05 Ogos 2021

Rakyat Malaysia dijangka tunai umrah tahun ini

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tiga kanan) bergambar ketika mengadakan lawatan di Maahad Darul Quran, Rusila, Marang. - Foto NSTP/Ghazali Kori

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tiga kanan) bergambar ketika mengadakan lawatan di Maahad Darul Quran, Rusila, Marang. - Foto NSTP/Ghazali Kori

MARANG: Umat Islam di negara ini dijangka berpeluang mengerjakan ibadah umrah seawal dua bulan lagi sekiranya kes jangkitan COVID-19 dalam negara menurun dan sasaran 80 peratus penduduk divaksin dicapai.

Kebijaksanaan Agong atasi persepsi 'hilang majoriti' - Pakar Perlembagaan

 

Professor Datuk Shamrahayu Ab Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu. Gambar : Harian Metro

KUALA LUMPUR: Penarikan sokongan beberapa Ahli Parlimen masih tidak cukup untuk memperkukuhkan persepsi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Usia 2 tahun, berat badan 45kg

 Khyati Varshney.

Khyati Varshney.

New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi individu termuda di India yang menjalani pembedahan bariatrik ekoran masalah berat badan melampau.

Doktor menjalankan pembedahan terhadap kanak-kanak berusia dua tahun selepas berat badannya mencecah 45 kilogram (kg).

Hampir 23 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22,646,581 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.