06 Disember 2021

Omicron: Kerajaan Indonesia tangguh hantar jemaah umrah

JAKARTA: Kerajaan Indonesia memutuskan untuk menangguhkan pemberangkatan jemaah umrah, susulan penemuan varian Omicron virus Covid-19 di 15 negara.

CNN Indonesia melaporkan, Menteri Penyelaras Bidang Perekonomian, Airlangga Hartarto berkata, perkara itu ditunda sehingga 2022.

Beliau berkata, kerajaan ketika ini memberi tumpuan menjangkakan potensi peningkatan kes Covid-19 menjelang akhir tahun ini.

Airlangga berkata, penangguhan itu juga mengikut dasar di beberapa negara.

Tiada ulasan: