06 April 2011

Tolak politik lucah, rasuah

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

BATANG LUPAR, : Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Sarawak menolak parti yang menggunakan politik lucah dan rasuah untuk kekal berkuasa.

Katanya, rakyat selaku pengundi di negeri ini perlu membuat perubahan dengan tidak bersubahat menyokong parti yang menggunakan pendekatan jijik dan kotor.

"Pengundi harus membuat perubahan dengan menolak politik kotor yang dibawa parti lawan termasuk politik video lucah, rasuah dan sebagainya.

"Beri peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat membawa perubahan.

"Jika tidak baik juga, 5 tahun akan datang boleh tukar semula," katanya ketika lawatan ke Dun Tanjung Datu hari ini.

Terdahulu, beliau mengunjungi pekan Lundu bertemu dengan pengundi pelbagai kaum di sekitar pekan ini bersama Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Pada sebelah malam, beliau menunaikan solat maghrib berjemaah bersama penduduk di masjid Pekan Lundu.

Kedatangan beliau bagaimanapun sedikit mengejutkan ahli jemaah masjid tersebut yang sedang menanti ketibaan pemimpin BN iaitu Datuk Adnan Satem untuk satu program khas.

Namun sehingga selesai solat Adnan bagaimanapun tidak hadir.

Esok beliau akan mengiringi calon PAS bagi Dun Sadong Jaya ke pusat penamaan calon.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: