25 Jun 2013

Ribuan sertai majlis Free Husam.

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-
(Orang ramai yang memenuhi majlis ceramah Free Husam di Pasir Tumbuh malam tadi)

KOTA BHARU: Dengan didengari oleh ribuan orang yang memenuhi sebuah dewan di sebuah sekolah, Umno didakwa terlibat dalam insiden penangkapan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Jerebu: Sekolah daerah Hilir Perak juga diarah tutup

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -


IPOH: Selepas Manjung, sekolah di daerah Hilir Perak juga diarahkan ditutup mulai sesi petang hari ini dan esok. 

Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, Zainal Abidin Osman berkata, penutupan itu membabitkan 24 sekolah menengah yang mempunyai 19,446 pelajar dan 113 sekolah rendah yang mempunyai 20,145 murid. 

Jerebu: Pelabuhan Klang dan Seri Manjung kekal catat IPU bahaya hingga 2 petang tadi

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak kekal pada kategori paras bahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing mencatat 452 dan 322, setakat jam 2 petang ini 

Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan tiga kawasan di Selangor iaitu Shah Alam, Banting dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200. 

Fakta mengenai susah hati:


16 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Fakta mengenai susah hati:

1. Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam - namun ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah.

2. Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula?


AS punca konflik Semenanjung Korea

'AS punca konflik Semenanjung Korea'
16 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PYONGYANG - KOREA . Korea Utara menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai punca terhadap peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea.

Ketua Parti Rodang Sinmun turut menggesa Washington menamatkan segera operasi pembangunan ketenteraan dilakukan di negara itu yang dilihat sebagai satu provokasi.

Tutup Jonker Street: BN perlihat wajah ‘1Umno’


16 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Penutupan pasar Jonker Street yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka lebih sedekad lalu membuktikan dendam kesumat Umno BN terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mampu dibendung lagi.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan menyifatkan penutupan pasar malam itu sebagai manifestasi politik balas dendam terang-terangan yang amat mengejutkan.

Pulau Pinang tetapkan zakat fitrah RM7

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -

NIBONG TEBAL 25 Jun - Kadar bayaran zakat fitrah di Pulau Pinang tahun ini ditetapkan sebanyak RM7 seorang.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Mohd. Salleh Man berkata demikian dalam majlis penyampaian tauliah kepada amil di sini hari ini.

32 yang ditahan dekat Parlimen bebas pagi ini

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Kesemua 32 orang yang ditahan dalam perhimpunan berhampiran pintu masuk Parlimen semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini. 

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Nalini Elumalai berkata, mereka dibebaskan secara berperingkat bermula jam 12 tengah malam semalam dan selesai dibebaskan kira-kira jam 2.15 pagi.

Laman web kerajaan, Istana Presiden Korea Selatan digodam

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -


SEOUL: Korea Utara mengeluarkan amaran berjaga-jaga berikutan serangan sibar oleh penggodam ke atas beberapa lama web kerajaan, termasuk Rumah Biru Istana Presiden hari ini. 

Serangan itu pada hari memperingati Perang Korea yang jatuh hari ini. 

102 sekolah di Manjung ditutup hari ini

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -


IPOH: Kesemua sekolah menengah dan rendah di daerah Manjung diarahkan ditutup mulai sesi petang hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 322 iaitu tahap berbahaya di Seri Manjung pada jam 9 pagi. 

Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, Muhd Suod Mat Thani, berkata penutupan itu membabitkan 21 sekolah menengah dan 81 sekolah rendah dengan hampir 40,000 orang murid. 

Agong rasmi pembukaan Dewan Rakyat Parlimen ke-13


16 Syaaban 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan pembukaan sidang Dewan Rakyat bagi penggal pertama Parlimen ke-13, sebentar tadi. 

Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri Kabinet serta perwakilan asing. 

Menyelamatkan Diri


16 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Oleh: Jarjani Usman

“Dari Abi Musa radhiyallaahu anhu, “Mereka bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana Islam yang paling utama?’ Rasulullah menjawab: ‘Seorang muslim yang menyelamatkan kaum muslimin dari lisan dan tangannya’ (HR. Bukhari).  

Jika dikejar binatang buas, siapapun yang sudah menyelamatkan diri ke dalam ruangan yang aman, pasti tidak ingin ada anggota tubuhnya berada di luar.  Belum dikatakan “berhasil” menyelamatkan diri bila misalnya masih ada satu tangan atau kaki menjulur keluar, sehingga dengan mudah bisa diterkam. Walaupun satu tangan saja yang diterkam, tetap sakit dan mengantar rasa sakit ke seluruh tubuh.

Tidak dedah aib setelah bersengketa

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -
harakahdaily.net

KERJASAMA dalam masyarakat umpama dua belah tangan, saling membersihkan apabila menyedari sebelah tangannya kotor. Begitulah keadaan di antara ahli masyarakat jika melakukan kesilapan, hendaklah saling tegur menegur tanpa menyinggung perasaannya.

Jenazah pelajar nahas di Jordan selama dikebumi


16 Syaaban 1434 H. [MOD] -



Jenazah pelajar Malaysia, Sumaiyah Romli, 21, yang terkorban dalam nahas di Jordan, selamat di kebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary di Alor Setar awal hari ini.

Jenazah Allahyarham tiba di rumah keluarganya di Taman Mutiara, Jalan Pipit Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini kira-kira 12.30 tengah malam sebelum dikebumikan pada pukul 2 pagi.

Jerebu: Presiden Indonesia Minta Maaf Kepada Malaysia & Singapura


16 Syaaban 1434 H. [MOD] -


JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera.
"Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Presiden di sini pada Isnin malam.

Laluan ke Everest melalui Pakistan di tutup akibat serangan Taliban

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -

ISLAMABAD 25 Jun - Pakistan semalam buat sementara mengharamkan sebarang ekspedisi ke puncak Himalaya melalui laluan di utara negara tersebut, ketika pihak berkuasa cuba memindahkan pendaki antarabangsa selepas serangan kumpulan Taliban mengorbankan 10 warga asing di sebuah tapak kem, kelmarin.

31 maut serangan bom kereta di Iraq


16 Syaaban 1434 H. [MOD] -

BAGHDAD: Siri serangan terbaru tercetus di Iraq termasuk bom kereta di Baghdad menyebabkan 31 orang terbunuh, semalam. 

Sekurang-kurangnya 10 kenderaan yang membawa bahan letupan diletupkan di lapan tempat kediaman penduduk di sekitar ibu negara Iraq.

Jerebu: Pelabuhan Klang di tahap berbahaya, IPU 487


16 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya apabila mencapai bacaan 487 sehingga jam 7 pagi tadi. 

Tuan rumah Piala Dunia 2014 kekal di Brazil - FIFA


16 Syaaban 1434 H. [MOD] -



RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini mempertahankan bahawa tuan rumah bagi Piala Dunia 2014 kekal dianjurkan Brazil meskipun tercetus bantahan awam di negara berkenaan. 

FIFA turut menjelaskan setakat ini tiada 'tawaran rasmi' diterima badan itu dari mana-mana negara yang mahu menganjurkan kejohanan terbesar bola sepak dunia itu. 

Menanti perbahasan bermutu di Parlimen

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Abd Shukur Harun/Harakahdaily/-
Sidang Dewan Rakyat sudahpun membuka tirainya dan rakyat sedang menunggu-nunggu untuk mendengar perbahasan bermutu dari ahli parlimen yang dipilih oleh mereka, baik oleh Pakatan Rakyat mahupun BN.