06 April 2011

KONSULTAN PEKA: SPRM PERLU SIASAT SEGERA

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendapat maklumat bahawa syarikat Talent Solution Sdn Bhd yang bertindak sebagai konsultan kepada Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) mempunyai hubungan yang berkepentingan dengan Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminuddin Amin. Perkara ini jelas memerlukan kepada satu siasatan kerana ianya telah dibuktikan oleh beberapa pihak.

Persoalan yang perlu mendapat penjelasan ialah adakah latar belakang syarikat Talent Solution telah diteliti dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum perlantikan tersebut? Adakah benar syarikat tersebut atau pegawainya mempunyai pengalaman hampir 15 tahun seperti yang didakwa? Sejak bilakah syarikat tersebut sebenarnya didaftarkan atas nama Talent Solution? Apakah hubungan Datuk Dr Hamzah Kassim dengan Aminuddin Amin dahulu?

DPPN Pk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan berhubung isu pemberian projek konsultan PEKA tersebut. DPPN Pk juga meminta agar jumlah sebenar pelaburan projek PEKA kepada syarikat Talent Solution perlu diketahui dan diumumkan kepada rakyat. DPPN Pk juga meminta agar Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir memperjelaskan isu ini agar rakyat pasti bahawa tiada wang rakyat telah disalahguna dengan cara yang tidak etika.

MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: