25 Jun 2013

Jerebu: Pelabuhan Klang di tahap berbahaya, IPU 487


16 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya apabila mencapai bacaan 487 sehingga jam 7 pagi tadi. 

Mengikut bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pagi ini, lima kawasan mencatat bacaan 'sangat tidak sihat' iaitu Banting (292), Shah Alam (289), Seri Manjung (288), Kuala Selangor,( 242) dan Petaling Jaya (213). 


Sementara itu, IPU di Putrajaya kini mencatatkan bacaan 'tidak sihat' iaitu 195 manakala Batu Muda/Kuala Lumpur (198). 

IPU mengelaskan udara baik antara 0-5, sederhana 51-100, tidak sihat 101-200, sangat tidak sihat 201-300 dan berbahaya kepada kesihatan manusia apabila melebihi angka 300.

Tiada ulasan: