06 April 2011

Catatan Perjalanan 1 : Malaysia sudah tiada hala tuju ? BN yang kuno, rasis dan banyak merugikan rakyat.

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Dalam perjalanan ke lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang saya sempat menerima satu panggilan dari wartawan The Malaysia Insider, Salena Tay yang bertanyakan satu soalan temuramahnya pada hari ini iatu, apakah halatuju politik Malaysia pada hari ini.

Walaupun soalannya nampak pendek namun jawapan yang saya berikan agak panjang dan sangat sesuai saya angat sebagai bahan ulasan selama saya berada dalam kapalterbang Penang-Kuching yang memerlukan masa 2 jam yang lebih dari cukup untuk mengulas tajuk atau soalan yang sehangat itu.

Saya aktif dalam politik sejak balik dari melanjutkan pengajian selama 6 tahun di Aceh Indonesia dan sekali lagi saya pernah berada di China selama 2 tahun untuk menuntu Bahasa Manderin, serta sepenuh masa berada di China selama 2 tahun juga untuk menjalankan perniagaan . Di sana saya kira naik turun politik dalam negara kita sudah berada ditahap yang paling terus dalam sejarahnya.

Bayangkan usaha untuk menjatuhkan lawan politik oleh musuhnya yang melibatkan peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim pada anggapan kita sudah dikemuncaknya bila dia difitnah dengan kes liwat 1 yang memalukan. Konspirasi yang berjalan dengan terancang dengan penyalahgunaan pelbagai agensi dan kementerian sehingga hakim pun pada masa itu digelar dengan hakim “coklat hack”.

Musuh Anwar ternyata berjaya menjatuhkannya dan menyebabkan dia merengkuk dalam penjara dan tidak dapat aktif dalam politik untuk tempoh yang agak panjang, namun Tuhan maha kaya dengan Anwar akhirnya dibebaskan dan parti yang muncul dari sokongan rakyat yang simpati bila cetusan reformasi 1998 ternayata terus hidup dan makin berakar umbi.

Banyak menjangkakan gerakan reformasi dan PKR akan berkubur seperti berkuburnya Semangat 46 bila Anwar dibebaskan kerana katanya PKR dan gerakan itu ujud banyak kepada usaha untuk membebaskan Anwar, namun jangkaan itu jauh meleset dan kita menyaksikan bagaimana PKR semakin menguat dan menjadi ancaman besar kepada BN sehingga tsunami politik 2008.

Tsunami politik 2008 menyaksikan bagaiman kekuatan Barisan Alternatif (BA) antara PAS dan PKR dengan kejasama yang erat PKR dengan DAP menyebabkan hasrat untuk melihat perlawanan satu lawan satu berjaya memojokkan BN dengan keputusan 5 negeri dikuasai oleh satu gagasan yang muncul sesudah itu dikenali pada masa ini dengan nama Pakatan Rakyat.

Peranan Anwar sebagai tulang belakang kepada perjuangan rakyat untuk melihat Malaysia diselamatkan dengan wadah Pakatan Rakyat makin menguat bila isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh dengan memberi laluan kepada Anwar bertanding dan menang dengan majoriti lebih besar.

Satu perkara yang menarik bermula dari itulah saya melihat usaha untuk mengalahkan Pakatan Rakyat, dalam konteks kerusi Permatang Pauh Anwar sebagai calonnya, berlaku dengan jalan yang paling jikik dan memalukan.

Semasa itulah Saiful Bukhari diarak kesana sini dan bersumpah menggunaakan Al Quran dalam konspirasi fitnah liwat 2 untuk mengaibkan Anwar. Kempen BN dengan menggunakan isu ini dengan hasrat rakyat menolak Anwar ternyata tidak berhasil.

Kejayaan Anwar mempertahankan kerusi Parlimen Permatang pauh menyebabkan beliau dilantik sebagai ketua pembangkang menggantikan Isterinya.

Kedudukan Anwar sebagai Ketua pembangkang dengan pengalamannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan menyebabkan ianya digeruni oleh pihak BN.

Kerana itu saya mendapati apabila terdapat banyak percanggahan fakta dan perbicaraan yang panjang mengenai liwat 2 tidak berhasil sehingga saat ini maka muncul satu lagi projek mega UMNO dan BN untuk mengaibkan Anwar. Lebih menarik bila hari pembubaran DUN Sarawak dijadikan hari penayangan video fitnah itu , dan bermula pula fitnah liwat 3.

Walaupun dinafikan oleh pemimpin UMNO dan BN ternyata rakyat faham dan kenal siapakah watak Rahim Tamby Chik dan pihak yang menempah tempat di Carcossa Sri Negara adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang Perak.

Siri konspirasi menjatuhkan maruah pemimpin Pakatan Rakyat yang ternyata gagal juga. Kita juga dikejutkan dengan usaha menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan Ayah Pin yang sesat itu. Pemimpin DAP juga tidak tandus dengan serangan dan fitnah yang pelbagai.

Media pro BN hampir setiap hari menyiarkabn berita rekaan kononnya Melayu Pulau Pinang di tindas oleh Ketua Menteri Lim Guang Eng. Semuanya tidak betul kerana Ketua Menteri sekarang dari DAP. Kalaualah dia masih Kho Su Kon buatlah apa saja semuanya dikira betul.

Inilah jawapan saya kepada soalan wartawan tadi, dimana halatuju Negara dan pemimpin yang ada ditampuk pemerintahan sekarang sudah sangat bercelaru dan sangat buntu. Demi untuk kekal berkuasa mereka ternayata sudah tidak ada daya upaya lagi mempertahankan dasar BN yang kuno, rasis dan banyak merugikan rakyat.

Setiap kali pilihanraya yang berlangsung sebelum ini sehingga PRU ke 12 menyaksikan politik pembangunan dengan menjaja kononnya hanya BN yang mampu mentadbir dan membangunkan Negara. Isu ini bagi saya sudah ketinggalan zaman untuk PRU ke 13.

Kerana itu saya melihat tidak ada daya upaya lagi yang pelu dilakukan oleh pemimpin BN untuk menang dalam Pilihanraya di Sarawak dan PRU ke 13 dengan melakukan serangan terhadap peribadi dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Bagaikan ada nasihat dari APCO Yahudi, serangan ini dilakukan secara terancang dan mendapat kerjasama dari agensi penguatkuasa yang ada. Media membesarkan kenyataan Ketua Polis yang dengan cepat mengumumkan bahawa Video itu tulin. Malah ungkapan dalam teks berita tv, radio dan media cetak “Video sex yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang” adalah ungkapan yang jauh sekali tersasar dari pemberitaan yang sepatutnya kerana tidak ada pengesahan yang mengatakan benar bahawa watak itu adalah seperti yang dituduh.

Mengejutkan lagi bila ada pihak yang menyiarkan sedikit sedutan video itu dalam Youtube, sedangkan ianya masih dalam siasatan . Bocornya bahan bukti yang cuma dikatakan oleh yang lebih saya suka dengan panggilan “3 jahanam” hanya ada satu salinan dan telah diserahkan kepada polis adalah satu lagi tragedi yang mencalar kepercayaan pihak yang berwajib.
Itulah hala tuju pemimpin UMNO dan BN masa kini untuk mempertahankan kuasa dengan agenda memburukkan pemimpin PR.

Kalau begitulah caranya saya kira ianya merupakan bukti yang sangat kuat bahawa BN sudah sampai dipenghujung usianya bersama parti komponennya. Usia senja BN akan menyaksikan bahawa mereka sudah tidak ada hujah untuk berdepan dengan realiti rakyat perlukan perubahan pada batang tubuhnya seperti yang dilakukan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan selama 11 bulan di Perak.

Contohnya bila berdepan dengan janji 100 hari Buku Jingga, sepatutnya mereka memikirkan bagaimana membuktikan tawaran itu mampu juga dilakukan oleh BN, bukannya menolak secara mentah-mentah dan menuduh PR akan bankrapkan negara.

Kerana itu BN akan menerima padah akibat kerja jijik mengaibkan orang lain . Agama dan moral tidak sesekali membenarkan kerja jahat itu. Kerana itu rakyat perlu membantu Bn dan UMNO dengan menghentikan mereka dari terus melakukan kejahatan dan fitnah yang terkutuk itu.

Caranya tidak lain dengan mengalahkan mereka dalam Pilihanraya Sarawak dan PRU ke 13 akan datang.

*Catatan perjalanan dalam penerbangan Pulau Pinang-Kuching 6 April 2011/-

Tiada ulasan: