15 Disember 2013

PAS Perak buat perubahan besar dalam AJK baru.



Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sesi 2013-2015

Pesuruhjaya  : Hj Razman Zakaria

Timbalan Pesuruhjaya 1 : YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

Timbalan Pesuruhjaya 2 : YB Ustaz Idris Ahmad

PAS Terengganu bentuk jawatankuasa sesi 2013-2015

11 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu membentuk jawatankuasa sesi 2013-2015 pada mesyuarat yang diadakan di pejabat perhubungan PAS negeri di sini, hari ini.


Pada mesyuarat yang dipengerusikan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saiful Bahri Mamat (gambar) itu, Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Abdul Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Yahaya Ali (Timbalan Pesuruhjaya 2) dan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (Timbalan Pesuruhjaya 3).

Mohd Amar, Husam kekal Timbalan P’jaya PAS Kelantan

11 Safar 1435H. [MOD] -
KOTA BHARU: Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, hari ini telah menyenaraikan jawatankuasa bagi sesi 2013-2015.


Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Timbalan Pesuruhjaya 2, Senator Datuk Dr Johari Mat (gambar) dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Datuk Husam Musa.

Rombakan kepimpinan PAS Kedah

11 Safar 1435H. [MOD] -
ALOR SETAR:  Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah sementara Dato’ Dr. Ismail Salleh dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi adalah muka baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.


Ketika mengumumkan senarai kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar selaku Pesuruhjaya memberitahu, lantikan dibuat adalah dengan mengambil kira bakal pemimpin akan datang yang perlu dipersiapkan dari awal.

Mayat timbul selepas solat hajat

11 Safar 1435H. [MOD] -
Dungun: “Mak dan ayah sayangkan Hanif, maafkan mak dan ayah... mak akan doakan semoga Hanif berada di sisi hamba yang soleh,” itulah kata-kata Tuminah Taib, 54, ke telinga Muhammad Hanif Jainuri, 18, selepas jenazah anaknya siap dikafan di Bilik Mayat Hospital Dungun, semalam.

Muhammad Hanif lemas ketika mandi bersama rakan sekuliah dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di pantai peranginan Teluk Bidara, dekat sini, kelmarin. 

Pengusaha bas sekolah mahu kenakan surcaj 40%

11 Safar 1435H. [MOD] -
Kesatuan pengendali bas sekolah mengumumkan bahawa anggota akan mengenakan surcaj tambahan 40 peratus ke atas kadar tambang apabila penggal persekolahan bermula bulan depan, sekiranya kerajaan tidak mendedahkan kadar baru bagi perkhidmatan itu.


Gabungan Persatuan Bas Sekolah (GPBS) meluluskan usul tersebut dalam mesyuarat agung tahunannya semalam ekoran kegagalan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat menjalankan semakan semula tambang.

Mangsa banjir di Pahang semakin berkurangan

11 Safar 1435H. [MOD] -
KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan semakin berkurangan kepada 4,751 berbanding 5,225 orang pada sebelah malam.


Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,197 keluarga itu ditempatkan di 45 pusat pemindahan dari 57 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.

S'gor teruskan program tuisyen percuma kepada rakyat

11 Safar 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) anjuran kerajaan negeri akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan demi meningkatkan lagi tahap pencapaian diraih setakat ini sejak dilaksanakan, pada Mac 2009.


Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata program bantuan kelas tusiyen percuma melalui skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu jelas mendapat sambutan majoriti rakyat Selangor yang menyokong pelaksanaannya.

Pastikan paras air kolam cukup, elak pengguna terjejas

11 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) diarah memastikan paras Kolam Imbangan Matang Pagar yang membekal air bersih kepada pengguna di Lembah Klang berada sekurang-kurangnya pada paras 6 meter sebelum henti tugas pada 17 Disember ini.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media semalam, berkata arahan itu bagi memastikan paras air di kolam berkenaan tidak jatuh bawah paras 1.5 meter bagi mempercepat pemulihan bekalan kepada pengguna yang terjejas ekoran henti tugas loji.

Tol naik, syukur Malaysia masih aman

11 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan mendapat kritikan masyarakat di media sosial.


Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.