02 Mei 2017

MENGENALI SAF KEPIMPINAN PAS SESI 2017/2019

05 Sya'aban 1438H [MOD] -

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor 

Muktamar PAS Pusat kali ke-63 telah melabuhkan tirainya dengan perwakilan daripada seluruh negara telah memilih kepimpinan PAS bagi sesi 2017-2019. Muktamar yang mendapat liputan luas media ini berlangsung dalam suasana penuh bersemangat dan paling ramai dihadiri oleh para pemerhati. 

Muktamar ini juga mendapat sorotan meluas kerana perwakilan memilih kepimpinan PAS untuk sesi 2017-2019. PAS dilabel sebagai parti lebai kampungan dan kami tidak pernah berkecil hati dengan gelaran tersebut malah merasa bangga menggalang gelaran "lebai " kerana kelompok inilah yang paling merakyat dalam hirarki sosial orang Melayu.

Muktamar Sudah Berakhir, Masa Untuk Berkerja

05 Sya'aban 1438H [MOD] -

Muktamar Tahunan PAS kali Ke 63 yang telah berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut Kedah dari 29 April hingga 1 Mei telah menyaksikan penegasan sikap Istiqamah yang tinggi dari seluruh peringkat kepimpinan dan seluruh ahli serta pendokong PAS untuk terus menerajui perubahan landskap politik negara dengan memacu perjuangan berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama.

Muktamar yang dilangsungkan sebagai yang diibaratkan sebagai bahtera yang berada didalam lautan yang tenang setenangnnya sehinggakan semua penumpang bahtera PAS sedang menikmati tiupan angin  ditambah dengan pemandangan yang indah menyejukkan mata memandang.