16 Disember 2021

Dewan Rakyat lulus RUU berkaitan kesan Covid-19

 

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) (Pindaan) 2021 yang antara lain untuk mewujudkan lebih ruang dan peluang kepada proses pemulihan semula individu dan syarikat yang terkesan dalam tempoh pandemik.

PRN Melaka tidak beri petunjuk Umno makin kuat

 

KOTA BHARU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak boleh dianggap sebagai satu indikator jelas terhadap pengaruh Umno dan Barisan Nasional (BN) kembali meningkat sekarang.

Gempa berukuran 5.6 landa timur Indonesia

 Lokasi gempa berdasarkan imej Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). - Foto AGENSI

Lokasi gempa berdasarkan imej Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). - Foto AGENSI

JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia hari ini, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu.

Jemaah asing berusia 12 tahun ke atas dibenar tunai umrah

 Jemaah mengerjakan tawaf di Masjidilharam, Makkah. - Foto AFP

Jemaah mengerjakan tawaf di Masjidilharam, Makkah. - Foto AFP

RIYADH: Arab Saudi membenarkan jemaah dari luar negara, yang berusia 12 tahun ke atas, untuk menunaikan umrah.

Gunung Semeru meletus lagi, memuntahkan awan abu

 Penduduk kampung berulang-alik ketika Gunung Semeru mengeluarkan asap tebal di Lumajang. - Foto AFP

Penduduk kampung berulang-alik ketika Gunung Semeru mengeluarkan asap tebal di Lumajang. - Foto AFP

JAKARTA: Gunung Semeru di Indonesia meletus dua kali hari ini, menyemburkan abu besar ke langit diikuti aliran lahar yang menyebabkan ratusan penyelamat melarikan diri dalam keadaan panik.

PLUS laksana transaksi tol RFID mulai Januari 2022

 Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) - Foto hiasan

Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari depan.

Ambil dos penggalak sebelum Februari ini - KJ

 


KUALA LUMPUR: Semua penerima dos lengkap vaksin COVID-19, Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari tahun depan.

1.3 juta penjawat awam terima bonus bulan depan

 

SEbahagian penjawat awam keluar dari pejabat untuk waktu makan tengah hari ketika tinjauan kapasiti penjawat awam kembali bertugas di Laman Selera Perdana, Putrajaya. – utusan/FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA: Sejumlah 1.3 juta penjawat awam dan sejuta pesara menerima bayaran bantuan khas kewangan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion yang dikreditkan dalam akaun masing-masing bersekali dengan gaji Januari ini.

Dari Kuala Pilah cipta nama sampai ke Liverpool

 FIRDAUS Maasar (kiri) ketika bersama kelab Liverpool semasa memberikan sokongan sains sukan kepada kelab itu. FOTO Agensi

FIRDAUS Maasar (kiri) ketika bersama kelab Liverpool semasa memberikan sokongan sains sukan kepada kelab itu. FOTO Agensi

Singapura: Pengalaman 'berguru' dan memberikan khidmat sokongan sains sukan kepada beberapa kelab dan pemain ternama di Liga Perdana Inggeris sejak 2014 sehingga 2019 termasuk Liverpool dianggap cukup berharga buat pakar fisiologi dari Malaysia, Mohd Firdaus Maasar.

1,485 petugas bantuan PRN Sarawak

 KEMERIAHAN perang bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat di sekitar bandar Sri Aman ketika tinjauan sempena PRN Sarawak ke-12. FOTO Aizuddin Saad

KEMERIAHAN perang bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat di sekitar bandar Sri Aman ketika tinjauan sempena PRN Sarawak ke-12. FOTO Aizuddin Saad

Kuching: Seramai 1,485 petugas bantuan terdiri daripada pegawai dan anggota polis ditempatkan di 11 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, Sabtu ini.

1,213,769 pengundi PRN Sarawak diminta buat semakan awal

 PENGUNDI bagi PRN Sarawak boleh membuat semakan di aplikasi MySPR Semak. FOTO Arkib NSTP

PENGUNDI bagi PRN Sarawak boleh membuat semakan di aplikasi MySPR Semak. FOTO Arkib NSTP

Kuching: Seramai 1,213,769 pengundi biasa bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) disaran membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi Sabtu ini.

Taufan Rai badai Filipina, lebih 45,000 penduduk berpindah

 

DAPA: Lebih 45,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing  ketika Taufan Rai membadai Filipina hari ini.

1 lagi kes Omicron di Malaysia

 

KHAIRY Jamaluddin ketika sidang akhbar di Parlimen.

KUALA LUMPUR: Satu kes Covid-19 membabitkan varian Omicron dikesan di Malaysia, menjadikan jumlah kumulatif kes yang dikesan di negara ini adalah sebanyak dua kes.

KKM larang sambutan Tahun Baharu besar-besaran

 Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. - Foto fail NSTP

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak membenarkan penganjuran sambutan Tahun Baharu 2022 secara besar-besaran diadakan.

Hyundai Palisade dilancar, harga bermula RM328,888

 Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan (kiri) dan Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung bersama Hyundai Palisade - Foto HSDM

Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan (kiri) dan Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung bersama Hyundai Palisade - Foto HSDM

PETALING JAYA: Hyundai-Sime Darby Motor Sdn Bhd (HSDM) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah, Hyundai Palisade dengan harga jualan bermula RM328,888.

Had umur minimum perkahwinan perempuan Islam kekal 16 tahun

 

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpendirian bahawa tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam yang kini adalah 16 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad, berkata kerajaan sebelum ini telah mengambil langkah mengkaji cadangan supaya menaikkan umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam daripada 16 kepada 18 tahun.

PRN Sarawak: Doakan kemenangan buat calon PAS

 

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad bersama calon PAS bagi Dun Beting Maro pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo melakukan walkabout di Pasar Pagi Pusa.

Syarikat penerbangan perlu benar pramugari bertudung

 

Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Ilvira Mohd Dasuki

KOTA BHARU: Secara dasarnya kerajaan menggariskan kebenaran bertudung kepada semua pekerja wanita Muslim, namun pelaksanaannya terhalang kerana sikap sesetengah majikan.

Long Tiger lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak

 Abd Hamim Ab Hamid melarikan diri dari Mahkamah Majistret Tangkak.

Abd Hamim Ab Hamid melarikan diri dari Mahkamah Majistret Tangkak.

TANGKAK: Orang ramai diminta tampil membantu polis mengesan seorang lelaki warga Myanmar, Abd Hamim Ab Hamid, 33 tahun yang turut dikenali sebagai 'Long Tiger', selepas meloloskan diri daripada lokap Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Maut tertimbus tanah ketika melombong emas

 Pasukan penyelamat ketika melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tertimbus ketika melakukan kerja melombong di Kampung Air Sejuk. - Foto  NSTP/Ihsan Polis

Pasukan penyelamat ketika melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tertimbus ketika melakukan kerja melombong di Kampung Air Sejuk. - Foto NSTP/Ihsan Polis

SETIU: Lelaki maut akibat tertimbus tanah ketika melakukan kerja melombong emas di Kampung Air Sejuk di sini, semalam.