15 September 2021

Draf RUU355 sedang disediakan kerajaan – PM

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menyediakan draf Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU355, beritahu Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terengganu beralih ke Fasa 3 PPN, taska dan tadika boleh dibuka

 PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Ihsan JPM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Ihsan JPM

Kuala Lumpur: Terengganu akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19, hari ini.

Patuhi SOP, menteri ingatkan pelancong ke Langkawi

 

Langkawi akan dibuka semula kepada pelancong mulai esok. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kurang 24 jam menjelang pembukaan semula Langkawi di bawah inisiatif gelembung pelancongan domestik esok, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri berharap program itu dapat berjalan dengan lancar serta selamat.

PERHILITAN rampas 50 sumbu badak bernilai RM30 juta

 PERHILITAN merampas 50 sumbu badak  bernilai RM30 juta dalam Operasi  Bersepadu  Khazanah ( OBK)  Zon Tengah  pada 9 September lalu. - Foto ihsan PERHILITAN

PERHILITAN merampas 50 sumbu badak bernilai RM30 juta dalam Operasi Bersepadu Khazanah ( OBK) Zon Tengah pada 9 September lalu. - Foto ihsan PERHILITAN

KUALA LUMPUR: PERHILITAN menumpaskan cubaan menyeludup 50 sumbu badak yang dianggarkan bernilai RM30 juta selepas menahan dua suspek di Sepang, Selangor Khamis lalu.

Gol Ronaldo gagal halang United tumbang

 

CRISTIANO Ronaldo (dua dari belakang) gagal membantu Manchester United membawa pulang kemenangan menentang Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Wankdorf, Bern pagi tadi. - AFP

BERN, Switzerland: Cristiano Ronaldo sekali lagi berjaya meledak gol buat Manchester United, namun jaringannya gagal menghalang Red Devils daripada tumbang 1-2 kepada kelab Switzerland, Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Bas persiaran di Langkawi disanitasi

 

BEBERAPA petugas melakukan sanitasi ke atas bas persiaran di Pekan Rabu, Langkawi hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

LANGKAWI: Sebanyak 25 buah bas persiaran yang beroperasi di pulau peranginan ini disantasi sebagai persiapan menyambut ketibaan pelancong menjelang pembukaan Langkawi bermula esok.

Tujuh pekerja asing didenda miliki kad pengenalan palsu

 

TUJUH pekerja asing warga Indonesia dan Filipina tiba di Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, hari ini- UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM: Tujuh pekerja asing terdiri daripada empat warga Indonesia dan tiga dari Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu.

PAS anjur sambutan Hari Malaysia secara maya 19 Sept

 

KUALA LUMPUR: PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) buat julung kali akan menganjurkan Sambutan Hari Malaysia secara maya pada 19 September ini.

Program yang bermula jam 9.30 pagi  hingga 1200 tengah hari itu disiarkan secara langsung melalui laman facebook PAS Pusat https://www.facebook.com/paspusat.

Kerajaan tambah kuota jemaat solat di masjid

 

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menambah kuota bilangan jemaah bagi solat fardhu dan solat Jumaat dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut kesesuaian masjid.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, keputusan itu dibuat tanpa mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) dan Majils Keselamatan Negara (MKN).

Tajuddin pengerusi baharu kelab penyokong kerajaan, Mohd Khairuddin timbalan

 TAJUDDIN. FOTO arkib NSTP

TAJUDDIN. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Tajuddin dilantik mengisi jawatan itu menggantikan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dalam kabinet kerajaan Persekutuan.