06 April 2011

Catatan Perjalanan 1 : Malaysia sudah tiada hala tuju ? BN yang kuno, rasis dan banyak merugikan rakyat.

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Dalam perjalanan ke lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang saya sempat menerima satu panggilan dari wartawan The Malaysia Insider, Salena Tay yang bertanyakan satu soalan temuramahnya pada hari ini iatu, apakah halatuju politik Malaysia pada hari ini.

Walaupun soalannya nampak pendek namun jawapan yang saya berikan agak panjang dan sangat sesuai saya angat sebagai bahan ulasan selama saya berada dalam kapalterbang Penang-Kuching yang memerlukan masa 2 jam yang lebih dari cukup untuk mengulas tajuk atau soalan yang sehangat itu.

Saya aktif dalam politik sejak balik dari melanjutkan pengajian selama 6 tahun di Aceh Indonesia dan sekali lagi saya pernah berada di China selama 2 tahun untuk menuntu Bahasa Manderin, serta sepenuh masa berada di China selama 2 tahun juga untuk menjalankan perniagaan . Di sana saya kira naik turun politik dalam negara kita sudah berada ditahap yang paling terus dalam sejarahnya.

Bayangkan usaha untuk menjatuhkan lawan politik oleh musuhnya yang melibatkan peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim pada anggapan kita sudah dikemuncaknya bila dia difitnah dengan kes liwat 1 yang memalukan. Konspirasi yang berjalan dengan terancang dengan penyalahgunaan pelbagai agensi dan kementerian sehingga hakim pun pada masa itu digelar dengan hakim “coklat hack”.

Musuh Anwar ternyata berjaya menjatuhkannya dan menyebabkan dia merengkuk dalam penjara dan tidak dapat aktif dalam politik untuk tempoh yang agak panjang, namun Tuhan maha kaya dengan Anwar akhirnya dibebaskan dan parti yang muncul dari sokongan rakyat yang simpati bila cetusan reformasi 1998 ternayata terus hidup dan makin berakar umbi.

Banyak menjangkakan gerakan reformasi dan PKR akan berkubur seperti berkuburnya Semangat 46 bila Anwar dibebaskan kerana katanya PKR dan gerakan itu ujud banyak kepada usaha untuk membebaskan Anwar, namun jangkaan itu jauh meleset dan kita menyaksikan bagaimana PKR semakin menguat dan menjadi ancaman besar kepada BN sehingga tsunami politik 2008.

Tsunami politik 2008 menyaksikan bagaiman kekuatan Barisan Alternatif (BA) antara PAS dan PKR dengan kejasama yang erat PKR dengan DAP menyebabkan hasrat untuk melihat perlawanan satu lawan satu berjaya memojokkan BN dengan keputusan 5 negeri dikuasai oleh satu gagasan yang muncul sesudah itu dikenali pada masa ini dengan nama Pakatan Rakyat.

Peranan Anwar sebagai tulang belakang kepada perjuangan rakyat untuk melihat Malaysia diselamatkan dengan wadah Pakatan Rakyat makin menguat bila isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh dengan memberi laluan kepada Anwar bertanding dan menang dengan majoriti lebih besar.

Satu perkara yang menarik bermula dari itulah saya melihat usaha untuk mengalahkan Pakatan Rakyat, dalam konteks kerusi Permatang Pauh Anwar sebagai calonnya, berlaku dengan jalan yang paling jikik dan memalukan.

Semasa itulah Saiful Bukhari diarak kesana sini dan bersumpah menggunaakan Al Quran dalam konspirasi fitnah liwat 2 untuk mengaibkan Anwar. Kempen BN dengan menggunakan isu ini dengan hasrat rakyat menolak Anwar ternyata tidak berhasil.

Kejayaan Anwar mempertahankan kerusi Parlimen Permatang pauh menyebabkan beliau dilantik sebagai ketua pembangkang menggantikan Isterinya.

Kedudukan Anwar sebagai Ketua pembangkang dengan pengalamannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan menyebabkan ianya digeruni oleh pihak BN.

Kerana itu saya mendapati apabila terdapat banyak percanggahan fakta dan perbicaraan yang panjang mengenai liwat 2 tidak berhasil sehingga saat ini maka muncul satu lagi projek mega UMNO dan BN untuk mengaibkan Anwar. Lebih menarik bila hari pembubaran DUN Sarawak dijadikan hari penayangan video fitnah itu , dan bermula pula fitnah liwat 3.

Walaupun dinafikan oleh pemimpin UMNO dan BN ternyata rakyat faham dan kenal siapakah watak Rahim Tamby Chik dan pihak yang menempah tempat di Carcossa Sri Negara adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang Perak.

Siri konspirasi menjatuhkan maruah pemimpin Pakatan Rakyat yang ternyata gagal juga. Kita juga dikejutkan dengan usaha menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan Ayah Pin yang sesat itu. Pemimpin DAP juga tidak tandus dengan serangan dan fitnah yang pelbagai.

Media pro BN hampir setiap hari menyiarkabn berita rekaan kononnya Melayu Pulau Pinang di tindas oleh Ketua Menteri Lim Guang Eng. Semuanya tidak betul kerana Ketua Menteri sekarang dari DAP. Kalaualah dia masih Kho Su Kon buatlah apa saja semuanya dikira betul.

Inilah jawapan saya kepada soalan wartawan tadi, dimana halatuju Negara dan pemimpin yang ada ditampuk pemerintahan sekarang sudah sangat bercelaru dan sangat buntu. Demi untuk kekal berkuasa mereka ternayata sudah tidak ada daya upaya lagi mempertahankan dasar BN yang kuno, rasis dan banyak merugikan rakyat.

Setiap kali pilihanraya yang berlangsung sebelum ini sehingga PRU ke 12 menyaksikan politik pembangunan dengan menjaja kononnya hanya BN yang mampu mentadbir dan membangunkan Negara. Isu ini bagi saya sudah ketinggalan zaman untuk PRU ke 13.

Kerana itu saya melihat tidak ada daya upaya lagi yang pelu dilakukan oleh pemimpin BN untuk menang dalam Pilihanraya di Sarawak dan PRU ke 13 dengan melakukan serangan terhadap peribadi dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Bagaikan ada nasihat dari APCO Yahudi, serangan ini dilakukan secara terancang dan mendapat kerjasama dari agensi penguatkuasa yang ada. Media membesarkan kenyataan Ketua Polis yang dengan cepat mengumumkan bahawa Video itu tulin. Malah ungkapan dalam teks berita tv, radio dan media cetak “Video sex yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang” adalah ungkapan yang jauh sekali tersasar dari pemberitaan yang sepatutnya kerana tidak ada pengesahan yang mengatakan benar bahawa watak itu adalah seperti yang dituduh.

Mengejutkan lagi bila ada pihak yang menyiarkan sedikit sedutan video itu dalam Youtube, sedangkan ianya masih dalam siasatan . Bocornya bahan bukti yang cuma dikatakan oleh yang lebih saya suka dengan panggilan “3 jahanam” hanya ada satu salinan dan telah diserahkan kepada polis adalah satu lagi tragedi yang mencalar kepercayaan pihak yang berwajib.
Itulah hala tuju pemimpin UMNO dan BN masa kini untuk mempertahankan kuasa dengan agenda memburukkan pemimpin PR.

Kalau begitulah caranya saya kira ianya merupakan bukti yang sangat kuat bahawa BN sudah sampai dipenghujung usianya bersama parti komponennya. Usia senja BN akan menyaksikan bahawa mereka sudah tidak ada hujah untuk berdepan dengan realiti rakyat perlukan perubahan pada batang tubuhnya seperti yang dilakukan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan selama 11 bulan di Perak.

Contohnya bila berdepan dengan janji 100 hari Buku Jingga, sepatutnya mereka memikirkan bagaimana membuktikan tawaran itu mampu juga dilakukan oleh BN, bukannya menolak secara mentah-mentah dan menuduh PR akan bankrapkan negara.

Kerana itu BN akan menerima padah akibat kerja jijik mengaibkan orang lain . Agama dan moral tidak sesekali membenarkan kerja jahat itu. Kerana itu rakyat perlu membantu Bn dan UMNO dengan menghentikan mereka dari terus melakukan kejahatan dan fitnah yang terkutuk itu.

Caranya tidak lain dengan mengalahkan mereka dalam Pilihanraya Sarawak dan PRU ke 13 akan datang.

*Catatan perjalanan dalam penerbangan Pulau Pinang-Kuching 6 April 2011/-

Mengapa SPR ambil masa sahkan calon BN

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Hazayani Zakaria

KOTA SAMARAHAN, 6 Mac: Bantahan PAS yang mendakwa calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud gagal mengemukakan penyata kewangan Pilihan Raya Negeri pada 2006 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Penolakan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu satu di antara PAS dan BN-PBB di N15 Dun Muara Tuang.

PAS meletakkan calon wanita, Noraini Hamzah (gambar) manakala BN-PBB diwakili Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.

Pengumuman itu dibuat pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan jam 1.30 petang tadi setelah mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut.

Setelah beberapa peguam yang mewakili PAS menggesa SPR membuktikan dakwaan itu, SPR akhirnya menunjukkan warta kerajaan negeri yang mengandungi penyata kewangan tersebut.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan kelemahan dokumentasi SPR sehingga mengambil masa yang lama untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dihantar.

"Saya terima jawapan SPR bahawa Datuk Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tapi kenapa mereka perlu mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pengesahan bahawa penyata telah dihantar," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga berkata, situasi yang berlaku ini menggambarkan SPR tidak membuat persiapan rapi untuk menerima sebarang kemungkinan.

"Ini menunjukkan kelemahan rekod dokumentasi yang ada dalam simpanan SPR. Sepatutnya mereka telah membuat persediaan awal.

"Kalau kelemahan ini pun ketara apatah lagi pengurusan pilihan raya yang lain. SPR harus beri tumpuan kepada dokumentasi dan persoalan yang lebih bersifat demokratik dalam proses pilihan raya," katanya.

Terdahulu, Noraini menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi manakala Mohamad Ali menyerahkan borangnya pada jam 9.25 pagi.

Perarakan calon bermula dari Masjid At-Takwa kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon.

Selain Mhfuz, turut mengiringi calon pagi tadi ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak dan Wilayah Persekutuan, Ustaz Abu Bakar Husain dan Mohammad Nor serta beberapa pimpinan lain.

Kira-kira tiga ratus penyokong menyertai perarakan dan berkumpul di luar pusat penamaan sehingga selesai proses penamaan.

Senarai penuh calon p'raya Sarawak

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

N01: OPAR: SARAWAK: 8,099

1. Stephen ak Sagir (SNAP)
2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas)
3. Boniface Willy ak Tumek (PKR)
4. Ranum ak Mina (BN-SUPP)

Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 3,585
Majoriti: 2,183

N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100

1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)
3. John Tenewi Nuek (PKR)

Penyandang: Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 3,203

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936

1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
3. Nani Sahari (PAS)

Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,545
Majoriti: 4,136

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,217
Majoriti: 2,164

N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437

1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB)
2. Ali Hossen bin Abang (PKR)

Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,094
Majoriti: 3,605

N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796

1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)

Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,885
Majoriti: 4,572

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942

1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)

Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,365
Majoriti: 2,488

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431

1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798

N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576

1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)
2. Wong King Wei (DAP)
3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)

Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR)
Undi diperolehi: 8,002
Majoriti: 1,417

N010: PENDING: SARAWAK: 29,488

1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)

Penyandang: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi: 11,632
Majoriti: 4,372

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833

1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)

Penyandang: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi: 8,806
Majoriti: 3,407

N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301

1. Chong Chieng Jen (DAP)
2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)

Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP)
Undi diperolehi: 6,579
Majoriti: 531

N013: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664

1. Christina Chew Wang See (DAP)
2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,755
Majoriti: 4,180

N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799

1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (PKR)

Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,949
Majoriti: 5,063

N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820

1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)
2. Noraini Hamzah (PAS)

Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehil: 7,863
Majoriti: 6,327

N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955

1. Willie ak Mongin (PKR)
2. Wejok ak Tomik (Bebas)
3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP)
4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)

Penyandang: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,540
Majoriti: 3,988

N017: TARAT: SARAWAK: 16,352

1. Ateng ak Jeros (SNAP)
2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB)
3. Peter Ato ak Mayau (PKR)

Penyandang: Roland Sageh (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,854
Majoriti: 3,256

N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497

1. Kipli bin Ale (Bebas)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
3. Christopher ak Kiyui (PKR)
4. Anthony ak Nais (SNAP)

Penyandang: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,107
Majoriti: 4,256

N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466

1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB)
3. Amin ak Banti (Bebas)
4. Belayong ak Jayang (SNAP)

Penyandang: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,635
Majoriti: 1,981

N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656

1. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
2. Mahayudin Wahab (Bebas)
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)

Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,715
Majoriti: 858

N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104

1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
2. Mashor Hussen (PKR)
3. Zaini bin Le' (Bebas)
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)

Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,786
Majoriti: 3,350

N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042

1. Ali bin Semsu (Bebas)
2. Adam Ahid (PAS)
3. Julaihi Narawi (BN-PBB)

Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,748
Majoriti: 2,448

N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745

1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)
2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)
3. Simoi Peri (BN-PBB)

Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,245
Majoriti: 1,870

N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868

1. Razaili Gapor (BN-PBB)
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,796
Majoriti: 895

N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798

1. Ibi ak Uding (PKR)
2. Snowdan Lawan (BN-PRS)
3. Dan ak Giang (SNAP)
4. Lipeh ak Mawi (PCM)
5. Cobbold ak Lusoi (Bebas)
6. Sujal ak Gansi (Bebas)

Penyandang: Snowdan ak Donald Lawan (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,075
Majoriti: 1,516

N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778

1. Mong ak Dagang (BN-PRS)
2. Lias ak Julai (Bebas)
3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)
4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)

Penyandang: Mong ak Dagang (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,083
Majoriti: 1,007

N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488

1. Leon Jimat Donald (DAP)
2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,144
Majoriti: 4,258

N028: ENGKELILI: SARAWAK: 9,444

1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP)
2. Jimmy Simon Maja (Bebas)
3. Semijie ak Janting (SNAP)
4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)

Penyandang: Dr Johnical Rayong ak Ngipa (SNAP)
Undi diperolehi: 3,442
Majoriti: 426

N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728

1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)

Penyandang: Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,907
Majoriti: 1,854

N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054

1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB)
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)

Penyandang: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,441
Majoriti: 94

N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109

1. Joe ak Unggang (SNAP)
2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR)
3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas)
4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)

Penyandang: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,767
Majoriti: 2,677

N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657

1. Dayrell Walter Entrie (SNAP)
2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR)
3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB)

Penyandang: Robert Lawson Chuat (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,258
Majoriti: 1,878

N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167

1. Ismail bin Hussain (Bebas)
2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)

Penyandang: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
Undi diperolehi: 7,396
Majoriti: 5,929

034: KRIAN: SARAWAK: 11,016

1. Liman ak Sujang (SNAP)
2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
3. Banyi ak Beriak (Bebas)
4. Ali ak Biju (PKR)

Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,784
Majoriti: 2,089

N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623

1. Abdul Wahab Abdullah (PKR)
2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas)
3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB)

Penyandang: Hamden Ahmad (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,102
Majoriti: 3,316

N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891

1. Abdullah Saidol (BN-PBB)
2. Ong Chung Siew (PKR)
3. Ajiji Fauzan (Bebas)

Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,479
Majoriti: 3,226

N037: DARO: SARAWAK: 7,305

1. Murni Suhaili (BN-PBB)
2. Jamaludin Ibrahim (PKR)
3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas)
4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas)

Penyandang: Murni Suhaili (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding)

N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635

1. Asbor Abdullah (Bebas)
2. Abdul Hafiz Noh (Bebas)
3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)

Penyandang: Abu Seman Jahwie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,567
Majoriti: 1,710

N039: REPOK: SARAWAK: 18,481

1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
2. Dr Wong Hua Seh (DAP)

Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,502
Majoriti: 576

040: MERADONG: SARAWAK: 15,337

1. Ling Kie King (BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui (DAP)

Penyandang: Ting Tze Fui (DAP)
Undi diperolehi: 5,990
Majoriti: 3,578

N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274

1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)

Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,138
Majoriti: 1,763

N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487

1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR)
2. Wong ak Judat (BN-SPDP)
3. Labang ak Jamba (SNAP)

Penyandang: Wong ak Judat (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 5,086
Majoriti: 3,007

N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058

1. Alexander Vincent (BN-PRS)
2. Yakup Khalid (Bebas)
3. Adeh ak Denong (PCM)
4. Michael ak Lias (SNAP)
5. Aris ak Alap (PKR)

Penyandang: Gabriel Adit ak Demong (IND)
Undi diperolehi: 2,582
Majoriti: 549

N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944

1. Kong Tat Kim (PCM)
2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
3. George Chen Nguk Fa (PKR)
4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)

Penyandang: Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,045
Majoriti: 2,289
N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926

1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)

Penyandang: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi: 10,380
Majoriti: 4,751

N046: DUDONG: SARAWAK: 26,251

1. Yap Hoi Liong (DAP)
2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP)
3. Apandi Abdul Rani (Bebas)

Penyandang: Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,359
Majoriti: 408

N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743

1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,804
Majoriti: 2,504

N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808

1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
2. David Wong Kee Woan (DAP)

Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,375
Majoriti: 263

N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197

1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815

N050: DALAT: SARAWAK: 11,857

1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR)
3. Salleh Mahali (Bebas)

Penyandang: Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding)

N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792

1. Suriati Abdullah (PKR)
2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)

Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 5,726


N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244

1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
2. Mengga ak Mikui (PKR)

Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,639
Majoriti: 2,377

N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604

1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM)
2. Paul Anyie Raja (PKR)
3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS)
4. Entali ak Empin (Bebas)

Penyandang: John Sikei ak Tayai (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,739
Majoriti: 2,852

N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322

1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)
3. George ak Lagong (Bebas)

Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,965
Majoriti: 3,239

N055: KATIBAS: SARAWAK: 8,542

1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB)
2. Toh Heng San (SNAP)
3. Munan ak Laja (PKR)

Penyandang: Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,887
Majoriti: 3,332

N056: BALEH: SARAWAK: 11,287

1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,330
Majoriti: 4,802

N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463

1. John Bampa @ Tusau (SNAP)
2. Liwan Lagang (BN-PRS)
3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR)
4. Michael Jok (Bebas)
5. Matthew ak Munan (Bebas)
6. Kenneth Adan Silek (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 1,855
Majoriti/Majority: 227

N058: JEPAK: SARAWAK: 12,979

1. Ramli Malaka (SNAP)
2. Abdul Jalil Bujang (PKR)
3. Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB)
4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas)
5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas)

Penyandang: Datuk Talip Zulpilip (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,997
Majoriti: 3,179

N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225

1. Chiew Chiu Sing (DAP)
2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)

Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP)
Undi diperolehi: 8,517
Majoriti: 1,664

N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082

1. Liam Rengga (Bebas)
2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR)
3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
4. Ungun ak Bayan (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,750
Majoriti/Majority: 1,572

N061: BEKENU: SARAWAK: 10,672

1. Rosey Yunus (BN-SPDP)
2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM)
3. Thony ak Badak (SNAP)
4. Ishak Mahwi (PKR)

Penyandang: Rosey Yunus (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,357
Majoriti: 3,072

N062: LAMBIR: SARAWAK: 14,144

1. Ripin Lamat (BN-PBB)
2. Zolhaidah Suboh (PKR)
3. Johari Bujang (SNAP)

Penyandang: Aidan Wing (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,331
Majoriti: 2,834

N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600

1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,573
Majoriti: 3,918

064: PUJUT: SARAWAK: 22,577

1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)
2. Fong Pau Teck (DAP)

Penyandang: Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,493
Majoriti: 1,370

N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432

1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799


N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093

1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
2. Michael Ding Tuah (Bebas)
3. Gerang ak Dagom (PKR)
4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)

Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,954
Majoriti: 4,284

N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623

1. Harrison Ngau Laing (PKR)
2. Kebing Wan (SNAP)
3. Jok Ding (Bebas)
4. Dennis Ngau (BN-PBB)

Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,593
Majoriti: 2,771

N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471

1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
2. Leong Kwang Yew (DAP)
3. Usop Jidin (Bebas)
4. Ladis Pandin (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,501
Majoriti/Majority: 3,229

N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636

1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
2. Dr Lau Liak Koi (PKR)
3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,961
Majoriti/Majority: 1,262

N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958

1. Baru Bian (PKR)
2. Willie Liau (BN-SPDP)

Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 2,064
Majoriti: 475

N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983

1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
2. Japar Suyut (PKR)

Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,596
Majoriti: 5,275

6,Apr Wajah Sarbani - Pegawai Kastam Yang Mati Di Bangunan SPRM

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com

Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya

Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, “antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.”

“Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam,” kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

“Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

“Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

“Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

“Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan,” katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.

“Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

“SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan,” kata kenyataan itu lagi. -TMI



Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Sambil menyuarakan rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu, mereka juga turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kematiannya yang agak tragis.

Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad berkata, kematian Allahyarham menimbulkan satu tanda tanya yang sama juga dengan mendiang Teoh Beng Hock kerana ia dilaporkan terjatuh ketika dalam proses siatan SPRM.

Menurut beliau, perkataan terjatuh memberikan gambaran tidak sengaja, tetapi yang menimbulkan tanda tanya, yang dikatakan terjatuh itu bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa.

"Kalau kanak-kanak yang jatuh mungkin benar tidak sengaja kerana melompat dan sebagainya tetapi kalau orang dewasa, ini mungkin kerana terpaksa melompat atau ditolak," katanya ketika mencelah perbahasan yang sedang disampaikan oleh Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Azan Ismail, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Azan ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 bagi bacaan kali kedua, turut menyentuh perkara itu dan turut merakamkan rasa kesal, terharu serta takziah kepada keluarga mangsa bagi pihak dirinya serta kesemua rakan-rakannya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak Dewan Rakyat agar mengambil perhatian serius mengenai perkara itu supaya mendesak kerajaan jangan membiarkan lagi kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang.

"Kejadian terbaru ini jelas akan lebih menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Secara kebetulannya pula mangsa dan SPRM adalah sama-sama dari agensi penting kerajaan yang sama-sama terlibat dengan tugas penguatkuasaan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul ketika bangun mencelah berkata, kejadian terbaru itu ternyata bukan sekadar menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM, tetapi menjadikan SPRM bukan lagi agensi yang boleh diharapkan lagi untuk melakukan penyiasatan, tetapi tempat kematian.

"Selepas ini kalau ada sesiapa lagi yang akan disiasat oleh SPRM termasuk ahli-ahli Parlimen sendiri mestilah turut membawa bersama kain putih," katanya sinis.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga dari PKR ketika bangun untuk turut memperkatakan perkara itu turut bersetuju dengan hujahan tersebut, tetapi dihalang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk diperkatakan dengan lebih jauh.

Sebelum itu, kesemua ahli Parlimen terbabit turut gagal untuk memperkatakan perkara itu dengan lebih jauh kerana dihalang keras oleh beliau, atas alasan perkara itu menyimpang dari tajuk perbahasan.

Ketika membangkitkan perkara itu, mereka turut diganggu oleh wakil BN yang membawa gambaran kejadian itu adalah kejadian amat kecil kepada mereka dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat. -HD



Ulasan GB

Seperti yang GB ulas sebelum ini, kenyataan/alasan SPRM tidak dapat diterima. Ia semacam sengaja ada satu gap kononnya mangsa bersendirian.

pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.

Gap itu serupa macam kes Teoh dimana dikatakan Teoh dibiarkan sendirian berbaringan di sofa pejabat SPRM.

Jadi kali ini tidak mungkin rakyat boleh menerima alasan orang yang disiasat "membunuh diri".

SPRM tidak perlu berteori lagi dan polis tidak perlu melakukan cover up sepertimana kes Teoh Beng Hock dan Datuk T.

Rakyat sudah buka mata dengan sebesar-sebesarnya terhadap SPRM dan PDRM.

Wanita disyaki bomoh kena serang

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

MUKAH, 6 April: Pusat penamaan calon N.51 Dun Balingian hari ini kecoh apabila calon Bebas, Salleh Jaafar menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut laman web http://n51balingiankeadilan.wordpress.com/ beliau yang keluar dari dewan penamaan calon itu terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita tersebut sebagai perosak negeri Sarawak, malah menjerit wanita tersebut sebagai bomoh yang selama ini bersama Taib untuk memusnahkan negeri Sarawak.

Dalam masa yang sama beliau juga menjelaskan kepada orang ramai jika tidak percaya boleh bertanya dengan Taib sendiri siapa sebenarnya wanita tersebut.

Wanita tersebut yang berbangsa asing itu dilihat melarikan diri dari Salleh kerana ingin mengelak dari terus diserang.

Dalam masa yang sama beberapa penyokong BN mula mengawal wanita tersebut dan membawa lari ke suatu lokasi yang tidak diketahui.


SEMOGA ALLAH PELIHARA DIRI DAN KELUARGA KITA DARI AZAB HASIL KERJA FITNAH MEREKA

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Bila kita membicarakan soal video seks yang dikaitkan dengan DS Anwar, kita hendaklah memikir dengan menggunakan akal fikiran serta ilmu agama yang sedikit sebanyak ada pada kita.

Tahukah kita, apabila kita bersekongkol dengan puak mereka, samada menyokong cara mereka, mempercayai fitnah mereka atau redha dengan perbuatan mereka yang terus membiarkan fitnah ini berleluasa, maka kita sama seperti mereka? Alangkah ruginya kita jika jadi sebahagian dari puak mereka itu kerana kita sedar betapa besarnya dosa melakukan fitnah zina ke atas seseorang.

Cuba kita bayangkan, kita di pihak keluarga Anwar. Apakah yang kita akan rasai? Jika isteri atau suami, ibu atau ayah kita difitnah sedemikian rupa, apakah yang kita rasai? Harus kita ingat, jika kita terbabit dengan perbuatan sedemikian rupa atau bersubahat, suatu hari nanti kita bimbang Allah timpakan ke atas diri atau keluarga kita. Tatkala itu, baru kita ketahui betapa fitnah itu amat zalim dan jijik.

Bukan kita taksub terhadap sesiapa. Jika benar tetap benar, salah tetap salah. Tetapi gunakanlah undang-undang untuk mengadilinya seperti yang Allah ajarkan kepada kita melalui kekasihnya Nabi Muhammad SAW. Bukan seperti apa yang ada sekarang. Video dipamirkan dikhalayak ramai, kini di muat turun ke dalam youtube sedangkan si pengedar video bebas ke mana sahaja. Di mana hukum Qazaf dicampakkan?

Marilah kita bermohon kepada Allah agar jangan negara kita serta keluarga kita ditimpa bencana akibat perbuatan fitnah yang melampau ini. Berpolitik dan berbeza pendapat itu boleh diterima, tetapi bukan dengan cara jijik sedemikian kerana ini sudah melampaui batas politik.

Malang sekali, jika kita terbabit bersama mereka menanggung dosa yang lebih besar dari membunuh, sedangkan mereka tidak takut kepada dosa dan mereka mendapat imbuhan besar kerana berbuat demikian. Kita dapat apa? Dapat laknat dari Allah SWT, Nauzubillah.

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS jangka sokongan wanita meningkat

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KUCHING, 6 April: “Sokongan wanita dijangka meningkat bila mana PAS dilihat berjaya meningkatkan taraf wanita dengan menurunkan calon muslimat,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurutnya, PAS mempunyai harapan dengan menampilkan calon baru berbanding calon Barisan Nasional dilihat daripada sokongan penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum Bidayuh, Iban, Cina dan Melayu.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Krai mengiringi calon PAS bagi Dun Tanjong Datu, Nani Sahori.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai perarakan calon PAS di Dun berkenaan yang turut disertai Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama hampir seratus penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Cuaca yang mendung dengan suasana yang tenang di hari penamaan calon juga telah memberi keselesaan kepada kedua-dua penyokong yang berada di luar Pagar Dewan Masyarakat Lundu.

Harakahdaily/-

VIDEO SEKS - DI SOROK RAMAI TIDAK PERCAYA, BILA DIDEDAHKAN `CONFIRM' BUKAN ANWAR

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

ALHAMDULILLAH, berkat Solat Hajat PR bagi menolak fitnah III (video seks) terhadap DS Anwar kini mula dapat dilihat. Hari ini, ramai di antara kita yang telah melihat video lucah yang didalangi oleh `Three Strooges' yang masih belum ditangkap itu walaupun dikatakan video tersebut kini berada di tangan pihak Polis untuk siasatan. Siapa yang telah memuat turunkan video berkenaan ke dalam Youtube? Bukankah Rahim Thamby Chik mengaku hanya ada satu video sahaja yang asal?

Secara kebetulan saya petang tadi menonton berita NTV 7 jam 7. TV berkenaan menyiarkan sebahagian daripada klip video tersebut yang diambil dari youtube. Saya lihat aksi wanita berkemban, seorang lelaki memakai tuala dan kelibat seorang lagi lelaki sedang membetulkan kamera rakaman yang memakai baju lengkap.

Gambar di dalam hitam putih itu menunjukkan seorang lelaki wajahnya mirip Anwar sepintas lalu. Saya sempat menekan `freeze' (pause) pada alat kawalan jauh TV LCD saya untuk melihat wajah tersebut. Tidak perlu mengambil masa panjang, jelas itu bukan wajah Anwar terutamanya di bahagian misai dan pipi.

Paling ketara, walaupun sekejap ditunjukkan saya lihat bahagian perut lelaki berkenaan memang boroi dan dadanya (tetek) yang kelihatan berisi. Apabila ditunjukkan lelaki berkenaan bertuala membelakangi kamera, sekali lagi `confirm' pada saya itu bukan Anwar kerana melihat kepada punggung yang sedikit lebar dan berisi.

Saya belum lagi melihat video tersebut melalui youtube, tetapi banyak rakan di dalam FB turut menyebut jelas bahawa lelaki berkenaan bukannya Anwar.

Difahamkan, di dalam youtube video tersebut memang video seks yang telah dipertontonkan di Seri Casrcosa baru-baru ini tetapi telah di`edit' sebaik mungkin untuk menghilangkan beberapa tanda jelas menunjukkan perbezaan ketara lelaki berkenaan dengan Anwar. Ini hanya boleh dipastikan oleh mereka yang telah menonton video asal berkenaan termasuk Chegu Bard.

Chegu Bard di dalam mengulas klip video yang terdapat di dalam youtube tersebut berkata, "Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan.

Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor. “Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau. Badrul yakin Umno berperanan dalam

memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu. Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube (tranungkite)

Kita patut bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya tembelang puak-puak Munafik ini terbongkar satu persatu. Pengendali tayangan video seks masih bebas, video seks yang dikatakan hanya ada satu pita asal yang berada di tangan pihak berkuasa boleh tersiar di dalam youtube dan diedit sebaik mungkin adalah satu rahmat buat kita untuk mengenali siapakah Munafik sebenar untuk menjatuhkan Anwar.

Apabila video ini tersebar di dalam youtube oleh mereka yang bacul dan dayus, ini bermakna Anwar kini menghadapi fitnah IV setelah fitnah III di Seri Carcosa tidak laku lagi. Tidak susah untuk memikirkan mengapa video berkenaan secara pantas dimasukkan ke dalam youtube kerana Anwar kini sedang mengetuai PR untuk menawan Sarawak.

Kini, kita tunggu apa pula reaksi KPN setelah sebelum ini mendakwa video seks itu adalah tulen. Adakah pihak yang memuatkan video berkenaan ke dalam youtube akan ditahan atau ditangkap? Jika Rahim Thamby Chik yang menayangkan video seks tersebut masih belum ditangkap, apakah ada tangkapan untuk kes terbaru ini? Kita tunggu episod seterusnya...

wfauzdin.blogspot.com

PAS, BN berentap di Beting Maro

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

BATANG LUPAR, 6 April: Calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan ditentang calon BN, Razaili Gapor sekaligus menyaksikan perlawanan satu lawan satu bagi Dun Beting Maro.

Kedua-dua mereka diumumkan sah bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat jam 11.38 tengah hari tadi selepas tiada sebarang bantahan diterima SPR sepanjang sejam sesi bantahan dibuka.

Abang Ahmad menyerahkan borang pencalonan jam 9.05 pagi manakala Razaili jam 9.10 pagi di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Pusa di sini.

Abang Ahmad, 32, dicadang oleh Alem Din iaitu calon PAS pada pilihan raya negeri sebelum ini dan disokong Abg Noh Abg Seman.

Manakala Razaili, 56, dicadang oleh Aweng Rosli dan disokong Mohidin Bolhasan.

Turut mengiri calon PAS ke pusat penamaan hari ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Adun Meranti Datuk Nasruddin Daud, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Adun Kijang Wan Ubaidah Omar dan beberapa exco Pemuda PAS Pusat.

Sementara itu lebih 400 penyokong yang terdiri masyarakat tempatan dari pelbagai peringkat umur, turut mengiringi calon PAS ke pusat penamaan pagi ini.

Mereka berkumpul di sebuah kawasan rumah kedai seawal jam 7.30 pagi sebelum berarak ke tempat penamaan kira-kira 500 meter.

Sambil memakai baju hijau bercetak gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka turut melaungkan 'undi PAS', 'Pangkah bulan' dan 'Hidup PAS.

Beting Maro mempunyai komposisi kaum Melayu/Melanau 90.99%, Cina 2.28% dan Iban 6.73%.

Pada pilihan raya negeri 2006 sebelum ini dikuasai BN melalui calon mereka Bolhassan Haji Di.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Quran dibakar dalam masjid di Malaysia

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

1 dari setiap 5 orang di Malaysia ini berpotensi gila atau sakit mental. Jika rakyat Malaysia 27 juta orang, bermakna 5.4 juta orang rakyat kita ada potensit gila atau sakit mental. Rakyat sekarang hidup dalam keadaan tertekan, stress yang amat sangat, media menggila ulas isu politik dan video lucah. Usaha dakwah secara sukarela terlalu sedikit, khutbah Jumaat lesu dan mengantukkan.

Berita sebelum ini Lelaki Gila rempuh Masjid dan kaitannya dengan Khutbah Jumaat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/lelaki-gila-rempuh-masjid-dan-khutbah.html

SELAMATKAN UMAT INI

Lelaki gila bakar al-Quran ditahan
Harian Metro 6 April 2011

KLANG: Misteri kejadian al-Quran di masjid Kampung Johan Setia, dekat sini, dibakar terjawab selepas polis menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman, semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas penduduk dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengesyaki dia melakukan perbuatan itu berikutan pernah dilihat membuang dan membakar surah Yasin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam, siak masjid berkenaan ternampak senaskhah al-Quran dan kalendar dilekatkan pada dinding masjid mempunyai kesan terbakar ketika memasuki masjid berkenaan untuk solat Subuh.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar naskhah al-Quran yang diletakkan di atas permaidani di masjid itu.

“Ketika ditemui, api sudah padam, tetapi naskhah al-Quran itu masih berasap. Menurut siak masjid, pintu pagar masjid berkenaan dikunci, tetapi pintu masjid tidak berkunci.

“Kejadian itu dilaporkan nazir masjid pada jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, tangkapan terhadap lelaki yang dipercayai kurang siuman itu dibuat kira-kira jam 11.30 pagi semalam di rumahnya di kampung sama. Jarak rumah suspek dengan masjid itu kira-kira 100 meter.

