07 Oktober 2021

Kabinet bincang PRN Melaka esok

 

KHAIRY JAMALUDDIN

KUALA LUMPUR: Kabinet akan membincangkan segala aspek Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu bukan sahaja melibatkan aspek kesihatan tetapi perundangan dan Perlembagaan.

“Berhubung isu PRN Melaka, Kementerian Kesihatan telah bentangkan pendirian dalam mesyuarat Jawantankuasa Pandemik semalam. Kita akan bincang sekali lagi dalam mesyuarat Jemaat esok.

“Ini bukan sahaja melibatkan soal kesihatan tetapi perundangan dan Perlembagaan. Kita ambil keputusan Jemaah Menteri, Kementerian Kesihatan akan sediakan SOP diperlukan sekiranya berterusan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: