25 Jun 2013

Laluan ke Everest melalui Pakistan di tutup akibat serangan Taliban

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -

ISLAMABAD 25 Jun - Pakistan semalam buat sementara mengharamkan sebarang ekspedisi ke puncak Himalaya melalui laluan di utara negara tersebut, ketika pihak berkuasa cuba memindahkan pendaki antarabangsa selepas serangan kumpulan Taliban mengorbankan 10 warga asing di sebuah tapak kem, kelmarin.


Sekurang-kurangnya 45 pendaki warga asing, kebanyakannya warga Eropah di laluan di Nanga Parbat, puncak kesembilan tertinggi di dunia dipindahkan menggunakan pesawat tentera ke Islamabad.

Tentera dan polis dalam pada itu melakukan usaha menjejak anggota militan di kawasan semi-autonomi Gilgit-Baltistan, berhampiran China. - DPA




Tiada ulasan: