ANALISIS Seminggu lagi menjelang pemilihan PAS, nasib dua penyandang naib presiden parti Islam itu Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar dilihat getir untuk mempertahankan jawatan mereka pada 22 November ini.
Manakala ulama terkenal Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Salahuddin Ayub pula dilihat berpeluang cerah memenangi jawatan itu berdasarkan populariti, kecenderungan perwakilan dan jumlah pencalonan yang diterima.
Pada sebelah pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri membentangkan usul untuk menggantung ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan kerana menghina speaker Pandikar Amin Mulia.
Surendran diusir dari Dewan pada hari sebelumnya kerana enggan berhenti membentangkan usul perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun.
KOTA BELUD:Usaha mencari beserta doa kepada Allah diteruskan meskipun Muhammad Syahmi, 10, lebih seminggu gagal ditemui ketika sedang berkelah bersama beberapa rakannya di pantai Kampung Nanamun di sini.
Pelajar Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith (Ataqwa) yang hilang sejak 2 November, pukul 5.30 petang itu didaftarkan ayahnya, Haryadi Osing, 35, di pusat pengajian Islam tersebut kira-kira sebulan lalu.
KUALA LUMPUR: Mutakhir ini terlalu banyak penulisan yang dihantar melalui medium baru sama ada whatsApp, facebook, twitter dan lain-lain yang melampaui batas susila dan akhlak berjemaah.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tulisan atau gambaran melampaui batas susila akhlak Islam tentu tidak layak mewakili jamaah Islam.
KUALA LUMPUR: PAS Johor bimbang pencerobohan sebegitu banyak berlaku kerana kepimpinan Malaysia tidak tegas atau lemah.
Sehubungan itu, PAS Johor mendesak supaya Kerajaan Johor dan Malaysia perlu mengambil tindakan tegas sama ada diplomatik dan ketenteraan supaya kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara dan tidak semudahnya dicabar dan diceroboh oleh anasir luar.
KUALA LUMPUR: Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau lalu mendakwa keputusan pilihan raya itu menggambarkan betapa sukar memenangi hati rakyat walaupun pelbagai pemberian oleh BN sepanjang berkempen.
Beliau yang tampil berkongsi pengalaman berkempen pada pilihan raya itu bersama Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) semalam berkata, pengundi sebenarnya tidak mudah terpengaruh dengan pemberian itu kerana mereka sudah mempunyai calon pilihan sendiri.
KUALA LUMPUR: Calon Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Rosni Adam (gambar) berazam untuk menjadikan DMPP sebuah organisasi yang bergerak dan mampu mencorak masyarakat.
Beliau berkata, berbekalkan kekuatan dalaman dan kelebihan ilmu yang dimiliki pimpinan dan ahli, DMPP mampu menjadi organisasi yang mendepani isu-isu masyarakat khususnya isu wanita.
KUALA LUMPUR:Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) telah mendedahkan rahsia kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau.
Pendedahan itu dibuat semasa Seminar Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.