Katanya, siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, tetapi lelaki itu ditahan berikutan keterangan AJK masjid berkenaan mengenai perbuatannya sebelum ini, selain suspek pernah membakar motosikal seorang lelaki warga asing yang menetap di kampung berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakigilabakaral-Quranditahan/Article/index_html

Solat dalam sudut sains

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.

Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.

Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.

Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.

Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.

Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya.

Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.

Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat.

Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan.

Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.

"Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya.

Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia.

Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit.

Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit.

Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga.

Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia.

Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan.

Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik.

Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit.

Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala.

Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat.

Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. UM/-

KONSULTAN PEKA: SPRM PERLU SIASAT SEGERA

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendapat maklumat bahawa syarikat Talent Solution Sdn Bhd yang bertindak sebagai konsultan kepada Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) mempunyai hubungan yang berkepentingan dengan Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminuddin Amin. Perkara ini jelas memerlukan kepada satu siasatan kerana ianya telah dibuktikan oleh beberapa pihak.

Persoalan yang perlu mendapat penjelasan ialah adakah latar belakang syarikat Talent Solution telah diteliti dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum perlantikan tersebut? Adakah benar syarikat tersebut atau pegawainya mempunyai pengalaman hampir 15 tahun seperti yang didakwa? Sejak bilakah syarikat tersebut sebenarnya didaftarkan atas nama Talent Solution? Apakah hubungan Datuk Dr Hamzah Kassim dengan Aminuddin Amin dahulu?

DPPN Pk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan berhubung isu pemberian projek konsultan PEKA tersebut. DPPN Pk juga meminta agar jumlah sebenar pelaburan projek PEKA kepada syarikat Talent Solution perlu diketahui dan diumumkan kepada rakyat. DPPN Pk juga meminta agar Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir memperjelaskan isu ini agar rakyat pasti bahawa tiada wang rakyat telah disalahguna dengan cara yang tidak etika.

MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Ada pertanding di Muara Tuang, Calon BN hantar penyata kewangan jam 1.05 tadi

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Setelah menunggu sekian lama, Pegawai Pengurus Pilihanraya pada jam 1.20 petang tadi mengumumkan ada pertandingan 2 penjuru di DUN Muara Tuang dengan menyaksikan Calon PAS, Noraini Hamzah mencabar calon BN oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud.

Calon BN tersebut telah menghantar penyata kewangannya kepada SPR pada jam 1.05 petang sebagaimana yang diumumkan.

Terkini: N.15 Muara Tuang, Calon BN bermasalah.

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Calon bagi N.15 Muara Tualang belum lagi di umumkn. Mengikut maklumat yang diperolehi calon BN d katakan mempunyai masalahh pebelanjaan pilihanraya tahun 2006. Kini masih menunggu jawapan dari SPR? Adakah PAS menang tanpa bertanding?

Terkini 1.00 p.m: N.15 Muara Tuang

2 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Solat hajat untuk calon PAS. Kemungkinan besar PAS akan memenangi Pilihan Raya di DUN N.15 Muara Tuang kerana calon BN mempunyai masalah perbelanjaan 2006 yang tidak diisytiharkan.

Terkini : Senarai calon pilihan raya Sarawak

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432

1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799
N08: SATOK: SARAWAK: 10,431

1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798

N010: PENDING: SARAWAK: 29,488

1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)

Penyandang: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi: 11,632
Majoriti: 4,372

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833

1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)

Penyandang: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi: 8,806
Majoriti: 3,407

N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926

1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)

Penyandang: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi: 10,380
Majoriti: 4,751

N056: BALEH: SARAWAK: 11,287

1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,330
Majoriti: 4,802

N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322

1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)
3. George ak Lagong (Bebas)

Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,965
Majoriti: 3,239

N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197

1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815

N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600

1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,573
Majoriti: 3,91

Sebar bahan lucah sah di sisi undang-undang?

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube dan foto akhbar tempatan.

“Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris.

Katanya, penyiaran itu bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di samping itu, tambahnya Abim juga menilai penyiaran video itu akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini.

“Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi prisidion bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara,” katanya.

Menurutnya, perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catatan sejarah politik Malaysia.

“Ini sekaligus membangkitkan persoalan kepada kita apakah norma-norma sedemikian ingin kita tonjolkan dan hidangkan kepada generasi muda dan masyarakat dalam dan luar negara sebagai satu keperluan kepada usaha pembangunan negara ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, secara prinsipnya Abim sangat kecewa terhadap penyebaran ini kerana menambahkan satu lagi episod duka dan hitam dalam sejarah negara ini.

“Sedang masyarakat berbicara dan berbahas usaha membenteras gejala sosial di dalam masyarakat, pada masa yang sama kita membuka ruang kepada percambahan perbincangan perkara tak bermoral dari sudut penyebarannya,” ujarnya.

Abim juga, kata beliau ingin meneegaskan kepentingan nilai, prinsip dan etika kewartawanan dan penyiaran yang harus dijunjung di kalangan pengamal media kerana mereka memikul tanggungjawab sosial yang sangat berat.

Tambahnya, keutuhan prinsip Rukun negara bagi menjaga "Kesopanan dan kesusilaan" perlu diterjemah di dalam tindakan segenap masyarakat malah ia berkait juga dengan "Kedaulatan undang-undang" sebagai elemen pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, Abim menggesa PDRM supaya mempercepatkan proses siasatan mengenai penyebaran video seks tersebut, di samping mengenal pasti individu yang terlibat untuk dibicarakan menerusi pengadilan yang telah ditetapkan dengan segera.

Beliau menambah, Abim ingin menegaskan menolak sebarang provokasi untuk mengaibkan peribadi seseorang memandangkan perbuatan tersebut adalah haram dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.

Justeru, katanya perbuatan tersebut iaitu provokasi terhadap peribadi seseorang seharusnya tidak boleh dijadikan alat bagi mencapai sesebuah tujuan dan memenuhi kepentingan tertentu.

“Dalam kesempatan ini, Abim ingin menyeru umat Islam supaya agar menjauhi perbuatan mengaibkan peribadi seseorang di samping meningkatkan doa dan menunaikan solat hajat untuk memohon kesejateraan serta perlindungan dari sebarang malapetaka dan bencana untuk umat Islam serta seluruh pelusuk masyarakat di negara ini,” katanya.

Harakahdaily/-

Tenang, Merlimau, Kerdau: Keyakinan rakyat terhadap BN meningkat tetapi mengapa masih jaja video seks fitnah?

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Wan Azizah dan keluarganya menafikan imej yang serupa dengan Anwar dalam video seks Datuk T pada sidang media di rumahnya selasa 5 April lalu

Ia semestinya berita buruk buat Pakatan Rakyat, apabila kecundang dalam kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau, menjelang ulang tahun ketiga selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Lebih-lebih lagi, matlamat Pakatan Rakyat untuk "menghakis undi majoriti" turut gagal, apabila BN berjaya meraih majoriti yang lebih besar berbanding tahun 2008.

PRK Merlimau

Di Merlimau, calon Umno-BN Roslan Ahmad menewaskan calon PAS-Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah, dengan majoriti 3,643 undi. Berbekalkan peratusan pengundian setinggi 78.98 peratus, Roslan memenangi 5,962 undi, sementara Yuhaizad hanya memperolehi 2,319 undi.

Jumlah pengundi untuk N. 27Dun Merlimau adalah 10,679 orang, dengan 6,850 orang Melayu (64.14 peratus); 2,225 orang Cina (20.83peratus); 1,567 orang India (14.67 peratus) dan lain-lain (0.34 peratus). Pada PRU ke-12, Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hasan daripada BN memperolehi 4,981 undi, menang dengan majoriti 2,154 undi ke atas Jasmi Tompang (PAS). Peratusan pengundian pada tahun 2008 itu adalah 76.18 peratus.

PRK Kerdau

Di Kerdau pula, calon Umno-BN Syed Ibrahim yang meraih 5,060 undi, berjaya menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi, dalam PRK yang mencatat peratusan pengundian setinggi 83 peratus. Untuk N.28 Dun Kerdau, jumlah pengundi ialah 8,999 orang, dengan 7,988 orang Melayu (88.7 peratus); 454 orang Cina (5 peratus); 298 orang India (3.3 peratus) dan lain-lain (2.9 peratus).

Dalam PRU pada tahun 2008, Allahyarham Zaharuddin Abu Kassim daripada BN memperolehi 4,135 undi, menewaskan Hassanuddin Salim daripada PAS dengan majoriti 1,615 undi. Peratusan pengundian pada PRU ke-12 adalah 75.3 peratus. Dengan kata lain, BN berjaya meningkatkan undi majoriti sehingga melepasi paras yang dicapainya pada tahun 2008, malah lebih tinggi daripada PRU ke-11 di Kerdau.

Pada tahun 2004, Redzwan Harun dari BN menang dengan majoriti 2,565 undi di Kerdau. Kekesalan Pakatan Rakyat mungkin hanya terubat dengan keputusan di Merlimau, memandangkan pada tahun 2004, Mohamad Hidhir Abu Hasan menang dengan majoriti 5,087 undi.

Sesetengah pemimpin dan penyokong Umno-BN masih menyimpan keputusan PRU ke-11 pada tahun 2004 sebagai nostalgia, memandangkan BN meraih sokongan yang tinggi di bawah pimpinan PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi yang baru mengambil-alih tampuk kerajaan pada ketika itu. Bagaimanapun, sokongan kepada BN menjunam secara mendadak pada tahun 2008, dilihat sebagai fenomena "luar biasa" buat BN.

Mengikat kedudukan 8-8

Berikutan kemenangan ini, BN berjaya mengikat kedudukan 8-8 dalam 16 PRK yang diadakan selepas PRU ke-12. BN menerima tamparan pertama dalam PRK Permatang Pauh, menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar, pada Ogos 2008. Kemudian, BN tewas sekali lagi, memberikan kerusi parlimen tambahan Kuala Terengganu kepada PAS-Pakatan Rakyat, pada awal tahun 2009.

Keadaan tidak memulih, meskipun Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009. Dalam tiga PRK serentak di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, BN hanya mampu menang satu daripadanya, ketinggalan dengan kedudukan 1-4.

BN hanya menamatkan kekalahan dirinya di Semenanjung, apabila Isa Samad menyumbang melalui PRK Bagan Pinang, pada 11 Oktober 2009. Bagaimanapun, BN gagal mendakwa bahawa itu detik kebangkitan semula dirinya. Meskipun menang di Hulu Selangor selepas itu, tetapi tewas pula di Sibu, belumpun genap sebulan selepas pertarungan di Hulu Selangor.

PRK kemudiannya memperlihatkan pola pengundian, di mana pengundi Melayu, kampung masih memihak kepada BN; sementara pengundi Cina, golongan muda dan bandar lebih menyebelahi PR. BN kini berjaya mencipta kemenangan lima PRK berturut-turut dalam masa terdekat, dari Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau hinggalah Kerdau.

Kesemua negeri telah menjalani sekurang-kurangnya satu PRK selepas PRU ke-12, melainkan negeri Perlis. Keputusan ini semestinya melemahkan semangat PR, lebih-lebih lagi apabila langkah PRU ke-13 semakin mendekat.

Sumber: Merdeka Review

Terkini: N.15 Muara Tuang

2 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Menunggu penamaan calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di DUN N.15 Muara Tualang jam 12.00 tengah hari. Penyokong PAS menunggu sementara menjamu makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak petugas. Hanya penyokong PAS sahaja yang sedia menanti sehingga pengumunan calon.

BN meletakkan adik kepada Bekas Ketua Menterinya Sarawak, Ali Mahmud manakala PAS meletakkan calon muslimatnya, Noraini yang merupakan calon tempatan di DUN Muara Tualang. Penyokong masih menunggu pengisytiharan penamaan calon.

Ikuti perkembangan dan liputan terkini dari kami.