06 Disember 2021

349 calon bertanding di 82 kerusi DUN

 Sidang Media oleh Pengarah SPR Datuk Abdul Ghani Salleh di Bangunan Sultan Iskandar Simpang Tiga.STR/NADIM BOKHARI

Sidang Media oleh Pengarah SPR Datuk Abdul Ghani Salleh di Bangunan Sultan Iskandar Simpang Tiga.STR/NADIM BOKHARI

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang membuka tirainya hari ini menyaksikan semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata seramai 349 calon mewakili pelbagai parti termasuk Bebas disahkan bertanding selepas tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi tadi.

Beliau berkata SPR mengesahkan sebanyak 349 kertas penamaan layak bertanding daripada pihak berikut iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 82 kerusi, Parti Bumi Kenyalang (PBK) di 73 kerusi, Parti Sarawak Bersatu (PSB) di 70 kerusi, PKR (28), DAP (26) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) di 15 kerusi.

"Selain itu, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) bertanding di 11 kerusi, AMANAH (8), Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) di lima kerusi, PAS (satu) dan Bebas di 30 kerusi," katanya pada sidang media hari ini.

bharian.

Sebuah dron milik PDRM memantau dari udara dan mengeluarkan arahan kepada sebahagian penyokong GPS supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menanti Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg keluar selepas menyerahkan borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon DUN N.26 Gedong di Dewan Masyarakat Gedong, Kampung Gedong. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Tiada ulasan: