22 April 2014

Feri Karam: Angka Kematian Cecah 104 Orang, 198 Lagi Masih Hilang

23 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

Feri Sewol.
JINDO: Angka kematian tragedi feri karam di Korea Selatan mencecah 104 orang manakala 198 lagi masih hilang.

Feri Sewol yang membawa 476 penumpang, kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah, terbalik dan karam di perairan Korea Selatan pada Rabu lalu.

Remaja Sembunyi Di Roda Pesawat Terselamat Selepas 5 Jam Rentasi Lautan Pasifik

23 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

Hawaiian Airlines.
LOS ANGELES: Seorang remaja bernasib baik apabila terselamat daripada kesejukan melampau dan kesukaran untuk bernafas selepas menyelinap masuk ke bahagian tayar pesawat yang dalam perjalanan dari California ke Hawaii.

Bekas wakil rakyat PAS Kelantan tubuh Wira

23 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
Harakahdaily/-

KOTA BHARU: Seramai 52 bekas wakil rakyat PAS Kelantan termasuk yang pernah bertanding pada pilihan raya umum pertama selepas merdeka iaitu pada 1959 kini bernaung di bawah sebuah persatuan.

60 parti politik Thai bincang tarikh p'raya

23 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

BANGKOK: Parti-parti politik Thailand mengadakan perjumpaan hari ini untuk berbincang mengenai tarikh pilihan raya dan langkah yang perlu diambil untuk memastikannya berjalan lancar.
    
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Somchai Srisitthiyakorn berkata lebih 60 parti politik akan menghadiri mesyuarat itu bagi membincangkan perkara berkaitan pilihan raya baharu yang bakal diadakan.
    
Perjumpaan itu akan disiarkan secara langsung oleh dua saluran televisyen dan wakil setiap parti akan diberi masa satu minit setengah untuk bercakap. 

Fomca: Bas dua tingkat mudah terbalik

23 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -


Kekerapan berlakunya kemalangan membabitkan bas dikhuatiri menjejaskan usaha kerajaan untuk menggalakkan orang ramai mengguna pengangkutan awam terutamanya bagi perjalanan yang jauh dan ketika musim perayaan.