24 Januari 2014

VIDEO : Salji turun di Indonesia dan Filipina

22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
 

Perintah darurat di Thailand, hak asasi diperjudikan - AHRC

22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asia (AHRC) bimbang dengan perintah darurat yang diumumkan kerajaan Thai Isnin lepas mungkin mewujudkan satu keadaan bagi kerajaan untuk melanggar hak-hak dan bukan melindunginya.
    
Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu mahu ia dibatalkan dengan kerajaan Thailand hanya menggunakan undang-undang biasa yang konsisten dengan standard hak asasi manusia antarabangsa bagi menangani desakan politik.

Tarikh pilihan raya ditentu hari ini

22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Foto
PENUNJUK perasan anti kerajaan mengingkari perintah darurat dengan terus mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok, semalam mendesak Yingluck meletak jawatan. - Foto AFP
Mahkamah mungkin putuskan tarikh pengundian jika ada keterangan mencukupi

Bangkok: Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam menangguhkan keputusan sama ada pilihan raya umum yang dijadualkan 2 Februari ini boleh ditunda, ketika penunjuk perasaan yang bertegas akan memulaukan proses pengundian itu meneruskan tekanan supaya kerajaan meletak jawatan. 

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mengisytiharkan darurat selama 60 hari di Bangkok dan kawasan sekitarnya sejak kelmarin, berharap untuk mencegah peningkatan dalam bantahan yang kini masuk bulan ketiga.

Najib Tidak Akan Berubah


22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Walaupun jangka masa
PRU 14 masih ada empat tahun lebih daripada sekarang, tetapi sudah ramai yang bercakap mengenai kemungkinan UMNO bakal kalah dalam pilihanraya itu. Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang pandangannya mengenai politik jarang tersasar, secara terbuka berkata, BN akan kehilangan kuasanya jika PRU 14 diadakan dalam suasana seperti sekarang di mana kelemahan kepimpinan Najib Razak begitu ketara dan diperkatakan oleh ramai orang.

Premis gores dan menang diserbu 30 lelaki

22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

SEREMBAN – Gara-gara memperdaya mangsa menerusi kegiatan gores dan menang, empat lelaki dipercayai kakitangan syarikat terbabit teruk dibelasah sekumpulan 30 lelaki dalam kejadian di sebuah premis di Senawang di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40  petang itu, tiga pekerja mengalami kecederaan di bahagian muka manakala seorang lagi pengsan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini.

Pantai Timur catat suhu terendah dalam sejarah

22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

  • Pantai Timur catat suhu terendah dalam sejarahKeadaan cuaca di ruang udara di Kota Bharu yang redup dan berkabus. Pada jam 7 pagi suhu bandar ini mencatatkan 24 darjah Celsius berbanding 20 darjah Celsius hari sebelumnya.

KOTA BHARU - Keadaan suhu sejuk dan mendung seharian mencetuskan suasana baharu yang tidak pernah dialami masyarakat negara ini.

Tidak terkecuali di Kelantan, apabila beberapa lokasi di negeri ini mencatatkan suhu terendah dalam sejarah.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan dan Terengganu, Jenuwa Husin berkata, penurunan suhu dan udara yang sejuk dialami beberapa daerah di negeri ini merupakan satu rekod baharu.

Tak wajar bakar bendera tunjuk protes

22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

PETALING JAYA - Tindakan beberapa ahli PKR membakar bendera Jepun di kedutaan negara tersebut baru-baru ini dianggap tidak wajar.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berpandangan, rakyat Malaysia perlu menjaga adab dalam apa jua keadaan.

Jelas Rafizi yang juga merupakan Pengarah Strategik PKR, dalam melahirkan bantahan ataupun pendapat, kita perlu mengawal perasaan bagi mengelak dilihat sebagai tidak  bertindak diluar kewarasan akal fikiran.

Bayaran Proses Cek 50 Sen Mulai 1 April - ABM

22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) mengingatkan orang ramai bahawa bank-bank komersial akan mengenakan bayaran pemprosesan cek sebanyak 50 sen ke atas pengeluar cek atau penunai cek, berkuat kuasa 1 April, 2014.
Justeru itu, pengeluar atau penunai cek diingatkan supaya memastikan wang dalam akaun mereka mencukupi untuk menampung bayaran pemprosesan cek, kata persatuan itu dalam satu kenyataan Khamis.

Kos Pengangkutan Dijangka Naik 30 Peratus Ekoran Kenaikan Tol - Kajian FMM

22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Satu tinjauan yang dijalankan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menunjukkan bahawa 15 peratus daripada responden menjangka kos pengangkutan akan naik 25 peratus hingga 30 peratus berikutan cadangan menaikkan kadar tol oleh syarikat konsesi tol di Lembah Klang.
Menurut FMM, kenaikan itu adalah ekoran peningkatan dalam bayaran pengangkutan oleh penyedia perkhidmatan logistik, kenaikan dalam harga bahan mentah dan peningkatan dalam tuntutan perjalanan kakitangan pemasaran yang menggunakan lebuh raya setiap hari.

Malaysia Dilanda Suhu Dingin

22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

PETALING JAYA: Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini akan diraikan dalam cuaca sejuk, tempias dari negara di hemisfera utara yang dibawa tiupan Monsun Timur Laut yang akan berterusan dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kebanyakan kawasan di pantai timur, utara dan wilayah tengah sedang mengalami cuaca sejuk kerana tiupan angin tersebut.
Katanya, beberapa kawasan seperti Subang Jaya, Kota Kinabalu, Sandakan, Kota Baru, Kuantan dan Petaling Jaya merekodkan suhu serendah 25 darjah Celsius, menyamai cuaca sejuk di Cameron Highlands dan Genting Highlands.