07 September 2021

Rampasan kuasa tentera di Guinea: Semua rakyat Malaysia selamat

 

Alpha Conde

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia di Guinea dilaporkan selamat susulan ketidakstabilan politik di negara itu akibat rampasan kuasa tentera, pada Ahad.

Kedutaan Malaysia di Conakry, Guinea, memaklumkan buat masa ini terdapat 12 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan, termasuk pegawai kedutaan dan anggota keluarga mereka.

Afghanistan masih diganggu

 

SETELAH Amerika Syarikat mengundurkan tenteranya dari Afghanistan, maka para mujahidin Taliban dan semua kumpulan yang bersamanya sedang merancang untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam. Kerajaan yang mampu menangani masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai mazhab dan suku kaum.

Agong beritahu PM tak perlu undi percaya, kata menteri undang-undang

 

Menurut Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pelantikan Ismail Sabri Yaakob mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan tidak perlu melalui proses undi percaya di Parlimen. (Gambar Facebook)

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong memberitahu Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau tidak perlu melalui proses undi percaya di Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Petani protes di luar Delhi terhadap akta baharu

 

Lebih setengah juta petani menyertai bantahan terhadap undang-undang baharu di Uttar Pradesh Ahad lalu. (Gambar AP)

NEW DELHI: Ribuan petani India berkumpul di sebuah pasar bijirin besar di luar New Delhi hari ini untuk membantah undang-undang pertanian baharu yang didakwa mengancam mata pencarian dan tindakan oleh polis ketika protes sama minggu lalu.

Sekolah memandu dibenar operasi mulai 9 Sept, kata menteri

 

Kakitangan atau calon bergejala, berada dalam kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), ‘Person Under Surveillance’ (PUS) dan sedang dalam perintah kuarantin tidak dibenarkan hadir ke sekolah memandu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan membenarkan Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara kembali beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Lebih 40,000 hilang kerja setakat Ogos, kata menteri

M Saravanan berkata pandemik Covid-19 bukan hanya memberi kesan kepada aspek kesihatan orang ramai, tetapi turut membawa kejutan ekonomi kepada negara di seluruh dunia.

KUALA LUMPUR: Sejumlah 40,680 kes hilang pekerjaan direkodkan dalam negara setakat Ogos dengan purata 5,811 kes setiap bulan, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.

'Wanita nekad selongkar lori sampah demi barangan kemas'


Selepas kira-kira 30 minit menyelongkar, wanita ini berjaya menemui kotak hijau berisi barangan kemas miliknya di sebalik timbunan sampah. Gambar tangkap layar video

Selepas kira-kira 30 minit menyelongkar, wanita ini berjaya menemui kotak hijau berisi barangan kemas miliknya di sebalik timbunan sampah. Gambar tangkap layar video


SIK: Seorang wanita nyata bernasib baik apabila sejumlah barangan kemas miliknya yang dibuang ke dalam tong sampah secara tidak sengaja, ditemui kembali pagi ini.

Israel serang Gaza lagi

 Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, malam tadi. - Foto AFP

Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, malam tadi. - Foto AFP

GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, malam tadi dengan mendakwa sebagai tindak balas terhadap belon api yang dilancarkan dari kawasan Palestin itu.

Vaksinasi pelajar sekolah dimuktamad Khamis ini

 Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (tengah) melihat proses pendaftaran penerimaan vaksin penduduk yang tidak mempunyai dokumen pada program outreach pemberian vaksin di Pulau Larapan, hari ini. - Foto BERNAMA

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (tengah) melihat proses pendaftaran penerimaan vaksin penduduk yang tidak mempunyai dokumen pada program outreach pemberian vaksin di Pulau Larapan, hari ini. - Foto BERNAMA

SEMPORNA: Keputusan mengenai pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah akan dimuktamadkan pada satu mesyuarat penyelarasan membabitkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, Khamis ini.