13 September 2013

Twitter umum tawar saham awam

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Twitter umum tawar saham awam
PESANAN tweet dari Twitter Inc mengumumkan tawaran awam permulaan ditunjukkan dalam ilustrasi foto ini di Toronto, semalam. - Foto REUTERS

SAN FRANCISCO: Twitter dalam laman tweetnya hari ini mengumumkan firma media sosial itu sudah menghantar permohonan untuk penyenaraian saham awamnya yang amat ditunggu-tunggu selepas Facebook berbuat demikian, tahun lalu. 

“Kami secara sulit menghantar permohonan S-1 kepada SEC untuk membuat tawaran awam permulaan (IPO). Tweet ini bagaimanapun bukan tertakluk sebagai satu tawaran untuk unit saham jualan," kata syarikat laman sosial berkenaan. 


Selang beberapa saat, syarikat berkenaan menampilkan gambar kakitangan dan berkata: Kini, kembali membuat kerja." 


Nilai pasaran Twitter dianggarkan sekitar AS$10 bilion berdasarkan modal pelaburan awalnya namun harga IPO dianggarkan melonjak ke jumlah yang lebih tinggi. 

“Kami jangkakan menerusi IPO @Twitter akan melonjak kepada 20-30 kali pendapatan atau AS$15 bilion dengan kira-kira AS$500 juta dalam bentuk pendapatan,” demikian satu tweet oleh firma penyelidikan persendirian, PrivCo. 

Twitter menjadi salah satu firma yang mencatat pertumbuhan yang cepat dan menjadi perkhidmatan media sosial yang berpengaruh dengan digunakan secara meluas dalam kalangan selebriti, wartawan, ahli politik dan kumpulan lain. 

Sebelum ini Twitter berkata, tahun ini mereka mempunyai pelanggan aktif seramai 200 juta tetapi beberapa penganalisis berkata angka itu sebenarnya lebih besar lagi. - AFP 

Tiada ulasan: