07 Oktober 2021

Tiada SOP baharu untuk rentas negeri

 Kerajaan tak akan wajibkan pelaksanaan ujian kendiri untuk rentas negeri tapi orang ramai diminta jujur dan bertanggungjawab bagi pastikan keselamatan diri dan keluarga. - Foto hiasan NSTP

Kerajaan tak akan wajibkan pelaksanaan ujian kendiri untuk rentas negeri tapi orang ramai diminta jujur dan bertanggungjawab bagi pastikan keselamatan diri dan keluarga. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Kebenaran rentas negeri yang akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari lagi, tidak akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu, sebaliknya menggunakan SOP sedia ada.

Malaysia meterai perjanjian beli ubat rawat Covid-19

 

Penyelidikan mendapati Molnupiravir dapat mengurangkan kadar kemasukan ke hospital dan berfungsi melawan varian Covid-19 seperti Gamma, Delta dan Mu. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Kerajaan telah menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) bagi pembelian ubat antiviral Molnupiravir dengan syarikat farmasi Amerika Syarikat (AS), Merck Sharp & Dohme.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, menerusi perjanjian berkenaan kerajaan bersetuju untuk membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap bagi merawat pesakit Covid-19.

“Keputusan untuk membeli Molnupiravir adalah selari dengan persediaan untuk beralih ke fasa endemik Covid-19.

“Kajian yang dijalankan oleh Merck Sharp & Dohme mendapati Molnupiravir mampu menurunkan kadar kemasukan ke wad sebanyak 50% selain turut berkesan terhadap varian virus Covid-19 yang lebih ganas seperti Gamma, Delta dan Mu,” katanya dalam kenyataan.

Sejumlah besar kes yang dilaporkan di Malaysia adalah membabitkan varian Delta.

Khairy juga berkata, walaupun Molnupiravir berkesan, namun kaedah suntikan vaksin tetap diperlukan untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Bagaimanapun ubat itu tidak boleh mencegah jangkitan sebaliknya ia hanya bermanfaat kepada individu yang sudah dijangkiti.

Sebelum ini Khairy berkata, kerajaan sedang berunding dengan syarikat itu untuk membuat perolehan ubat antiviral yang boleh mengurangkan separuh risiko kematian atau kemasukan ke hospital.

Ubat itu dikatakan sebagai “kajian terbaru” dalam melawan virus berkenaan.

Reuters melaporkan, sekiranya penggunaannya dibenarkan, pil terbabit akan menjadi ubat antiviral oral pertama untuk pesakit Covid-19.

Ramai nak beli biri-biri 'Black Metal'

 AHMAD Baihaqi bersama biri-biri malin yang ditawar harga RM3,500 seekor. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

AHMAD Baihaqi bersama biri-biri malin yang ditawar harga RM3,500 seekor. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Pasir Mas: Gara-gara berwajah bengis, seekor biri-biri malin di Kampung Atas Pinggir, di sini, menjadi rebutan ramai sehingga ditawar pada harga tidak masuk akal.

Biri-biri yang berwarna hitam keseluruhan badan itu diternak Ahmad Baihaqi Mohamad, 31, sejak dua tahun lalu.

Kabinet bincang PRN Melaka esok

 

KHAIRY JAMALUDDIN

KUALA LUMPUR: Kabinet akan membincangkan segala aspek Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu bukan sahaja melibatkan aspek kesihatan tetapi perundangan dan Perlembagaan.

Sekat jentera kempen ke Melaka

 - Hiasan. FOTO BERNAMA

- Hiasan. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sempadan negeri Melaka perlu ditutup sepenuhnya kepada jentera pilihan raya dari luar sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri (PRN) bagi meminimumkan risiko penularan COVID-19.

Bentong Bypass dibuka, tiada lagi kesesakan

 

Bentong Bypass dibuka secara rasmi hari ini.


BENTONG – Laluan Central Spine Road (CSR) yang amat signifikan dalam mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Bentong iaitu daripada persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 ke Lebu atau dikenali dengan Bentong Bypass dibuka secara rasmi hari ini.

Lagi 1.2 peratus untuk capai 90 peratus

 Sebanyak 20,786,568 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Luqman Hakim Zubir

Sebanyak 20,786,568 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Luqman Hakim Zubir

PUTRAJAYA: Sebanyak 88.8 peratus atau 20,786,568 individu dewasa di negara ini sudah lengkap menerima imunisasi COVID-19, sehingga semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi kini tinggal 1.2 peratus.

Tidak perlu wujud satu lagi Timbalan Speaker


KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengambil keputusan tiada keperluan mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, pada masa ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kewujudan dua Timbalan Dipertua Dewan Rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perkara 57 (1)(B) Perlembagaan Persekutuan sudah memadai bagi tujuan menjamin kelicinan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat.

Rentas negerii dibenarkan beberapa hari lagi


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri dalam tempoh beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai yang mahu melakukan pergerakan rentas negeri nanti supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) asas.

PAS tubuh jawatankuasa induk PRN Melaka

 

Ahmad Samsuri Mokhtar akan dibantu Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, menurut Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA: PAS sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa induk pilihan raya negeri (PRN) Melaka diketuai Naib Presidennya, Ahmad Samsuri Mokhtar bagi merangka strategi menghadapi keadaan itu, kata Abdul Hadi Awang.

Idea gerai sate daging batang pinang jadi juara Usahawan Buletin FM

 Kempen Usahawan Buletin FM bantu peniaga memulakan bisnes baharu atau kembangkan perniagaan sedia ada

Kempen Usahawan Buletin FM bantu peniaga memulakan bisnes baharu atau kembangkan perniagaan sedia ada

Petaling Jaya: Nur Sabrina Anuar dengan idea perniagaan gerai sate daging batang pinang (Sataysfaction) diangkat sebagai juara Usahawan Buletin FM sekaligus membawa pulang RM25,000 dan slot iklan di Buletin FM bernilai RM175,000.

AirAsia hanya benarkan penumpang lengkap vaksin

 AirAsia melaksanakan pelan mitigasi COVID-19 untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi tetamu dan kakitangan

AirAsia melaksanakan pelan mitigasi COVID-19 untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi tetamu dan kakitangan

SEPANG: Sebagai persediaan untuk penyambungan semula perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa, AirAsia Malaysia hanya akan menerima penumpang dewasa lengkap divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya berkuat kuasa serta-merta.

Gaji Ronaldo atasi seluruh skuad 3 kelab EPL

 Cristiano Ronaldo menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Portugal di pusat latihan Cidade do Futebol, Oeiras berhampiran Lisbon semalam menjelang aksi persahabatan menentang Qatar, pada Sabtu ini. - Foto AFP.

Cristiano Ronaldo menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Portugal di pusat latihan Cidade do Futebol, Oeiras berhampiran Lisbon semalam menjelang aksi persahabatan menentang Qatar, pada Sabtu ini. - Foto AFP.

LONDON: Cristiano Ronaldo menerima bayaran tinggi daripada Manchester United, mengatasi seluruh skuad dari tiga kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketiga-tiga kelab iaitu Norwich, Leeds dan Brentford membelanjakan kurang dari £25 juta (RM142 juta) setahun untuk gaji pemain, menyamai jumlah bayaran yang diterima bintang Portugal berusia 36 tahun itu.

Hayat Bob Lokman bergantung jantung kombinasi bateri

 Bob mohon orang ramai mendoakan kesihatan agar cepat sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya di Kota Bharu dengan segera.

Bob mohon orang ramai mendoakan kesihatan agar cepat sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya di Kota Bharu dengan segera.

KUALA LUMPUR: Bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri, pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 57, berserah kepada keajaiban kepada kuasa Tuhan.

PRN Melaka perlu rujuk pakar terlebih dahulu, kata Hishammuddin

 

Hishammuddin Hussein berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah pakar yang akan membuat kajian mengenai PRN Melaka.

KUALA LUMPUR: Ketetapan mengenai pilihan raya negeri (PRN) Melaka hanya akan diputuskan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jokowi setuju ampunkan profesor dijel kerana sembang WhatsApp

 

Presiden Indonesia Joko Widodo telah menyatakan mahu menyemak semula undang-undang kontroversi itu tahun ini. (Gambar Reuters)

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo telah bersetuju mengampuni seorang ahli akademik yang dipenjara kerana fitnah, bulan lalu, di bawah undang-undang internet kontroversi, kata seorang menteri hari ini, susulan kecaman kumpulan hak asasi manusia yang menuduh perundangan itu menyekat kebebasan bersuara.