10 April 2011

TV Interaktif dilancar, pasti jadi media kempen BN PRN Sarawak

06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUCHING: TV Interaktif (TVi), saluran televisyen 24 jam khas untuk Sarawak dan Sabah, memulakan siarannya melalui saluran Astro 180 hari ini, dengan sasaran tidak kurang 45 peratus kandungannya adalah dari kedua-dua negeri berkenaan. Perlancaran itu dalam keadaan PRN Sarawak sedang berlangsung dan saya melihat media ini akan menjadi bahan tungangan Bn untuk berkempen.

Semasa merasmikan pelancaran TVi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perkhidmatan itu diwujudkan hasil kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro.

Katanya, isu, berita dan rancangan terkini membabitkan remaja juga akan dijadikan keutamaan.

"Kebanyakan isiannya mengenai Sabah dan Sarawak. Hanya sesegmen kecil daripada punca lain. Tetapi ini tidak bermakna berita asas nasional tidak diberi," katanya kepada pemberita selepas perasmian saluran itu di Auditorium RTM di sini.

Saluran Astro 180 sebelum ini menyiarkan Muzik Aktif.

Beliau berkata, sebagai permulaan iaitu selepas pilihan raya negeri Sarawak, kementerian akan membekalkan 2,000 alat decoder untuk penduduk di pedalaman supaya golongan itu turut dapat menikmati program saluran itu.

Rais berkata, kelahiran TVi bukan saja hasil kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri, tetapi juga kerjasama bijak antara sektor awam dan swasta.
Katanya, kerjasama sedemikian juga adalah lebih kos efisien.

"Astro mempunyai peralatan satelit yang membolehkan semua pelosok negara dapat diliputi daripada kita membina stesen pemancar melalui bukit bukau. Ia lebih baik menyewa dari Astro sebab Astro pun ada tujuan nasional," katanya.

Tidak dapat dipastikan berapakah kod yang terlibat dalam pengendalian TVi.

Tiada ulasan: