19 April 2008

Tahniah kepada MB Perak.

KUALA KANGSAR, 19 April :- Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah bergelar Datuk Seri apabila dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-80 disini pagi tadi.
Beliau dianugerahkan pingat SPMP pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran yang diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar . Mohammad Nizar baru memegang jawatan sebagai Meneteri Besar Perak yang ke 10 pada 17 Mac lalu.


Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu dilantik sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat (PR)memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS.


Pengerusi DAP negeri yang juga anggota Exco kerajaan negeri, Ngeh Ko Ham pula dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.


Ko Ham dan Mohammad Nizar merupakan antara 773 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.


Selain itu beberapa orang kenamaan telah menerima anugerah dari sultan perak pada tahun ini. Antaranya ialah Ketua Hakim Negara, Dato' Abdul Hamid bin Mohamad yang dianugerahkan Pingat Darjah Seri Paduka Cura si Manja Kini (SPCM).


Istiadat Bermula dengan DYTM Raja Muda Perak mengadap mempersembahkan ucapan tahniah bagi pihak Raja-Raja dan Orang-orang besar Perak Darul Ridzuan. Sesudah itu YAB. Menteri Besar Mewakili Kerajaan dan rakyat mengadap mempersembahkan ucapan tahniah dan taat setia.