25 Jun 2013

102 sekolah di Manjung ditutup hari ini

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -


IPOH: Kesemua sekolah menengah dan rendah di daerah Manjung diarahkan ditutup mulai sesi petang hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 322 iaitu tahap berbahaya di Seri Manjung pada jam 9 pagi. 

Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, Muhd Suod Mat Thani, berkata penutupan itu membabitkan 21 sekolah menengah dan 81 sekolah rendah dengan hampir 40,000 orang murid. 
"Kami sudah mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri dan memaklumkan kepada semua pengetua serta guru besar sekolah di sini. Murid sesi pagi dibenarkan pulang awal memandang mereka sudah hadir ke sekolah pagi ini," katanya ketika dihubungimdi sini. 



Beliau berkata, sesi persekolahan pada hari ini dan esok perlu digantikan pada tarikh yang ditentukan kemudian. 

Mengikut laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kawasan lain yang merekodkan kualiti udara yang semakin buruk pada pukul 9 pagi ialah Jalan Tasek, Ipoh dengan bacaan 144, Kampung Air Putih, Taiping (149), Jalan Pegoh, Ipoh (188) dan Tanjung Malim (175). BH/-

Tiada ulasan: