16 Disember 2021

KKM larang sambutan Tahun Baharu besar-besaran

 Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. - Foto fail NSTP

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak membenarkan penganjuran sambutan Tahun Baharu 2022 secara besar-besaran diadakan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, sambutan Tahun Baharu dan Krismas hanya dibenarkan dilakukan secara berskala kecil dan persendirian membabitkan keluarga dan rakan.

"Buat masa ini sambutan Tahun Baharu dan Krismas hanya secara kecil-kecilan dibenarkan.

"Namun, mereka perlu membuat ujian pengesanan COVID-19 sebelum menghadiri sambutan terbabit," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini.

Pada masa sama, Khairy berkata, pusat pemberian vaksin mega akan diwujudkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, pusat pemberian vaksin mega akan dimulakan di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu.

BHARIAN.

Tiada ulasan: