16 Disember 2021

PRN Sarawak: Doakan kemenangan buat calon PAS

 

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad bersama calon PAS bagi Dun Beting Maro pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo melakukan walkabout di Pasar Pagi Pusa.


Seawal pagi beliau dibawa ke pasar itu untuk bersarapan bersama Arif Paijo.

“Beting Maro yang sinonim digelar sebagai daerah yang dihuni penduduk Melayu teramai di Sarawak, ternyata suasana pagi di sini jelas kelihatan, dengan peniaga-peniaga Muslim yang mencari rezeki di pasar ini.

“Hiruk pikuk kota yang jauh daripada kehidupan di sini cukup mendamaikan,” ujarnya pada satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau berharap semoga suasana harmoni terus kekal walaupun dalam suasana PRN Sarawak yang menyaksikan beberapa calon dalam kalangan calon Melayu Islam mengambil tempat dalam pertembungan PRN kali ini.

“Doakan kemenangan buat calon daripada PAS, Saudara Arif Paijo,” ujarnya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 18 Disember ini.

PRN Sarawak ke-12 menyaksikan seramai 349 calon layak bertanding dan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Dudong menjadi rebutan paling banyak calon iaitu lapan penjuru.

Pertandingan enam penjuru berlaku di tujuh Dun, lima penjuru (24), empat penjuru (33), tiga penjuru (13) manakala satu lawan satu di empat kawasan.

Daripada 349 calon layak bertanding, 304 adalah lelaki dan 45 lagi adalah Wanita.

Terdapat kira-kira 1.2 juta pemilih berdaftar pada PRN Sarawak kali ini yang mempunyai 82 kerusi. – HARAKAHDAILY 15/12/2021

Tiada ulasan: