07 Oktober 2021

Lagi 1.2 peratus untuk capai 90 peratus

 Sebanyak 20,786,568 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Luqman Hakim Zubir

Sebanyak 20,786,568 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Luqman Hakim Zubir

PUTRAJAYA: Sebanyak 88.8 peratus atau 20,786,568 individu dewasa di negara ini sudah lengkap menerima imunisasi COVID-19, sehingga semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi kini tinggal 1.2 peratus.

Menurut data yang dikongsi oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 209,907 dos diberikan semalam membabitkan 113,441 dos pertama serta 94,466 bagi dos kedua.

Johor menjadi negeri tertinggi menerima dos kedua semalam dengan 17,786 dos, diikuti Sabah (16,464), Perak (14,949), Kedah (11,005), Pahang (8,313), Pulau Pinang (7,451) dan Kelantan (6,516).

Selain itu ialah Selangor dengan 4,003 dos, Sarawak (2,329), Terengganu (2,236), Negeri Sembilan (1,527), Kuala Lumpur (1,714), Melaka (1,449), Perlis (507), Putrajaya (124) dan Labuan (93).

Bagi dos pertama, Johor kekal menjadi negeri tertinggi dalam pemberian vaksin dengan 27,137 dos pertama diberikan, diikuti Selangor (19,767), Perak (13,308), Kuala Lumpur (8,366),

Terengganu (6,993), Pulau Pinang (5,969), Sabah (5,588), Kelantan (5,361) dan Sarawak (5,001).

Turut menerima dos pertama ialah Pahang dengan 4,908 dos, Negeri Sembilan (3,727), Kedah (2,733), Melaka (2,501), Perlis (1,074), Putrajaya (951) dan Labuan (57).

Pada 22 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka.

bharian/-

Tiada ulasan: