17 Mac 2011

Orang Cina faham Kelantan haram premis judi

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

“Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.

Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.

Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

“Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

“Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.

Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

“Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari.

Harakahdaily/-

SANTAI DRS. KHALIL IDHAM LIM BERSAMA PEMUDA PAS Di MANJUNG



Rabiulakhir 1432H. [MOD] -http://www.youtube.com/watch?v=e3PXQJypqyw

Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.

Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.

Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil.

Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.

"Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya pembangunan di Tenang standard Kuala Lumpur la.

"Tapi habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga. Jadi pembangunan apa yang dibuat," soalnya.

Katanya, jika mengambil kira jumlah itu, bermakna kerajaan telah membelanjakan lebih RM95 juta untuk 16 kali PRK sejak 2008 lalu.

Maka tambahnya, tidak hairanlah jika ada orang Umno menjadi kaya raya selepas habis pilihan raya kecil kerana mendapat projek sepanjang kempen.

"Biasanya kalau termasuk dalam bajet, bulan Mac baru mula, ini bulan Januari. Tak apalah, kita yakin dengan jawapan ini, cuma pelik sikit lah. Mungkin SPRM boleh siasat," katanya.

Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.

Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon PAS, Normala Sudirman memperolehi 2,992 undi.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah .

Bas jatuh gaung, 17 maut di barat India

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

NEW DELHI: Polis mengesahkan 17 pengikut agama Hindu yang dalam perjalanan pulang dari upucara keagamaan di sebuah kuil, terbunuh apabila bas yang membawa mereka terbabas sebelum terjunam dari jambatan di barat India, hari ini.

Pegawai polis, S. R. Rokhade berkata 18 lagi penumpang dilaporkan cedera dalam kemalangan yang berlaku di Negeri Maharashtra. "Mereka dalam perjalanan pulang selepas melawat sebuah kuil Hindu popular di wilayah berkenaan," katanya.

Kepulauan Vanuatu dilanda gempa bumi

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Vanuatu kira-kira 10.48 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa berlaku 5,946 kilometer tenggara Kunak, Sabah. Gempa tidak mendatangkan tsunami kepada Malaysia.

Spekulasi Pilihanraya Sarawak ? Taib jumpa TYT di Astana Negeri

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng, di Astana Negeri.

Pertemuan itu menarik perhatian pihak media yang menunggu di luar pintu pagar utama sejak jam 9 pagi. Abdul Taib yang menaiki kereta rasminya masuk ke Astana Negeri pada 9.40 pagi sebelum keluar semula pada 10.55 pagi untuk menghadiri mesyuarat Kabinet negeri di bangunan Wisma Bapa Malaysia pada jam 11 pagi ini. Bagaimanapun, Abdul Taib enggan memberi sebarang komen kepada pihak media berhubung pertemuannya itu sebaik sahaja keluar dari Wisma Bapa Malaysia tengah hari tadi.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, berkata pertemuan Ketua Menteri dengan Yang Dipertua Negeri hari ini adalah amalan biasa setiap kali berlangsungnya mesyuarat Kabinet.

"Tidak ada apa-apa, normal, biasanya Ketua Menteri akan memberi penjelasan kepada Yang Dipertua Negeri sebelum membuat sesuatu mesyuarat Kabinet," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Johari berkata, mesyuarat Kabinet itu adalah mesyuarat mingguan biasa dan tidak ada menyentuh tentang perkara lain selain yang berkaitan kementerian.

Sementara itu, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, ketika ditanya soalan yang sama juga berkata perkara itu adalah perkara biasa sebelum mesyuarat Kabinet negeri diadakan. - BERNAMA

Kemana Proton selepas AFTA 2015?

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Sekali lagi persoalan keisiapsagaan negara khususnya kereta nasional Proton dan Perodua menjadi satu yang dipertikaikan. Persoalan besar rakyat yang menantikan jawapan dari kerajaan masih tidak lagi terjawab.

Umum tahu bagaimana selama ini kerajaan telah melindung kereta nasional dengan mengenakan regim tarif dan eksais yang tinggi atas kereta-kereta impot dan tempatan sehingga harga kereta-kereta impot termasuk kereta nasional kita contohnya model Waja tempatan adalah dua kali ganda berbanding di saudi Arabia.

Perlindungan itu juga datang dalam bentuk grant R&D dari kerajaan. Tinjauan laporan kewangan untuk tiga tahun mutakhir PROTON mendapati bahawa andainya tidak dibantu dengan pemberian grant, maka PROTON akan berada dalam defisit dan kerugian (in the red).

Dalam tahun 2008, laporan tahunan menyebutkan keuntungan bersih (nett profit) sebanyak RM184.5 juta tetapi melaporkan juga tentang grant R&D dari kerajaan sebanyak RM193.7juta. Kalau tidak tentunya rugi sebanyak RM9.2 juta.

Tahun 2009 melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM301.8 juta. Gran R&D diberikan sebanyak RM80.7 juta. Tahun 2010 melaporkan keuntungan bersih RM289 juta tetapi dalam waktu yang sama mendapat gran R&D sebanyak RM143 juta yakni setengah dari keuntungan bersihnya.

Kerajaan diingatkan bahawa negara-negara jiran telah pun besiap dengan pelbagai pendekatan. Malaysia sehingga kini masih belum nampak bersedia.

Thailand contohnya, akan meningkatkan dan bakal mengeluarkan sebanyak 3 juta unit kereta dalam tahun 2015. 2 juta adalah keperluan ekspot dan 1 juta unutk keperluan domestik. Terdapat 7 syarikat antarabangsa – 2 dari Amerika Syarikat (Ford dan General Motor) dan 5 dari Jepun (Toyota, Nissan, Mitsubishi, Honda dan Isuzu). Mereka jelas memilikki dayasaing dan berjaya mendapat penglibatan pengeluar-pengeluar besar automobil antarabangsa.

Begitu juga Indonesia yang telah merangka langkah-langkah konkrit untuk berdepan dengan persaingan yang lebih sengit selepas penguatkuasaan AFTA nanti. Indonesia akan meningkatkan pengeluaran mereka sebanyak 2 juta unit – 1juta untuk ekspot dan 1juta untuk keperluan domestik.

Perlu diketahui bahawa peningkatan ini dipacu sebagai pemangkin utamanya oleh SMEs dari negara Jepun dan bukan syarikat-syarikat besarnya seperti yang disebut tadi. Jelasnya Indonesia juga telah berjaya mengamit pelaburan dari SMEs dari Jepun sekaligus membuktikan bahawa mereka lebih ’kompetitif’ atau berdaya saing berbanding kita sendiri.

Persoalan besar dan strategik yang menjadi kritikal kepada kereta nasional sekarang ini adalah tergantung kepada faktor ’economy of scale’ atau faktor ’skala ekonomi’. Persaingan selepas penguatkuasaan AFTA pada tahun 2015 tidak lagi akan mengizinkan kereta nasional dilindungi dengan dasar ”Protectionism” samada dengan kaedah Tariff dan Eksais mahupun pemeberian gran termasuk pelbagai lagi cara.

Saya juga menyedari akan usaha kerajaan meningkatkan daya saing pengeluar komponen dan alat ganti serta meningkatkan sumbangannya dalam industri automotif dan ekonomi, dana Pembangunan Automotif (ADF) dan Dana Penyelarasan Industri (IAF) akan diteruskan.

Namun persoalan besar sehingga kini adalah kegagalan Proton mendapatkan rakan strategik yang sekaligus akan mampu melonjakkan sektor automobil ini menjana ’skala ekonomi’ atau economy of scale’ dengan memenafaatkan keupayaan teknologi ’niche’ rakan strategiknya seperti kereta elektrik contohnya, serta rangkaian pasaran yang lebih luas dan ’branding’ global rakan berkenaan..

Malaysia diingatakan bahawa kita hanya mampu menjual sejumalah 620,000 unit tahun lalu. Tuntutan ’economy of scale’ menuntut supaya kita mengeluarkan paling tidaknya 10,000 unit sebulan. Kalau benar-benar kita mahu mendayasaingkan kereta nasional kita selepas AFTA 2015, maka tidak ada caranya untuk kita lakukan kecuali dengan mendapatkan rakan strategikyang hebat sekaligus menyelamatkan 250 syarikat vendor dan ’dealers’ dalam sektor automobil nasional ini.

Berdepan dengan penguatkuasaan AFTA, saya dari PAS dan Pakatan Rakyat, tidak nampak kerajaan mengambil langkah-langkah konkrit ke arah mendepani cabaran AFTA-2015 dan menggesa kerajaan supaya memberi fokas kepada penyelesaian ini termasuk menganjurkan kaedah ”Merger dan Acquisition” samada di antara Proton dan Perodua serta juag di antara syarikat vendors dan dealers bagi meningkatkan dayasaing dalam matlamat rasionalisasi dan konsolidasi.

Harakahdaily/-

Suspek pemancit tayar kereta berjaya diberkas, Umno tak mengaku ahli

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah diibaratkan kejadian sabotaj terhadaap kenderaan pengunjung semasa ceramah sempena Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera apabila seorang suspek ditahan semalam.

Dia berjaya ditahan sekumpulan petugas semasa dipercayai sedang melakukan lagi sabotaj keatas kenderaan pengunjung.

Menurut seorang petugas, suspek ditahan ketika cuba melakukan sabotaj yang sama. Apabila disoal, suspek mendakwa sedang menukar tayar kereta sedangkan tiada peralatan membuka tayar yang ditemui bersamanya dan dia mengaku kereta tersebut bukan miliknya.
Suspek akhirnya ditahan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.

YAB Dato Seri Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah dalam ceramahnya turut menyentuh tentang kejadian sabotaj yang berlaku malam sebelumnya. Dalam kejadian tersebut, lebih 40 buah kenderaan telah dipancitkan tayar ketika hadir ke program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera.

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

Loteri : Kelantan Arah Penasihat Undang-Undang Buat Tafsiran

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 17 MAC : Kelantan bersedia mengkaji semula larangan penjualan tiket loterinya bersandarkan tafsiran Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri mengenai isu itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadhli Shaari, Menteri Besar itu berkata tafsiran Penasihat Undang-Undang negeri amat penting kerana isu itu turut membabitkan enakmen Kerajaan Persekutuan.

Nik Aziz sebelum itu menemui rombongan Pakatan Rakyat bagi membincangkan larangan penjualan tiket loteri di negeri itu yang menjadi modal politik terbaru MCA dan rakan parti komponen dalam Barisan Nasional.

Pengeluaran tiket loteri dan lesen judi adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan Umno-Barisan Nasional sungguhpun penjualannya adalah tertakluk kepada undang-undangan Pihak Berkuasa Tempatan.

Nik Aziz mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Liew Chin Tong, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty dan Setiausaha Agong PAS Datuk Mustapa Ali.

Mustapa ketika dihubungi berkata, Penasihat Undang-undang Negeri telah ditugaskan untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung larangan penjualan tiket loteri di negeri berkenaan.

" Selama ini ia tidak mendatangkan sebarang masalah. Yang menjadi pertikaian hanya kerana big sweep itu yang dikatakan tidak memerlukan premis. Jadi oleh itu, kita akan serahkan kepada pihak yang berkenaan untuk mengkaji hal itu,"katanya.

Mengulas keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu, Dr Mohd Nur pula berkata, kerajaan negeri Kelantan membuat keputusan yang berimbang untuk memenuhi tuntutan agama Islam dan keperluan penganut lain di negara ini.

" Nampaknya kenyataan itu adalah keputusan yang berimbangan dan tidak mendatangkan masalah kepada orang bukan Islam,"ujarnya.

Dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbarnya, Nik Aziz turut melahirkan rasa kesal terhadap Kerajaan Persekutuan kerana masih menghalalkan perjudian secara terbuka yang memberi kesan buruk kepada rakyat Islam dan bukan Islam.

Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan negeri mengambil pendirian terbuka terhadap sebarang cadangan dan saranan bersabit larangan penjualan tiket loteri di premis tidak belesen

Ahmad Fadhli berkata, umumnya dasar mengharamkan perjudian yang dipelopori oleh kerajaan negeri Kelantan tidak berubah sejak dilaksanakan lebih 20 tahun lalu.

" Cuma yang menjadi masalah ialah loteri-loteri yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual. Jadi kita akan serahkan pada Penasihat Undang-Undang untuk membuat tafsiran. Kita tidak mengubah dasar (tetapi) isu ini perlu dilihat dari dari sudut undang-undang," beliau memberitahu TVSelangor.

"Jadi soal loteri big sweep yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual, Kerajaan Kelantan bersedia nak menyerahkan pada penasihat undang-undang untuk membuat kajian," tambah beliau

Kerajaan negeri juga bersedia memberi penjelasanan sekiranya diperlukan atas isu itu pada bila-bila masa.

Dalam pada itu Mustapa berkata tafsiran undang-undang adalah diperlukan untuk memastikan sebarang bentuk larangan tidak bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.

Anthony berkata pihaknya berpuas hati dengan pendirian Nik Aziz untuk merujuk isu berkenaan kepada Penasihat Undang-Undang.

Tv Selangor/-

Angka Korban, Mangsa Hilang Akibat Gempa Terus Meningkat, Kini Mencecah 13,000 Orang

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO: Bilangan rasmi mereka yang terkorban dan hilang selepas gempa bumi dan tsunami yang menghancurkan kawsan pantai timur laut Jepun menghampiri 13,000 orang dan diramalkan meningkat.

Jumlah mereka yang disahkan terkorban sejak bencana Jumaat lalu seramai 4,314 orang manakalan bilangan mereka yang hilang setakat ini ialah 8,606 orang.

Sejumlah 2,282 orang dilaporkan cedera akibat bencana tersebut.

Datuk bandar Ishinomaki, Miyagi mengatakan jumlah mereka yang hilang di bandar itu sahaja hampir 10,000 orang.

mStar/-

PAS SABAH NAFI AHLI SERTAI UMNO

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Badan Perhubungan Pas Negeri Sabah ingin merujuk kepada laporan akhbar Utusan Borneo bertarikh pada 16hb Mac 2011 pada muka surat 2 yang bertajuk “PAS guna Masjid, Surau sebar politik kata Jumat”.

1. Ingin ditegaskan bahawa PAS Sabah tidak pernah mempunyai ahli yang bernama Ag Hanafi Pg Tajudin dan cawangan PAS Kg Rampayan serta ahli berjumlah 50 orang. Oleh yang demikian Kenyataan bahawa ahli PAS keluar parti dan cawangan dibubar adalah tidak benar sama sekali.

2. PAS juga ingin menafikan ada menubuh Sekolah Tahfiz di Bandar Sierra Kota Kinabalu sepertimana yang didakwa. PAS tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sekolah tersebut.

3. Berhubung tuduhan PAS menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik, PAS ingin mencabar kepada UMNO dengan memberi bukti-bukti bahawa UMNO tidak terlibat langsung dan tidak langsung menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik bagi kepentingan UMNO.

PAS Sabah akan terus berjuang membela nasib dan hak-hak rakyat negeri ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi negeri Sabah yang tercinta.PAS menyeru kepada rakyat negeri ini agar membuat perubahan politik dan seterusnya menafikan Sabah negeri simpanan tetap Barisan Nasional.

PAS Sabah

Open letter from Kampung Senadin residents

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Below is the attachment of conditions laid out By YB Lee KHim sin
during the meeting as posted by anonymous, our Kampong appointed
Secretary.

Subject: RE: Extension of Kampung Senadin

Dear All,

Followed-up to meeting between Ketua Kaum Hj Hamdani, AJKK Kpg Senadin
and representative from Kpg Sealine with Penguasa Tanah & Survei and
YB Datuk Lee Kim Shin last Friday,
YB Lee has indicated that we have 2 options :

1) Don’t issue the land titles and basic infrastructure given ( such
as roads, drainage, electricity and water ) until all land matters is
settled ( i.e 180 owners has agreed to demolish their house and move
to a new allocated lot to facilitate the building of roads and
drainage or they are willing not to share the same lot and reallocated
to another lot – for those land with 2 to 8 owners );
- To agree they must go to Land Survey office,Miri and signed-off the
agreement form.

Note : The government will not compensate for the cost of
demolish/moving or building a new house as they have already allocate
us land.

2) Issue the land titles and basic infrastructure given ( such as
roads, drainage, electricity and water ) eventhough all land matters
is not settled ( i.e 180 owners has agreed to demolish their house and
move to a new allocated lot to facilitate the building of roads and
drainage or they are willing not to share the same lot and reallocated
to another lot – for those land with 2 to 8 owners );
- To agree they must go to Land Survey office and signed-off the agreement form.

Note : Those who disagree will not get land titles and may not enjoy
basic infrastructure given ( such as roads, drainage, electricity and
water ).

We have agree to option 1 as it would not be fair to 280 land owners
who agree to the Land Survey proposal so that they will get their land
titles and enjoy the basic infrastructure given ( such as roads,
drainage, electricity and water ) in the near future.

The “surat tawaran” by land survey department will be processed within
2 weeks time for the 280 land owners and probably handed-over by Tan
Sri Dr George Chan at Kpg Senadin Balai Raya.

Upon receiving the “surat tawaran” , the land owners is to reply
whether they are willing to accept the offer of land titles.

We have asked also Land & Survey to “turun padang” for an engagement
session to explain to the people on the details.

Things for you to ponder / consider and be prepared mentally :

For those people who use to plant padi in Kpg Sealine and your land
after survey is 4 to 8 lots, just like my mother land/sawah padi,
during the survey in 2008 where

you are only given 1 L/S or lot number, you may only entitle to that
plot only, i.e where your house reside. The other lots maybe allocated
to those people who are affected
( i.e 180 land owners).

This is current assumptions as we are not sure whether the names (
family members name) given to land survey officer ( in 2008/2009) is
accepted to be allocated the remaining lots, as Land Survey said it is
government land, they have the right who to allocate the land.

Note : The land survey department has not given the list of 280 ( to
be issued land titles ) and 180 ( agreement letter to move not yet
sign) people, thus we do not know all these people.

My advise for those whose house is where the road is located and those
land with 2 or 8 owners, please go to land survey to sign-off so that
you get allocated lots.
In addition to this, ensure you have save money to build a new house
temporarily.

Hoped that this is self-explanatory.

From Pas Miri

Ummi Hafilda Fail Saman RM100 juta

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali memfailkan saman berjumlah RM100 juta terhadap Baginda Minda dan pemilik portal berita MalaysiaKini kerana didakwa memfitnahnya.

Saman itu difailkan pada Khamis, di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

mStar/-
Oleh SALWA SHA'ARI

Saman Taib Mahmud : Mahkamah Tolak Permohonan Malaysiakini

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 MAC : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Malaysiakini bagi mengenepikan saman fitnah ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ke atas portal berita itu.

Hakim, Datuk John Louis O' Hara ketika membuat keputusannya berkata, saman Taib tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana ia adalah kes nyata.

"Berikutan itu, permohonan mengketepikan saman ditolak,” kata O' Hara.

Dalam penghakimannya,beliau juga menolak isu yang dibangkitkan oleh Malaysiakini, terutama hujah perbuatan saman itu menyalahgunakan proses mahkamah dan plaintif (Abdul Taib) tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan terhadap defendan.

Kata hakim itu lagi, keputusannya berdasarkan Akta Fitnah dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau sehubungan itu juga mengarahkan Malaysiakini membayar kos RM10,000 kepada Taib.

Ketua menteri Sarawak itu pada 2007 menyaman Malaysiakini dengan dakwaan memfitnahnya apabila portal berita bebas itu menyiarkan beberapa laporan dengan memetik sumber daripada akhbar-akhbar Jepun.

Beliau mendakwa 12 artikel yang diterbitkan dari 6 April hingga 3 Mei 2007 itu mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.

Artikel berkenaan mendedahkan pihak berkuasa Jepun menahan ahli kumpulan kartel perkapalan yang mengangkut balak dari Sarawak.

Ahli kartel itu didakwa membayar Regent Star, sebuah syarikat kilang kertas yang berpangkalan di Hong Kong yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan Taib dan keluarganya sebanyak RM32 juta sebagai habuan.

Isu berkenaan telah dilaporkan secara meluas di beberapa pertubuhan media di Jepun dan juga tempat lain. Berdasarkan sumber itu, Malaysiakini membuat laporan susulan seminggu selepas itu dengan artikel 'RM32 mil kickbacks - tip of the iceberg'.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Taib menamakan Mkini Dotcom dan ketua pengarang Malaysiakini Gan Diong Keng, yang juga dikenali sebagai Steven Gan, sebagai defendan.

Tv Selangor/-

BN takutkan rakyat untuk kekal berkuasa.

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 17 Mac : Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata, rakyat sering diingatkan oleh BN supaya jangan ada rasa untuk tukar kerajaan bagi merasai bagaimanakah jika Malaysia ditadbir oleh kerajaan selain BN, ia semakin menjadi-jadi apabila pilihanraya semakin hampir.

"Kebimbangan BN semakin memuncak bila hampir dengan PRU dan mereka sanggup melalukan apa saja untuk menipu rakyat supaya terus menyokong BN" jelasnya.

"Sebenarnya Malaysia lebih selamat andai ditadbir oleh Pakatan Rakyat, perkara ini disokong dengan fakta kukuh dimana 4 negeri yang diperintah oleh Pakatan sekarang mendahului Negeri BN dalam banyak hal dan isu", katanya ketika ditemui di sini.

"Bagi saya rakyat sudah matang berpolitik dan dapat menilai apa yang Pakatan Rakyat lakukan kepada rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan" Katanya.

Selain itu beliau juga mengesahkan bahawa selama 11 bulan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Perak merupakan suatu perkara yang akan dikembalikan oleh rakyat Perak dan kita akan kembali diberi mandat oleh rakyat Perak sebagai kerajaan.

Drs. Khalil juga optomis bahawa semua kebaikan yang dilakukan di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat diketahui oleh pengundi di negeri lain walaupun media BN cuba menutup dan memutar belit fakta yang sebenar.

"Kerana itu media alternatif sangat ditakuti oleh pemimpin BN kerana ianya menjadi pilihan utama setelah media pro BN nampanya sangat tidak adil dalam menyiarkan berita" katanya.

Tambahnya, BN selama ini memainkan sentimen menakutkan rakyat bagi mengekalkan kuasa, isu yang sering dipahat dalam ingatan rakyat ialah kononnya tanpa BN di Malaysia rakyat akan susah.

"Inilah pemikiran kuno dan sesat yang sering ditanam kepada rakyat demi untuk kekal berkuasa" jelasnya

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Pakatan khuatir apabila kemenangan yang sering memihak kepada BN sebelum ini tidak lain akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan mereka akan menghadapi saat sukar dengan bebanan di segenap hal.

"Kerana itu Pakatan Rakyat berjanji untuk mengambil berat soal kebajikan rakyat dari segala aspek tanpa mengenal agama dan bangsa," jelasnya.

"Kerana itu tawaran Pakatan seperti yang tercatat pada buku jingga program 100 hari Pakatan Rakyat adalah bukti yang jelas dari kami," ujarnya lagi.

"Kerana itu saya kira rakyat mestilah memberi harapan yang besar dengan hasrat itu dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan memenangkan calon-calon dari PAS, DAP dan PKR dalam PRU ke 13.", katanya.

Oleh : Hafizi Pauzi.

Kepulauan Vanuatu dilanda gempa bumi

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Vanuatu kira-kira 10.48 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa berlaku 5,946 kilometer tenggara Kunak, Sabah.

Gempa tidak mendatangkan tsunami kepada Malaysia.

Malaysiakini/-

Pemikiran Cetek BN, Timbul Kekeliruan Dasar Baik Buku Jingga

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 MAC: Pandangan yang diutarakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam sidang Dewan Rakyat semalam berhubung dasar penswastaan tol yang termaktub dalam Buku Jingga ternyata bukan berlandaskan inspirasi rakyat.

Ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof menyifatkan tahap pemahaman cetek pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) mengakibatkan kekeliruan berhubung beban tanggungan kerajaan sekiranya konsesi tol dimansuhkan.

"Isunya di sini bukan isu tidak cukup wang. Isunya ialah tata kelola. Bagaimana hasil yang cukup untuk diagihkan sama rata. Macam Ghandi kata apa yang kita ada ini adalah cukup untuk keperluan tapi tidak cukup untuk ketamakan kita.

"Jadi Rembau ini tidak akan faham isu ini. Pada pandangan saya kalau penswastaan yang dimaksudkan untuk mengurangkan beban kerajaan membina prasarana, sekarang konsesi ini patut ditamatkan," jelas Yusmadi.

Khairy semalam mendakwa, pemansuhan tol seperti yang digariskan Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari pentadbirannya akan membebankan kerajaan.

Namun kenyataan itu disanggah oleh Yusmadi yang berkata, perkongsian perkhidmatan menerusi tata kelola yang baik mampu mewujudkan kesamarataan seraya memberi pulangan besar kepada rakyat tanpa membebankan tanggungan kerajaan.

Ini sekaligus menyangkal tomahan kerajaan Umno-BN yang cuba memanipulasi kefahaman rakyat sehingga membuat kesimpulan bahawa negara akan muflis jika dasar ini dilaksanakan Pakatan Rakyat.

Sidang Dewan petang semalam dihangatkan apabila ahli-ahli parlimen Umno-BN cuba mencetuskan kesangsian terhadap pelaksanaan dasar Buku Jingga yang sering menjadi sasaran ejekan dan dakwaan tidak munasabah dalam dewan.

Yusmadi menambah, maksud penswastaan bukan menyerahkan secara total kepentingan kerajaan dan negara namun hanya sehingga suatu tahap di mana pulangan dikitar semula untuk manfaat kepada rakyat.

Katanya lagi, prinsip perkongsian pintar yang diketengahkan mampu menyangkal sebarang bentuk penindasan asalkan diurus dengan tata kelola yang bertanggungjawab.

"Penswastaan itu sendiri bukan bertujuan untuk membebankan, tapi untuk berkongsi perkhidmatan dan sampai ke suatu tahap kembali kepada rakyat. Bagi saya pandangan beliau (Khairy) ialah bukan pandangan berkepentingan rakyat dan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan agenda penswastaan," kata beliau lagi.

Antara perkara yang dinyatakan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah dengan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Selain penghapusan kadar tol, buku jingga berkenaan turut menjanjikan pemansuhan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), merombak subsidi negara, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak di Sabah dan Sarawak dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman negara.

Tv Selangor/-

Kerajaan digesa batal bina loji nuklear

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Malaysia supaya membatalkan rancangan untuk memajukan tenaga nuklear dan pembinaan empangan besar.

Presiden SAM dan CAP, SM Mohamed Idris berkata, berdasarkan apa yang berlaku di Jepun, kerajaan perlu menghentikan dengan segera idea untuk membina loji nuklear dan empangan besar untuk menangani isu “krisis” tenaga.

Pada masa ini, katanya jumlah penggunaan elektrik Malaysia adalah dianggarkan 14,000 megawatt (MW) tetapi negara mempunyai kapasiti bekalan sebanyak 23,000 MW.

Ini, ujarnya memberikan Malaysia margin yang amat selesa memandangkan sasaran kerajaan hanya 20%.

Tambahnya, tragedi yang melanda Jepun menunjukkan bahawa malapetaka boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Menurutnya lagi, meskipun Malaysia tidak terletak dalam Lingkaran Api Pasifik atau Alpide Belt, ia tidak bermakna bahawa kita selamat daripada bencana alam.

Beliau berkata, plat tektonik sentiasa bergerak dan kemungkinan akan tiba masanya di masa hadapan Malaysia turut didampingi malapetaka semula jadi.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada pengalaman lepas dunia yang telah menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami akibat daripada bencana alam,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, daripada semua teknologi penjanaan elektrik, tenaga nuklear merupakan salah satu yang mampu mengakibatkan malapetaka kemalangan.

Menurutnya, mana-mana negara dengan aspirasi nuklear perlu mempertimbangkan risiko bencana kemalangan sebagai sumbangan negatif utama teknologi ini.

“Adakah Malaysia mempunyai kemampuan untuk menangani keadaan malapetaka seperti kebocoran reaktor atau kebakaran loji dan kesannya yang mungkin melampaui ruang dan masa?

“Adakah orang ramai sanggup menerima risiko ini, sedangkan alternatif tenaga yang lebih murah dan selamat adalah wujud?” soalnya.

Di seluruh dunia, katanya orang ramai telah menyedari bahawa terdapat alternatif kepada nuklear dan empangan besar yang lebih selamat, murah dan boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin.

Bagaimanapun, tambahnya potensi Tenaga Diperbaharui (Renewable Energy - RE) sebagai sumber tenaga yang mapan di Malaysia ditolak berulang kali oleh penyokong tenaga nuklear berdasarkan analisis berat sebelah dan terpilih di pihak mereka.

“Kami percaya dengan rangka kerja peraturan yang berkesan dan sempurna dan fiskal yang betul untuk RE, ia boleh menyumbang dengan berkesan kepada rizab tenaga Malaysia, seterusnya menyangkal keperluan untuk melabur dalam tenaga yang kotor, berbahaya dan mahal seperti nuklear,” katanya lagi.

Beliau berkata, satu cara lagi untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah dengan memperbaiki kecekapan tenaga (Energy Efficiency - EE) dalam semua sektor.

Pada hakikatnya, kata beliau EE merupakan salah satu objektif Dasar Tenaga Negara yang sepatutnya dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.

Baginya, usaha oleh Kerajaan Malaysia untuk menggalakkan kecekapan tenaga perlu ditingkatkan kerana ia bergerak terlalu perlahan.

Di samping itu, ujarnya tenaga mampu diri (self-sufficiency) adalah jaminan terbaik sekuriti tenaga.

Ini, katanya boleh dicapai dengan mempelbagaikan tenaga boleh diperbaharui yang mapan pada skala penjanaan mikro, kecil dan sederhana, menurut sumber tempatan yang diperolehi, supaya tenaga digunakan pada titik penjanaan, menjimatkan sehingga 69 peratus daripada tenaga yang hilang melalui pengaliran elektrik jarak jauh daripada loji tenaga berpusat besar dan pengeluaran karbon berkaitan.

“Akhir sekali, menggabungkan langkah kecekapan tenaga (EE) dan tenaga diperbaharui (RE) untuk memenuhi permintaan tenaga akan menghapuskan sebarang justifikasi bagi tenaga nuklear dan empangan besar,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Pengusaha Barangan Lusuh Temui Bom Lama Di Kedainya

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TELUK INTAN: Seorang pengusaha kedai barangan lusuh menemui sebutir bom mortar dipercayai masih aktif di dalam timbunan barangan lusuh di kedainya di Jalan Maharaja Lela, di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pengusaha kedai terbabit menemui bom tersebut pada pukul 9.30 pagi lalu menghubungi polis.

Satu skuad unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dipanggil untuk memusnahkan bom berkenaan pada 4 petang ini, katanya.

Goh berkata, bom berukuran 56sm panjang dan mempunyai lilitan 23sm itu dipercayai peninggalan zaman perang dahulu.

Sementara itu, pengusaha kedai barangan lusuh, Borhan Alias, 50, berkata salah seorang pekerjanya menyedari tentang bom itu ketika sedang mengasingkan barangan lusuh di kedai.

Katanya, apabila diberitahu mengenai penemuan bom berkenaan, dia terus mengarahkan semua pekerja keluar segera dari kedai bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

"Saya tidak menyedari bom tersebut turut dibeli ketika melakukan urus niaga dengan penjual besi dan barangan lusuh itu dibeli secara lambakan," katanya.

Borhan berkata, ini merupakan kejadian pertama dia menemui bom di kedainya sejak mula membuka perniagaan itu lapan tahun lepas.

mStar/-

Mufti Selangor Larang Pengedaran Kitab Injil Guna Kalimah Allah

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 16 MAC : Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid mengesahkan 5,000 naskah Kitab Injil berbahasa Melayu dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia
tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah didalam Kitab Suci Kristian itu.

Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor.

Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran Kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut di tarik balik, mengikut pengumuman Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang semalam.

Kenyataan Nazri dan Tamyes bersabit pengedaran Kitab Injil itu dijangka menambah kemelut susulan kenyataan-kenyataan yang bercanggah oleh Kementerian Dalam
Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersabit isu itu.

Tamyes sendiri melahirkan rasa kesal kerana tidak ada penyelarasan dalam menangani isu Kitab-Kitab Injil berbahasa Melayu itu yang diimport dari Indonesia.

"Sepatutnya kita ni kalau nak buat keputusan biarlah ada persepakatan, kenapa pula seorang mengatakan boleh seorang mengatakan tidak," kata beliau.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.

Menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan yang berlarutan sejak 2010.

Namun pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan isu itu akan dibincangkan di mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini. Beliau menegaskan Jemaah Menteri harus berbincang isu itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Ironinya, sebelah petang hari sama Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak
Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Bagaimanapun KDN meletakkan dua syarat iaitu setiap naskah Kitab suci itu harus mempunyai nombor bersiri dan cop "Hanya Untuk Penganut Kristian" sebelum
dibenarkan pengedaran.

Syarat itu ditolak oleh pihak gereja di Sarawak yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap kesucian agama Kristian dan kekangan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh gerakan mubaligh.

Paderi Goodnews Church, Jefferey Wei ketika dihubungi Tv Selangor menegaskan penganut kristian tidak dapat menerima perkara yang merendahkan martabat kitab
suci mereka.

“Saya rasa jika kita letak nombor siri dan cop atas Kitab Injil ini, kita seperti mencemarkan kitab suci kami dan menghina kedudukannya. Ia menjadikan seolah-olah seseorang yang memiliki kitab ini melakukan satu jenayah. Tiada penganut Kristian akan menerima perkara ini,” katanya.

Tv Selangor/-

Virus Adeno ragut mangsa kedua

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.

Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan.

Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lalu.

Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.

Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh.

Malaysiakini/-

Krisis Nuklear : Kebimbangan Meningkat, Warga Asing Mula Keluar Jepun

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO17 MAC : Negara asing menasihatkan rakyatnya agar meninggalkan Jepun, yang dilanda bencana berganda, ketika pihak berkuasa negara sebelah timur itu bertungkus-lumus untuk mengelakkan krisis nuklear yang dilihat semakin meruncing.

Ketua Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika Syarikat berkata salah satu reaktor, yang terjejas teruk, kelihatan merisaukan kerana tiada bekalan air untuk menghentikan rod bahan api daripada terus panas dan kemudian cair kelak.

Semalam, pekerja-pekerja menjauhi loji Fukushima Daiichi buat sementara kerana bimbang peningkatan radiasi tetapi kembali selepas keadaan dilaporkan selamat.

Rasa bimbang dan khuatir muncul kembali selepas pegawai-pegawai berkata reaktor kedua di kompleks itu, yang menempatkan enam reaktor, kemungkinan sudah rosak dan mengeluarkan stim radioaktif.

Laporan msnbc melaporkan, ketua tenaga Kesatuan Eropah Guenther Oettinger memberitahu Parlimen Eropah bahawa loji itu “secara efektif sudah tidak terkawal lagi” selepas kerosakan pada kemudahan sistem pendinginan.

“Dalam beberapa jam akan datang, akan ada malapetaka lebih buruk lagi, yang akan mendedahkan orang ramai kepada bahaya,” katanya.

“Belum kelihatan panik lagi, tetapi Tokyo dengan penduduk seramai 35 juta orang, adalah metropolis paling besar di dunia,” katanya.

Bagaimanapun ketua pemantau nuklear PBB melihat pandangan itu dari sudut isu yang lain.

“Bukan masa untuk mengatakan keadaan sudah tidak terkawal,” kata Yukiya Amano, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa pada sidang media semalam.

“Operator-operator melakukan yang terbaik untuk memulihkan keselamatan reaktor,” katanya.

Beliau bercadang untuk terbang ke Jepun hari ini, lapor Reuters lewat semalam.

Beliau menggambarkan keadaan “sangat serius” dan telah meminta kerajaan Jepun menyediakan maklumat lebih baik kepada agensi itu.

Tv Selangor/-

Kase di Pulau Pinang 19 Mac

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PULAU PINANG, 17 Mac: Mangsa saman ekor atau mereka yang mempunyai saman tertunggak jangan melepaskan peluang bersama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan panel peguam Kempen Anti Saman Ekor (Kase) di Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang, Pongsu Seribu Kepala Batas pada 19 Mac ini, jam 3.00 petang.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, ia bukan sahaja untuk mangsa yang teraniaya malahan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin tahu bagaimana cara yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Jelasnya lagi, langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraihitamkan pembayaran cukai jalan merupakan langkah ke belakang kerana ia menyusahkan rakyat yang ingin menggunakan kenderaan sendiri.

"Sesiapa yang masih bingung dengan istilah saman ekor oleh JPJ dan polis, sila hadir ke Pongsu Seribu hari Sabtu ini bermula jam 3.00 petang. Anda akan diberikan penjelasan kenapa tidak perlu bayar saman ekor oleh Datuk Mahfuz dan panel peguam Kase," terangnya.

Katanya, selepas mendengar taklimat, semua peserta dikehendaki ke plaza tol Sungai Dua untuk menyebarkan risalah Kase kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa JPJ dan polis yang memeras wang rakyat.

"Jangan lepaskan peluang ini, datanglah beramai-ramai untuk memprotes apa yang mereka lakukan pada rakyat. Bila protes saman ekor, buatlah tekad untuk memprotes Barisan Nasional (BN) dan Umno," ujarnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said .

CHRI: Malaysia cabul hak asasi manusia

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Malaysia gagal mengotakan janjinya untuk memperbaiki rekod hak asasi, di sebalik dilantik menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kata sebuah laporan antarabangsa.

Menurut kumpulan Insiatif Hak Asasi Komanwel (CHRI), Malaysia bukan sahaja meneruskan undang-undang kuku besi tetapi gagal mempertahankan hak kumpulan tertindas yang dijanji negara ketika dilantik ke majlis PBB pada 2006.

"Di sebalik ikrar Malaysia bagi menyokong tindakan antarabangsa bagi memperjuangkan hak mereka yang tertindas termasuk kanak-kanak, pelarian, pencari suaka politik, pendatang asing sama ada sah ataupun tidak, - golongan itu terus merana manakala perkahwinan kanak-kanak pula berlarutan,” petik laporan itu.

Apabila dilantik, kata laporan CHRI, Malaysia menunjukkan bagaimana negara itu berjaya mengimbangi keperluan keselamatan dan pada masa yang sama menegakkan hak asasi.

Namun sepanjang tempoh masa Malaysia menganggotai majlis itu, Akta Keselamatan Dalam Negara digunakan ke atas ahli parlimen pembangkang, Teresa Kok, seorang wartawan yang melaporkan kenyataan rasis oleh ketua bahagian Umno dan seorang bloger, Raja Petra Kamaruddin, kata laporan itu lagi.

Memilih untuk tidak mempertahankan kerusinya di majlis PBB itu pada 2009, Malaysia terus menyalah-gunakan ISA bagi menyekat kebebasan beragama dengan menangkap sembilan rakyat asing yang didakwa menghadiri mesyuarat Syiah pada Januari tahun lalu.

Menurut laporan itu, terdapat bukti pencabulan penggunaan Akta Hasutan ketika Malaysia menduduki kerusi majlis itu apabila aktivis seperti Wong Chin Huat ditangkap mengikut ISA kerana menganjurkan orang ramai supaya berpakaian hitam ketika rampasan kuasa di Perak.

Malaysiakini/-

Saifuddin Kepada Gobala: Kita Jumpa Di Mahkamah

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, beliau sedia untuk bertemu ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Saifuddin ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau juga sama sekali tidak akan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh Gobala.

“Saya menerima notis saman daripada peguam Gobala semalam yang menuntut dua perkara. Yang pertama ialah mulai semalam dalam masa tujuh hari . Yang kedua,jika saya gagal berbuat demikian proses saman libel akan dimulakan. Yang pertama reaksi saya ialah saya menolak sama sekali tuntutan untuk saya memohon maaf," kata Saifuddin kepada TV Selangor.

Gobala pada Selasa berkata, beliau akan mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR untuk membuat permohonan maaf mengenai hal itu.

Namun menurut Saifuddin beliau tidak akan berganjak dari kenyataannya sebelum ini.

“Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti,"jelasnya lagi.

Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

“Isu yang saya timbulkan ialah selama 12 tahun mengenali beliau, beliau langsung tidak punya keupayaan kewangan apa lagi membuat bayaaran mencecah angka jutaan,"katanya.

Tv Selangor/-

Tarif elektrik mungkin naik dalam 6 bulan

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Tarikf elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Ia dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Fong bertanya menteri berkenaan sama ada akan terjadi peningkatan atau semakan terhadap tarif elektrik dalam tempoh setengah tahun lagi.

Chin bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan menjalankan penyelidikan terperinci sebelum menguatkuasakan sebarang kenaikan tarif.

Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa apa sahaja tarif baru hendaklah datang bersama keselamatan bagi melindungi pengguna, terutamanya yang berpendapatan rendah.

Malaysiakini/-

Tandas awam bertaraf 'banglo' dakwa DAP

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaiktaraf dua buah tandas awam di Taman Botanikal Melaka yang terletak di Ayer Keroh sehingga menelan belanja RM199,800 dianggap sebagai tidak masuk akal dan membazir, kata ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Malah, kata ADUN dari DAP itu, kos berkenaan juga dianggap sama nilai sekiranya hendak membeli sebuah rumah banglow dua tingkat iaitu kira-kira RM190,000.

Dakwa Khoo, jumlah berkenaan dilihat amat tidak munasabah dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang dijalankan terhadap kedua-dua tandas awam berkenaan.

Beliau mendakwa, selepas melakukan penilaian sebenar bersama kontraktor mendapati, hasil kerja kedua-dua tandas berkenaan, sebenarnya hanya melibatkan perbelanjaan tidak sampai RM120,000.

"Lagipun, selepas melihat kerja-kerja naiktaraf tandas ini, ia dilaksanakan tidak begitu memuaskan. Lihat sahaja sebahagian alang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung juga didapati telah retak.

"Justeru, saya mahu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjawab hal ini supaya tidak timbul tanda tanya terhadap masyarakat," katanya.

Beliau melahirkan perkara itu sebaik sahaja melakukan tinjauan di tandas awam terbabit yang letaknya berhampiran Perkampungan Buku di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh.
'Pembaziran terlalu kerap'

Jelasnya, kos RM199,800 untuk menaiktaraf kedua-dua tandas awam berkenaan juga adalah sebagai jawapan yang diberi kerajaan kepada soalan bertulisnya semasa sidang DUN Melaka baru-baru ini.

Katanya, dalam jawapan berkenaan, beliau dimaklumkan, antara lain, kos berkenaan membabitkan kerja dalaman dan luar tandas, termasuk menukar pintu dan kelengkapan sanitari, menukar sinki, memperbaiki sistem perpaipan dan kemasan dinding serta mengecat seluruh
bangunan tandas berkenaan.

"Harga yang digunakan untuk menaiktaraf dua tandas ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah dua tingkat yang biasanya berharga sekitar RM190,000.

"Pembaziran sebegini terlalu kerap berlaku dan ini dibuktikan dengan pendedahan yang pernah dibuat DAP sebelum ini," katanya.

Tahun lalu, ADUN sama pernah menyuarakan supaya siasatan dilakukan ke atas pembinaan sebuah pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku (RKSK), di Bukit Katil, Melaka berikutan mendakwa kos pembinaannya yang terlalu tinggi sehingga berjumlah RM44,525.

Manakala, sebuah lagi pondok bas yang dibina di depan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, pula bernilai RM34,500 sedangkan ukurannya terlalu kecil sahaja dan menggunakan bahan binaan yang biasa.

ADUN berkenaan mendakwa, ada unsur-unsur penyelewengan berlaku di dalam pembinaan pondok-pondok bas berkenaan yang dikeluarkan tender secara terus kepada kontraktor terlibat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Kos pembinaannya, didakwa terlalu mahal dan tidak masuk akal jika dibandingkan dengan saiznya yang kecil sekitar 8 kaki x 24 kaki.

Nilai sebenar jelasnya, sekira mengikut harga pasaran hanyalah sekitar RM9,000 sahaja.

Malaysiakini/-

Jawi biarkan Umno guna tanah wakaf tanpa sewa?

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mendakwa Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyalahgunakan tanah wakaf apabila membiarkan Umno Bahagian Titiwangsa menggunakannya sebagai bilik gerakan.

Lo' Lo' berkata, sebagai tanah wakaf yang diamanahkan kepada Jawi, kementerian berkaitan tidak seharusnya membiarkan perkara itu berlaku kerana ianya satu amanah kepada Jawi apatah lagi bil air dan elektrik dibiayai oleh Jawi.

Menurutnya, tanah yang terletak di Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu dahulunya digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara namun diberikan kepada Umno Titiwangsa beberapa tahun dahulu.

"Saya ingin dapatkan penjelasan daripada menteri yang menjaga hal ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, ada satu tanah di Keramat yang dulunya pernah menjadi pejabat pendaftaran dan saya difahamkan tanah itu kepunyaan Jawi dan kemungkinan besar adalah tanah wakaf.

"Saya difahamkan Umno tak bayar sewa sedangkan kalau ini adalah tanah wakaf ia adalah satu amanah kepada Jawi untuk memastikan untuk dapat sewaan. Air dan elektrik dibayar oleh Jawi," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menambah, perkara itu pernah diadukan kepada Jawi tetapi pihak Jawi tidak melakukan apa-apa tindakan.

"Saya pernah bangkitkan kepada pengarah Jawi dan Menteri yang bertanggungjawab. Mereka kata apa salahnya mereka (Umno) guna, tak apalah sesama Islam," katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membangunkan pasar Chow Kit yang sudah usang.

"Saya mohon kerajaan buktikan kepada rakyat dengan bangunkan pasar Chow Kit. Pasar Chow Kit itu daripada dahulu macam itulah rupanya.

"Kalau jumlah RM20 juta boleh diberi kepada Masjid Jamek saya minta jumlah saya diberi untuk pembangunan Chow Kit.

"Buktikan kalau serius nak bangunkan kawasan perniagaan, bangunkan Chow Kit, jangan sampai orang nampak seperti pasar koboi," katanya.

Harakahdaily/-

Pekerja bertungkus lumus kawal loji nuklear walau radiasi meningkat

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO - Pekerja di loji Fukushima berusaha mengelakkan peleburan nuklear daripada berlaku walaupun selepas dikeluarkan daripada kawasan itu buat sementara waktu sejurus radiasi meningkat kepada tahap yang berbahaya untuk kesihatan mereka, pagi semalam.

Usaha untuk mengawal keselamatan di loji itu disambung semula beberapa jam kemudian bagi menghalang kobocoran radiasi yang lebih serius.

Pengendali loji itu, Tokyo Electric Power cuba menggunakan helikopter untuk menyembur air ke atas reaktor No.4 bagi menghalang kebocoran terus berlaku namun kaedah itu dilaporkan tidak berjaya akibat kehadiran radiasi yang tinggi dalam udara.

Kumpulan pekerja yang terdiri daripada lebih 50 jurutera itu bekerja sepanjang masa bagi memadamkan kebakaran di salah sebuah reaktor dan cuba menyejukkan reaktor lain bagi mengelak peningkatan suhu.

Jurucakap kerajaan, Yukio Edano berkata, Jepun sedang mempertimbang untuk meminta bantuan daripada tentera Amerika Syarikat.

Kesemua enam reaktor nuklear di loji yang terletak di utara Jepun itu rosak selepas gempa bumi sekuat 9.0 pada skala Richter melanda Jepun sehingga mencetuskan tsunami, 11 Februari lalu.

Sehingga kini, lebih 10,000 orang dipercayai terkorban.

Krisis nuklear di Jepun mendapat perhatian dunia sehingga menenggelamkan laporan mengenai usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami di seluruh negara itu.
Terdahulu, kerajaan Jepun mengarahkan 140,000 orang yang tinggal dalam jarak 30 kilometer dari loji itu untuk berlindung di dalam rumah selepas tahap radiasi di udara semakin meningkat.

Tokyo, yang terletak lebih 200 kilometer dari Fukushima, mula merasai kesan letupan loji itu apabila tahap radiasi dalam udara dikesan 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa tetapi kerajaan menegaskan ia tidak menjejaskan kesihatan.

Sinar Harian/-

Helikopter tentera gugur air atas reaktor

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Usaha untuk membendung kemalangan nuklear paling teruk di dunia sejak Chernobyl, kini membabitkan penggunaan helikopter tentera untuk menggugurka air ke atas loji nuklear Fukushima.

Petuga diarahkan keluar sekejap dari loji tersebut selepas tahap radiasi semakin meningkat - satu perkembangan yang menunjukkan krisis tersebut kini sukar dikawal.

"Kira-kira jam 10.40 pagi (9.40 pagi waktu Malaysia), kami mengarahkan pemindahan pekerja... disebabkan peningkatan data (keradioaktifan) di sekitar pintu loji yang sudah berusia itu, kata seorang pegawai agensi keselamatan nuklear dalam satu sidang akhbar.

Bagaimanapun, para petugas dibenarkan masuk semula, selepas tahap radiasi jatuh. Operator loji berkata terdapat 180 pekerja di tapak pada 0230 GMT (10.30 pagi waktu Malaysia).

Hanya beberapa jam sebelumnya, satu lagi kebakaran berlaku di loji tersebut, yang telah membawa radiasi rendah ke kawasan Tokyo dalam tempoh 24 jam, mencetuskan kebimbangan di ibunegara Jepun itu dan di peringkat antarabangsa.

Para pekerja sedang berusaha membersihkan sampah sarap untuk membuka laluan supaya kereta bomba boleh sampai ke reaktor No 4 di kompleks Daiichi di Fukushima, 240km di utara Tokyo.
Api tidak lagi dapat dilihat di bangunan yang menempatkan reaktor, tetapi gambar TV menunjukkan asap masih ketara.

Operator loji menyifatkan reaktor No 3 sebagai "keutamaan" dan berkata, keadaan di reaktor No 4, tempat berlakunya kebakaran, sebagai "tidak sebegitu baik".

Malaysiakini/-