23 November 2011

Dewan Rakyat tolak usul 13 ditahan ISA

27 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung penahanan 13 orang di Sabah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu untuk dibahaskan atas alasan menjaga keselamatan dan kerahsiaan negara.

Beliau sebaliknya berkata, hanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada hak untuk mendedahkan perkara itu dan pihak yang mahu mengetahuinya harus berhubung dengan KDN sendiri.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mahu usul itu dibahaskan kerana melibatkan tindakan kerajaan yang dilihat bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA.

"Sudah berapa lama kami (Pakatan Rakyat) tegaskan kalau mereka benar-benar bersalah bawa ke muka pengadilan, bukan guna ISA," katanya.

Tindakannya itu menyebabkan beberapa wakil BN bangun membantah.


Harakah Daily

Tiada ulasan: