25 Jun 2013

31 maut serangan bom kereta di Iraq


16 Syaaban 1434 H. [MOD] -

BAGHDAD: Siri serangan terbaru tercetus di Iraq termasuk bom kereta di Baghdad menyebabkan 31 orang terbunuh, semalam. 

Sekurang-kurangnya 10 kenderaan yang membawa bahan letupan diletupkan di lapan tempat kediaman penduduk di sekitar ibu negara Iraq.

Setakat ini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan, namun puak Sunni yang dikaitkan dengan militan Al-Qaeda sering menjadikan kumpulan Syiah sebagai sasaran. 

Satu serangan itu luar pasar raya di kawasan komersial Karrada, di tengah Baghdad, sebuah bom kereta diletupkan di kawasan tempat letak kereta. 

Kejadian itu menyebabkan empat terbunuh, termasuk seorang budak perempuan dan wanita serta seorang askar. 

Dua lagi bom kereta diletupkan di sebuah restoran di kawasan kediaman Jihad dan sebuah pasar raya juga berdekatan Karrada. 

Beberapa serangan turut berlaku di bandar utara Mosul. - AFP

Tiada ulasan: