06 Disember 2021

Jumlah kuota haji diumum awal tahun depan

 

PEMANDANGAN jemaah mengelilingi Kaabah semasa melakukan tawaf di Masjidil Haram semasa musim haji lalu.-AFP

KUALA LUMPUR : Jumlah kuota musim haji 1443H/2022M akan diumumkan pada awal tahun depan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Gunung Semeru meletus lagi

 Gambar dari udara keadaan kampung di Sumberwuluh di Lumajang hari ini. Foto AFP

Gambar dari udara keadaan kampung di Sumberwuluh di Lumajang hari ini. Foto AFP

Lumajang: Gunung Semeru di sini, meletus lagi dan memuntahkan lebih banyak abu hari ini, memaksa pasukan penyelamat menangguhkan pencarian mangsa.

Gunung terbesar di Pulau Jawa mengeluarkan bunyi bergemuruh pada semalam, memuntahkan 'cendawan' abu gunung berapi ke langit dan menghujani lumpur panas menyebabkan beribu-ribu orang panik meninggalkan rumah mereka.

Omicron: Kerajaan Indonesia tangguh hantar jemaah umrah

JAKARTA: Kerajaan Indonesia memutuskan untuk menangguhkan pemberangkatan jemaah umrah, susulan penemuan varian Omicron virus Covid-19 di 15 negara.

Berniaga produk sejuk beku,hasil jualan cecah RM100,000 sebulan

 

MUHAMMAD THABRANI menunjukkan antara produk sejuk beku istimewa yang dijual di Kedai Seri Perlis, Arau. - UTUSAN/Mohd. Hafiz Abd. Mutalib

ARAU : Pada awalnya, Muhammad Thabrani Azhar,35, yang sudah 13 tahun bekerja sebagai pembantu pengurus cawangan di sebuah pasar raya terkenal di negara ini agak berat untuk melepaskan jawatan tersebut.

600 pokok Musang King ditanam secara haram dimusnahkan

 

Aktiviti itu dikesan selepas PHD Raub melakukan rondaan serta semakan menggunakan sistem e-geoformatik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada 26 November lalu. (Gambar Facebook Polis Hutan)

PETALING JAYA: Sebanyak 600 pokok durian jenis Musang King yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Teras, Raub, Pahang dimusnahkan oleh Pejabat Hutan Daerah (PHD) hari ini.

Akan bertaubat setelah datangnya hidayah?

 

ALLAH S.W.T yang melahirkan dalam hati seseorang itu rasa untuk bertaubat, tetapi persoalannya, bilakah waktu hidayah itu datang?

Jawapannya ialah ketika seorang hamba itu mengingati kalam Allah yang melarang dirinya daripada melakukan maksiat tersebut. Dia perlu sedar bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dan mengingati amaran Allah S.W.T jika manusia mengingkarinya.

Usahawan Bumiputera dipelawa buka kedai Mesra Mart

 Kedai Mesra Mart akan dibuka di luar stesen minyak PETRONAS tahun depan.

Kedai Mesra Mart akan dibuka di luar stesen minyak PETRONAS tahun depan.

KUALA LUMPUR: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menyasar untuk membuka kedai Mesra Mart pertama di luar stesen minyak PETRONAS seawal suku pertama tahun depan, khusus untuk dikendalikan oleh usahawan Bumiputera.

Thailand pertimbang buka sempadan dengan Malaysia

 Konvoi kenderaan menunggu ketibaan warga Thailand yang terkandas di pusat pemeriksaan kastam di wilayah selatan Thailand Narathiwat di sempadan Thailand-Malaysia pada 18 April 2020, sebagai sebahagian daripada langkah tegas untuk menghentikan penyebaran COVID-19. - Foto AFP

Konvoi kenderaan menunggu ketibaan warga Thailand yang terkandas di pusat pemeriksaan kastam di wilayah selatan Thailand Narathiwat di sempadan Thailand-Malaysia pada 18 April 2020, sebagai sebahagian daripada langkah tegas untuk menghentikan penyebaran COVID-19. - Foto AFP

BANGKOK: Thailand akan mempertimbangkan pembukaan semula sempadan dengan Malaysia, seperti dicadangkan ahli Parlimen dari wilayah selatan.

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) yang mengendalikan perkembangan di wilayah selatan dijangka membincangkan perkara itu sebelum keputusan dimuktamadkan, minggu ini.

349 calon bertanding di 82 kerusi DUN

 Sidang Media oleh Pengarah SPR Datuk Abdul Ghani Salleh di Bangunan Sultan Iskandar Simpang Tiga.STR/NADIM BOKHARI

Sidang Media oleh Pengarah SPR Datuk Abdul Ghani Salleh di Bangunan Sultan Iskandar Simpang Tiga.STR/NADIM BOKHARI

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang membuka tirainya hari ini menyaksikan semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.

 

KEADAAN kerosakan Masjid Besar Córdoba didedahkan dalam satu laporan yang dikemukakan kepada kerajaan. - AFP

MADRID: Masjid Besar Cordoba yang merupakan satu daripada sebuah monumen Islam paling terkenal di dunia, dilaporkan berada dalam keadaan ‘kritikal’ akibat tekanan yang berpunca daripada para pelancong.

Letusan Semeru: Ribuan penduduk Lumajang hilang tempat tinggal

 

PENDUDUK mendukung seorang kanak-kanak ketika mereka mencari barangan yang masih boleh diambil selepas letusan Semeru di Lumajang, Indonesia. - AFP

LUMAJANG: Sekurang-kurangnya 1,000 penduduk di daerah ini kehilangan tempat tinggal susulan letusan Gunung Berapi Semeru.

Solat hajat iringi calon PAS di Beting Maro

 

KUCHING: PAS memulakan proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini dengan solat hajat sebelum calon bergerak ke pusat penamaan calon.

Pusat penamaan calon terletak di Pejabat Daerah Pusa di mana kedudukannya hampir 300 kilometer dari Kuching.

Omicron merebak ke 16 negeri AS

 

WASHINGTON: Varian baharu Covid-19, Omicron kini telah merebak merangkumi satu pertiga atau 16 negeri di seluruh Amerika Syarikat, tetapi varian Delta kekal sebagai punca majoriti jangkitan baharu Covid-19 di negara itu.

Letusan Gunung Berapi Semeru: 14 maut, 41 melecur

 

Kediaman penduduk di daerah Lumajang, timur Jawa yang kini ditenggelami abu kesan aliran deras lahar Gunung Berapi Semeru yang meletus Sabtu lalu. (FOTO Reuters)

JAKARTA: Usaha diteruskan pada Isnin (6 Dis) untuk  mencari dan menyelamatkan mangsa susulan letusan Gunung Semeru di barat Jawa, Indonesia pada Sabtu (4 Dis) dengan laporan terbaharu 14 orang disahkan maut, manakala 56 mangsa tercedera dengan 41 daripadanya melecur kesan lahar gunung berapi tersebut.

Senarai calon PRN Sarawak ke-12

 

KUALA LUMPUR: Berikut ialah calon-calon yang disahkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Harga keladi RM38,000 sepokok

 Berharga RM38,000 sepokok, iaitu dari spesies kacukan dari Thailand, colocasia midnight. Foto-Ihdan Ahmad Rabiul

PreviousNext

POKOK keladi lazimnya tumbuh di hutan, kini diletakkan di ruang istimewa untuk hiasan dalaman, selain kewujudan ribuan spesies termasuk jenis hibrid atau kacukan menyebabkan nilainya begitu tinggi.

Arab Saudi lulus kemasukan pelancong dengan vaksin Sputnik

 Kerajaan Arab Saudi meluluskan kemasukan individu yang mendapat suntikan vaksin keluaran Russia, Sputnik V mulai 1 Januari 2022. - Foto AFP

Kerajaan Arab Saudi meluluskan kemasukan individu yang mendapat suntikan vaksin keluaran Russia, Sputnik V mulai 1 Januari 2022. - Foto AFP

MOSCOW: Arab Saudi meluluskan syarat kemasukan pelancong atau pengembara luar yang mempunyai rekod suntikan vaksin Sputnik.

Kempen calon Presiden Perancis dicemari pergaduhan

 Zemmour berucap pada acara pertama kempennya sebagai calon Presiden Perancis, di Villepinte, semalam. - FOTO EPA

Zemmour berucap pada acara pertama kempennya sebagai calon Presiden Perancis, di Villepinte, semalam. - FOTO EPA

PARIS: Calon Presiden Perancis, Eric Zemmour yang berhaluan pelampau kanan, cedera ringan selepas diserang pada perhimpunan pertama kempennya yang turut menyaksikan pergaduhan tercetus ketika beliau berucap di hadapan ribuan penyokong, semalam.

Ancaman Omicron lonjak harga emas

 Harga emas menokok di tengah-tengah peningkatan sentimen risiko pelabur - Foto Bloomberg

Harga emas menokok di tengah-tengah peningkatan sentimen risiko pelabur - Foto Bloomberg

SINGAPURA: Harga emas tinggi di tengah-tengah sentimen risiko apabila pelabur mempertimbangkan data pekerjaan dari Amerika Syarikat (AS), pendirian Rizab Persekutuan (Fed) dan ancaman varian Omicron.

Amukan Semeru ranapkan Lumajang

 

KEADAAN jalan yang terputus akibat letusan Semeru di kampung Sumber Wuluh, Lumajang, Indonesia. - AFP

LUMAJANG: Jumlah korban akibat letusan Gunung Berapi Semeru meningkat kepada 14 orang semalam, ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) masih diteruskan oleh pasukan kecemasan.

Penduduk Lumajang berdepan masalah kesihatan akibat terdedah debu Semeru

 

KEADAAN di sebuah kawasan yang dipenuhi dengan debu panas susulan letusan gunung berapi Semeru di Lumajang, Indonesia. - AFP

JAKARTA: Letusan Semeru tidak hanya menyebabkan penduduk mengalami kecederaan akibat melecur.

Hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak hari ini

 Petugas kesihatan dari KKM melakukan semburan sanitasi sebelum proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon DUN N.26 Gedong, di Dewan Masyarakat Gedong, Kampung Gedong. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Petugas kesihatan dari KKM melakukan semburan sanitasi sebelum proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon DUN N.26 Gedong, di Dewan Masyarakat Gedong, Kampung Gedong. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

KUCHING: Hari ini merupakan Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Sebanyak 82 kerusi dipertandingkan di negeri terbesar negara ini, dengan pencalonan berlangsung antara jam 9 dan 10 pagi.