09 November 2021

PRN Melaka jadi tempat parti politik beradu kekuatan

 

Oleh Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain - bhrencana@bh.com.my

SELEPAS berakhirnya proses penamaan calon semalam, seramai 112 calon daripada parti politik dan bebas layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing meletakkan calon di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

FB Rasmi NGO Islam sempena PRN Melaka 2021

 


FB Rasmi NGO Islam sempena PRN Melaka 2021

Mohon sebarkan  like, share & komen.


https://www.facebook.com/PRN2021Melaka/


PERKASA KEDAULATAN ISLAM

Kadar kos tunai haji dijangka diketahui tidak lama lagi

 

TAMPIN: Kadar kos menunaikan ibadah haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Ustaz Ahmad Marzuk Shaary.

Muktamar yang mengecewakan musuh

 

MUKTAMAR PAS ke-67 baru sahaja berakhir di Kuala Terengganu. Muktamar ini telah bermula 2 hari sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Maka sudah tentu PRN tersebut telah turut tempias kepada acara tahunan itu. Ucapan para pimpinan dan perwakilan telah sedikit sebanyak menyentuhnya.

‘Kita anggap pertembungan perlawanan persahabatan’

 

MELAKA: PAS menganggap pertembungan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai satu perlawanan persahabatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata PAS sedaya upaya untuk menjayakan agenda penyatuan ummah sebaik mungkin.

Kuat kuasa undang-undang rasuah, pastikan PRN Melaka bersih

 - Foto hiasan

- Foto hiasan

Oleh Datuk Seri Akhbar Satar - November 9, 2021 @ 11:15am bhrencana@bh.com.my

SEMUA parti politik dan bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disarankan memahami kesalahan kesalahan pilihan raya khususnya berkaitan aktiviti kempen pilihan raya berunsur rasuah dan salah guna kuasa seperti tertakluk pada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

94.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19

 - Foto hiasan. - NSTP/ARKIB

- Foto hiasan. - NSTP/ARKIB

KUALA LUMPUR: Sejumlah 22,214,024 individu atau 94.9 peratus kadar populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dos vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 22,819,122 individu atau 97.5 peratus daripada populasi berkenaan pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

4,186 pegawai perubatan kontrak dilantik ke jawatan tetap tahun depan

  Gambar hiasan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seramai 4,186 daripada 10,583 pegawai perubatan kontrak yang sudah tamat perkhidmatan wajib dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah dinilai dan diperakui untuk lantikan tetap oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Perjalanan udara Malaysia-Singapura tanpa kuarantin

 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan rakan sejawatan dari Singapura, Lee Hsien Loong, membincangkan kebenaran VTL menerusi panggilan telefon, hari ini. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan rakan sejawatan dari Singapura, Lee Hsien Loong, membincangkan kebenaran VTL menerusi panggilan telefon, hari ini. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Individu yang sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 boleh berulang-alik antara Malaysia dan Singapura menerusi perjalanan udara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 29 November ini.