- Seorang suami ditemui mati dipercayai dibunuh manakala isterinya meninggal dunia di Hospital Manjung selepas ditemui dengan kesan kecederaan teruk di luar rumah mereka di Kampung Ayer Tawar, dekat Seri Manjung, kira-kira 80km dari Ipoh, semalam.Mayat K Ashahkumar, 36, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah berkenaan dengan kesan kecederaan di bahagian leher manakala isterinya V Panumathy, 38, yang mengalami kecederaan sama ditemui terlantar di bahagian luar rumah.Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan ketika dihubungi berkata kejadian itu disedari oleh jiran mereka pada pukul 1 pagi sebelum melaporkan kepada polis.Beliau berkata si suami temui mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk manakala si isteri meninggal dunia di hospital.Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan antara pasangan itu atau melibatkan jenayah samun.-Bernama
03 Jun 2013
Suami isteri maut dengan kesan cedera di leher
24 Rejab 1434 H. [MOD] -
Final Piala FA di Bukit Jalil
24 Rejab 1434 H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Final Piala FA antara Johor Darul Takzim (DT) dan juara bertahan, Kelantan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pemilihan Stadium Nasional untuk aksi final sememangnya sudah pun ditetapkan.
Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar.
Tiket diberi sama rata
Jadi kami akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat termasuk dalam menentukan soal pengagihan tiket.
Seperti kebiasaan, sejumlah tiket akan diberi sama rata untuk dijual kedua-dua persatuan dan baki daripada jumlah itu akan dijual di Stadium Nasional untuk peminat di Lembah Klang, katanya ketika dihubungi semalam.
Dalam pada itu, Kelantan dan Johor DT tetap perlu beraksi pada perlawanan ke-20 Liga Super, 26 Jun ini meskipun jaraknya hanya empat hari menjelang final Piala FA kerana tiada ruang lagi untuk ia dipinda.
Setakat ini belum ada permohonan daripada kedua-dua pasukan, tetapi saya rasa untuk mengubahnya agak sukar kerana Liga Super tetap perlu dihabiskan pada 6 Julai kerana umat Islam mula berpuasa pada 10 Julai, katanya.
3,000 diarah pindah kebakaran hutan di utara Los Angeles
24 Rejab 1434 H. [MOD] -
PALMDALE (California): Dianggarkan lebih 3,000 penduduk daripada 700 kediaman diarah meninggalkan rumah masing-masing apabila kebakaran hutan di utara Los Angeles semakin merebak.
Pegawai Sheriff Los Angeles County, Lt David Coleman, berkata arahan itu dijangka berlarutan sehingga mereka benar-benar selamat untuk kembali semula.
Coleman berkata, kira-kira 2,000 penduduk membabitkan 500 rumah diarah keluar dari kawasan kediaman mereka di Tasik Elizabeth, manakala kira-kira 800 penduduk daripada 200 rumah terjejas di Tasik Hughes.
"Kira-kira 1,000 penduduk dari 250 rumah akan dikeluarkan dari Green Valley jika api terus merapati kawasan itu," katanya.
Api yang cepat marak sudah memusnahkan kawasan kira-kira seluas 103 kilometer persegi membabitkan lembah dan kawasan pergunungan di utara Los Angeles.AP
Sebanyak enam rumah hangus manakala 15 lagi rosak. - AP
Matahari tegak dan UMNO baru tahu
24 Rejab 1434 H. [MOD] -
Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara. Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.
Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu. Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri?
Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen. Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?
Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan. Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul. Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional. Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah daripada menang. Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat kelak!
Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya.
Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya. Sayangnya, UMNO lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin UMNO masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang basah. Jika umpama orang yang tidur, UMNO hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala!
Salam hormat,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
23 Rajab 1434H bersamaan 2 Jun 2013M
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu .
Langgan:
Catatan (Atom)