. Tetapi ini tidak bermakna berita asas nasional tidak diberi," katanya kepada pemberita selepas perasmian saluran itu di Auditorium RTM di sini.

Saluran Astro 180 sebelum ini menyiarkan Muzik Aktif.

Beliau berkata, sebagai permulaan iaitu selepas pilihan raya negeri Sarawak, kementerian akan membekalkan 2,000 alat decoder untuk penduduk di pedalaman supaya golongan itu turut dapat menikmati program saluran itu.

Rais berkata, kelahiran TVi bukan saja hasil kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri, tetapi juga kerjasama bijak antara sektor awam dan swasta.
Katanya, kerjasama sedemikian juga adalah lebih kos efisien.

"Astro mempunyai peralatan satelit yang membolehkan semua pelosok negara dapat diliputi daripada kita membina stesen pemancar melalui bukit bukau. Ia lebih baik menyewa dari Astro sebab Astro pun ada tujuan nasional," katanya.

Tidak dapat dipastikan berapakah kod yang terlibat dalam pengendalian TVi.

Anwar: PM datang selamatkan Taib

06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata BN jelas tidak yakin dengan keupayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memberi kemenangan kepada gabungan tersebut.

NONEBeliau berkata, ianya nampak jelas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Abdul Razak sendiri datang malam ini untuk berkempen sepanjang lima hari akan datang.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarahSarawak di mana pemimpin-pemimpin peringkat persekutuan datang untuk berkempen seperti sekarang, yang menurutnya, mencerminkan kegagalan kerajaan negeri.

Kehadiran perdana menteri, kata Anwar, menunjukkan BN percaya bahawa Taib tidak berkeupayaan untuk mendapatkan jaminan sokongan rakyat Sarawak untuk menyokong BN.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuching, beliau berkata, Najib juga membawa bersamanya sumber-sumber dari kementerian-kementerian pusat, dan ini memberi gambaran yang tidak baik terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Ini adalah satu kesalahan," katanya.

Najib akan tiba di Kuching bagi kali kedua sejak kempen bermula pada 6 April, dan hanya akan pulang Jumaat depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berada di Sarawak untuk kempen sejak beberapa hari lalu.

najib abdul razak and taib mahmud in sarawak 190311Dalam reaksinya terhadap dakwaan pembangkang itu, Najib berkata
lawatan kerapnya ke Sarawak bukan sesuatu yang luar biasa.

Katanya, beliau membuat lawatan tersebut atas rasa tanggungjawabnya sebagai pengerusi BN dan perdana menteri.

Bernama memetik Najib sebagai berkata petang ini bahawa "Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan mempunyai 71 kerusi negeri, dan ia mengambil masa berhari-hari untuk sampai ke kawasan berkenaan kerana jaraknya.

Anwar, yang mendapat sambutan ribuan hadirin di majlis-majlis yang dihadirinya di Sarawak, berkata kehadiran para pemimpin tinggi BN dalam pilihan raya negeri ini, hanya membuktikan yang gabungan itu berada dalam bahaya.Malaysiakini/-

Cina Islam:

Kegoyahan BN dalam kempen di Sarawak sehingga hari ini nampak apabila ugutan demi ugutan yang dikenakan kepada siri kempen dan kepada penyokong PAS di 5 kerusi yang ditandingi.

BN dalam bahaya? Najib berkampung di S'wak

06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan ke sarawaksekali lagi malam ini dan akan 'berkampung' di bumi Kenyalang itu sehingga sehari sebelum pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berlangsung.

NONESebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang.

Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak.

NONELebih menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau melawat Sarawak. Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di Serian dan pada 7 April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di Kuching untuk bermesra dengan penduduknya.

Anwar juga di Kuching

Kali ini, tumpuan Najib adalah di bandar-bandar utama – Miri, Sibu dan Kuching – yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan ribuan rakyat tertarik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan rakyat.

Kerusi-kerusi di kawasan bandar-bandar utama itu dikatakan sebagai kawasan gelap di mana parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi persaingan sengit.

NONENajib juga dijadual melawan pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Engkilili, Sebuyau, Sadong Jaya, Bau, Bario, Sungai Baram, Lawas dan Limbang.

Sekilas pandang, perdana menteri dilihat cuba meninjau sokongan etnik-etnik berkenaan di kawasan luar bandar yang sebelum dikatakan sebagai 'simpanan tetap' BN.

Dan seperti pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, lawatan Najib tidak akan lengkap tanpa membawa 'ole-ole' untuk rakyat Sarawak.

NONEEsok, Najib akan melawat Hospital Sri Aman yang dibina sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan. Bangunan itu kini uzur dan memerlukan bantuan kewangan untuk dibaik-pulih.

Pada Khamis pula, beliau akan ke Sungai Baram, kawasan pembinaan empangan Bakun yang kontroversial dan dijadual melancarkan 'klinik terapung 1Malaysia'.

Najib juga akan menghadiri dua perhimpunan di Kuching pada malam ini dan esok dan dijangka membuat beberapa pengumuman penting bagi menarik undi di kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan BN.

Hari ini juga menyaksikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggempur Sarawak dan fokusnya kali ini adalah di Kuching dan kawasan sekitarnya.

Anwar, dijadualkan berceramah di Asajaya, Kuching, Kampung Samariang dan Petrajaya.

Malaysiakini.

Cina Islam :

Gerlombang Tsunami yang berlaku di Semenanjung pada tahun 2008 nampaknya sedang berlaku di Sarawak dan sangat membimbangkan Najib,


BN Ugut Pemilik Rumah Tumpangan PAS

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


SANTUBONG, 10 April: BN Sarawak terus menunjukkan sikap terdesak apabila mengugut pemilik permit rumah tumpangan dan rumah persendirian yang menyewakannya kepada petugas PAS.

Perkara ini berlaku di Sementan, Dun Tanjung Datu apabila petugas PAS dari Johor terpaksa keluar dari rumah yang disewa walaupun pada mulanya pemiliknya menunjukkan sikap positif meskipun mengetahui mereka daripada PAS.

Menurut ketua petugas PAS Johor di Dun tersebut, Onn Jaafar, kali pertama mereka diarah keluar ialah sewaktu menyewa di rumah tumpangan di Sementan.

Setelah empat hari menyewa di situ, mereka diarahkan keluar kerana pemiliknya memberitahu, mereka diugut oleh pihak BN-PBB bahawa permit sewaannya akan ditarik balik jika terus menyewakannya kepada petugas PAS.

(Gambar: Calon PAS, Nani Sahari [empat dari kiri] diiringi para pimpinan PAS ketika hari pencalonan 6 April lepas dengan diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man)

Pada malam sebelum diarah keluar, PAS mengadakan ceramah di perkarangan rumah tumpangan tersebut dan pemiliknya turut menghadiri ceramah tersebut.

Pemiliknya sedikitpun tidak menunjukkan rasa tidak senang malah menyatakan sokongan kepada calon PAS dan bersedia membawa petugas menyelami masalah penduduk di kawasan sekitar.

"Esoknya kami dipanggil dan setelah berbincang, mereka menyuruh kami keluar kerana takut dengan ugutan daripada pihak BN.Tapi mereka minta maaf kerana terpaksa arahkan kami keluar," cerita Onn ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Setelah diarah keluar, mereka menyewa di sebuah rumah persendirian yang juga di Sementan.

Pemiliknya juga tahu mereka daripada PAS dan tidak menunjukkan sebarang masalah.

Namun pada malamnya, mereka sekali lagi diarah keluar kerana pemiliknya turut menerima ugutan lesen perniagaannya akan ditarik kerana bekerjasama dengan PAS.

"Dia seorang ahli perniagaan. Dia bagitau kami, kalau benarkan kami menyewa, lesennya akan ditarik balik. Kerana takut, dia menyuruh kami keluar," katanya.

Sehubungan itu, mereka terpaksa menumpang di bilik gerakan kerana tidak mahu perkara sama berulang lagi kerana difahamkan pihak BN sentiasa memantau penduduk kawasan tersebut.

Namun bagi Onn, kejadian 'dihalau' ini tidak sedikit pun menjejaskan semangat petugas PAS untuk terus berkempen sehingga hari membuang undi 16 April ini.

Beliau sebaliknya hanya menyifatkan kejadian ini sebagai cabaran kecil yang harus ditempuh oleh petugas-petugas apatah lagi jika 'masuk ke tempat orang'.

"Walaupun terpaksa berpindah randah begini, sedikitpun tak jejaskan semangat kami untuk terus membantu kempen calon PAS.

"Ada lagi petugas dari Johor yang akan tiba walaupun sudah dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.

Seramai 13 orang petugas dari Johor berkampung di Tanjung Datu sehingga hari mengundi.

Calon wanita


PAS meletakkan calon wanita, Nani Sahari untuk merampas kerusi Dun Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.

Nani berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru apabila menentang Adenan yang mengekalkan kerusinya selain seorang lagi calon bebas, Gilbert Asson ak Kulong.

Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.

Nani yang bertugas sebagai pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu.

Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).

Jumlah pengundi seramai 7,936 iaitu Melayu/Melanau (53.06%),Cina (19.63%), Iban (17.34%), dan Bidayuh (9.97%)

H/daily

PAS Arah Solat Hajat Khamis Ini

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUCHING, 10 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar mengadakan solat hajat memohon agar kemenangan memihak kepada calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, mereka mengarahkan agar solat hajat ini didirikan secara berkelompok atau bersaorangan pada 14 April ini iaitu hari Khamis malam Jumaat.

"Semua ahli PAS diarah menunaikan solat hajat ini dan memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan kepada calon PAS dalam pilihan raya Sarawak ini. Sebaik-baiknya ia diadakan selepas solat Isyak," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lima calon PAS bersama calon PKR dan DAP sedang menghadapi pilihan raya negeri Sarawak sekarang.

Calon-calon PAS yang bertanding adalah Adam Ahid (Sebuyau), Abang Ahmad Kardee (Beting Maro), Abang Eddy (Sadong Jaya), Noraini Hamzah (Muara Tuang) dan Nani Shaari (Tanjung Datu).

PAS mensasarkan untuk membuat pencapaian terbaik dalam pilihan raya Sarawak kali ini iaitu sekurang-kurangnya menghantar seorang wakilnya ke DUN Sarawak.


H/daily

Calon PAS Tanjung Datu Cuba Dibeli dan Diugut

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


SANTUBUNG, 10 April: PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain.

(Gambar: Calon PAS Tanjung Datu, Nani Shaari)

Menurut Abdul Rahman, ketika sedang mengadakan kempen rumah ke rumah, calon menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis.

Dalam perbualan itu, lelaki tersebut cuba memujuk beliau untuk berjumpa dan berunding tentang penyertaan beliau dalam pilihan raya negeri kali ini.

Bagaimanapun, Nani didakwa menolak pelawaan tersebut secara baik dan meletak telefon biarpun diajak bertemu sendirian beberapa kali.

"Calon bagitahu saya dia menolak pelawaan itu dengan memberitahu dia ada perinsip dan tidak mahu berunding apa-apa.

"Kita anggap ini satu percubaan untuk membeli, mengugut dan menyusahkan calon kita," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, pihak polis juga turut mengesahkan nombor telefon yang diguna untuk menghubungi calon itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

(Gambar: Mahfuz menunjukkan salinan repot polis yang dibuat)

"Kita mahu polis mengadakan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara sama berulang dan boleh menjejaskan kempen calon," tegasnya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menunjukkan kepada Harakahdaily laporan polis yang dibuat oleh Syed Abdul Rahman itu.

Nani akan ditentang Tan Sri Adenan Satem dari BN manakala Gilbert Asson Anak Kulong (Bebas).

H/daily

Lelaki Ditikam Sebelum Dibakar

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR 10 April – Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dan lehernya dijerut sebelum dibakar dalam sebuah kereta Honda Civic di Happy Garden, Brickfields, di sini awal pagi ini.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu ditemui seorang lelaki yang kebetulan berada di lokasi tersebut serta menyaksikan kejadian itu pukul 3.30 pagi.

Difahamkan, saksi melihat empat lelaki menaiki kereta Perodua Myvi warna putih memberhentikan kenderaan mereka sebelum salah seorang keluar dan menyimbah sejenis cecair ke arah sebuah kereta Honda Civic.

Kereta Honda Civic itu tiba-tiba terbakar dan keempat-empat suspek melarikan diri sebelum saksi menghubungi pihak berkuasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu, keadaan mangsa ketika ditemui rentung 90 peratus.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di dada dan lehernya dijerut sebelum dibakar bersama keretanya.

“Mayat yang belum kenal pasti identitinya itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak polis sedang memburu empat suspek berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Video Ceramah di Miri

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Ramai pimpinan PR yang turut berucap di Miri antaranya Ketua Umum Keadilan yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung Keadilan yang juga Ahli Parlimen Machang dan Adun Titi Serong merangkap Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah.

Kehadiran anggota masyarakat Cina terutamanya di semua majlis ceramah PR memberikan satu rangsangan besar di dalam melonjakkan semangat pimpinan, ahli, penyokong, pengundi, pengundi dan simpati dari orang ramai.

Berikut adalah sedutan video ceramah yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong.


Blog sedang menuju kepada 12 juta klik.

06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Salam dari bumi kenyalang...

Alhamdulillah hari ini tanpa disedari nampaknya blog Cina Islam sedang menghampiri julah klik yang ke 12 juta.

Dengan sokongan dari seluruh pengunjung dengan tidak jemu-jemu untuk mengikuti perkembangan pelbagai isu dan paparan pelbagai maklumat dalam blog ini, maka blog Cina Islam dengan segera akan mencecah jumlah klik yang membanggakan itu.

Pada tahap pencapaian sekarang didapati blog ini berada dalam tahap memiliki pengunjung yang tetap secara harian dan secara rutin dikunjungi oleh sekelompok pengunjung yang mahu melihat perkembangan isu Perak yang terkini.

Kerana itu setiap kali sidang DUN Perak berlangsung, maka bertambah mendadaplah klik untuk blog ini.

saya masih ingat apabil rekod menunjukakan hampir 300,000 klik dicipta pada sidang DUN paling kecoh yang menyaksikan rampasan kuasa speaker Sivakumar.

Sesungguhnya untuk melangsungkan keberadaan blog Cina Islam ini, kami masih mengharapkan sumbangan penulisan dan berita serta apa saja bentuk penulisan yang sesuai untuk dipaparkan dalam blog ini.

Selain itu kami juga mengharapkan cadangan dan teguran yang membina kearah memperbaiki persembahan blog.

Terima kasih dengan segala sokongan dan setiap kunjungan yang anda lakukan kepada blog kami yang seadanya ini.

Akhirnya saya mengharapkan Allah memberkati segala kerja amal kita dan ianya menjadi sebahagian dari amal soleh disisi Nya.

Hormat dari saya,
Drs. Khalil Idham Lim

Dulu gila sumpah, Kemudian lapar DNA dan kini kemaruk jam omega

06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS


BARU-baru ini ada teman Facebook bertanya pada saya, mengapa susah sangat DS Anwar atau DS Wan Azizah mahu tunjuk jam Omega yang dikatakan kepunyaan Anwar sepertimana yang dituntut oleh pencacai-pencacai Umno dan media pencacai itu? Harus kita ingat, sebelum ini Eskay salah seorang `geng three strooges' @ Datuk T ada mendakwa kununnya beliau ada menyimpan jam Omega kepunyaan DS Anwar yang tertinggal di sebuah hotel.

Saya telah menjawab secara rengkas persoalan tersebut kepada rakan FB saya mengikut kefahaman saya. Isu yang sama juga telah diulas oleh rakan Blogger Malaysia Waves di sini dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau.

Baik, pertama Eskay mengaku dia ada menyimpan jam Omega yang kununnya kepunyaan Ketua Pembangkang tersebut yang tertinggal di hotel yang didakwa berlakunya perkara sumbang tokoh pembangkang berkenaan. Eskay mendakwa, beliau disuruh oleh tokoh berkenaan mengambil jam tersebut di bilik hotel berkenaan. Persoalannya, setelah jam itu diambil adakah Eskay terus menyimpannya atau menyerahkan kepada Anwar? Tidakkah Anwar pernah bertanya tentang jam itu sebelum ini?

Kedua, Eskay mengaku ada menyimpan jam berkenaan. Oleh kerana itu, lojiknya kepada Eskay lah sepatutnya didesak untuk menunjukkan jam Omega yang beliau dakwa kepunyaan Anwar itu, bukannya mendesak Anwar mahu pun Azizah. Mengapa Eskay tidak tunjukkan jam tersebut kepada wartawan sewaktu beliau mengadakan sidang akhbar tentang isu video seks sebelum ini? Dan, sekiranya Eskay menunjukkan jam berkenaan, apakah itu cukup kuat untuk menuduh Anwar terlibat dengan aktiviti sumbang itu?

Ketiga, mereka yang menuduh mengapa perlu minta bukti kepada orang yang dituduh? Sebagai contoh, ada pihak menuduh kita membunuh seseorang dengan menggunakan pisau, adakah kita perlu menunjukkan pisau itu sedangkan hakikatnya kita tahu kita tidak bersalah. Menjadi tugas mereka yang menuduh untuk mendapatkan bukti mereka, mengapa perlu mendesak benda-benda yang bukan-bukan dan mengarut untuk menguatkan tuduhan mereka?

Memang benar kata Anwar, apa jua yang melibatkan beliau mesti ada yang pelik dan ganjil. Bermula dari kes fitnah Liwat I, Liwat II dan kini fitnah III bermacam yang pelik terjadi. Kes fitnah I, tarikh pertuduhan dipinda beberapa kali kerana kondomunium yang dikatakan tempat kejadian liwat Anwar dengan Azizan belum siap. Fitnah liwat II yang sedang berjalan pula, kita lihat berbagai fakta yang pelik, ganjil dan tidak masuk akal terjadi yang banyak kita ketahui. Terbaru, isu video seks pula langsung ditolak mentah oleh majoriti rakyat melainkan oleh mereka yang tertutup mata hati dan iman mereka.

Dahulu mereka gila kepada sumpah laknat, kemudiannya mereka lapar pula kepada DNA, dan sekarang mereka kemaruk dengan jam Omega. Sampai bila mereka terus akan menjadi gila? Mungkin kita boleh mengubati penyakit gila mereka ini selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Mahfuz : Bukan tangguh tetapi hapus senarai hitam

06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Mahfuz Omar

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyambut baik pengumuman Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada 23 Mac 2011 bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menangguhkan penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen.

Keputusan Jemaah Menteri ini telah mengesahkan dakwaan dan desakan KASE selama ini iaitu penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

Semasa mengumunkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa keputusan penangguhan senarai hitam membabitkan Notis Pol 170A (Saman Ekor) tersebut adalah atas nasihat Jabatan Peguam Negara bahawa terdapat suatu kes yang sedang dalam proses rayuan.

Kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan ini sekali lagi dengan jelas telah menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan yang selama ini menyenarai hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen berasaskan Notis Pol 170A adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang kerana sudah terdapat kes di Mahkamah yang telah memutuskan bahawa tindakan senarai hitam berasaskan sesuatu perkara yang belum dibuktikan adalah salah.

Kami di KASE percaya kes yang dimaksudkan adalah kes Mahkamah Tinggi Kuching yang menjadi sandaran hujah KASE selama ini iaitu kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009.

Kami merasakan sesuatu yang aneh dan pelik apabila suatu keputusan Mahkamah telah dibuat sejak tahun 2009 lagi tetapi Kerajaan langsung tidak mengambil endah malah meneruskan tindakan senarai hitam yang jelas bertentangan dengan keputusan Mahkamah tersebut.

Kes yang dirujuk tersebut dikendalikan sendiri oleh Penasihat Undang-Undang Kanan Persekutuan (Senior Federal Council) yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak.

Mustahil Penasihat Undang-Undang Kanan tersebut tidak memberikan laporan kepada Jabatan Peguam Negera dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pengangkutan tentang kesan kes tersebut.

Jika laporan dan nasihat telah diberikan tetapi Kerajaan tidak mengikut nasihat tersebut, ianya sesuatu yang malang kerana dengan jelas Kerajaan tidak menghiraukan nasihat serta tidak menghormati keputusan Mahkamah.

Jika Kerajaan tidak dinasihati, adalah malang kerana Kerajaan mempunyai Penasihat Undang-undang yang gagal menjalankan tugas mereka.

Malang kerana segala tindakan Kerajaan tersebut dengan jelas telah menindas dan membebankan rakyat. Rakyat dihukum, ditindas, dipaksa membayar kompaun walau pun kesalahan mereka belum dibuktikan.

Rakyat dipaksa beratur, bersesak-sesak di kaunter-kaunter bayaran kompaun kerana takut dengan gertakan Kerajaan untuk menyenarai hitam jika kompaun tidak dibayar.

Rakyat ditekan sehingga ada yang terpaksa berhabis duit tabungan, terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membayar kompaun kerana takut disenarai hitam oleh Kerajaan.

Sekarang dengan bangganya kerajaan mengumumkan penangguhan senarai hitam. Alasannya kerana menunggu rayuan kes di Mahkamah. Kenapa sebelum ini tidak menunggu keputusan rayuan tersebut terlebih dahulu?

Selepas rakyat diperlakukan sedemikian rupa, baru sekarang tindakan tersebut ditarik balik? Malah Kerajaan melalui Timbalan Menteri Pengangkutan begitu bangga mengumumkan bahawa rakyat seharusnya bergembira dengan keputusan Kerajaan menangguhkan senarai hitam tersebut.

Kenapa rakyat harus gembira setelah mereka diperlakukan sedemikian? Kenapa rakyat harus gembira dipermain-mainkan oleh Kerajaan? Kenapa rakyat harus gembira dengan penindasan dan paksaan Kerajaan terhadap mereka?

Kami di KASE tetap dengan pendirian kami sejak mula bahawa tindakan Kerajaan menyenarai hitam adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

Segala desakan kami selama ini akhirnya jelas dan nyata kebenarannya. Selain itu, kami sekali-kali tidak akan berdiam diri dan berpuashati setakat ini sahaja.

Kami ingin nyatakan bahawa kami tidak akan berhenti dengan desakan kami agar Kerajaan menghapuskira kesemua Saman Ekor (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan sebelum 1/2/2011.

Kami juga terus mendesak kerajaan khasnya JPJ dan PDRM agar menghormati dan mematuhi peruntukkan undang-undang sedia ada dalam menguatkuasakan undang-undang.

Jangan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengikut prosedur serta undang-undang itu sendiri. Seterusnya kami juga mendesak Kerajaan khasnya JPJ dan PDRM agar membuktikan segala kesalahan yang didakwa dilakukan oleh pengguna-pengguna jalanraya jika terdapat bukti kukuh terhadap mereka. Buktikan dakwaan di Mahkamah sebelum sebarang hukuman dilaksanakan.

Kami juga mendesak Kerajaan melalui JPJ dan PDRM supaya mengadakan sesi-sesi penerangan serta taklimat mengenai undang-undang jalanraya yang terdapat di dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang telah mula dikuatkuasakan kerana kami yakin bahawa majoriti rakyat tidak mengetahuinya secara terperinci.

Sesuatu Akta yang hendak dikuatkuasakan hendaklah diterangkan dan dimaklumkan kepada rakyat. Jangan menyalahkan rakyat sekiranya mereka melanggar sesuatu undang-undang kerana mereka tidak mengetahui sedangkan Kerajaan tidak pernah menerangkan dan memberi maklumat kepada rakyat.

Kami juga menyatakan kekesalan dengan ketidak-cekapan Kerajaan dan agensi Kerajaan menjalankan tugas. Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan senarai hitam pada 18/3/2011. Keputusannya dimaklumkan pada 23/3/2011 di Dewan Rakyat tetapi JPJ hanya membenarkan transaksi (penangguhan senarai hitam) bermula 1/4/2011.

Kenapa perlu mengambil masa begitu lama sehinga berhari-hari untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri? Adakah Kerajaan sedar kesusahan dan kesulitan rakyat yang masih tidak dapat memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan dari 18/3/2011 sehingga 1/4/2011?

Bagaimana dengan rakyat yang terpaksa membayar kompaun Notis Pol 170A untuk memperbaharui cukai jalan dalam termpoh 18/3/2011 sehingga 1/4/2011 sedangkan dalam tempoh tersebut Kerajaan sudah membuat keputusan menangguhkan senarai hitam? Adakah Kerajaan sedar perkara ini?

AKHIRNYA kami ingin mendesak Kerajaan agar terus menarikbalik tindakan senarai hitam bukan hanya menangguhkan sahaja. Penangguhan tidak bermakna apa-apa kerana pada bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan semula. Cukuplah duit rakyat dikutip selama ini sehingga 1/4/2011 yang lepas.

Kepada rakyat Malaysia khasnya, lihatlah bagaimana Kerajaan mempermainkan hak anda. Sekian.
--------------------------------------------------------------------

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR adalah Naib Presiden PAS Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

BN Sarawak Gagal Setelah Lebih 40 Tahun

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


PAS Kawasan Miri menyeru semua pengundi mengunakan peluang terbaik di dalam Pilihan raya Negeri 10 (PRN10) pada 16 April ini dengan menolak BN yang terbukti gagal membela nasib rakyat selama ini.

Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri Jaraiee (tiga dari kanan) berkata, rakyat terutamanya pengundi telah melihat kegagalan demi kegagalan berlaku di hadapan mata meskipun diberi peluang kepada BN memerintah selama lebih 40 tahun.

"Semua pengundi mesti bersatu untuk menumbangkan BN kali ini dan berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kaedah pemerintahan bentuk baharu bagi mengatasi segala macam salahlaku pimpinan BN selama ini. 

"Rakyat Sarawak tidak perlu lagi terpengaruh dengan segala jenis janji yang dibuat oleh pimpinan BN kerana terbukti selama ini mereka gagal mengkotakan apa yang dijanjikan meskipun diberi peluang memerintah selama sembilan penggal.

"Sudah sampai masanya rakyat Sarawak membuat perubahan dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan yang lebih kerana PR telah membuktikan prestasi cemerlang memerintah Negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di dalam majlis ceramah yang diadakan di Morshjaya, dekat sini di dalam usaha memenangkan calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Keadilan, Dr Teo.

Ramai pimpinan PR yang turut berucap malam tadi antaranya Ketua Umum Keadilan yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung Keadilan yang juga Ahli Parlimen Machang dan Adun Titi Serong merangkap Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah.

Kehadiran anggota masyarakat Cina terutamanya di semua majlis ceramah PR memberikan satu rangsangan besar di dalam melonjakkan semangat pimpinan, ahli, penyokong, pengundi, pengundi dan simpati dari orang ramai.

Dalam pada itu, Haji Jofri turut membangkitkan isu pekerjaan dalam banyak bidang yang masih lagi bermasalah terutamanya kepada rakyat tempatan seperti gaji, upah atau bonus yang tidak selesai, begitu dengan pekerja-pekerja swasta syarikat yang mengadukan hal mereka kepadanya.

Beliau turut menyebutkan PR mendapat dokongan yang kuat daripada PAS Miri, Pemuda dan Muslimat dalam semua gerakerja dan sokongan padu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari anggota masyarakat Cina dan Iban. 

Pada hari ketiga ini, suasana pilihan raya sudah mula terasa dengan kelihatan poster dan pemidang di banyak tempat namun masih tidak dapat menandingi suasana pilihan raya di Semenanjung yang seolah-olah berpesat dengan musim pilihan raya acapkali ia tiba.

H/daily

Tentera Mesir Bunuh Dua Penunjuk Perasaan

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KAHERAH - Tentera Mesir yang bertindak menyuraikan penunjuk perasaan membunuh dua penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini, semalam.

Kematian itu adalah yang pertama di sini selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden pada 11 Februari lalu.

Beberapa saksi menyatakan, anggota-anggota tentera yang dibantu polis pencegah rusuhan melepaskan lima das tembakan ke udara dan memukul para penunjuk perasaan yang berkhemah di dataran tersebut.

Para penunjuk perasaan itu berhimpun selepas puluhan ribu orang berkumpul di sini kelmarin bagi meminta Hosni dihukum termasuk beberapa tokoh terkenal semasa rejimnya berkuasa. 

AFP

12 Maut Serangan Israel di Gaza

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


BANDAR GAZA - Satu siri tembakan sebuah kereta kebal tentera Israel membunuh seorang penduduk Palestin di Genting Gaza awal semalam menyebabkan seramai 12 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam keganasan terbaru rejim Zionis.

Ekoran kejadian itu, pergerakan Hamas yang memerintah Gaza mengarahkan perkhidmatan kecemasan dan pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Serangan itu berlaku selepas satu siri serangan para pejuang Palestin ke arah wilayah Israel dengan menggunakan peluru berpandu dan mengenai sebuah bas sekolah yang menyebabkan seorang remaja dan pemandu kenderaan itu cedera pada Khamis lalu.

Sejak serangan itu, tentera Israel melancarkan berpuluh-puluh serbuan di seluruh wilayah Palestin.

Sehingga awal semalam, tentera Israel sudah membunuh 17 penduduk Gaza termasuk seorang budak lelaki berusia 10 tahun, lima pejuang Hamas dan seorang anggota polis.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton mengutuk serangan roket pejuang Palestin tetapi beliau juga menggesa Israel menunjukkan sikap tidak melakukan serangan dengan mendesak kedua-dua pihak melakukan satu gencatan senjata dengan segera. 

AFP