23 November 2011
Teks Ucapan Bajet Negeri Perak 2012 I
IPOH : ADUN Pakatan Rakyat dari Pantai Remis pada hari boleh ditabalkan sebagai jaguh kerana sehingga saat akhir dapat mempertahankan haknya supaya diadili dengan sah dan betul bila di diarahkan keluar oleh Timbalan Speaker Dewan Negeri Perak selepas dikatakan tidak mahu menarik balik dua perkataan yang di dakwa oleh adun lompat tersebut yang dikeluarkan iaitu "katak" dan "pelacur politik".
Berikut adalah teks ucapan beliau yang sempat dibentang sekitar separuh dan terhenti dengan kekecohan itu.
Salam sejahtera TYP. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada TYP kerana memberi keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang enakmen perbekalan dan belanjawan Negeri untuk tahun 2012. Saya bangun untuk membahas bajet penting ini kerana ia kemungkinan besar akan menjadi bajet terakhir untuk BN. Sebagai mukadimah, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Pangkor kerana pembentangan bajet kali ini telah "Berjaya" mencatat sejarah dan mencipta rekod Negeri Perak paling kurang dalam 4 aspek.
Pertama, bajet deficit setinggi RM50.14 juta ini adalah bajet defisit yang paling tinggi sepanjang 3 penggal saya berada dalam Dewan yang mulia ini. Jika dibandingkan dengan tahun ini, deficit RM50.14 juta adalah satu peningkatan yang mendadak sebanyak RM20.45 juta, satu keadaan yang tidak mungkin membanggakan kita yang penuh bertanggungjawab, kecuali pihak tertentu yang masih Gila di abun-abun dan terus bersikap angan-angan Mat Jenin.
Kedua, paras hutang Negeri kini telah mencipta sejarah paling teruk dengan jumlah hutang Negeri meningkat ke RM975 juta setakat 15/11/2011; ia satu pertambahan sebanyak RM72 juta dalam tempoh 12 bulan jika dibandingkan dengan jumlah hutang tahun lepas yang berjumlah RM903.8 juta. Jumlah wang ini adalah lebih banyak dari segala skim kerajaan untuk kesejahteraan rakyat termasuk skim micro credit, program bantuan rumah, program bantuan barangan makanan, program bantuan wang tunai musim perayaan, skim Tabaruk dan program kluster Ekonomi Keluarga yang kesemuanya hanya berjumlah 19 juta sahaja. Jika mengambil hutang untuk memberi gula-gula tanpa menimbangkan akibatnya, ia adalah cara peny wise, pound foolish.
Yang lebih merisaukan rakyat adalah kecenderungan ledakan hutang yang semakin menggunung dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini bermula dari zaman YB Pengkalan hulu menjawat jawatan Menteri Besar. Hutang Negeri telah menaik dari RM182 juta pada tahun 2000 hingga ke RM975 juta pada tahun ini. Jumlah hutang ini adalah kenaikan sebanyak 535%. Jika ada lagi pihak yang masih membisu atau memilih untuk berpura-pura, saya rasa mereka perlu insaf dan kembali ke pangkuan jalan. Bah kata pepatah Melayu, Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
Adalah tanggungjawab wakil kerajaan untuk memberi penjelasan penuh mengapa hutang negeri telah berganjak sebanyak RM72 juta dalam tempoh yang begitu singkat. Apakah tujuan wang itu dibelanja? Siapa yang memperolehi manfaat? Kesemua ini perlu diberikan penjelasan penuh kerana segala pinjaman yang diambil oleh kerajaan pada hari ini akan dibayar oleh segenap lapisan Rakyat Negeri yang tercinta ini pada hari esok. TYP, jangan lupa wang rizab kerajaan negeri jika mengikut nilai buku, jumlahnya hanya RM758 juta, perbezaan dengan hutang negeri adalah RM217 juta, satu jurang perbezaan yang besar dan beban yang berat. Saya ingin mengingatkan kepada kerajaan BN bahawa 'Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali'. Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta itu ia akan habis juga jika selalu dibelanjakan dengan boros dan tidak ada usaha untuk menambahkannya.
Kemelut kewangan yang sedang melanda kerajaan persekutuan barangkali harus dijadikan ikhtibar oleh kerajaan Negeri jika kita tidak ingin menggadaikan masa depan anak cucu kita. Saya mengimbas kembali pada 1997, iaitu tahun apabila Asia Tenggara dilanda musibah krisis kewangan, ketika itu Malaysia menanggung hutang sebanyak RM90 billion, tetapi dalam tempoh yang begitu singkat, hutang Negara kita telah melonjak ke paras RM450 billion menjelang bulan depan. Ini adalah satu peningkatan mendadak sebanyak 504% dalam tempoh kurang dari atu setengah dekad. BN boleh terus bersikap katak dibawah tempurung tetapi kini rakyat telah celik dan tidak akan dilembukan oleh Kondo lembu seperti yang terjadi dalam skandal National Feedlot Centre(NFC) baru-baru ini.
Ketiga, bajet kali ini juga menyaksikan perbelanjaan jumlah wang paling besar dalam sejarah kita. Kos perbelanjaan sebanyak RM915 juta adalah satu jumlah yang besar dan jika tidak ditangani dengan berhemah dan berwaspada, dengan kemungkinan enakmen perbekalan yang bakal kita saksikan, perbelanjaan kita dengan mudah akan melepasi paras RM1 billion dengan deficit yang lebih besar.
Keempat, bajet ini juga mempamerkan jumlah tunggakan cukai tanah yang semakin berat sehingga menjadikan slogan kerajaan Negeri "Tunggakan Sifar" bahan ketawa yang sinis tetapi pahit. Dalam bajet kali ini, ia jelas menunjukkan bahawa tunggakan cukai tanah pada tahun 2012 akan berjumlah RM59.69 juta. Ini merupakan satu peningkatan lebih 100% jika berbanding dengan tahun ini yang berjumlah RM29.69 juta. Ini terbukti terdapat kepincangan dari pengurusan kewangan kerajaan negeri BN dan displin kewangan perlu diperketatkan.
SETINGGAN SIFAR JADI "KOSONG"
TYP, Kerajaan BN memang terkenal dengan pelbagai slogan dan wacana omong kosong untuk melanjutkan taliah hayat politik mereka yang kini tinggal nyawa ikan sahaja. Dulu Dr Mahanthir tersohor dengan slogan "Bersih, Cekap, Amanah", kemudian disusuli dengan Pak Lah "cemerlang, gemilang dan terbilang" dan kini pula dengan laungan "Sapu Malaysia", kesemuanya terbukti Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. TYP masih ingat lagi pada 1999, ketika itu YB Pengkalan Hulu yang menjadi MB telah melancarkan kempen "Setinggan Sifar" menjelang 2005. Apa sudah terjadi? Kini bajet 2012 masih giat menyebuk setinggan sifar, malahan masih terdapat 4288 keluarga setinggan yang terpaksa menetap dan mendiami tapak secara tanpa izin. Kempen kerajaan yang bersikap hangat-hangat tahi ayam ini telah menjejaskan kewibawaan dan keyakinan rakyat terhadap BN yang kian hilang popularitinya. Lihatkan kempen "Inflasi Sifar", "Tunggakan Sifar" dan "Setinggan Sifat", semuanya serba tidak menjadi kerana kepimpinan BN yang lemah dan tamak.
KONTINJEN PERAK MENDUDUKI TEMPAT TERAKHIR DI SUKMA
TYP, apabila pemimpin BN sibuk mengampu dan puji sendiri, Negeri Perak terus merosot dibawah pimpinan BN yang penuh dengan rhetoric dan hilang hala tuju. Sebgai bukti, mutu sukan Negeri kini telah menjunam ke tahap yang membimbangkan. Kontinjen Negeri pada tahun ini menduduki kedudukan paling bawah pada sukan SUKMA tahun ini, skuad negeri kalah kepada semua Negeri termasuk semua Negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat, ini adalah satu prestasi yang paling teruk sepanjang sejarah SUKMA. Jelas EXCO sukan gagal menepati KPI yang disasar dan oleh ini, saya dengan berat hati mencadangkan : Exco sukan dipotong gaji satu bulan sebagai tanda memikul tanggungjawab atas prestasi hamper tersebut supaya ia dijadikan satu ikhtibar.
PERAK PALING RAMAI KELUARGA MISKIN
Selain itu, walaupun YB Pangkor berwar-war bajet ini merangkumi segala aspek disusuli Pengkalan Hulu bahawa ini bajet is the best ever bugget , sebaliknya mengikut Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Negeri Perak kini mempunyai paling ramai bilangan keluarga yang berpendapatan rendah diseluruh Malaysia. Mengikut EPU, Negeri Perak kini mempunyai sejumlah 192,000 buah keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM2300 satu bulan, jumlah tersebut adalah sebanyak 12.2 % dari semua keluarga yang berpendapatan rendah. Jumlah tersebut adalah paling ramai diseluruh tanahair kita. Ini jelas terbukti selepas 54 tahun dibawah BN, bukan sahaja BN gagal menerajui negeri kita menuju ke paras pendapatan yang bermaruah sebaliknya ramai rakyat kita masih hidup melarat khususnya orang Melayu.
PERUNTUKAN HAL EHWAL BUKAN ISLAM JATUH DARI RM8 JUTA JE RM3.5 JUTA
TYP, walaupun kerajaan BN bermegah dengan gagasan ulung 1 Malaysia, tetapi acuannya sama, bentuknya tetap tidak berubah. Sebagai contoh, dalam bajet ini peruntukan kepada hal ehwal bukan Islam telah merosot dari RM8 juta seperti yang diumumkan oleh YB Chenderiang dan kini menyusuk sehingga RM3.5 juta sahaja dan ia termasuk RM500 ribu untuk masyarakat Sikh. Peruntukan sedikit ini tidak memadai untuk menampung keperluan masyarakat bukan Islam memandangkan bilangan penduduk Negeri Perak bukan Islam adalah lebih kurang 51% dari jumlah penduduk yang sedia ada. Kejatuhan dan kemerosotan yang ketara ini menunjukkan bahawa BN mengamalkan sikap talam dua muka dan parti MCA, MIC dan Gerakan yang memilih membisu seribu bahasa terbukti mereka hanya boneka kepada UMNO sahaja.
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR PERLANCONGAN PERLU DIPERTINGKAT
TYP, saya rasa terpanggil untuk membangkitkan isu tahun melawat Perak 2012 yang telah menetapkan sasaran 5 juta orang pelancong yang diunjur untuk membawa pendapatan 5 billion kepada KDNK Negeri kita. Perlu diingatkan walaupun kerajaan Negeri memperuntukkan 18 juta untuk tujuan menjayakan kempen ini tetapi apa yang lebih penting adalah Perak benar-benar live up to its reputation as The State of nature, culture & heritage sebagaimana dipamerkan oleh Tourism Perak. Yang membimbangkan saya adalah kemudahan asas destinasi perlancongan yang banyak terbengkalai dan tidak menepati namanya. Saya risau jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera, pelancong yang datang melawat Perak bukan membawa pulang senyuman manis tetapi kenangan pahit kerana mereka akan rasa tertipu dengan kemudahan asas yang banyak berupa gajah putih.
PROJEK CABLE CAR BUKIT MAXWELL TINGGAL BAYANG SAHAJA
Sebagai contoh, semasa lawatan saya ke Bukit Maxwell, Taiping, satu destinasi perlancongan yang mengasyikkan hati kini telah menyayakkan hati. Sebagai destinasi perlancongan utama di Daerah Larut Matang, dan Selama, ia hanya mempunyai 2 buah kereta jip dengan 2 orang pemandu. Saya mendapati sekurang-kurangnya terdapat 4 projek Gajah Putih yang menghanguskan wang rakyat. Umpamanya Rumah makan angin yang dibina dengan kos RM3 juta kini dibiarkan usang dan penuh dengan semak samun sehingga menjadi sarang semut. Tea Garden namanya cantik tetapi dak Nampak ada tanaman Teh dan rumah rehat terbengkalai sejak lebih 2 tahun dahulu. Tambahan lagi, taman bunga Tulip yang dahulunya diwar-warkan oleh kerajaan kini bertukar wajah jadi tapak tanaman kaktus tanpa sekuntum bunga Tulip. Kini tapak tersebut seolah-oleh menjadi harta syarikat kroni kononnya dengan sewa RM1 sahaja tetapi kerajaan dan rakyat tidak mendapat sebarang manfaat. Yang lebih menyayatkan hati adalah Observation Desk yang sepatutnya dijadikan tarikan pelancong kini bertukar wajah jadi bangunan merbahaya sehingga papan bangunan runtuh dan hancur. Bayangkan apabila pelancong luar Negara membaca risalah Tourism Malaysia yang penuh gambar berwarna-warni tetapi hakikat sebenar adalah menghampakan, mereka akan berasa tertipu dan Reputasi Negeri kita akhirnya akan menerima padah.
TYP, demi pembangunan perlancongan di Bandaraya Warisan Taiping yang juga diwakili oleh saya, saya ingin memohon satu penjelasan penuh tentang kedudukan sebenar projek pembinaan kereta kabel di Bukit Maxwell. Walaupun YB Pangkor pernah membuat pengumuman bahawa kereta cable yang menelan kos RM60 juta akan bermula tahun ini tetapi sehingga saat ini segalanya tetap dengar bunyi, tiada bayang. Apakah benar pemaju yang dipilih oleh BN tidak berupaya membinanya kerana tidak cukup modal? Apakah benar jika tidak cukup modal, mengapa kerajaan BN membuat keputusan memilih syarikat tersebut? Semua warga Taiping kini menunggu jawapan dari kerajaan untuk kisah benar.
TYP, Selain itu, Lihatlah juga kepada kompleks Sejarah Pasir Salak yang cuba mengagong-agongkan bekas MB Ramli Ngah Talib dan Riverine Resort yang BN belanjakan lebih RM56 juta. Bagaimana keadaannya sekarang? Berapakan pendapatan yang dijanakan dari projek tersebut?
TYP, memandangkan keadaan di atas, sukacita saya cadangkan jumlah RM18 juta ini diagihkan sebahagian besarnya untuk memperbaiki dan memulihkan infrastruktur kemudahan awam di semua destinasi perlancongan dan bukan membelanja dengan boros dengan promosi iklan sahaja yang tidak mencerminkan keadaan sebenar. Seperti pengumumam YB Sg Rapat, bahawa beliau menyatakan kerajaan akan belanja wang rakyat menghantar kontinjen makan angin memanjat Gunung Kota Kinabalu dan memacukan bendera Perak atas gunung tersebut sebagai tanda promosi Tahun Melawat Perak. Gimick sedemikian tidak akan membawa manfaat kepada Perak sebaliknya ia adalah satu pemborosan wang rakyat yang tidak masuk akal.
Mengikut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat sekurang-kurangnya 8 projek Gajah Putih bernilai RM22 juta dalam Negeri kita dan jika termasuk jeti dekat Pangkor yang menelan RM28 juta, jumlah RM50 juta ini sebaik-baiknya jika dibelanja dengan penuh berhemah, Negeri kita tidak akan ada belanjawan defisit sebaliknya kita akan mempunyai belanjawan seimbang. Pembaziran demi pembaziran dan pemborosan yang ketara kini telah mendatangkan kegawatan kewangan yang terpaksa dipikul oleh kita semua.
CADANGAN PEMBANGUNAN DUN PANTAI REMIS
TYP, memandangkan bajet kali ini memperuntukkan sejumlah RM321 juta tabung pembangunan, demi kesejahteraan rakyat dan kemudahan penduduk Ayer Tawar yang diwakili oleh saya, sukacita saya mencadangkan bahawa kerajaan memyambunng semula pembinaan jalan di jalan Api Kong sehingga ke Batu 16 di belakang pecan besar Ayer Tawar. Pembinaan jalan tersebut pernah diluluskan oleh kerajaan PR dan anggaran kos oleh JKR adalah RM5 juta. Pembinaan jalan tersebut akan membawa impak besar kepada kawasan Ayer Tawar dan rakyat akan mengenang jasa kerajaan kerana tidak memilih bulu walaupun ia adalah cadangan konstruktif dari wakil rakyat PR. TYP, memandangkan bajet kali ini adalah begitu tinggi, saya rasa adalah adil dan setimpal bahawa projek mencegah banjir dan pembinaan People's park dan Speaker corner yang pernah dicadangkan diteruskan di padang awam sebelah SMK Ayer Tawar. Ia adalah satu projek berkepentingan awam & berpandangan jauh supaya penduduk Ayer Tawar bebas dari mala petaka Banjir yang sudah lama merunsingkan.
TYP, kerajaan BN sentiasa menekankan bahwa mereka pentingkan Demokrasi dan bukan Demonstrasi, tetapi terbukti corak pentadbirannya jauh dari menepati janji. Saya bagi contoh, semasa pemerintahan PR, kita kembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih ketua kampong di semua 817 buah kampong Melayu Tradisonal dimana sekitar 30% juga dimenangi oleh warga kampong yang menyokong UMNO. Sistem Pemilihan Ketua Kamping ini terbukti PR komited untuk menganjurkan konsep demokrasi walau sehingga ke peringkat akar umbi. Bagaimanapun, setelah berlakunya rampasan kuasa pada Februari, 2009, kerajaan UMNO-BN yang zalim telah memecat semua ketua kampong yang dipilih oleh rakayat dan sebaliknya digantikan sistem perlantikan yang bercorak kuku besi dan untuk kuncu-kuncu dan hulu baling UMNO sahaja. Pemecatan ketua kampong tanpa sebarang pampasan kepada mereka yang mendapat mandate rakayat adalah satu perbuatan yang zalim dan menjijikkan. Apakah salah mereka? Adakah mereka rasuah? Rompak? Curi? Semuanya tidak tetapi mereka tetap dipecat kerana tidak menyokong UMNO.
TYP, BN sanggup membuang duit rakyat demi kerakusan mereka untuk kekalkan kuasa mereka. Sebagai contoh, untuk 5 negeri yang diperintah oleh PR, walaupun sudah wujud system JKKK yang setelah kian lama wujud, BN mewujudkan system dua kuda dengan mengadakan JKKP dan tindakan sedemikian telah memecah belahkan warga kampong dan mengakibatkan rakyat menanggung kos tambahan yang sepatutnya boleh dijimatkan. Umpamanya kerajaan terpaksa membayar RM603 juta imbuhan dan emolument kepada semua 15,291 Ketua Kampung JKKP dan JKKK. Jika BN menghormati mandat rakyat, jumlah besar ini boleh dijimatkan dan disalurkan untuk pembangunan Negeri.
Sebagai natijah, belanjawan ini bukan bajet omong kosong, ini bukan bajet angan-angan, juka bukan bajet yang menjanjikan bulan dan bintang dan ia semestinya bukan bajet buku jingga. TYP, Ini adalah bajet Defisit beri gula, bajet pancing undi, bajet angkat hutang untuk memperdayakan rakyat, ini bajet pilihanraya dan ini bajet yang akan memenangkan Pakatan Rakyat, Insya Allah.
Sekian, Terima Kasih. Saya menyusul tidak menyokong usul yang sebegitu rupa.
* Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Negeri Perak & ADUN Kawasan Pantai Remis
Razis hidup dalam buaian
MOHD. RAZIS masih menggunakan buaian di rumahnya di Sik, Kedah meskipun usianya sudah 19 tahun.
SIK – Dalam usianya yang sudah menginjak 19 tahun, Mohd. Razis Ilias dari Kampung Kenangan, Jeneri di sini mungkin sedang menuntut di sebuah universiti atau sudah bekerja untuk menyara kehidupan keluarga.
Namun, disebabkan penyakit saraf yang dihadapinya sejak bayi, anak bongsu kepada pasangan suami isteri penoreh getah itu hanya mampu terbaring lesu di dalam buaian seperti seorang bayi.
Mohd. Razis dikatakan mengalami sawan yang menyebabkan kekejangan saraf ketika berusia tiga bulan selepas diserang demam panas.
Lebih menyedihkan apabila susuk tubuhnya seperti kanak-kanak berusia lima tahun dengan kedua-dua belah kaki dan tangannya semakin membengkok akibat kekejangan.
Bapanya, Ilias Saad, 52, berkata, Mohd. Razis gemar menghabiskan masanya di dalam buaian kerana sekiranya diletakkan di atas tilam, dia akan merengek kerana kesakitan.
“Mungkin disebabkan kaki dan tangannya bengkok, dia tidak dapat berbaring dengan betul menyebabkannya berasa sakit," katanya di sini semalam.
kosmo/-
Kelantan bubar Dun ikut Pusat
KOTA BHARU, 23 Nov: Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama dengan kerajaan Pusat sekiranya pengumuman pembubaran parlimen dilakukan pada masa terdekat.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan Dun.
“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.
“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya.
Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan Dun diadakan sekali.
Tuan Guru berkata demikian sewaktu diminta mengulas oleh pemberita mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak akan membubarkan Dun Selangor sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan.
harakahdaily/-
100 Pesawah Tuntut Noh Omar Letak Jawatan
SEKINCHAN, 22 NOV : Hampir 100 petani dan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang menuntut Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk segera meletak jawatan sebagai menteri.
Tuntutan itu ekoran kegagalan beliau membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi.
Hari ini bertempat di Site B Sekinchan hampir 100 petani berkumpul sambil memegang kain rentang melaungkan slogan "hidup petani" , " naik subsidi RM50 seratus Kilo" dan " Noh Omar letak jawatan".
ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang turut sama menyertai perhimpunan aman itu berkata kerjaan pusat tidak mengamalkan unsur monopoli dalam urusan penjualan padi yang mengakibatkan kerugiaan kepada pendapatan pesawah.
" Kita minta supaya harga padi diapungkan untuk penjualan secara bebas,kita tidak mahu Beras Nasional (BERNAS) memonopoli pasaran,kita mahu harga padi dibeli kepada sesiapa yang menawarkan pada harga yang tinggi,harga itu perlu diapungkan supaya pasaran dijual pada harga bebas.
Menurut Ng, nasib para pesawah perlukan perhatian dan pembelaan kerana golongan ini hanya menuai dua kali setahun sebagai sumber pendapatan tahunan mereka.
Katanya tekanan ini semakin mendesak disebabkan kebanyakan para petani hidup dalam keadaan tersepit dan kesusahan angkara kos saraan hidup yang semakin tinggi.
Sehubungan itu beliau meminta agar kerajaan pusat menyemak harga subsidi padi yang tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lepas.
"Harga di paras RM24.81 untuk seratus kilogram sejak 20 tahun yang lalu,kita minta yang berhormat semak harga supaya dinaikkan kepada RM50.00.
Katanya dengan kenaikan harga subsidi ini akan membolehkan petani menikmati secara terus subsidi tersebut serta mengelak dari penglibatan 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan sebagimana berlaku sekarang.
Dalam pada itu Ng juga menggesa agar Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh.
Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi.
"Dibawah skim ini, insentif akan diberikan kepada mereka berjaya peningkatan hasil, contohnya pada musim yang pertama 5 tan,musim kedua 7 tan , dan musim ketiga 7 tan, maknanya sudah ada peningkatan sebanyak 2 tan, dan 2 tan itu akan dibayar dengan insentif ini iaitu 1 tan sebanyak RM650 dan 2 tan sebanyak RM1,300.
"Maknanya bantuan kepada golongan petani hilang,oleh yang demikian petani hari ini berdiri di sini, menyatakan rasa tidak puas hati, ke mana duit ini pergi dan Noh Omar perlu menjawab ke mana lesapnya wang RM110 juta.Dan jika Noh Omar tidak boleh menjawab kita mendesak agar beliau meletak jawatan kerana gagal membela hak petani," tegas beliau.
tv news/-
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
( 47 ) Perbahasan dari Adun Lubuk Merbau mendapat pujian dari Adun Pakatan Rakyat, speaker dan Adun Barisan Nasional. Antara intipati perbahasan Lubuk Merbau ialah supaya demi rakyat para ahli yang berhormat mengurangkan "politiking" dengan meletakkan agenda rakyat yang lebih utama.
( 47 ) Selepas perbahasan Adun BN dari alor pongsu yg agak lancar tanpa banyak gangguan. Sekarang adalah perbahasan dari wakil pas dari lubuk merbau, yb hj zainuddin yusof.
Saksi nampak gas pemedih ditembak ke hospital
Seorang saksi yang memberi keterangan pada siasatan awam Sruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, berkata, polis melepaskan gas pemedih mata berhampiran Hospital Bersalin Cina di Kula Lumpur dan turut menggunakan meriam air ke atas orang ramai yang berada di pintu masuk Hospital Tung Shin.
NONEYap Jee Kit (kiri), yang berkhidmat sebagai pembantu kepada exco Selangor, Elizabeth Wong juga mendakwa dirinya didera secara fizikal dan dicerca oleh pihak polis semasa ditangkap.
Katanya, pada hari kejadian, petang 9 Julai itu, beliau berjalan dari Brickfields untuk menuju ke Menara Maybank dengan memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0.
Menurutnya, dalam perjalanan itu, beliau juga melihat ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ditangkap ketika cuba berunding bagi pihak lebih 5,000 orang supaya pihak berkuasa membenarkan mereka melepasi sekatan polis.
"Terdapat ramai anggota polis pada hari itu dengan juga anggota dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Kami hanya berkumpul di sana sambil melaungkan beberapa slogan apabila polis memberi amaran dan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di Jalan Pudu.
"Sivarasa dan beberapa ahli politik lain yang cuba untuk berunding dengan pihak polis supaya orang ramai ridak dihalang tetapi sebaliknya, beliau pula ditangkap," katanya.
Akibat terkena gas pemedih mata, sebahagian daripada mereka mengambil keputusan untuk berlindung di dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital dan katanya, ketika itu, melepaskan tembakan meriam air ke arah orang ramai.
NONE"Saya dapat lihat ini dengan jelas dan beberapa daripada kami berlari mencari perlindungan ke Hospital Bersalin Cina yang terletahan bersebelahan.
NONE"Polis kemudian melepaskan tembakan beberapa kanister gas pemedih mata ke arah tempat letak kereta Hospital Bersalin Cina dan mulu meluru ke arah orang ramai.
Keterangan Yap pada hari kelima siasatan awam ini, bercanggah dengan kenyataan pihak berkuasa yang mempertahankan bahawa tiada gas pemedih mata dilepaskan di Hospital Tung Shin.
Pihak polis dan juga Kementerian Kesihatan pada mulanya menafikan bahawa tembakan meriam air dilepaskan ke perkarangan hospital.
Namun, bukti-bukti, khususnya gambar dan rakaman video yang tersebar di Internet memaksa pihak berkuasa menukar pendirian mereka.
malaysiakini/-
Mengapa Umno dan PERKASA tidak bersuara ketika MCA terus menerus menghina Islam?
“Lawak Jenaka yang teruk dan tidak sepadan! MCA menganjurkan forum yang bertemakan "Hudud dan Implikasi ke atas bukan Islam di Malaysia" pada 4 Dis. Dan pada semua orang, Presiden MCA, Chua Soi Lek yang dicemari skandal akan menyampaikan ucaptama serta ucapan penutup.
Yang pertama, adakah Chua seorang Muslim? Adakah dia sudah memeluk Islam? Adakah dia benar-benar memahami Hudud? Apa yang membuatkan beliau berhak keatas Hudud? Apakah perkataan "zina" di dalam kamus? Sudah tentu dia akan bersungguh-sungguh untuk menentang dan menghina Hudud kerana, jika dia telah memeluk Islam, dia telah dilempar batu hingga mati kerana menipu isteri dan keluarganya.
Politik hanya perlu berasaskan kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. Ia adalah niat buruk ahli-ahli politik yang kegilaan kuasa yang bertanggungjawab bagi keadaan semasa yang memalukan negara, hal ehwal - ketidakadilan, rasuah dan penghakisan hak-hak demokratik rakyat Malaysia.
Dengan Umno membenarkan MCA dan Soi Lek untuk memperkecil-kecilkan nilai-nilai Hudud sebagai undang-undang jenayah Islam, dengan itu menghina Islam, apakah salah rakyat Malaysia untuk mengatakan bahawa MCA memang anti-Islam? Jika ya, apa yang Umno dan Perkasa lakukan mengenainya? Apakah lidah mereka telah terputus?”
Terjemahan dan petikan padangan dari Jackson Ng seorang wartawan yang telah bersara (Malaysia Chronicle).
Kalau kita boleh buat kesimpulan bahawa memang Umno/Perkasa hanya berani bersuara apabila ianya melibatkan pembangkang tetapi apabila rakan mereka sendiri menghina dan mempertikaikan undang-undang Islam mereka senyap seribu bahasa. Sepatutnya mereka jangan biarkan MCA terus mencabar dan menghina Islam dengan mengatakan sekiranya perundangan Islam yang terdapatnya Hudud dalamnya akan menyebabkan negara ini akan mundur kebelakang dan pelabur akan lari.
Bukan semua rakyat Malaysia dan yang bukan Islam takut dengan perundangan Islam di Malaysia hanya mereka yang suka melakukan jenayah berat saja yang akan menentang perundangan Islam. Kita mendesak agar MCA hentikan perbuatan yang terus menerus mencabar dan menghina Islam. Kepada Umno/Perkasa mengapa membiarkan Islam di hina oleh MCA? Apa tindakan kamu untuk menghalang MCA terus mencabar dan menghina Islam?
Kita rakyat Malaysia tidak mahu ada orang yang cuba mengeruhkan keadaaan dengan memainkan isu agama seperti perbuatan yang melampau yang cuba dilakukan oleh MCA.
Islam yang di perjuangkan PAS bukan seperti yang digambarkan oleh Umno/BN tetapi lebih kepada membawa rakyat Malaysia hidup sejahtera, aman dan damai serta menegak keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS Miri
Jofri Jaraiee
Himpunan 50,000 rakyat Sabah 4 Februari
Sekatan terbaru bukti Najib berbohong hapus ISA
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Beberapa tindakan terbaru kerajaan BN menyekat hak rakyat untuk bersuara membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbohong untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Merujuk kepada tangkapan 13 orang di bawah ISA di Sabah, pembatalan program di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) melibatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan larangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terhadap pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari untuk membentangkan kertas kerja, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ianya bertentangan dengan pengumuman Najib 15 September lalu.
"Kejadian-kejadian yang berlaku mutakhir ini jelas menunjukkan segala komitmen yang disuarakan Najib hanya omongan dan retorik kosong.
"Apa yang dilakukan adalah sebaliknya dan bertentangan dengan apa yang dikatakan.
"Pembatalan program di UIA ternyata menghina kebebasan intelek dan hak mahasiswa," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut berkata, Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan janji Najib yang hanya ingin mengaburi mata rakyat.
"Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat walaupun apa sahaja yang dikatakan Perdana Menteri adalah omongan kosong.
"Ini hanya untuk mengaburi mata rakyat kononnya beliau ingin melakukan reform tapi sebenarnya mencekik dan meningkatkan lagi undang-undang zalim," katanya.
Sementara itu, Saifuddin melahirkan rasa terkejut dengan tindakan UIA membatalkan program yang akan dihadiri beliau kerana ianya kali pertama berlaku sepanjang beliau menjadi timbalan menteri.
Sementara itu, Aziz seperti dilaporkan media dijadualkan membentangkan kertas kerja di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) esok.
Bagaimanapun beliau pagi tadi menerima notis daripada pihak penganjur bahawa Mais meminta kertas kerjanya digugurkan.
Ia dipercaai kerana tindakannya mengkritik Sultan Selangor baru-baru ini.
harakahdaily/-
Pemuda PAS buka bilik gerakan banjir
“Sukarelawan untuk membantu pasukan penyelamat yang akan bertugas semasa banjir sangat diperlukan,” kata setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Kenyataan beliau merujuk kepada laporan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan di antara 20 peratus hingga 40 peratus daripada normal berbanding tahun lepas, di antara bulan November 2011 hingga Mac 2012.
Berdasarkan ramalan itu, dan sekiranya intensiti hujan yang tinggi turun dalam masa singkat, serta ditambah pula dengan keadaan air pasang, maka situasi banjir akan menjadi lebih buruk.
Negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi antara lain adalah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Sabah.
Fenomena air pasang besar pula diramalkan akan berlaku pada 25 Disember 2011 dan 23 Januari 2012.
“DPPM mengingatkan kepada negeri-negeri yang dijangka akan mengalami banjir besar ini supaya sentiasa berjaga-jaga terutama di musim hujan,” kata Khairul Faizi lagi.
Menurutnya, DPPM sudah siap terutamanya tenaga yang akan bertugas, tenaga penyelamat dan bantuan kecemasan.
DPPM juga, ujarnya siap menghulurkan tenaga bantuan dan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Beliau berkata, Bilik Gerakan Banjir dan Bencana Alam ditubuhkan di peringkat negeri.
Katanya, untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS negeri-negeri.
Harakah Daily
ISA : Najib tipu rakyat Malaysia
Kenyataan Media
Saya ingin menyatakan rasa kesal terhadap tindakan PM Najib yang telah menipu seluruh warga Malaysia berhubung isu pemansuhan ISA, rakyat pasti tidak akan lupa dengan pengumuman beliau pada 15 Sept lalu mengenai pemansuhan ISA.
Tetapi apa yang menjadi suatu realiti hari ini ialah satu negara telah dibohongi oleh pelopor 1Malaysia dan layaklah PM Najib dikenali sebagai 1 entiti Umno BN yang merupakan satu-satunya penipu negara yang makin reput.
Saya merasa amat kecewa, tidak percaya dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu bawah ISA (termasuk 3 pemimpin).
Saya ingin menggesa dan mendesak BN supaya segera bebaskan tahanan tersebut, isu ini juga disuarakan Suhakan supaya pihak berkuasa BN membebaskan kesemua tahanan dan memberikan mereka hak untuk dibicarakan.
Persoalan timbul apabila tindakan pimpinan BN ini tidak serupa sebagaimana yang diungkap, apakah status ISA sebenarnya? apakah benar ia akan dimansuhkan seperti diumumkan pada hari Malaysia lepas? Adakah wujud unsur penipuan terhadap Rakyat?
Inilah yang menjadi punca masalah Negara di mana setiap kata-kata pemimpin negara punyai niat mahu menipu rakyat, kewujudan parti-parti assobiyah (perkauman) seperti Umno khususnya telah menyebabkan perjuangan untuk kepentingan bangsa masing-masing diutamakan, senario sebegini amat malang untuk seluruh Malaysia.
Umno BN cuma mengutamakan hak elit pemimpin dan kroni mereka sahaja, buktinya berbilion wang negara gagal diurus tadbir supaya rakyat dapat manfaatnya, rakyat harus ambil contoh negara jiran yang tidak hanya mengikut telunjuk pemimpin yang secara terang-terangan berbohong kepada rakyat, kepada seluruh warga negara, perubahan masih boleh dan sempat dilakukan untuk selamatkan Malaysia.
Drs, Khalil Idham Lim
Ipoh, 22 Nov. 2011
PRU13: BN bukan lagi pilihan rakyat Sarawak
“Ini menunjukkan bahawa BN Sarawak sedang berhadapan masalah kepimpinan yang amat ketara,” kata ketua Pemuda PAS negeri, Mohammad Arifiriazul.
Katanya, sejak beberapa minggu lepas jelas terpampang di dada akhbar tempatan berita-berita berkenaan masalah kepimpinan dalam SUPP dan SPDP terutama sekali berkenaan kemelut parti-parti berkenaan dalam pemilihan parti tersebut.
“Perkara ini lebih jelas berlaku di dalam SUPP dimana penyandang presiden partinya tewas dalam pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak yang lepas dan terpaksa mengundur diri dalam pemilihan parti akan datang,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Miri dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, kemelut yang melanda parti-parti komponen BN Sarawak itu merupakan bebanan tambahan terhadap BN Sarawak yang sebelum ini telah terlepas 16 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihan raya negeri pada 16 April lepas.
Ini, ujarnya menyebabkan Pengerusi BN negeri yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan kemelut itu namun masih belum dapat meleraikan permalahan ini.
“Atau adakah sebenarnya kepimpinan Ketua Menteri sendiri sudah tidak diterima oleh pucuk kepimpinan parti-parti komponen BN Sarawak?” soalnya.
Menurutnya, permasalahan yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen BN Sarawak jelas menggambarkan bahawa BN Sarawak telah ketandusan kepimpinan yang mampu membawa Sarawak kepada negeri yang lebih baik.
Justeru, tambahnya, telah tiba masanya bagi rakyat Sarawak membuat pertimbangan untuk memilih selain daripada BN dalam pilihan raya khususnya dalam pilihan raya umum yang ke-13 akan datang.
"Dan momentum itu perlu diteruskan bagi membuat perubahan besar dalam kerajaan negeri Sarawak dengan memilih kerajaan negeri baru dalam pilihanraya negeri akan datang," katanya lagi.
Harakah Daily
Kemelut BN Sarawak petanda perubahan dalam PRU ke 13
Kemelut yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak terutama terhadap pucuk piminan di dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) semakin jelas berlaku. Ini menunjukkan bahawa BN Sarawak sedang berhadapan masalah kempimpinan yang amat ketara.
Sejak beberapa minggu lepas jelas terpampang di dada akhbar tempatan berita-berita berkenaan masalah kepimpinan dalam SUPP dan SPDP terutama sekali berkenaan kemelut parti-parti berkenaan dalam pemilihan parti tersebut. Perkara ini lebih jelas berlaku di dalam SUPP dimana penyandang presiden partinya tewas dalam pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak yang lepas dan terpaksa mengundur diri dalam pemilahan parti akan datang.
Kemelut yang melanda parti-parti komponen BN Sarawak ini merupakan bebanan tambahan terhadap BN Sarawak yang sebelum ini telah terlepas 16 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihanraya yang lepas. Pengerusi BN negeri yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan kemelut ini namun masih belum dapat meleraikan permalahan ini. Atau adakah sebenarnya kepimpinan Ketua Menteri sendiri sudah tidak diterima oleh pucuk kepimpinan parti-parti komponen BN Sarawak?
Permasalahan yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen BN Sarawak jelas menggambarkan bahawa BN Sarawak telah ketandusan kepimpinan yang mampu membawa Sarawak kepada negeri yang lebih baik.
Telah tiba masanya bagi rakyat Sarawak membuat pertimbangan untuk memilih selain daripada BN dalam pilihanraya khususnya dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang dan momentum itu perlu diteruskan bagi membuat perubahan besar dalam kerajaan negeri Sarawak dengan memilih kerajaan negeri baru dalam pilihanraya negeri akan datang.
Mohammad Arifiriazul,
Ketua Pemuda PAS Sarawak & Ketua Penerangan PAS Miri
Pajak 350,000 hektar tanah bercanggah Akta Felda
Pajakan tanah seluas 350 ribu hektar ini dilakukan bertujuan bagi menjadikan Felda Global Ventures sebagai syarikat perladangan kedua terbesar di Malaysia selepas Sime Darby yang memiliki tanah seluas 392 ribu hektar.
Bercakap pada satu sidang media di Parlimen, Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas menjelaskan Felda Global Ventures tidak mempunyai hak milik ke atas tanah tersebut.
"Tanah seluas 350 ribu hektar itu adalah milik Felda ataupun 500 ribu hektar adalah kepunyaan para peneroka. Felda Global Ventures hanya sekadar mengurus tanah-tanah tersebut.
"Felda Global Ventures hanya memiliki tanah seluas 42 ribu hektar untuk tujuan ladang sawit di Kalimantan yang masih di peringkat penanaman dan semaian.
"Kami berpendirian usaha memajakkan tanah Felda kepada Felda Global Ventures untuk tujuan penyenaraian bercanggah dengan Akta Felda, tujuan kerajaan negeri memberi tanah kepada Felda semata-mata adalah untuk tujuan dibangunkan dan menempatkan para peneroka di kawasan tersebut sejajar dengan semangat Akta Kemajuan Tanah sebagaimana yang dihasratkan Allahyarham Tun Razak sebelum ini," jelasnya.
Tambahnya lagi, berdasarkan Akta Kemajuan Tanah, kerajaan negeri tidak sewajarnya menyediakan tanah kepada Felda untuk diniagakan apatah lagi untuk tujuan penyenaraian di bursa saham.
"Oleh kerana itu kami menentang keras usaha untuk memajak tanah seluas 350 ribu hektar milik Felda kepada Felda Global Ventures untuk tujuan penyenaraian di bursa saham.
"Kami juga difahamkan dalam perjanjian Pajakan di antara Felda Global Ventures dengan Felda yang cuba disorokkan dari pengetahuan umum dan warga Felda di antara melibatkan tanah-tanah perladangan Felda yang diuruskan oleh Felda Plantation berjumlah 360 hektar.
"Serta tanah tambahan sedia ada Felda (additional existing land) yang telah dibenarkan oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan oleh Felda bagi tujuan pertanian mahupun perniagaan serta perumahan generasi kedua," katanya lagi.
Dalam pada itu Kamarul Baharin memberitahu dalam Perjanjian Pajakan tersebut juga menyatakan bahawa jika tanah sudah mendapat geran maka ia akan diserahkan kepada Felda Global Ventures secara automatik dan jika belum ia akan dipajakkan kepada Felda Global Ventures untuk tiga tahun dan disambungkan pajakan secara automatik sehingga 99 tahun.
"Sekiranya peneroka pada masa ini menjalankan kegiatan perniagaan, pertanian atau sosial di atas tanah milik Felda maka ia akan diambil alih oleh Felda Global Ventures.
"Warga peneroka Felda perlu bersedia mengosongkan tanah-tanah tersebut atau membayar sewa jika diperlukan atau dirampas oleh Felda Global Ventures bagi aktiviti lebih menguntungkan Felda Global Ventures.
"Tanah-tanah masa hadapan (Future Land) yang bakal dibeli atau dimiliki Felda akan diserahkan kepada Felda Global Ventures," sambungnya lagi.
Kamarul Baharin juga menegaskan agar para peneroka mendapatkan khidmat peguam bagi menuntut Felda mengemukakan salinan Perjanjian Pajakan Tanah Felda untuk ditelitikan dan mengesahkan jaminan ini sebelum 1 Januari 2012.
Sebelum itu dalam ucapan Belanjawan 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd (Felda Global Ventures) di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012.
Bagi tujuan penyenaraian itu, Felda berhasrat memajak tanah miliknya.
Harakah Daily
Dewan Rakyat tolak usul 13 ditahan ISA
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu untuk dibahaskan atas alasan menjaga keselamatan dan kerahsiaan negara.
Beliau sebaliknya berkata, hanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada hak untuk mendedahkan perkara itu dan pihak yang mahu mengetahuinya harus berhubung dengan KDN sendiri.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mahu usul itu dibahaskan kerana melibatkan tindakan kerajaan yang dilihat bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA.
"Sudah berapa lama kami (Pakatan Rakyat) tegaskan kalau mereka benar-benar bersalah bawa ke muka pengadilan, bukan guna ISA," katanya.
Tindakannya itu menyebabkan beberapa wakil BN bangun membantah.
Harakah Daily
Akta Perhimpunan sahkan Bersih 3 perlu disegera
Zambry bentang bajet pilihanraya.
IPOH, 23 Nov : Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak sebagai bajet pilihanraya.
Beliau berkata, Bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta. Bajet yang dibentangkan ini tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri. Ianya jelas hanya bersifat pemberian.
"Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri," katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang DUN Perak ditangguhkan.
Tambahnya lagi, bajet tahun 2012 ini mengalami defisit yang sangat besar. Ianya jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.
" Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan," tegasnya lagi.
Sidang ditangguhkan hingga esok dan akan berlanjutan hingga Jumaat.
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
( 46 ) Perbahasan dari wakil PR dari Canning sedang berlangsung.
( 45 ) Dewan hangat dengan perbahasan adun Pengkalan Baru mengeluarkan perkataan "mangkuk" dan dibantah, akhirnya dia pun dipanggil dengan "mangkuk" oleh Adun PR dari Pasir Pinji.
( 44 ) Saya dgn sebahgian adun pr yang lain sudah berada di dalam dewan semuala,
( 43 ) Sidang media berakhir dan sebahagian besar adun pr kembali ke dewan untuk ikuti sidang
( 42 ) Idham lim- saya juga melihat sikap emosi yang tidak terkawal oleh jelapang semasa menduduki kerusi timbalan speaker adalah punca sebenar kekecohan sidang dun hari ini. Ditambah dengan kurangnnya pengalaman dan kurang kuasai undang2 dewan menyebabkab keputusan adalah berat sebelah
( 41 ) Idham lim- saya juga melihat keputusan yang dilakukan oleh timbalan speaker di dalam dewan dengan sikap ingin menunjukan beliau ada kuasa dengan mengenepikan peraturan dewan adalah tidakan yang memalukan
( 40 ) Yb Nga - sikap dan histeria timbalan speaker memalukan dewan dan dia mestilah berundur dari jawatan itu sebab ia tidak layak.
( 39 ) Dato Ngeh- Jelapang disahkan mengeluarkan perkataan pelacur kepadanya, macam dia mahu jadi"ibu ayam" dalam dewan. Dia juga ingin menunjukkan kuasanya
( 38 ) Pantai Remis/yb nga- bangga dan terharu dengan sokongan semua Adun PR bersamanya untuk keluar dewan selepas keputusan tidak adil oleh speaker
( 37 ) Adun Pantai Remis sedang mengeluarkan kenyataan media dan menganggap sejarah hitam demokrasi perak berulang lagi.
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
( 36 ) Ds Nizar- kita protes sementara dan kita akan masuk semula untuk kedewan semula untuk ikut sidang. Protes ini hanya sementara sebagai protes.
( 35 ) Sivakumar- menganggap hee jelapang terlalu emosi dan mengatakan he ada menyebut" kalau berminat saya boleh aturkan pelacur". Ungkapan yang dibuat itu tidak ditarik balik juga, jadi kedua-duanya kena diambil tindakan.
( 34 ) Sidang media Adun PR sedang berlangsung dengan semua Adun PR keluar dari dewan dan berada dalam bilik sidang media.
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
( 33 ) Dewan masih hangat dengan pertikaman lidah dan bantahan dari adun pr termasuk Ds Nizar. Kami ambil keputusan keluar dewan secara beramai-ramai
( 32 ) Kerusi sudah dikeluarkan dan ada tanda dia akan dipaksa untuk keluar.
( 31 ) Yb Nga masih diapit oleh dua bentara dan tidak akur dengan keputusan speaker yang berat sebelah.
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
( 30 ) Persidangan masih hangat dan Pantai Remis bertegas untuk tidak keluar dan disokong oleh Adun PR yang bantah keputusan yang berat sebelah dan masih membantah keputusan speaker.
( 29 ) Adun PR bangun membantah sikap tidak adil keputusan yang hanya hukum Pantai Remis sedangkan tidakan jelapang semacam dibenarkan.
( 28 ) Sivakumar bangun dengan mengatakan Jelapang semasa di kerusi timbalan speaker juga menyebut mengenai "aturkan pelacur" dan juga minta juga ditarik balik. Dan minta Jelapang juga kena keluar dewan dan tidak diendahkan oleh dewan.
( 27 ) Suasana masih hangat dan Ganesan masih mengarahkan bentara mengeluarkan Pantai Remis dan dia digantung sehari persidangan iaitu hari ini sahaja
( 26 ) Pantai Remis masih tidak keluar dewan dan sekarang Ganesan mengambil tempat dan meneruskan arahan supaya Pantai Remis keluar.
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
( 25 ) Timbalan speaker mencarut-carut dan arah bentara kelarkan Pantai Remis tetapi tidak dipatuhi kerana dianggap tidak sah.
( 24 ) Bentara diarahkan untuk arah Pantai Remis keluar dewan. Timbalan masih arahkan Pantai Remis dikeluarkan berulang kali dan menampakan""kebodohannnya".
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
( 23 ) Persidangan disambung kembali dan timbalan speaker katak mengambil tempat dan memberi amaran kepada Pantai Remis supaya menarik balik dan bila ditanya apa perlu ditarik dan tidak dijawab. Beliau memberi amaran sebanyak 3 kali dan akhirnya dengan alasan tidak tarik balik lalau pantai Remis di suruh keluar dewan.
( 22 ) Pangkor mencadangkan sidang ditangguh 5 minit dan di sokong. Sidang diumumkan ditangguhkan selama 5 minit.
( 21 ) Pengkalan Hulu mencadangkan sidang ditangguhkan sebentar untuk menenangkan dewan yang kecoh dan riuh rendah akibat pertikaman lidah yang berlarutan antara timbalan speaker dengan Pantai Remis dan Pasir Pinji.
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
( 20 ) Sekarang timbalan speaker dari Jelapang. Mengambil tempat dan mengamuk dan meninggikan suara suruh wakil Pantai Remis tarik balik perkataan "katak" dan "pelacur politik".
( 19 ) Dewan kembali tenang dan Pantai Remis meneruskan perbahasan.
( 18 ) Dewan hangat bila adun sungai rapat menganggu ucapan perbahasan Adun Pantai Remis dengan cuba memperbetulkan fakta mengenai bajet defesit, namun tambah hangat bila Pantai Remis menyindir "tidak sabar untuk jadi MB" yang menimbulkan kemarahan dan pertikaman lidah dan suruh ditarik balik.
( 17 ) Sesi perbahasan sedang berjalan dengan pembahasan ke 2 dari pantai remis, YB Nga Kor Ming.
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
( 16 ) Beliau juga meminta waktu dalam 2 minggu untuk waktu pihak kerajaan keluarkan kelulusan. Wakil setiawan mendedahkan kepala surat dan cop menteri besar Perak telah dicuri dan salah gunakan untuk meluluskan kelulusan tanah diperak kepada kroni-kroni.
( 15 ) Dato Ngeh- Pakatan bersetuju dengan kenyataan kerajaan BN perak mempamirkan senarai kelulusan tanah kepada umum website, dan sebagainya.
( 14 ) Berada dalam sidang media bersama Dato Ngeh , Sivakumar dalam sidang media berkaitan dengan isu tanah yang dibangkitkan dalam dewan sebentar tadi.
( 13 ) Wakil kerajaan menjawab bersetuju keluarkan senarai dengan syarat senarai yang diluluskan semasa PR berkuasa diperak. Disambut oleh wakil Setiawan yang juga bekas exco kerajaan negeri yang di bersetuju
( 12 ) Adun setiawan membantah tindakan pihak kerajaan dalam penjelasan yang diselitkan dengan mengatakan dia tidak pandai mengira. Akhirnya beliau meminta supaya pihak BN menyenaraikan tanah yang diluluskan.
( 11) Adun setiawan bangun mohon penjelasan mengenai dan mendedahkan bagaimana penyelewengan tanah di perak berlaku. Termasuk bagaimana berlaku penyelewengan surat pejabat menteri besar dalam hal kelulusan tanah.
Seterika muka isteri
KUALA LUMPUR: Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya.
Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.
Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.
“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.
“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.
Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.
“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.
“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.
“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.
Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan.
MY METRO/-