DIA telah memenangi dua medal Piala Eropah bersama-sama Barcelona dan bukan itu sahaja malah turut membawa pulang tiga kejuaraan La Liga, dua Piala del Rey dan kini mengendalikan juara bertahan Piala Eropah Bayern Munich.
Maka tidak hairanlah apabila Pep Guardiola kini menerima gaji yang paling tinggi di dunia di kalangan para pengurus bolasepak iaitu sebanyak £14.8 juta setahun.