13 September 2013

Identiti Papagomo disahkan, berdepan hina mahkamah

NONE7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris memang penulis blog pro-Umno, Papagomo.

    Selain diperintah membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah, Wan Muhammad Azri turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung satu lagi tulisannya yang lain yang mengaitkan hakim yang mendengar kes dan dianggap memudaratkan badan kehakiman.

Ops Bubar: PAS Perak harap tiada provokasi


7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak merakamkan simpati terhadap 13 orang kena tuduh berikutan Mahkamah Seksyen Kuala Kangsar telah menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan denda RM5,000 setiap seorang, hari ini.

“Kami, PAS Perak dan juga Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak akan berusaha membantu semua yang kena tuduh dan tindakan selanjutnya telah diambil oleh pasukan peguam bagi memohon rayuan di atas hukuman yang telah dikenakan oleh mahkamah.

PR Perak bersolidariti buat keluarga Ops Bubar

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat Perak akan berkumpul di hadapan penjara Tapah malam ini bagi menunjukan solidariti dan sokongan moral kepada 13 peserta demonstrasi Ops Bubar.

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, beliau bersama-sama pemimpin lain akan hadir bersolidariti pada malam ini.

"PAS Perak dan Pakatan rakyat akan ke penjara Tapah malam ini untuk menyatakan sokongan kita kepada mereka semua," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

'Kami kuat, yang lain teruskan perjuangan'


7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

KUALA KANGSAR: "Kami bersama perjuangan Dr Morsi serta seluruh pejuang Islam diseluruh negara dan Malaysia. Kami kuat dan yang lain diluar teruskan perjuangan," demikian pesanan ringkas Bad Latif.



Beliau adalah salah seorang daripada 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan ketika krisis politik di Perak yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari.ini.Kata-kata itu dinyatakan beliau ketika dihubungi oleh isterinya Nashita Md Noor.Mengulas tentang keputusan mahkanmah itu, Nashita berkata, beliau dan suami memang difahamkan kes tersebut agak berat kerana berkait dengan institusi diraja.

Muslimat lancar tabung bantu keluarga Ops Bubar

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini melancarkan tabung bagi membantu keluarga 13 peserta demonstrasi yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda 5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala kangsar.

13 bantah angkat sumpah MB dipenjara dua tahun

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

  • Tiga belas orang yang dijatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000 dihantar ke Penjara Tapah selepas Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman yang bermula hari ini.

Peserta Ops Bubar dipenjara 2 tahun, denda RM5,000

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


Kuala Kangsar: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM5,000 ke atas setiap 13 individu, termasuk seorang wanita yang terbabit dalam perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, di sini, pada 6 Februari 2009. 

Hukuman tambahan lima bulan penjara turut dikenakan jika setiap tertuduh gagal membayar denda berkenaan. 

Pemilihan: Garis panduan tidak sekat ahli PAS

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Garis panduan kempen pemilihan parti bukanlah bertujuan menyekat ataupun mahu mengongkong hak ahli dan perwakilan PAS.

Sebaliknya, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, berkata ianya bertujuan melancarkan proses pemilihan supaya tidak timbul masalah pada kemudian hari.

"Pernah berlaku, ada bantahan selepas pemilihan selesai, yang mendakwa ada di kalangan perwakilan adalah bukan ahli di kawasan.

Twitter umum tawar saham awam

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Twitter umum tawar saham awam
PESANAN tweet dari Twitter Inc mengumumkan tawaran awam permulaan ditunjukkan dalam ilustrasi foto ini di Toronto, semalam. - Foto REUTERS

SAN FRANCISCO: Twitter dalam laman tweetnya hari ini mengumumkan firma media sosial itu sudah menghantar permohonan untuk penyenaraian saham awamnya yang amat ditunggu-tunggu selepas Facebook berbuat demikian, tahun lalu. 

Saman Fitnah: Penulis Blog Papagomo Diarah Bayar RM500,000

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan penulis blog Papagomo untuk membayar seorang ahli perniagaan sebanyak RM500,000 sebagai ganti rugi atas saman fitnah.
Keputusan itu dibuat pada Jumaat selepas mahkamah mengenai pasti Papagomo adalah Muhammad Azri Wan Deris.

Raihan Suleiman Palestin mahu tanding ketua Wanita


7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Ahli Jawatankuasa Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Suleiman Palestin (Gambar) memutuskan untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanding jawatan Ketua Wanita Umno. 

Raihan, 47, dalam laman Facebook beliau berkata niat utamanya adalah untuk menjadikan pergerakan itu mantap seiring dengan agenda parti serta memperkasakan sayap paling kuat dalam Umno itu.

Konflik bersenjata merebak

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

ZAMBOANGA 12 Sept. - Tentera Filipina hari ini menggempur anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari dua arah selepas kumpulan itu menyerang bandar kedua di selatan negara ini.

Menurut tentera, kumpulan bersenjata MNLF menyerang kedudukan tentera di pinggir bandar Lamitan, pulau Basilan, awal hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga anggotanya maut, sementara sembilan yang lain cedera.

India kuatkuasa perintah berkurung di Kashmir

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

NEW DELHI 13 Sept. - Satu perintah berkurung dikuatkuasakan di wilayah Kashmir yang ditadbir India semalam selepas satu demonstrasi membantah kematian seorang awam yang didakwa ditembak mati polis separa tentera.

Pemandu bas, Muhammad Rafi Rather, 28, sebelum itu dilaporkan dibunuh anggota Pasukan Polis Simpanan Pusat di daerah Sophian, malam kelmarin.

Mesir lanjut perintah berkurung


7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] - 

KAHERAH 13 Sept. - Presiden sementara Mesir, Adly Mansour, semalam melanjutkan tempoh perintah berkurung di negara ini kepada dua bulan sejak ia dikuatkuasakan pertengahan bulan lalu.

"Presiden Adly Mansour memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung hingga dua bulan lagi,’’ kata jurucakap Presiden, Ehab Bedawy dalam satu kenyataan.

Tambahnya, keputusan itu dibuat berdasarkan perkembangan dan situasi keselamatan di negara ini. - AFP