17 Mac 2011

Orang Cina faham Kelantan haram premis judi

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

“Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.

Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.

Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

“Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

“Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.

Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

“Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari.

Harakahdaily/-

8 ulasan:

abuumar wa 'abdurrahman berkata...

cuma puak2 yang x reti islam je tak reti2 sampai ke sudah..hatta orang islam sendiri..

Zakir berkata...

Minta maaf la ye. Pendirian pemimpin PAS ni selalu tak konsisten la. Hari ni cakap A, esok cakap B. Bila orang gertak sikit langsung berubah kepada C pulak. Dalam apa jua bentuk, dalam apa juga pendekatan, loteri, judi, ekor semuanya HARAM. Tidak ada satu agamapun di dunia yang membenarkan umatnya melakukan perkara HARAM. Apa yang PAS lakukan dengan mengharamkan judi (dan apa juga yang bersangkutan dengannya termasuklah loteri kebajikan) di Kelantan adalah cukup baik dan bertepatan dengan hukum agama. Tup2 bila disergah oleh hanya Ketua Pemuda DAP dengan segala bentuk alasan logik akal, PAS dah mula goyang dan mengiaya2kan. Hmm... Sekali lagi, minta maaf la, PAS perlu lebih banyak membaca, memahami gaya pemikiran orang yang bermain catur,3,4,5 langkah kehadapan. Janganlah amalkan lagi gaya politik kekampungan. Pemimpin2 DAP tu ramai yang terpelajar, mereka dengan mudah boleh membaca pemikiran pemimpin2 PAS. Ingatlah, tidak akan rela kaum yahudi dan nasara terhadap umat Islam selagi umat Islam tidak mengikuti agama mereka. Minta maaf kalau tegur. Terimalah dengan hati terbuka. DAlam hal judi, PAS sepatutnya berpendirian tegas dan tidak berganjak, setegas dan tidak berganjak seperti Karpal Singh yang bermati2kan tidak akan mengiktiraf hasrat PAS untuk mendirikan negara Islam. Malahan, dalam isu judi ni PAS sepatutnya tidak berkompromi kerana ini adalah isu akidah dan hukum. Janganlah asyik fikir kebajikan orang2 bukan Islam Kelantan sahaja, fikirkanlah juga nasib anak2 muda melayu Islam di kelantan. Perlu diingat, majoriti rakyat kelantan adalah melayu beragama Islam. Kelompok ini yang perlu dijaga rapi. Maaf ye, kalau terasa. Ini adalah kebenaran dan kebenaran perlu dinyatakan meskipun pedih untuk didengari.

Tanpa Nama berkata...

org cina faham...yang tak faham org mana ye?

Tanpa Nama berkata...

Kerana UMNO berfikiran konsisten la..sehingga pemimpin negara sanggup mengangkat punngung seorang manusia semata-mata untuk mempertahan kuasa mereka.
Kuasa pemimpin negara Malaysia hanya terletak pada punggung. PAS mengamal gaya politik kampung, tapi masih ada nilai murni dan berusaha untuk taat pada hukum ALLAH.
Percaturan catur direka oleh yahudi..kalau ikut cara ini kita dah terperangkap dengan taktik yahudi..alamat lingkup lah.

Ayohngoh berkata...

Pemimpin2 DAP tu ramai yang terpelajar, pemimpin2 pas pon same,cume si Zakir kt atas ni je x terpelajar..pemimpin Pas tidak akan sesekali berganjak dr pendiriannya.!!

Tanpa Nama berkata...

Zakir berkata:
"Malahan, dalam isu judi ni PAS sepatutnya tidak berkompromi kerana ini adalah isu akidah dan hukum. Janganlah asyik fikir kebajikan orang2 bukan Islam Kelantan sahaja, fikirkanlah juga nasib anak2 muda melayu Islam di kelantan. Perlu diingat, majoriti rakyat kelantan adalah melayu beragama Islam. Kelompok ini yang perlu dijaga rapi. Maaf ye, kalau terasa. Ini adalah kebenaran dan kebenaran perlu dinyatakan meskipun pedih untuk didengari."

Apasal hang nak salahkan PAS???
Masalah JUDI di Malaysia nie segala-gala berpunca daripada
parti pembela Melayu=UMNO sejak dari dahulu,kini dan selamanya!!!

Ada paham ke???

Syukurlah PAS dan ambil tindakan,
Sekurang2nya ada juga perubahan

Tanpa Nama berkata...

nyatakan kebenaran biar pada fakta yang kukuh..
makcik rosmah pun nyatakan kebenaran..memang pedih nak terima apabila kenyataan tu..macam orang yang dah sesat haluan.

Tok Janggut berkata...

Assalamualaikum.. Saya hairan dan kandang2 rasa pelik. Penyokong pro BN selalu menyatakan dimana saja mahu pun di dalam akhbar yg Parti PAS menjadi kuda tunggangan DAP, kadang2 menjadi anjing suruhan pada DAP dan macam2 kata2 yang menampakan rasa marah yang keterlaluan dalam penulisan. Dalam apa jua parti komponen mahupun dlm BN dan PAS selalu ada rundingan dan kerjasama. Tidak timbul siapa yang lebih dominan.